Anda di halaman 1dari 18

PENDAHULUAN Selaras dengan Dasar Pendidikan Kebangsaan yang termaktub dalam Akta Pendidikan 1996, Bahasa Melayu ialah

mata pelajaran teras di semua sekolah rendah dan menengah. Bahasa Melayu berperanan sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa perpaduan rakyat Malaysia. Pendidikan Bahasa Melayu berhasrat membina rasa bangga terhadap bahasa yang mencerminkan akal budi dan pemikiran rakyat, juga berperanan sebagai pemangkin kepada semangat cinta akan tanah air yang dikongsi bersama oleh semua rakyat dalam satu wawasan. Pendidikan Bahasa Melayu di peringkat rendah juga bertujuan mewujudkan asas semangat kewarganegaraan . Kurikulum Bahasa Melayu digubal bertujuan untuk memenuhi hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan bagi melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, emosi, rohani, dan jasmani. Kurikulum Bahasa Melayu menyediakan murid untuk menguasai kecekapan berbahasa dan berkomunikasi dan dapat menggunakan tatabahasa secara betul dan tepat. Selain itu,murid mampu mengungkapkan ilmu pengetahuan daripada mata pelajaran yang lain di samping mengembangkan kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif. Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah memberikan tumpuan kepada kemahiran bahasa, iaitu Kemahiran Mendengar dan Bertutur, Kemahiran Membaca, dan Kemahiran Menulis. Kemahiran bahasa ini membolehkan murid menggunakan bahasa Melayu secara berkesan dalam kehidupan harian dan sebagai bahasa ilmu untuk pembelajaran seumur hidup bagi perhubungan sosial, pemerolehan ilmu serta bagi tujuan rekreasi. Sukatan pelajaran ini juga memberikan pertimbangan kepada pelbagai gaya pembelajaran, minat, dan kecerdasan yang berbeza di kalangan murid. Aktiviti kokurikulum Bahasa Melayu yang dijalankan di luar waktu sekolah adalah penting sebagai sokongan bagi memantapkan kemahiran berbahasa murid. Sukatan Pelajaran memberikan gambaran menyeluruh tentang kurikulum Bahasa Melayu. Sukatan Pelajaran ini mengandung matlamat, objektif, dan organisasi kandungan. Organisasi kandungan merangkumi Kemahiran Bahasa, Hasil Pembelajaran, Sistem Bahasa, dan Pengisian Kurikulum. Terdapat enam dokumen sampingan yang dikenali sebagai Huraian Sukatan Pelajaran untuk panduan guru dalam pengajaran dan pembelajaran. Huraian Sukatan Pelajaran ini disediakan bagi setiap tahun, iaitu dari tahun satu hingga tahun enam. MATLAMAT Matlamat Kurikulum Bahasa Melayu Sekolah Rendah adalah untuk melengkapkan murid dengan keterampilan berbahasa dan berkomunikasi untuk memenuhi keperluan

diri, memperoleh ilmu, perhubungan sosial, dan urusan harian. OBJEKTIF Pada akhir pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu sekolah rendah murid dapat : i. Mendengar pengucapan dengan teliti dan memahami serta menghayati pengucapan dalam konteks perbualan harian dan situasi formal; ii. Bertutur petah menggunakan sebutan dan intonasi yang betul dalam pelbagai situasi; iii.Berbincang dan berkongsi pendapat untuk menyelesaikan masalah, mencapai persetujuan, dan membuat keputusan tentang sesuatu perkara; iv. Membaca pelbagai bahan sastera dan bahan berunsur pengetahuan menggunakan teknik membaca yang sesuai dan berkesan untuk memperoleh ilmu dan memproses maklumat secara kritis; v. Memupuk minat membaca sebagai satu amalan ke arah membina budaya pembelajaran berterusan; vi. Memperkembang kekuatan imaginasi, kreativiti, pemikiran kritis, dan penghayatan nilai murni melalui aktiviti bertutur, membaca, dan menulis; vii. Mengenali dan menghasilkan pelbagai jenis penulisan kreatif dan berunsur pengetahuan menggunakan kemahiran menulis serta proses penulisan yang sesuai dan betul; viii. Menggunakan bahasa baku yang meliputi ejaan, kosa kata, tatabahasa, dan sebutan yang betul dalam aktiviti mendengar, bertutur, membaca, dan menulis; ix. Menghargai dan menghayati keindahan bahasa melalui karya sastera dan karya berunsur ilmu; dan x. Menghayati dan mengamalkan nilai murni, sikap positif, semangat patriotisme , dan perasaan cinta akan negara. ORGANISASI KANDUNGAN Kurikulum Bahasa Melayu Sekolah Rendah digubal dengan memberikan fokus kepada Hasil Pembelajaran yang perlu dikuasai oleh murid. Hasil Pembelajaran ini berteraskan kemahiran bahasa, iaitu Kemahiran Mendengar dan Bertutur, Kemahiran Membaca, dan Kemahiran Menulis. Hasil Pembelajaran juga menggabungkan peraturan dalam Sistem Bahasa dan disokong oleh elemen Pengisian Kurikulum. Kemahiran Bahasa Kemahiran Bahasa meliputi kemahiran mendengar, bertutur, membaca, dan menulis. Kemahiran Bahasa merupakan teras penguasaan bahasa baku. Kemahiran Mendengar

