Anda di halaman 1dari 3

REFLEKSI

Sepanjang melaksanakan tugasan projek Ekosistem dan Biodiversiti ini,saya telah menerima
banyak faedah yang berguna dan baik untuk diri sayasebagai bakal guru pada masa hadapan.
Setelah membuat banyak rujukan danperbincangan bersama ahli kumpulan dan rakan-rakan
sekelas yang lain, sayabukan sahaja mendapat maklumat yang cukup, malah saya juga
mendapatibahawa topik ini sangat menarik dan memberikan pelbagai informasi yangberguna
kepada kami sebagai bakal guru satu hari nanti. Setelah membacakesemua maklumat yang
telah diperolehi, saya telah dapat memahami mengapaperlunya kita mempelajari kepelbagaian
biologi. Ia hanya boleh difahami apabilakita memahami biodiversiti dan betapa besarnya
peranannya kepada manusiaserta nilainya kepada keseimbangan alam. Pengajaran yang turut
saya perolehidaripada tugasan biodiversiti kali ini ialah kita sebagai salah satu hidupan didalam
ekosistem biodiversiti perlu bekerjasama dengan alam sekeliling untukmenjaga
keseimbangannya. Terlalu banyak nikmat yang kita dapat daripadaekosistem biodiversiti dan
mengabaikannya adalah satu pembaziran yangkurang disedari oleh masyarakat manusia.Oleh
itu, penjagaan dan pemuliharaanbiodiversiti adalah jalan terbaik untuk mengekalkan nikmat yang
kita masih adasekarang.Selain itu, melalui sesi pembacaan maklumat yang saya lakukan,
saya juga menyedari bahawa pentingnya memelihara ekosistem dan
biodiversiti.Melalui pemuliharaan ex situ dan pemuliharaan in situ, spesies yang terancamakan
dipelihara untuk menyeimbangkan ekosistem. Hal ini penting agar tidakberlakunya kekacauan
dalam siratan makan dan rantai makanan seterusnyadapat menjamin kemandirian spesies
hidupan. Oleh itu, kesedaran memeliharadan memulihara haiwan ini adalah perlu diterapkan
dalam diri murid sewaktu disekolah nanti. Murid-murid adalah generasi yang akan memimpin
negara padasuatu hari nanti. Oleh itu, selaku bakal guru pada masa hadapan, kita
adalahbertanggungjawab dalam menyedarkan dan menerapkan nilai menyayangi alamsekitar
dalam diri anak-anak murid.

Refleksi 2
Syukur Alhamdulillah kerana dengan keizinanNYA saya telah dapat menyiapkanlaporan
tugasan bagi tajuk Moonmorf ini dengan jayanya.Terlebih dahulu jutaan terima kasih
dititipkan buat Pn Faridah Bt Suratman, selaku Pensyarah Pembimbing bagi subjek
SCE3107 yang sentiasa memberikan tunjuk ajar dan bimbingan semasatugasan ini
dijalankan.Tidak dilupakan juga kepada rakan-rakan kumpulan yangsentiasa memberikan
kerjasama sepenuhnya sepanjang tugasan berkaitan Taksonamidan Biokepelbagaian ini
dijalankan.Penghargaan jua buat rakan sealiran yang tidaklokek untuk berkongsi maklumat
dan idea yang mana secara tidak lansung saya dapatmemperbaiki kelemahan yang
dikenalpasti.Secara jujurnya diperingkat awal penerangan ,saya tidak dapat memahami

apayang dimaksudkan dengan Taksonomi dan Biokepelbagaian.Setelah membuatbeberapa


rujukan dan pembacaan saya telah dapat mengumpulkan sedikit maklumattentang
Taksonomi dan Bio kepelbagaian.Namun begitu, tidak dinafikan kekuranganpengetahuan
dan sumber bagi mendapatkan maklumat yang berkaitan tugasandiberikan agak terhad
merupakan merupakan satu cabaran bagi saya.Kekangan masa juga menjadi penghalang
dalam menyiapkan tugasan ini.Selain itu,perbincanganbersama rakan kumpulan juga tidak
dapat dijalankan dengan lebih kerap keranapenempatan yang agak jauh di antara satu
sama lain.Hasil pembacaan saya,Biokepelbagaian boleh ditakrifkan sebagai
kepelbagaianbentuk hidupan di atas muka bumi ini. Bilangan spesis di dunia dianggarkan
melebihi80 juta, merangkumi pelbagai tumbuhan, haiwan, dan mikroorganisma yang
wujud.Untuk memudahkan kajian,organisma perlulah dikelaskan kepada beberapa
kumpulansecara teratur berdasarkan ciri-ciri sepunya yang dimiliki. Biokepelbagaian
bolehdianggap sebagai satu kekayaan hidup yang diwarisi daripada proses evolusi
yangberlaku beratus-ratus juta tahun dahulu. Kepelbagaian akan berkurangan apabila gen

baru atau spesis baru dihasilkanatau ekosistem baru terbentuk, juga apabila sesuatu
spesis organisma menjadi pupus atau sesuatu sistem kompleks dimusnahkan.
Daripada tugasan yang diberi ini juga saya dapat mengetahui bahawa Biokepelbagaian
ini biasanya dikaji pada tiga peringkat iaitu kepelbagaian genetik, kepelbagaian spesis
dan kepelbagaian ekosistem.Suatu spesis boleh ditakrifkan dengan menggunakan dua
kaedah yang berbeza iaitu spesis biologi, di mana individu-individu yang berjaya
membiak bersama-sama dianggap sebagai spesis yang sama, dan yang kedua ialah
spesis morfologi di mana individu yang kelihatan sama (secara fizikal) dianggap sebagai
spesis yang sama.Kaedah yang kedua sering digunakan apabila kita tidak mempunyai
apa-apa maklumat tentang cara pembiakan sesuatu organisma.
Setelah siap menjalankan tugasan ini,saya telah banyak mempelajari
kepentingan bagi pemuliharaan biodeversiti bagi mengelakkan sesuatu spesies itu
daripada pupus dan cara membezakan antara spesis atau kekeliruan mengenai namanama spesis. Satu pengetahuan baru buat saya ialah semua organisma di dunia
dikelaskan kepada lima kumpulan besar yang dinamakan Alam. Lima alam ini ialah
Monera, Protista, Fungi, Plantae dan Animalia.
Apabila saya berkongsi cerita mengenai tugasan yang saya jalankan dengan murid
mereka berasa teruja kerana mendapat pengetahuan baru dan ingin mengetahui
dengan lebih mendalam lagi tentang tugasan yang saya buat ini.Ini secara tidak
langsung saya dapat berkongsi ilmu dan dapat menanamkan dalam diri murid
menariknya mempelajari sains.

Sekian,terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai