Anda di halaman 1dari 1

12.

RUMUSAN Linguistik merupakan sebuah bidangh ilmu yang masih belum difahami

sepenuhnya oleh ramai pelajar dan orang kebanyakkan.Mereka berpendapat ilmu linguistik ini adalah ilmu mempelajari bahasa.Oleh sebab itu,sarjana linguistik ialah seorang yang pandai bertutur banyak bahasa.Bidang ilmu linguistik mengkaji banyak perkara mengenai bahasa dan mengajar serta bahasa adalah sebahagian daripadanya. Bahasa adalah satu fenomena penting dalam hidup kita .Kebanyakan kita hanya menganggap kebolehan bertutur itu salah satu kebolehan asasi manusia tanpa mempersoalkan sama ada ia kebolehan semulajadi manusia atau dipelajari. Sebenarnya kebolehan bertutur adalah satu keanehan.Bahasa juga merupakan alat perhubungan yang mempunyai sifat-sifat unversal.Manusia menggunakan bahasa sebagai alat untuk berhubung ,melahirkan pandangan, perasaan dan pendapat,menyampaikan ilmu pengetahuan dan sebagainya. Kewujudan sesebuah bangsa berkait rapat dengan asal usul bahasa.Malah sesebuah tanmadun atau kerajaan tidak akan lengkap sekiranya bahasa tidak wujud.Bangsa dan bahasa saling melengkapi antara satu sama yang lain. Sebagai kesimpulannya,dapatlah dirumuskan bahawa linguistik merupakan bidang yang memerlukan kajian yang mendalam dan teliti yang memberikan penekanan kepada bidang kajian bahasa secara khusus serta menghubungkan bahasa dengan disiplin ilmu yang lain.

Anda mungkin juga menyukai