Kemahiran Mendengar merupakan keupayaan murid mendengar dengan teliti , memahami perkara yang didengar dalam pelbagai situasi pengucapan, serta dapat memberikan maklum balas. Kemahiran Bertutur Kemahiran Bertutur merupakan keupayaan murid berbual untuk menjalin hubungan dan menyampaikan maklumat, pendapat, perasaan, serta idea yang kritis dan kreatif dengan sebutan dan intonasi yang betul secara sopan. Penekanan diberi kepada penggunaan pengucapan yang menggunakan tatabahasa yang sesuai. Kemahiran Membaca Kemahiran Membaca merupakan keupayaan murid membaca ayat dengan lancar serta sebutan, intonasi, dan jeda yang betul. Penekanan perlu diberi kepada aspek pemahaman dan penaakulan pelbagai bahan secara kritis dengan menggunakan pelbagai teknik membaca. Kemahiran Menulis Kemahiran Menulis merupakan keupayaan murid menulis perkataan dan ayat dan mengeluarkan idea melalui pelbagai jenis penulisan yang berkaitan dengan ilmu pengetahuan dan pengalaman peribadi yang telah dilalui dengan menggunakan ayat yang gramatis, tanda baca dan ejaan yang betul, serta tulisan yang jelas, cantik, dan kemas. Murid juga digalakkan menggunakan kreativiti mereka untuk menghasilkan penulisan bahan berunsur pengetahuan dan penulisan imaginatif. Penguasaan kemahiran bahasa memerlukan kepelbagaian situasi dan konteks yang meliputi bentuk prosa, puisi, dan grafik. Hasil Pembelajaran Hasil Pembelajaran ialah pernyataan yang ditafsirkan daripada objektif kurikulum bahasa. Pernyataan Hasil Pembelajaran merupakan petunjuk yang jelas tentang kemahiran yang perlu dikuasai oleh murid. Oleh itu, murid perlu menguasai kemahiran berbahasa yang terdapat dalam setiap hasil pembelajaran. Justeru, Hasil Pembelajaran dapat membantu guru memilih kandungan, kaedah, sumber, dan prosedur pengajaran yang relevan dan berkesan. Dalam konteks pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah, Hasil Pembelajaran dapat dicapai dengan menggabungjalinkan keempat-empat kemahiran bahasa, sistem bahasa dan pengisian kurikulum. Pendekatan yang berfokus kepada gaya pembelajaran yang pelbagai juga dapat membantu murid mencapai Hasil Pembelajaran. Selain itu, Hasil Pembelajaran juga dapat membantu dalam membuat pengukuran dan penilaian pencapaian murid. Sistem Bahasa

Sistem Bahasa dalam pengajaran dan pembelajaran merujuk kepada bahasa Melayu baku yang terdiri daripada tatabahasa, ejaan, sebutan dan intonasi, kosa kata dan peribahasa. Aspek tatabahasa merangkumi morfologi dan sintaksis manakala aspek kosa kata terdiri daripada kosa kata umum dan istilah yang terdapat dalam mata pelajaran yang lain pada peringkat rendah. Pengisian Kurikulum Pengisian Kurikulum terdiri daripada elemen yang menggabungkan perkembangan terkini dalam pendidikan yang meliputi aspek ilmu, nilai, kewarganegaraan, peraturan sosiobudaya, dan kemahiran bernilai tambah, iaitu kemahiran berfikir, kemahiran belajar cara belajar, kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi, kajian masa depan, kecerdasan pelbagai , pembelajaran konstruktivisme, dan kontekstual. Semua elemen ini dapat diaplikasikan oleh murid dalam dunia pekerjaan. Di samping itu, pendidikan nilai, kewarganegaraan, dan patriotisme diberi penekanan selaras dengan matlamat negara membangunkan masyarakat madani. I. Kemahiran Mendengar dan Bertutur Kemahiran Mendengar dan Bertutur merupakan keupayaan murid memahami perkara yang didengar dan dituturkan dalam pelbagai situasi pengucapan sama ada perbualan harian atau situasi formal. Kemahiran ini bertujuan menimbulkan kemesraan dan mengeratkan persahabatan serta dapat membincangkan topik yang lebih mencabar. Semua perbualan harus mengambil kira aspek sosiobudaya dan tatasusila untuk menjamin kesejahteraan hubungan. Hasil Pembelajaran bagi Kemahiran Mendengar dan Bertutur ialah berbual, bercerita, menyampaikan maklumat, dan berbincang. 1.0 Berbual dengan keluarga, rakan sebaya, dan pihak lain dalam situasi formal dan tidak formal. 1.1 Berbual tentang sesuatu perkara berkaitan dengan kehidupan seharian menggunakan kata, ungkapan, ayat, sebutan, intonasi, dan nada yang sesuai. 1.2 Bertanya dan menjawab tentang sesuatu perkara secara bertatasusila. 1.3 Memberikan dan memahami arahan serta pesanan tentang sesuatu perkara. 1.4 Menyatakan permintaan secara berterus terang dan meyakinkan dengan intonasi dan paralinguistik yang sesuai untuk menguatkan permintaan. 1.5 Memberikan penjelasan tentang sesuatu perkara yang tersurat dan tersirat. 1.6 Menyatakan sesuatu kemahuan semasa menjalankan transaksi dalam urusan harian untuk mendapatkan barangan dan perkhidmatan. 2.0 Bercerita dan melaporkan sesuatu perkara yang didengar, ditonton, dibaca ,

