Anda di halaman 1dari 14

1.

PENGENALAN
Dalam konteks pembinaan negara bangsa, kepentingan sejarah sebagai mekanisme

utama telah disuarakan sejak sekian lama oleh pelbagai pihak. pengetahuan sejarah khususnya
sejarah negara akan membolehkan sesuatu bangsa terutamanya generasi muda menjadi lebih
prihatin terhadap bangsa dan pembangunan negaranya. Dengan keprihatinan terhadap sejarah
secara tidak langsung membolehkan seseorang itu menunaikan tanggungjawabnya sebagai
seorang warganegara. Dengan sifatnya sebagai alat memahami masa lalu serta fungsinya
sebagai pedoman, pengajaran dan panduan membolehkan sejarah diberikan tempat istimewa
dalam sistem pendidikan sesebuah negara.

1.1

Kepentingan Pendidikan Sejarah Dalam Kurikulum Kebangsaan


Pendidikan sejarah juga berfungsi menerapkan nilai kewarganegaraan dan membentuk

generasi muda menjadi warganegara yang berguna kepada bangsa dan negara. Nilai
kewarganegaraan ini meliputi kebanggaan sebagai rakyat Malaysia, bersemangat setia
negara, bersemangat kekitaan, berdisiplin, berusaha dan produktif.
Pendidikan sejarah merupakan proses mendidik melalui kaedah dan proses pembinaan
sejarah sebagai satu disiplin ilmu melalui alat, prosedur dan kaedah tertentu. Seterusnya ilmu
ini akan meneliti, memahami, menghurai, menginterprestasi dan seterusnya membina
keseluruhan mengenai sesuatu perkara, kejadian atau fenomena yang berkaitan dengan
kehidupan manusia pada zaman lampau. Kesemua ini dinyatakan dengan jelas dalam huraian
sukatan mata pelajaran sejarah.
Matlamat Pendidikan Sejarah adalah untuk memupuk semangat setia negara dan
perasaan bangga sebagai rakyat Malaysia. Melalui pengetahuan dan penghayatan sejarah
tanahair, para pelajar akan dapat memahami keadaan masyarakat dan negara dalam
mewujudkan semangat perpaduan dan kekitaan terhadap masyarakat dan negara sebagai
satu unit tunggal.

Hal ini pasti akan mewujudkan ingatan bersama terhadap sejarah sebagai rangka
rujukan kesedaran kebangsaan dan memperkukuhkan perasaan cintakan tanahair. Mata
pelajaran Sejarah adalah pendukung utama pemupukan semangat kewarganegaraan dan
SJH3106

patriotisme. Oleh yang demikian kandungan kurikulum Sejarah akan memberi penekanan
terhadap pengetahuan tentang sejarah negara dan nilai-nilai yang dapat memupuk semangat
kewarganegaraan dan patriotisme.

2.0

KECERGASAN PELBAGAI DALAM PENGAJARAN SEJARAH


Teori pelbagai kecerdasan telah dikemukakan oleh Howard Gardner (1983). Dr Howard

Gardner dilahirkan di Scranton, PA pada tahun 1943. Kedua ibu bapanya adalah pelarian dari
Nazi Jerman. Sebagai seorang anak dia amat minat bidang bacaan dan muzik. Beliau pernah
menjadi seorang pemain piano berbakat. Sebagai seorang pemuda,beliau telah mendaftarkan
diri di Universiti Harvard .Beliau telah mengambil jurusan Sejarah

tetapi akhirnya beralih

kepada psikologi kognitif pembangunan. Pada tahun 1983 beliau membangunkan teori
kecerdasan pelbagai yang sangat terkenal.
Pada tahun 1986 beliau mula mengajar di Harvard Graduate School .Dr Gardner telah
berkahwin dengan Ellen, seorang ahli psikologi perkembangan, dan mempunyai empat anak
lelaki dan seorang cucu. Beliau sangat mementinkan keluarga dan kerjanya. Beliau
mengemukakan sembilan kecerdasan manusia yang dapat diperkembangkan sepanjang hayat.
Menurut Gardner, manusia mempunyai kesemua sembilan kecerdasan. Beliau telah membuat
kajian terhadap pelbagai lapisan masyarakat termasuklah kanak-kanak biasa dan istimewa,
juga kelompok penduduk yang mempunyai kriteria yang istimewa .

