Anda di halaman 1dari 2

TUGASAN 2

Bincangkan secara individu di dalam bentuk laporan esei yang mengandungi


300 patah perkataan mengenai isu dibawah. Masukkan pernyataan yang kukuh
mengenai tujuan praktikal dan sumber rujukan di dalam teks dan
senaraikannya di bahagian lampiran pada akhir laporan dengan format yang
betul.
Apakah julat diversiti yang hadir? Adakah mereka memberi tumpuan kepada
sesetngah kumpulan dan mengabaikan kumpulan yang lain? Jelaskan.
Apakah yang dimaksudkan dengan ex situ dan in situ? Apakah merit
pemuliharaan ex situ?
Mengapakah sesetengah ahli ekologis berpendapat pemuliharaan in situ
adalah satu-satunya strategi konservasi yang wajar?
Mengapakah ramai pihak yang mengatakan bahawa tidak wajar untuk
membawa kembali spesis yang telah pupus seperti Harimau Tasmanian?
Apakah kesan tindakan tersebut?
Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) merupakan
pertubuhan kerajaan yang bertanggungjawab menjaga, mengurus dan memelihara
hidup liar dan taman negara di Semenanjung Malaysia. Menurut laman web
http://www.wildlife.gov.my/, Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara
diberi kuasa untuk menggeledah, menangkap dan menyiasat, pengeluar lesen-lesen
tertentu, kesalahan dan sebagainya. Ini bertujuan untuk memberi perlindungan
terhadap hidupan liar di Malaysia. Peranan fungsi 6 Konservasi Ex-situ Jabatan
PERHILITAN adalah untuk merancang, mengurus, mengendali dan menyelaras
program dan aktiviti pembiakan spesies hidupan liar yang menyumbang ke arah
konservasi dan komersil. Proses pembiakan hidupan liar secara ex-situ memerlukan
perkhidmatan rawatan hidupan liar, aplikasi bioteknologi, pengurusan genetik serta
penyelidikan. Pemuliharaan ini dijalankan di beberapa tempat yang telah saya lawati
seperti di Institut Biodiversiti, Lanchang, Pusat Konservasi Gajah di Kuala Gandah
dan juga Taman Rusa di Bukit Rengit.
Pusat Perlindungan Hidupan Liar Krau terletak di Kuala Gandah, Pahang. Kuala
Gandah menjadi tarikan kerana wujudnya Pusat Pemuliharaan Gajah Negara. Di sini
terdapat 12 ekor gajah termasuk dua ekor gajah yang berumur 70 tahun. Pusat
Perlindungan Gajah Kuala Gandah di Pahang, memberikan pelawat peluang untuk
mempelajari dengan lebih lanjut mengenai haiwan ini serta memberi pengalaman
menunggang gajah di persekitaran hutan. Menurut jangkaan, terdapat hanya kirakira 1,200 ekor gajah Asia liar, atau Elephus Maximus yang tinggal di Malaysia dan

pusat ini merupakan satu-satunya tempat yang berfungsi memindahkan gajah liar
yang telah kehilangan habitat semulajadinya. Gajah-gajah yang ada di sini telah
diselamatkan dari tempat-tempat di Semenanjung Malaysia di mana manusia dan
gajah tidak boleh hidup dengan baik. Antara yang menarik di Taman Rusa ialah
semasa sesi memberi makan rusa. Dunia Haiwan di taman ini juga menawarkan
tarikan lain seperti burung merak, burung unta dan sunbear. Merentasi kawasan
perlindungan Rusa, Taman Alam 7 pada laluan pejalan kaki pula terdapat pelbagai
jenis herba dan tumbuh-tumbuhan seperti Tongkat Ali, Kacip Fatimah dan 40 lainlain herba yang boleh didapati di hutan hujan.
Pemuliharaan ex situ merupakan strategi pemuliharaan spesies hidupan liar di luar
habitat semula jadi mereka. Ia juga merupakan pemuliharaan terhadap organisma
atau spesies flora dan fauna yang diambil dari lapangan atau daripada habitat
asalnya. Spesies yang diancam kepupusan atau akan mengalami kepupusan akan
dilindungi dan dibiakkan semula di dalam kurungan atau habitat buatan manusia
sebelum dilepaskan ke habitat semula jadi mereka apabila saiz populasi spesies
tersebut telah pulih dan mempunyai habitat yang sesuai. Pemuliharaan jenis ini
mempunyai beberapa tujuan dan kepentingan. Antaranya ialah untuk memelihara
flora dan fauna yang semakin terancam, menyediakan bahan untuk penyelidikan
biologi secara berterusan, dan sebagai rujukan untuk kegunaan di masa akan
datang. Ianya memberi pelbagai manfaat dan faedah dalam memastikan sumber
biologi

sentiasa

mencukupi

bagi

meneruskan

program

pemeliharaan

dan

pemuliharaan ini.
Pemuliharaan in-situ pula merupakan pemuliharaan terhadap spesies yang telah
sedia ada di habitat asalnya. Pemuliharaan ini sedikit sukar dijalankan disebabkan
oleh keadaan habitat dan ekosistem semulajadi mereka yang semakin hari semakin
banyak mengalami perubahan serta pembangunan. Usaha pemuliharaan in-situ ini
perlu diberi perhatian dan perlu melalui pelbagai teknik bagi memastikan ianya
berjalan lancar seperti yang dirancangkan.

Anda mungkin juga menyukai