atau dialami. 2.1 Bercerita menggunakan kata, frasa, ayat serta sebutan dan intonasi yang baik dan jelas. 2.2 Melaporkan sesuatu perkara dengan bahasa yang sesuai dan tepat. 3.0 Menyampaikan maklumat dalam pengucapan yang mudah, betul, menarik, dan berkesan 3.1 Menyampaikan maklumat tentang sesuatu perkara atau tajuk menggunakan kata, istilah, frasa, struktur ayat yang betul dan laras bahasa yang sesuai. 3.2 Menghuraikan maklumat dengan alasan yang meyakinkan. 3.3 Menyampaikan maklumat kepada pihak lain dalam aktiviti yang terancang. 4.0 Berbincang tentang tajuk-tajuk yang relevan secara bertatasusila 4.1 Mengemukakan idea, pandangan, dan pendapat tentang sesuatu perkara secara terperinci, tepat , dan tersusun. 4.2 Mengemukakan komen yang sesuai berdasarkan pemerhatian, pengalaman, dan maklumat yang disampaikan oleh pihak lain. 4.3 Mengemukakan hujah untuk menyokong atau menentang sesuatu pendirian dengan memberikan alasan yang sesuai secara sopan dalam aktiviti yang terancang. 4.4 Menyatakan pilihan untuk menerima atau menolak pandangan dan pendapat dalam perundingan bagi mencapai kata sepakat. II. Kemahiran Membaca Kemahiran Membaca merupakan kebolehan murid membaca bahan sastera dan bukan sastera dengan sebutan dan intonasi yang betul dan lancar serta memahami bahan yang dibaca. Penekanan diberikan kepada aspek pemahaman dan penaakulan kandungan teks secara kritis. Pelbagai teknik membaca diajarkan kepada murid untuk memastikan keefisienan membaca. Hasil Pembelajaran bagi kemahiran membaca ialah membaca kuat, memahami maklumat , menaakul , dan menghayati teks. 5.0 Membaca kuat dengan kelancaran sebutan, intonasi, dan gaya pembacaan yang sesuai 5.1 Membaca kuat perkataan dan ayat dengan sebutan dan intonasi yang betul dan memahami perkara yang dibaca. 5.2 Membaca kuat teks prosa dan puisi dengan sebutan dan intonasi yang betul dan lancar serta memahami perkara yang dibaca. 6.0 Membaca dan memahami maklumat yang terdapat dalam pelbagai teks 6.1 Merujuk pelbagai sumber untuk mendapatkan maklumat bagi tajuk yang sedang dikaji termasuk maklumat daripada internet. 6.2 Mengenal pasti pelbagai genre penulisan.

6.3 Membaca dan mengenal pasti isi utama dan isi sampingan daripada teks. 6.4 Membaca pantas secara luncuran untuk mendapatkan maklumat yang menyeluruh. 6.5 Membaca pantas secara imbasan untuk mendapatkan maklumat khusus. 6.6 Membuat ramalan berdasarkan sesuatu cerita atau maklumat yang diberi dalam bahan ilmu. 7.0 Membaca, menaakul , dan menghayati kandungan teks yang dibaca 7.1 Membaca dan menerangkan maksud kandungan teks yang tersurat dan tersirat. 7.2 Membaca dan mengenal pasti perkataan, pelbagai jenis ayat, dan gaya bahasa daripada bahan sastera dan bukan sastera yang dapat membawa kesan tertentu kepada pembaca. 7.3 Membaca dan menghayati pelbagai bahan sastera dan bukan sastera yang berkualiti untuk meningkatkan dan memperkukuh minat membaca. III. Kemahiran Menulis Kemahiran Menulis merupakan keupayaan murid menulis perkataan dan membina ayat, serta dapat mengeluarkan idea melalui pelbagai jenis penulisan. Ini termasuk penulisan tentang pengalaman peribadi yang dilalui, bahan sastera serta bahan berunsur ilmu. Penulisan hendaklah menggunakan ayat yang gramatis serta tanda baca dan ejaan yang betul. Tulisan berangkai yang jelas dan cantik hendaklah digalakkan. Hasil pembelajaran bagi Kemahiran Menulis ialah keupayaan menggunakan pelbagai jenis ayat dan wacana, mencatat dan menyusun maklumat, menghasilkan penulisan kreatif dan bukan kreatif, dan membuat ulasan. 8.0 Menggunakan pelbagai jenis ayat dan wacana dalam penulisan 8.1 Membina dan menulis perkataan, ayat tunggal dan ayat majmuk. 8.2 Membina dan menulis ayat tunggal dan ayat majmuk dalam sesuatu penulisan teks tentang sesuatu tajuk. 8.3 Menulis perkataan dan ayat dengan tulisan berangkai yang kemas. 8.4 Membina dan menulis ayat topik dan ayat huraian berdasarkan sesuatu perkara. 8.5 Mengenal pasti dan menggunakan penanda wacana yang sesuai dalam satu perenggan bagi sesebuah karangan. 8.6 Membina wacana yang sempurna bagi keseluruhan karangan. 9.0 Mencatat dan menyusun maklumat 9.1 Mengambil imlak bahan yang diperdengarkan. 9.2 Mengenal pasti maklumat dan mencatat nota daripada bahan yang didengar atau dibaca. 9.3 Menyusun maklumat daripada nota atau catatan hasil daripada bahan yang didengar atau dibaca secara kohesif.