Dr. H. Gardner
Gardner juga mengatakan bahawa kecerdasan bukanlah semata-mata diwarisi. Jika
kedua-dua ibubapa dikategorikan sebagai bodoh mengikut ukuran IQ tidak semestinya anakanak mereka juga bodoh, begitulah juga sebaliknya. Kajian terhadap kanak-kanak istimewa

SJH3106

mendapati ada di antara murid-murid yang lemah daya ingatannya adalah dilahirkan oleh
ibubapa yang kedua-duanya adalah profesional.
Sembilan kecerdasan adalah saling berkait secara kompleks bila seseorang melakukan
sesuatu aktiviti. Tambahan pula, bagi sesuatu kecerdasan itu, seseorang mungkin berbeza
dalam tahap pencapaian kebolehannya. Dr.Roger Sperry turut menyatakan kaitan kecerdasan
dan fungsi otak manusianyang berbeza-beza mengikut perkembangan usia dan jantina
individu.Otak kanan dan kiri mempunyai fungsi yang berbeza namun menurutnya manusia tidak
boleh dianggap menggunakan sebelah otak sahaja.
Teori Pelbagai Kecerdasan Gardner berlandaskan prinsip-prinsip berikut :
Setiap

individu

mempunyai

sembilan

kecerdasan

tetapi

pada

tahap

perkembangan yang berlainan


Kebanyakan individu dapat mengembangkan setiap kecerdasan ke satu tahap
yang cekap jika diberi galakan,pengayaan dan pengajaran yang sesuai.
Kecerdasan jarang beroperasi secara tersendiri.Beberapa kecerdasan akan
bertindak serentak dalam menghasilkan sesuatu kerja.
Sesuatu kecerdasan boleh dimanifestasikan dalam pelbagai cara dan bentuk.

Kecerdasan

ini

dibahagikan

kepada

jenis

iaitu:

Verbal-Linguistik,

Logik-

Matematik,Visual-Ruang, Kinestetik, Spiritual,Muzik-Irama, Intrapersonal, Interpersonal dan


Naturalis.

SJH3106

Rajah : Kecerdasan Pelbagai Howard Gardner

2.1

Verbal-Linguistik

Verbal-Linguistik ialah kebolehan menggunakan kata-kata secara berkesan dalam lisan


dan penulisan. Seseorang dengan kecerdasan ini sensitif kepada makna perkataan dan mahir
memanipulasinya. Mereka juga boleh berkomunikasi secara berkesan melalui aktiviti
mendengar, bertutur, membaca, menulis dan menghubungkait. Mereka juga peka terhadap
pelbagai fungsi bahasa terutama dari segi kebolehannya untuk merangsang emosi.Cara belajar
yang paling berkesan bagi kumpulan ini adalah dengan menggunakan stesen pembelajaran
dan melalui pengajaran serta penerangan lisan.Penyair, penulis, pemberita, penceramah,
peguam, pengacara dan ahli politik mempunyai kecerdasan verbal-linguistik.

2.2

Logik-Matematik

SJH3106

Kebolehan membolehkan seseorang menaakul, menyelesaikan masalah kompleks,


membuat perkaitan seperti suka menyoal, kritis, cekap membuat pengiraan, boleh membuat
perbandingan, cekap menyelesaikan masalah berkaitan nombor dan menggunakan komputer.
Kecerdasan ini menggabungkan kedua-dua kebolehan matematik dan saintifik. Ahli matematik,
contohnya gemar menyelesaikan masalah yang abstrak dan banyak menggunakan penaakulan.
Ahli sains, walau bagaimana pun, didorong dengan keinginan menerangkan alam fizikal yang
nyata.Kumpulan ini belajar dengan lebih berkesan melalui kaedah penyelesaian masalah,
inkuiri penemuan dan pembelajaran koperatif. Ahli matematik, jurutera, ahli fizik, penyelidik dan
pengaturcara komputer menunjukkan darjah kecerdasan logikal-matematik yang tinggi.

2.3

Visual-Ruang
Kebolehan mengesan dan menggambarkan bentuk, ruang, warna dan garisan,

termasuklah kebolehan mempersembahkan idea visual dan ruang secara grafik. Seorang yang
mempuyai kecerdasan ini boleh membentuk gambaran dalam minda mereka dan melukisnya.
Mereka juga berkebolehan dalam bidang seni dan kreatif menggunakan warna, membaca peta
dan mempunyai daya imaginasi yang kuat. Mereka belajar dengan berkesan melalui tunjuk
cara, video dan gambar rajah serta boleh memberi sumbangan kepada projek kumpulan melalui

SJH3106

carta dan gambarajah. Pelukis, pelayar, jurutera, pakar bedah, arkitek, pengukir dan pereka
grafik mempunyai kecerdasan visual-ruang yang tinggi.

