Anda di halaman 1dari 3

NAMA PERMAINAN : BOLA TIN BERACUN Alatan / kemudahan yang diperlukan Antara alatan yang diperlukan dalam permainan

ini ialah; 1. Tin Selalunya kita menggunakan tin minuman ringan untuk membuat piramid tin namun sekiranya tidak terdapat tin minuman ringan, kita boleh menggunakan tin susu pekat atau pun tin sardin.

2. Bola kertas Untuk menghasilkan bola kertas ini, kita menggunakan bahan-bahan terbuang seperti surat khabar lama. Cara-cara untuk membuatnya ialah: a. Sediakan surat khabar dan selotep. Sediakan surat khabar lama dalam

kuantiti yang banyak untuk membuat bola kertas tersebut dan terpulang kepada kita untuk membuatnya dalam saiz yang besar atau pun kecil. b. Setelah digumpalkan surat khabar tersebut dalam bentuk bulat maka kita hendaklah selotep di kawasan bola tersebut untuk mengukuhkan struktur bola tersebut dan juga sebagai sentuhan yang terakhir. c. Terakhir sekali, gelaran bola tersebut ialah bola beracun.

Peraturan permainan 1. Tin hendaklah disusun seperti gambar rajah dibawah;

Gambar 1: Susunan tin yang seakan-akan berbentuk seperti pyramid 2. Pemain dalam permainan ini adalah tidak terhad, namun memadai sekiranya jumlah pemain dapat dibahagikan sama banyak antara kedua-dua kumpulan supaya ia lebih seimbang. Sebagai contoh, sekiranya terdapat 12 pemain maka setiap kumpulan hendaklah terdiri daripada 6 peserta. Namun begitu, mereka perlu melakukan ooo,som untuk menentukan kumpulan mereka. 3. Dalam setiap kumpulan hendaklah dilantik seorang ketua bagi menentukan kumpulan mana yang bertindak sebagai penjaga dan penjahat terlebih dahulu.

Cara bermain i. Kumpulan penjaga iaitu (kumpulan A) akan menyusun tin susu secara membukit di tengah padang manakala kumpulan penjahat iaitu (kumpulan B) akan membuat balingan dengan menggunakan bola kertas yang telah dihasilkan tadi. ii. Balingan hanya boleh dilakukan sebanyak dua kali sekiranya tidak mengenai tin-tin tersebut. iii. Sekiranya susunan tin tersebut jatuh akibat daripada balingan daripada Kumpulan B, maka Kumpulan A akan menggunakan bola yang telah dilontar tadi untuk membalingkan ke sesiapa sahaja daripada Kumpulan B dan balingan tersebut boleh dilakukan dari aras pinggang hingga ke bawah kaki. Namun, pada masa yang sama Kumpulan B hendaklah menyusun semula tin tersebut secepat mungkin

supaya bola beracun tersebut tidak mengenai anda. Ini memerlukan kebijaksanaan para pemain untuk bekerjasama. iv. Sekiranya kumpulan B dapat menyusun semula tin-tin tersebut, maka kumpulan B akan mendapat satu mata. Sekiranya kesemua pemain kumpulan B mati akibat terkena bola beracun dan tidak dapat menyusun semula tin maka permainan akan beralih kepada kumpulan A. v. Setiap kumpulan akan diberikan peluang sebanyak 3 kali pusingan untuk bermain permainan ini dan permainan ini akan berlangsung selama 7 minit bagi setiap pusingan. vi. Kumpulan yang memungut mata yang paling banyak akan dinobatkan sebagai juara.

Anda mungkin juga menyukai