10.0 Menghasilkan penulisan kreatif dan bukan kreatif 10.1 Menghasilkan pelbagai genre (prosa dan puisi) termasuk e-mel yang mudah, menarik dan bermakna. 10.2 Mengedit dan memurnikan hasil penulisan. 10.3 Membuat ringkasan daripada bahan yang didengar dan dibaca. 11.0 Membuat ulasan tentang bahan yang didengar, ditonton, atau dibaca 11.1 Menyatakan pandangan tentang perkara yang menarik dalam sesebuah karya. 11.2 Mengulas karya bukan sastera dari segi penggunaan perkataan, idea, ayat, wacana, nilai dan pengajaran. 11.3 Mengulas karya sastera yang mudah secara umum dari segi tema dan persoalan, watak dan perwatakan, nilai dan pengajaran, dan gaya bahasa. 11.4 Memberikan komen dan pandangan tentang pendapat yang disampaikan oleh pihak lain. SISTEM BAHASA Sistem Bahasa berfokus kepada pengajaran dan pembelajaran tatabahasa, ejaan, sebutan dan intonasi, kosa kata, dan peribahasa. Penerangan ringkas bagi perkara tersebut dinyatakan di bawah. 1.0 Tatabahasa Tatabahasa hendaklah dijadikan dasar kecekapan berbahasa dan diajarkan secara terancang dalam konteks untuk ketepatan berbahasa. Kandungan tatabahasa terdiri daripada morfologi dan sintaksis. 1.1 Morfologi Morfologi ialah bidang ilmu bahasa yang mengkaji struktur, bentuk kata, dan penggolongan kata. Struktur kata ialah susunan bentuk bunyi ujaran atau lambing (tulisan) yang menjadi unit bahasa yang bermakna. Bentuk kata pula ialah rupa unit tatabahasa sama ada berbentuk tunggal atau hasil daripada proses pengimbuhan, pemajmukan , dan penggandaan. Penggolongan kata ialah proses menjeniskan perkataan berdasarkan keserupaan bentuk dan fungsi dengan anggota lain dalam golongan yang sama. Aspek morfologi yang diberi tumpuan adalah seperti yang berikut: a. Struktur kata merujuk kepada pola suku kata bagi i. kata asli bahasa Melayu ii. kata pinjaman bahasa Melayu

b. Bentuk kata i. kata tunggal ii. kata terbitan iii. kata majmuk iv. kata ganda Proses pembentukan kata bahasa Melayu ialah: i. pengimbuhan ii. penggandaan iii. pemajmukan Antara ketiga-tiga proses pembentukan kata, yang amat kompleks ialah sistem imbuhan bahasa Melayu. Oleh itu, penekanan hendaklah diberi kepada aspek penggunaan imbuhan yang betul dari segi bentuk dan makna. c. Golongan kata i. kata nama ii. kata kerja iii. kata adjektif iv. kata tugas 1.2 Sintaksis Sintaksis ialah bidang ilmu bahasa yang mengkaji bentuk, struktur , dan binaan atau konstruksi ayat. Ini bermakna, bidang sintaksis ialah kajian tentang hukum atau rumus tatabahasa yang mendasari kaedah penggabungan dan penyusunan perkataan atau kelompok perkataan untuk membentuk ayat. Aspek sintaksis yang diberi tumpuan adalah seperti yang berikut : a. unsur utama yang terdiri daripada kata, frasa, klausa, dan aspek pembinaannya serta pembahagian subjek dan predikat, b. jenis ayat, iaitu ayat penyata, ayat tanya, ayat perintah, dan ayat seruan, c. ragam ayat, iaitu ayat aktif dan ayat pasif, d. susunan ayat, iaitu susunan biasa dan songsang, e. binaan dan proses penerbitan ayat: i. ayat dasar ii. ayat tunggal

iii. ayat terbitan atau ayat majmuk, dan f. aspek tanda baca 2.0 Sistem Ejaan Perkara yang diberi penekanan ialah: i. pola keselarasan huruf vokal ii. ejaan kata pinjaman iii. ejaan kata dasar dan kata terbitan 3.0 Sebutan dan Intonasi Sebutan dan intonasi diajarkan supaya murid dapat menyebut perkataan dan ayat dengan betul serta memahami intonasi dan jeda. Kemahiran yang dipupuk ialah kebolehan mengenal pasti dan membezakan pelbagai aspek dalam sebutan dan intonasi supaya murid dapat menyampaikan sesuatu makna dengan tepat. Sebutan bahasa Melayu yang diajarkan di sekolah hendaklah sebutan bahasa Melayu baku. i. Sebutan Sebutan diajarkan supaya murid dapat menyebut sesuatu kata dengan betul. Sebutan bahasa Melayu yang diajarkan di sekolah hendaklah sebutan bahasa Melayu baku. ii. Intonasi Intonasi ayat bahasa Melayu hendaklah diajarkan mengikut pola yang berikut: a. Jenis ayat i. ayat penyata ii. ayat tanya iii. ayat seruan iv. ayat perintah b. Susunan ayat i ayat biasa ii. ayat songsang c. Ragam ayat