2.4

Kinestetik
Kebolehan menggunakan badan untuk menyatakan idea, perasaan dan

menyelesaikan

masalah

termasuklah

kemahiran

fizikal

seperti

koordinasi,

untuk

fleksibiliti,

kepantasan dan keseimbangan. Seseorang yang mempunyai kecerdasan ini mahir dalam
memanupulasi objek dan aktiviti yang melibatkan kemahiran motor halus dan kasar. Mereka
gemar aktiviti fizikal seperti menari, bermain dan bersukan serta cekap dalam aktiviti
menggunakan kemahiran motor. Mereka berkebolehan untuk belajar melalui perbuatan seperti
simulasi, permainan, main peranan dan membina model. Pelakon, pereka/pencipta, penari,
mekanik, atlit dan pelumba kereta mempunyai kecerdasan kinestetik.

2.5

Muzik-Irama
Kebolehan mengesan ritma, nada dan melodi, termasuklah kemahiran Muzik mengenal

lagu dan mengubah tempo dan irama dalam melodi yang mudah. Seseorang yang mempunyai
SJH3106

kecerdasan ini juga sensitif kepada bunyi seperti suara manusia dan alat muzik. Semua orang
mempunyai kecerdasan muzik tetapi pada darjah yang berbeza. Ada yang lebih berkemahiran
daripada yang lain. Walau apa pun tahap bakat, kita semua mempunyai kecerdasan untuk
menikmati dan menghayati pengalaman muzik. Murid yang mempunyai kecerdasan muzik yang
tinggi lebih gemar belajar melalui pengajaran lisan dan suka melakukan aktiviti jenis tarian,
gimnastik serta berlatarkan muzik.Penyanyi, penggubah lagu, pemain alat muzik, konduktor
muzik dan komposer lagu mempunyai kecerdasan muzik yang tinggi.

2.6

Interpersonal
Kebolehan memahami perasaan, motivasi, tabiat serta hasrat orang lain. Mereka yang

mempunyai kecerdasan interpersonal boleh bekerjasama dalam kumpulan serta berkomunikasi


secara lisan atau tanpa lisan denganInterpersonal orang lain. Pada tahap yang mudah
kecerdasan ini termasuklah kebolehan seorang kanak-kanak mengenal dan sensitif kepada
mood orang dewasa sekelilingnya. Kemahiran interpersonal yang lebih kompleks adalah
kebolehan orang dewasa membaca hasrat orang lain walaupun secara tersirat. Murid-murid
yang mempunyai kecerdasan ini akan belajar dengan lebih berkesan melalui pembelajaran
kooperatif dan pengajaran rakan sebaya serta penglibatan dalam perbincangan kelas. Mereka
yang mempunyai kecerdasan interpersonal yang tinggi termasuklah pemimpin agama dan
politik, guru, pensyarah, jurujual, kaunselor, doktor, jururawat dan pekerja sosial.

SJH3106

2.7

Intrapersonal
Kebolehan memahami diri sendiri dari segi kekuatan, kelemahan, hasrat dan keinginan

termasuklah kemahiran membandingkan diri sendiri dengan orang lain dan mengetahui
bagaimana mengawal perasaan. Mereka yang mempunyai kecerdasan ini mempunyai
keyakinan diri yang tinggi terhadap kebolehan diri sendiri, mempunyai pegangan dan prinsip
serta azam yang kuat dan boleh berdikari. Mereka juga boleh memahami perasaan orang lain
dan mempunyai daya tumpuan dan refleksi yang tinggi. Mereka lebih suka belajar bersendirian
di perpustakaan atau di stesen-stesen pembelajaran dan berkebolehan membuat laporan jurnal
yang baik. Contoh-contoh kecerdasan intrapersonal yang tinggi termasuklah penulis novel, ahli
psikologi, tok guru dan ahli falsafah.

2.8

Naturalis
Kebolehan mengenal , mengklasifikasi dan menghargai tumbuh- tumbuhan, bahan

galian dan haiwan termasuk batu-batan dan rumput Naturalis rampai serta semua jenis flora
SJH3106

dan fauna. Mereka yang mempunyai kecerdasan ini juga berkebolehan melihat perhubungan
dan polar yang rapat antara alam tumbuhan dan antara kehidupan haiwan.. Murid yang
mempunyai kecerdasan naturalis belajar dengan lebih berkesan melalui aktiviti luar kelas. Ahli
biologi, zoologi, petani,doktor haiwan, nelayan, pengkaji bintang, pendaki gunung, ahli ekologi
dan aktivis persekitaran mempunyai kecerdasan naturalis yang tinggi.

