Anda di halaman 1dari 3

PERMAINAN TUJU POT ( TIN )

SEJARAH PERMAINAN
Permainan ini dikenali baling tin kerana bahan asas permainan ini adalah tin. Oleh itu
,permainan ini dikenali sebagai baling tin. Di sesetengah kawasan dikenali sebagai baling pot
atau lecut pot. Permainan baling tin hanya mula diperkenalkan pada awal tahun 1950-an dan
terus popular hingga pertengahan tahun 1970-an.
Dari segi pengamalan, kebanyakan masyarakat Melayu dan Cina yang gemar
memainkannya. Lazimnya permainan ini dimainkan di kawasan kampung yang kekurangan
hiburan. Permainan baling tin memerlukan kemahiran,ketangkasan dan kebijaksanaan untuk
memenangi sesuatu permainan tersebut.
Selain itu, permainan ini juga memerlukan kerjasama yang erat antara pemain dalam
sesuatu pasukan.Asal-usul permainan ini tidak dapat dipastikan kerana telah sedia dimainkan di
Negara in isejak dahulu lagi.
Namun begitu, permainan ini terus berkembang ke seluruh Tanah Melayu dan
dimainkan oleh pelbagai kaum. Jika dahulu kebanyakkan kanak-kanak menggunakan tin susu
yang telah terbuang sebagai bahan asas, tetapi kini terdapat kanak-kanak yang menggunakan
barangan plastik dan sebagainya

PERATURAN DAN CARA BERMAIN


Perkataan "tuju" atau dengan istilah lainnya ialah "baling" sudah dapat kita gambarkan
keadaan tempat untuk memainkan permainan ini sudah semestinya mempunyai kawasan yang
luas.
Pemain dalam permainan ini tidak terhad asalkan dapat dibahagikan sama
banyak antara ke dua-dua kumpulan. Alatan yang diperlukan adalah ringkas dan
mudah di perolehi iaitu tin susu kosong dan bola tenis atau seumpamanya.

Undian boleh dilakukan dengan pelbagai cara, sama ada menggunakan duit
syiling atau wan tu zom. Undian ini akan dilakukan dengan adil supaya
mendapat persetujuan kedua-dua kumpulan
Dua garisan yang lurus akan dibentuk secara bertentangan.Garisan tersebut
boleh dibuat secara bertentangan pada jarak lima meter.Garisan pertama
digunakan untuk garisan permulaan, manakala garisan kedua pula digunakan
untuk meletakkan tin-tib yang disusun dengan kemas.
Tin susu disusun membukit di tengah padang oleh kumpulan A manakala
pemain kumpulan B pula membuat balingan. Sekiranya susunan tin itu jatuh
akibat lontaran bola tersebut, maka pemain kumpulan A akan cuba merebut bola
itu dengan tujuan membalingkan kepada salah seorang ahli kumpulan B
sebelum mereka sempat menyusun semula tin itu. Sementara itu, pelontar tadi
hendaklah menyusun semula tin tersebut secepat mungkin dan boleh ditolong
oleh rakan-rakan sekumpulan dengannya.

CARA PEMARKAHAN
Jika pelontar tadi berjaya menyusun semula tin-tin itu sebelum kena baling daripada
kumpulan A, maka kumpulan B mendapat satu mata.
Jika pemain kumpulan B terkena balingan daripada kumpulan A maka pelontar itu
dianggap "mati" dan pemindahan balingan pula berpihak kepada kumpulan A.
Andainya bola yang dilontarkan ke susunan tin itu dapat disambut sebelum mencecah
tanah, maka ke semua pemain kumpulan B dikira "mati".
Perkara berikut akan berulang sehinggalah salah satu kumpulan mendapat kiraan mata
yang tertinggi dalam masa yang ditetapkan atau kedua-dua kumpulan sudah bosan
untuk meneruskannya.

ALATAN YANG DIGUNAKAN


Tin susu 10 biji
Bola tenis / gumpalan kertas / selipar

Anda mungkin juga menyukai