i ayat aktif ii. ayat pasif Nota: * Buku Tatabahasa Dewan Edisi Baharu Edisi 1993 ialah buku tatabahasa pegangan yang menjadi sumber rujukan dalam pengajaran dan pembelajaran. * Buku Daftar Ejaan Rumi dan Jawi Edisi 2001 ialah buku panduan ejaan yang menjadi rujukan dalam pengajaran dan pembelajaran. 4.0 Kosa kata Kosa kata terdiri daripada kosa kata umum dan istilah. Penguasaan kosa kata perlu dipertingkatkan dan diperkembang selaras dengan pertambahan ilmu dalam mata pelajaran peringkat sekolah rendah. 5.0 Peribahasa Peribahasa yang merangkumi simpulan bahasa, perumpamaan, pepatah, bidalan, perbilangan , kata-kata hikmat , dan bahasa kiasan perlu diajarkan dalam pendidikan Bahasa Melayu. Pemilihan peribahasa, kata-kata hikmat, dan bahasa kiasan hendaklah mengutamakan falsafah, keperibadian, dan nilai murni masyarakat Malaysia. PENGISIAN KURIKULUM Terdapat beberapa elemen dalam pengisian kurikulum, iaitu ilmu daripada pelbagai bidang ilmu,nilai,kewarganegaraan , peraturan sosiobudaya, dan kemahiran bernilai tambah, iaitu kemahiran berfikir, kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi, kemahiran belajar cara belajar, kajian masa depan, kecerdasan pelbagai , serta pembelajaran secara konstruktivisme, dan kontekstual. 1.0 Ilmu Ilmu merangkumi pelbagai bidang ilmu dan disiplin . Contohnya ilmu dalam bidang sains, geografi dan lain-lain yang dapat digunakan untuk memperkembang ilmu bahasa dan kemahiran bahasa. Pengetahuan juga termasuk perkara semasa yang boleh dipertimbangkan oleh guru dalam pengajaran dan pembelajaran. 2.0 Nilai Penyerapan nilai murni dalam pendidikan Bahasa Melayu adalah untuk melahirkan insan yang baik serta memiliki akhlak mulia. Selain itu, penghayatan dan amalan nilai murni bertujuan membentuk generasi muda yang berhemah tinggi dan berperibadi

mulia. Keperihatinan dan pemahaman bahawa Malaysia ialah negara pelbagai budaya harus dipupuk secara langsung dan tidak langsung. Ini seterusnya dilanjutkan kepada pemahaman di peringkat antarabangsa selaras dengan keperluan globalisasi. 3.0 Kewarganegaraan Unsur patriotisme dan kewarganegaraan yang diserapkan dalam pengajaran dan pembelajaran mengutamakan pemupukan semangat cinta dan taat akan tanah air. Di samping itu, pemupukan unsur ini bertujuan untuk melahirkan warganegara yang baik dan meningkatkan komitmen individu terhadap bangsa dan negara. 4.0 Peraturan Sosiobudaya Peraturan sosiobudaya dalam pendidikan Bahasa Melayu meliputi kesantunan bahasa, laras bahasa , dan peribahasa yang diamalkan dalam masyarakat Malaysia. 5.0 Kemahiran Bernilai Tambah Kemahiran bernilai tambah mengutamakan pengalaman di bilik darjah sesuai dengan situasi kehidupan dunia sebenar murid serta senario dunia yang global. Sehubungan dengan itu, kurikulum Bahasa Melayu menyepadukan kemahiran lain agar memenuhi keperluan semasa pengajaran dan pembelajaran. Kemahiran bernilai tambah yang dimaksudkan ialah kemahiran berfikir, kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi, kemahiran belajar cara belajar, kajian masa depan, kecerdasan pelbagai , serta pembelajaran konstruktivisme, dan kontekstual. enjelasan tentang kemahiran bernilai tambah dinyatakan di bawah. 5.1 Kemahiran Berfikir Kemahiran berfikir diajarkan kepada murid melalui soalan dan aktiviti yang memerlukan pemikiran kritis dan kreatif dalam aktiviti mendengar, bertutur, membaca, dan menulis. Kemahiran berfikir , sama ada dari segi mengkonsepsikan idea, menyelesaikan masalah atau membuat keputusan penting dalam kehidupan harian dan kerjaya murid pada masa depan. 5.2 Kemahiran Teknologi Maklumat dan Komunikasi Kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi perlu diajarkan kepada murid supaya mereka dapat menggunakan komputer untuk tujuan komunikasi seperti menghantar dan menerima e-mel, menggunakan aplikasi perisian dalam menyempurnakan tugasan harian, dan mengakses maklumat melalui internet. 5.3 Kemahiran Belajar Cara Belajar Kemahiran belajar cara belajar perlu diajarkan kepada murid supaya mereka peka terhadap teknik pembelajaran yang berkesan. Penguasaan kemahiran ini membolehkan murid meningkatkan pengetahuan, cekap bertindak untuk menghadapi dunia yang

