Anda di halaman 1dari 4

Permainan ceper / tudung botol

1.Pendahuluan

Permainan ini menggunakan tudung botol minuman berkarbonat. Ianya


menggunakan 5 tudung botol. Kaedah permainan hampir sama dengan batu
seremban.

2.Tujuan utama

Permainan ialah mendapatkan point melalui menimbang dan tuju tudung botol
itu. Permainan ini biasanya dimonopoli oleh kaum lelaki.

3.Peralatan yang diperlukan

5 keping tudung/tutup botol (yang besi bukan plastik)

4. Cara Bermain

a) Susun semua (5 keping) tudung botol ke atas.


b) Letakkan kedua-dua ibu jari di depan dan belakang tudung botol.
c) Gerakkan kedua ibu jari ke arah berlawanan untuk ceraikan tutup botol.
d) Ambil satu dari lima tutup botol yang telah diceraikan.
e) Pihak lawan akan menunjuk mana yang perlu ditembak.
f) Tembakan tutup botol hanya dengan satu jentikan.(tutup botol bergoyang
sebelum jentikan di kira 'garib' dan mati)
g) Tembakan yang berjaya disusuli dengan seremban tutup botol.
h) Markah dikira melalui beberapa tutup botol yang diperoleh. (1 tutup botol
= 2 mata/markah)
Cara lain untuk bermainnya adalah seperti berikut:

*sediakan 5 buah ceper*

Setiap pemain akan menimbang ceper (1 ceper mewakili 2 markah), bagi


menentukan giliran. Pemain dengan markah tertinggi akan memulakan
permainan terlebih dahulu.
Ceper disusun secara bertindih (menegak), kemudian diputarkan ke udara
bagi memastikan ceper tersebut bertebaran seperti gambar di bawah;

Pemain lain akan menentukan arah ceper mana yang akan dijentik oleh kita.
Andai kata ceper yang dijentik oleh kita tidak mengena sasaran atau
tersentuh ceper yang lain, maka, giliran kita tamat dan diteruskan dengan
pemain yang lain.
Sekiranya kita berjaya menjentik semua ceper yang diarahkan oleh pemain
lain, pusingan diteruskan dengan menimbang ceper menggunakan tangan
seperti gambar dibawah;
Permainan diteruskan sehingga terdapat pemain yang berjaya mengumpul
markah penuh dengan pantas.
Pemain pertama yang berjaya mengumpul markah penuh dinobatkan sebagai
pemenang. *markah penuh ditentukan oleh para pemain*

Info tambahan*

Ayam
Ceper yang bertindih dua selepas diputarkan ke udara dipanggil ayam.
Apabila perkara ini berlaku, pemain lain akan menolong untuk
memutarkannya kembali ke udara mengikut tahap putaran iaitu
"sederhana(hujan), kuat(ribut) dan sangat kuat(taufan)". Tahap ini ditentukan
oleh mana-mana pemain yang menyebutnya terlebih dahulu.
Jamban
Ceper yang bertindih tiga selepas diputarkan ke udara dipanggil jamban.
Ceper disusun secara bertingkat iaitu 2 dibawah, 1 di atas. Pemain akan
diberi pilihan oleh pemain lain sama ada untuk memilih jamban terbuka atau
tertutup. Kemudian pemain akan menjentik ceper berdasarkan arahan pemain
lain.
Jamban terbuka - 2 dibawah, 1 di atas tertutup, 1 lagi di atas terbuka.

Jamban tertutup - 2 dibawah, 1 di atas, lebihan ceper sebanyak 2 diletakkan


secara bertentangan dengan "jamban".
Pagar
Berlaku apabila terdapat 4 ceper yang bertindih selepas diputarkan ke udara.
4 ceper di susun secara bertindih (melintang). Lebihan ceper sebanyak 1
diletakkan bertentangan dengan "pagar" berdasarkan jarak yang ditentukan
oleh pemain lain. Kemudian ceper tersebut perlu dijentik melepasi "pagar"
tersebut tanpa menyentuhnya.

Bunga
Berlaku apabila 5 ceper yang diputarkan ke udara bertindih antara satu sama
lain. Keadaan ini jarang berlaku, tetapi mudah untuk dilakukan dengan cara
memutarkannya ke udara secara perlahan dan rendah. 4 ceper di susun
secara sebelah menyebelah membentuk segi empat sama dan 1 di atas.
Pemain lain akan menekan ceper di atas dengan kuat agar ceper-ceper
tersebut bertebaran. Kemudian pemain menjentik ceper tersebut berdasarkan
arahan pemain lain seperti biasa

Anda mungkin juga menyukai