2.9

Spiritual
Fahaman yang berpusat kepada kejadian dan kewujudan manusia, erti kehidupan,

kematian dan juga realiti yang dihadapi oleh manusia. Berkait dengan hal agama dan
falsafah .Mereka yang mempunyai kecerdasan ini sentiasa mencari penyelesaian melalui
pendekatan agama. Persoalan kadang kala tidak dapat ditimbulkan oleh individu biasa dan
sukar untuk diterima.
Kecerdasan spiritual itu penting karena kecerdasan spiritual merupakan kunci bagi
makna hidup seseorang. Kecerdasan ini merupakan terapi jiwa dan raga.Jika sumbernya buruk
(hati penuh penyakit ) maka rosaklah seluruh jasad manusia.Ia akan menjadi manusia yang
bengis , jahat dan tidak mengenal belas ihsan

SJH3106

3.0

Rumusan
Rumusan yang boleh kita buat bahawa pengetahuan guru tentang teori kecerdasan

membolehkan

guru

mengaplikasikannya

dalam

pengajaran

Sejarah

dan

seterusnya

membolehkan guru merancang strategi pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dan
baik.Ini kerana kecerdasan yang terdapat pada seseorang pelajar boleh dijadikan kepada
petunjuk potensi yang terdapat pada seseorang pelajar tersebut.

Teori kecerdasan pelbagai ini menyokong pembelajaran bersepadu yang menyeluruh


selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan keperluan pelajar.Kepelbagaian
kaedah dan strategi oleh guru tidak berfokuskan kepada satu kecerdasan pelbagai sahaja
sehingga membosankan pelajar.Guru boleh mengenalpasti potensi dan bakat yang ada pada
setiap pelajar .Murid yang lemah dalam akademik boleh dicungkilkan bakat dalam bidang yang
lain seperti sukan , seni , muzik dan lain-lain.
SJH3106

10

Di samping itu juga, seseorang guru dapat menilai kebolehan dan mengenalpasti
kekuatan dan kelemahan pelajarnya.Murid yang lemah akan diberi lebih bimbingan dan
motivasi.Selain daripada melihat kecerdasan intelek yang ada pada pelajar , guru juga harus
melihat kecerdasan emosi yang ada pada pelajarnya.
Bagi pelajar pula , mereka dapat mengetahui kecenderungan kecerdasan pelbagai yang
ada pada mereka.Ia dapat membantu dan memperkembangkan bakat serta potensi yang ada
pada mereka.Contohnya pelajar yang cenderung kepada bidang kinestetik lebih suka kepada
bidang yang melibatkan aktiviti pergerakan tubuh badan dan ketahanan fizikal seperti berlari
dan berenang.Tidak mustahil mereka boleh menjadi atlit sukan jika bakat mereka ini
diperkembangkan dan pelajar pula berlatih dengan bersungguh-sungguh.

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN SEJARAH TAHUN 4

Subjek
Kelas
Tema/Tajuk
Masa

:
:
:
:

Sejarah
4 Syakirin
Mari Belajar Sejarah
7.45 8.45

Fokus

: Standard Kandungan
1.3
mengetahui dan memahami sejarah sekolah
Standard Pembelajaran
1.3.1 menyatakan nama dan alamat sekolah dengan lengkap
1.3.4 menyatakan cogankata,visi dan misi sekolah
1.3.5 menyatakan maksud warna , simbol pada lencana dan bendera
sekolah
K1.3.8 mengenalpasti usaha-usaha untuk mengekalkan kebersihan dan
keindahan sekolah

Objektif

SJH3106

: Pada akhir pengajaran dan pembelajaran,murid akan dapat :


I. Menyatakan nama dan alamat sekolah yang lengkap
II. Menyatakan cogankata,misi dan misi sekolah
III. Menyatakan maksud warna , simbol pada lencana sekolah
11

Aktiviti

a.
b.
c.
d.
e.

Menyanyi lagu sekolah


Menulis alamat sekolah
Mewarna lencana sekolah dan menyatakan maksud simbol dan
warna lencana
Persembahan hasil karya
Berbincang langkah-langkah untuk mengekalkan kebersihan dan
keindahan sekolah

EMK
:
Nilai Murni : bertanggungjawab , bersyukur
Kemahiran Pembelajaran Sejarah : Asas Kemahiran Pemikiran Sejarah
Bahan Bantu Mengajar
: Komputer,LCD,slaid power point,lembaran kerja
Refleksi
:

LANGKAH /
MASA

AKTIVITI PENGAJARAN
&PEMBELAJARAN
a.

Set Induksi
( 5 minit )

b.
a.