sering berubah, dan mengamalkan pembelajaran seumur hidup. 5.4 Kajian Masa Depan Kajian masa depan ialah satu pendekatan pembelajaran untuk mendidik murid agar lebih prihatin terhadap sesuatu isu atau permasalahan yang berlaku pada masa lampau, masa kini, dan masa depan. Ini bermakna, murid dapat membuat ramalan, menjangka akibat, serta mengendalikan perubahan supaya murid mendapat manfaat yang maksimum. 5.5 Kecerdasan Pelbagai Kecerdasan pelbagai merangkumi verbal-linguistik, logikmatematik, muzik, kinestetik, visual-ruang, interpersonal, intrapersonal, dan naturalis. Oleh itu, guru perlu mengembangkan potensi kecerdasan murid dengan menyediakan gaya pembelajaran yang sesuai dengan minat dan kecenderungan mereka kerana setiap individu mempunyai kecerdasan dan kebolehan yang berbeza. 5.6 Pembelajaran Konstruktivisme Pembelajaran konstruktivisme dalam pendidikan dapat melahirkan murid yang boleh membina pemahaman dan pengetahuan baru mereka sendiri berdasarkan pengetahuan dan pengalaman sedia ada. Pembelajaran ini menjadikan murid lebih faham, yakin, dan lebih seronok untuk terus belajar sepanjang hayat. 5.7 Pembelajaran Kontekstual Pembelajaran kontekstual ialah kaedah pembelajaran yang mengaitkan isi pelajaran dengan pengalaman harian individu, masyarakat, dan alam pekerjaan. Pembelajaran kontekstual disampaikan dalam persekitaran yang pelbagai, secara konkrit yang melibatkan latih amal dan berfikir. Pembelajaran berlaku apabila murid berupaya menghubungkaitkan pengetahuan baru secara bermakna dan menghayati kerelevanan pembelajaran dengan kehidupan mereka. FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN Falsafah pendidikan kebangsaan mempunyai beberapa kategori atau aspek yang penting termasuklah pembentukan, analisis dan implikasi terhadap sistem pendidikan Negara. Dalam pada itu, ideologi kebangsaan termasuklah Rukunegara, Dasar Ekonomi Baru, dan Dasar Pendidikan Kebangsaan dirujuk. Seperti yang kita sedia maklum, Negara kita Malaysia adalah sebuah negara yang sedang membangun setelah mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957. Justeru itu, agak penting bagi kita mempunyai falsafah pendidikan kita sendiri. Setelah menyedari hakikat tersebut, maka pada tahun 1988, Falsafah Pendidikan Negara (FPN) telah

digubal berdasarkan dokumen-dokumen dasar dan ideology negara. Kini, FPN dikenali sebagai Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). Secara ringkasnya (FPK) menggariskan segala istilah, pemikiran, dan prinsip berkaitan dengan bidang pendidikan negara di negara kita. Dengan kata lain, ia menggabungkan matlamat, dasar-dasar dan amalan-amalan pendidikan sebagai satu entity keseluruhan yang tekal, jelas dan logik. Falsafah Pendidikan Kebangsaan Kebangsaan ialah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi setiap individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta member sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negera.

Idea untuk menggubal FPK telah wujud atau tercetus pada tahun 1979 lagi apabila penerbitan laporan Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran. Laporan tersebut mengandungi beberapa isu penting yang berkaitan dengan pendidikan termasuk prinsip, nilai dan hala tuju pendidikan. Selain itu, laporan itu juga mengemukakan peri pentingnya kita mempunyai suatu falsafah pendidikan yang mementingkan pembangunan kemanusian seperti petikan yang berikut: Perkembangan ekonomi pada hari ini adalah pesat. Demikian juga dalam bidang sosial. Kita berhadapan dengan pelbagai unsur dari luar dan dalam. Kebanyakan daripada unsur di dalam adalah baik tetapi, unsur yang didatangkan dari luar, yang tidak menyenangkan. Oleh itu, kita menghadapi satu cabaran lain, iaitu pembangunan kemanusiaan.(Laporan Kabinet, 1979:226) Tenaga rakyat yang diperlukan....juga dari segi nilai-nilai disiplin....perlu jujur dan dedikasi terhadap kerja....boleh berfikir dn bertindak dengan baik....berpandukan kepada punca-punca akhlak yang mulia....perlu selaras dengan tujuan pembangunan manusia.(Laporan cabinet, 1979:227) Berdasarkan petikan di atas, kita telah mengetahui bahawa pembangunan manusia yang inginkan oleh kerajaan merangkumi aspek mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Pernahkah anda berfikir apakah kenapa Falsafah Pendidikan kebangsaan ditubuhkan berdasarkan dokumen-dokumen dasar dan ideology negara? Apakah rasionalnya dan

apakah dasar-dasar yang membentuk FPK? Antara dasar-dasar yang membentuk FPK ialah Rukunegara, Dasar Ekonomi Baru dan Dasar Pendidikan Kebangsaan. Rukunegara Malaysia telah ditubuhkan atau diisytiharkan pada hari kemerdekaan negara iaitu 31 Ogos 1957. Rukunegara kita sebenarnya diilhamkan dari sebahagiannya daripada Pancasila negara Indonesia. Tahukah anda bahawa Rukunegara Malaysia juga dikenali sebagai facto Malaysian pledge of allegiance. Terdapat 5 prinsip yang telah membentuk rukunegara Malaysia yang menjadi pegangan rakyat Malaysia sehingga sekarang. Antaranya prinsip-prinsip rukunegara adalah seperti berikut: BAHAWASANYA NEGARA KITA MALAYSIA mendukung cita-cita hendak: Mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh masyarakatnya; Memelihara satu cara hidup demokratik; Mencipta satu masyarakat adil di mana kemakmuran negara akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama; Menjamin satu cara liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan berbagai corak; dan Membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden. MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip berikut: Kepercayaan kepada Tuhan Kesetiaan kepada Raja dan Negara Keluhuran Perlembagaan Kedaulatan Undand-Undang Kesopanan dan Kesusilaan. Adakah anda telah pun menghafal sepenuhnya prinsip-prinsip rukunegara? Prinsip ini amat lah penting bagi kita rakyat Malaysia bagi menjamin kesejahteraan keluarga, masyarakat, bangsa dan negara. Jikalau kita berpegang teguh terhadap prinsip-prinsip ini, maka kita telah pun seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Download this Document for Free FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN 1 Pengenalan

Penyata Razak (1956) dan Laporan Rahman Talib (1960) menjadi asas kepada pembentukansistem dan Dasar Pelajaran Kebangsaan seperti termaktub dalam Akta Pelajaran 1961. Ketiga-tiga dokumen ini menegaskan perpaduan sebagai matlamat utama negara. Di samping itu usaha-usaha juga mesti dilaksanakan untuk memajukan aspek-aspek pembangunan bangsa dan negarameliputi kebudayaan, sosial, ekonomi dan politik. Kemajuan dalam aspek-aspek ini bertujuanuntuk mempercepat serta memperkukuhkan cita-cita ke arah mewujudkan perpaduan negara. "Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagip o t e n s i i n d i v i d u s e c a r a m e n y e l u r u h d a n b e r s e p a d u u n t u k m e w u j u d k a n i n s a n y a n g seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Usaha ini adalahbagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia,bertanggungjawab, berketrampilan dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri sertamemberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dannegara." (Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia, 1998)Pernyataan falsafah ini menegaskan bahawa sistem pendidikan Negara memberi penekanankepada perkembangan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu ke arah melahirkani n s a n y a n g b a i k , berdasarkan kepercayaan, keyakinan serta kepatuhan kepada T u h a n . I n i bermakna Falsafah Pendidikan Negera berhasrat untuk melahirkan insan yang berpegang teguhkepada agama. HBML 4303: Kurikulum dan Perkaedahan Dalam Pengajaran Bahasa Melayu 21. Bahaskan perkaitan antara kandungan Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu denganFalsafah Pendidikan Kebangsaan Salah satu yang terkandung dalam FPK adalah falsafah tentang manusia yang berasaskankepercayaan kepada Tuhan dan agama. M a t l a m a t p e n d i d i k a n a d a l a h u n t u k m e m b a n g u n k a n semua aspek diri manusia secara harmonis dan seimbang supaya kesepaduan fitrah diri manusiaterpelihara. Berilmu dan berpendidikan harus menghasilkan budi pekerti yang baik dan akhlak y a n g m u l i a y a n g s e k a l i g u s m e n j a d i c i r r i - c i r i a s a s i s e o r a n g a h l i k e l u a r g a , m a s y a r a k a t d a n warganegara yang baik dan terdidik.F P K j u g a m e l i h a t i n d i v i d u i t u d a l a m b e b e r a p a l a p i s a n p e r t a l i a n a t a u p e r h u b u n g a n . Tujuan pendidikan bukan sahaja untuk pembangunan dan kesejahteraan diri individu tetapi jugauntuk pembangunan dan kesejahteraan setiap lapisan hubungan individu berkenaan bermuladengan keluarga, meluas kepada masyarakat dan negara.Kurikulum Bahasa Melayu digubal bertujuan untuk memenuhi hasrat FalsafahPendidikan Kebangsaan bagi melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek,emosi, rohani, dan jasmani. Kurikulum Bahasa Melayu menyediakan murid untuk menguasaikecekapan berbahasa dan berkomunikasi dan dapat menggunakan tatabahasa secara betul dantepat. Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah memberikan tumpuan kepadakemahiran bahasa, iaitu Kemahiran Mendengar dan Bertutur, Kemahiran