Langkah 1
b.

a.
Langkah 2
SJH3106

Guru meminta murid menyanyikan lagu


sekolah.
Guru bersoaljawab dengan murid
berdasarkan lagu sekolah.
Apakah tanggungjawab seorang murid ?
Bagaimana cara menunjukkan kecintaan
kepada sekolah ?

CATATAN

Powerpoint Lagu
sekolah
KP : muzik-irama
verbal-linguistik

Guru memanggil 3 orang murid menulis


alamat sekolah yang lengkap di papan
hitam.
Murid secara beramai-ramai membaca
alamat sekolah dengan suara yang kuat
dan jelas.
Murid dibahagikan kepada 5 kumpulan
dan dikehendaki :
Mewarna lencana sekolah
Menyatakan maksud simbol dan warna
pada lencana
Menyatakan misi dan visi sekolah

Lakaran lencana
sekolah
KP : visual ruang
Interpersonal
Nilai :
bertanggungjawab
12

a . Seorang wakil murid mempersembahkan


hasil karya kumpulan
b. Kumpulan yang dapat memberikan
jawapan yang tepat dan karya yang
menarik diberi penghargaan

Langkah 3

Langkah 4

a. Guru meminta murid menyatakan langkahlangkah yang perlu diambil untuk


mengekalkan kebersihan dan keindahan
sekolah.
b. Guru mengedarkan lembaran kerja
berkaitan solan yang dibincangkan tadi

Penutup

a.

KPS
KP : interpersonal

KP : interpersonal
naturalis
Nilai : bersyukur

bertanggungjawab
- Lembaran kerja

Guru merumuskan hasil pembelajaran

Refleksi

4.0

REFLEKSI

Alhamdulillah, syukur saya kepada Ilahi dengan limpah kurnia dan keberkatannya
dapatlah saya menyiapkan tugasan Kaedah Pengajaran Sejarahyang diberikan oleh pensyarah.
Pertama sekali saya ingin mengucapkan ribuan terimakasih kepada pensyarah
bimbingan Encik Anas bin Suray yang tidak jemu mencurahkan pengetahuan dan tunjuk ajar
kepada saya dan rakan rakan .Di atas

bimbingan, bantuan dan tunjuk ajar beliau dapat

menjadikan kami berilmu dalam mata pelajaran Sejarah ini.


Selain itu, banyak kekangan yang saya lalui untuk menyiapkan tugasan ini, antaranya
kelajuan talian internet, masa untuk berbincang dengan rakan sekumpulan ,mencari bahanbahan yang bersesuaian dengan tajuk serta tugasan yang bertimpa-timpa dari mata pelajaran
lain.
Sepanjang saya melaksanakan kerja kursus ini , banyak ilmu yang dapat saya dapat
dan perolehi.Ilmu yang diperolehi ini sangat berguna kepada saya sewaktu pengajaran dan
pembelajaran di sekolah. Saya sedar bahawa sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran di
SJH3106

13

dalam kelas memerlukan perancangan dan pelaksanaan yang pelbagai, menarik serta
menyeronokkan murid.Sebagai seorang guru , mereka hendaklah memberikan ruang dan
peluang kepada setiap murid untuk belajar mengikut potensi kecerdasan masing-masing.
Kecerdasan setiap murid tidak boleh dilihat secara lansung atau dikira. Pelajar
tidak akan rasa terasing dan rendah diri dengan kecerdasan pelbagai. Ini kerana, sesetengah
kecerdasan hanya mengiktiraf kecerdasan dalam logikal-matematik dan apabila seseorang
pelajar itu tidak dapat menguasai kecerdasan logikal-matematik maka pelajar dikategorikan
sebagai lemah. Sedangkan banyak lagi kecerdasan dan kekuatan lain yang ada pada diri
pelajar tidak diberi perhatian.Sebaliknya, kecerdasan pelbagai memberi perhatian terhadap
kecerdasan selainlogikal-matematik disamping kecerdasan logikal-matematik itu sendiri. Maka
pelajar akan rasa lebih bersemangat untuk belajar. Kecerdasan pelbagai ini dapat member
ikeyakinan yang jitu kepada pelajar. Ini kerana kekuatan mereka dalam kecerdasan tertentu
diberikan perhatian dan begitu juga kelemahan mereka akan diperbaiki. Ini dapat menaikkan
lagi semangat dan keyakinan mereka untuk memperkembangkanlagi kecerdasan mereka dan
untuk memperbaiki kelemahan yang ada pada diri mereka.
Dengan ilmu yang saya perolehi semasa membuat kerja kursus ini , saya berusaha
untuk menjadi seorang guru yang inovatif , kreatif dan disayangi oleh anak murid.

SJH3106

14

Anda mungkin juga menyukai