Membaca, danKemahiran Menulis. Kemahiran bahasa ini membolehkan murid menggunakan bahasa Melayusecara berkesan dalam kehidupan harian dan sebagai bahasa ilmu untuk pembelajaran seumur hidup bagi perhubungan sosial, pemerolehan ilmu serta bagi tujuan rekreasi. (PusatPerkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia, 2003).F a l s a f a h Pendidikan Negara adalah teras kepada sistem pendidikan di n e g a r a i n i . Falsafah ini digubal di atas kesedaran bahawa negara mesti mempunyai tuju hala dan matlamatyang benar dan tepat di dalam sistem dan rancangan pendidikannya. Sesuai dengan matlamatKurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (Bahasa Melayu) yang menekankan penggunaan bahasaM e l a y u yang betul dengan penerapan nilai-nilai positif melalui p e n g a j a r a n d i d a l a m k e l a s . Seterusnya memartabatkan bahasa Melayu di Antarabangsa. HBML 4303: Kurikulum dan Perkaedahan Dalam Pengajaran Bahasa Melayu 32. Kajian tindakan untuk mengenal pasti satu masalah yang dihadapi d a l a m s e s i pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu dan cara bagaimana untuk mengatasi masalah tersebut.Isu Dan Masalah Pengajaran Dan Pembelajaran Membaca Dalam Kalangan Pelajar2.0 Pengenalan Membaca merupakan satu topik yang sentiasa mendapat p e r h a t i a n s e r i u s d a r i p a d a s e m u a peringkat masyarakat di negara ini. Sungguhpun kita prihatin terhadap pelbagai isu dan masalahyang diutarakan tentang tajuk ini, namun sehingga hari ini belum ada sebarang penyelesaianyang berkesan yang dilakukan terhadap masalah ini. Mungkin isu ini tidak nampak dan masalahyang sebenar berkaitan dengan ilmu, pengajaran dan pembelajaran membaca. Salah satu masalahyang kita akui sebagai yang paling serius ialah kurangnya minat dan tabiat membaca dan iniberlaku di kalangan semua lapisan masyarakat Malaysia.Di sekolah rendah dan sekolah menengah membaca masih lagi menjadi perkara pentingdalam proses pengajaran dan pembelajaran. Kelemahan membaca dipandang sebagai penghalangkepada usaha untuk menjadikan anak-anak kita sebagai pelajar berpengetahuan dan cemerlangd a n m a s y a r a k a t k i t a s e b a g a i m a s y a r a k a t y a n g b e r i l m u dan maju. Kalau dilihat pada dasar pendidikan, kurikulum, dan silibus pengajaran membaca tidak ada cacatnya. Semua suduttentang membaca telah diajar di sekolah-sekolah. M a l a n g n y a i s u d a n m a s a l a h y a n g s a m a dibangkitkan setiap tahun. HBML 4303: Kurikulum dan Perkaedahan Dalam Pengajaran Bahasa Melayu KONSEP 5P DLM B MELAYU PENGGABUNGJALINAN - proses menggabungkan beberapa kemahiran dalam satu pengajaran dan pembelajaran. Tujuan Strategi Penggabungjalinan

Beberapa kemahiran dapat dikuasai serentak. Menjadikan bentuk pengajaran lebih menarik dan bermakna. Membolehkan suasana pembelajaran lebih berkesan. Boleh mewujudkan pelbagai aktiviti dan melibatkan lebih ramai murid

Bentuk penggabungjalinan

Penggabungjalinan kemahiran dalam satu mata pelajaran ( bahasa ).Sekurangkurangnya 2 kemahiran. Penggabungjalinan kemahiran daripada beberapa mata pelajaran.

Penggabungjalinan dalam Satu Mata Pelajaran ( bahasa )


Kemahiran mendengar. Kemahiran bertutur. Kemahiran membaca. Kemahiran menulis * Melibatkan sekurang-kurangnya 2 kemahiran

Contoh pengabungjalinan aspek kemahiran bahasa dalam P&P Bacaan : membaca senyap Lisan : latihan kefahaman - soal jawab - latihan tatabahasa ( dilakukan secara tidak langsung) - memberi pendapat Bertulis : latihan kefahaman 2. PENYERAPAN -Proses menyerapkan pelbagai bidang ilmu, nilai murni, kemahiran berfikir dan kemahiran bernilai tambah dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. Bentuk Penyerapan 1. Penyerapan isi mata pelajaran lain dalam mata pelajaran bahasa.

satu strategi untuk menyerapkan isi pengetahuan daripada beberapa mata pelajaran ke dalam satu mata pelajaran lain. Contoh: Dalam PP bahasa, isi pengetahuan daripada mata pelajaran Sains dan Kesihatan diserapkan seiring dengan penguasaan kemahiran-kemahiran bahasa.

2. Penyerapan Nilai

Nilai murni dan semangat kewarganegaraan masyarakat Malaysia yang berlandaskan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Dalam P&P, walaupun penyerapan dilakukan secara sedar dan terancang, namun murid menyerap ilmu dan nilai tersebut secara natural.

17 nilai yang perlu diserapkan dalam P&P 3. PEMULIHAN - Koh Boh Boon (1982): Pendidikan pemulihan adalah lebih terbatas dan lebih khusus sifatnya kerana ia bertujuan membaiki kelemahan pembelajaran. Ia melibatkan muridmurid yang lambat, iaitu mereka yang lembab mencapai pembelajaran berbanding dengan kanak-kanak yang lain. Pencapaian pembelajaran murid-murid ini biasanya di bawah tahap pencapaian yang sepatutnya. 4. PENGAYAAN - ialah aktiviti-aktiviti tambahan kepada aktiviti-aktiviti asas pembelajaran yang dijalankan di dalam atau di luar darjah. -diberi kepada kumpulan murid yang telah mencapai taraf yang memuaskan/telah menguasai kemahiran asas. -dilakukan semasa murid-murid lain masih berada dalam proses pembelajaran ke taraf yang diperlukan/menguasai kemahiran asas. -Mengandungi unsur-unsur untuk meluaskan pengetahuan dan pengalaman serta mengukuhkan kemahiran yang sedang dipelajari. -Memberi peluang kepada murid mengembangkan minat, daya kreativiti, sifat ingin tahu, sikap berdikari, bakat kepimpinan serta melibatkan diri dalam membuat keputusan untuk diri, kumpulan dan masyarakat. 5. PENILAIAN - Penilaian merupakan satu proses atau aktiviti yang bersistematik bagi memperoleh maklumat yang berguna dalam menentukan sesuatu prestasi.

Anda mungkin juga menyukai