Anda di halaman 1dari 1

Tuju Pot (Tin)

Perkataan "tuju" atau dengan istilah lainnya ialah "baling" sudah dapat kita gambarkan keadaan
tempat untuk memainkan permainan ini sudah semestinya mempunyai kawasan yang luas.
Pemain dalam permainan ini tidak terhad asalkan dapat dibahagikan sama banyak antara ke
dua-dua kumpulan. Alatan yang diperlukan adalah ringkas dan mudah di perolehi iaitu tin susu
kosong dan bola tenis atau seumpamanya.

Permainan ini adalah mudah dimainkan, tin susu disusun membukit di tengah padang oleh
kumpulan A manakala pemain kumpulan B pula membuat balingan. Sekiranya susunan tin itu
jatuh akibat lontaran bola tersebut, maka pemain kumpulan A akan cuba merebut bola itu
dengan tujuan membalingkan kepada salah seorang ahli kumpulan B sebelum mereka sempat
menyusun semula tin itu. Sementara itu, pelontar tadi hendaklah menyusun semula tin tersebut
secepat mungkin dan boleh ditolong oleh rakan-rakan sekumpulan dengannya.

Ini memerlukan kebijaksanaan para pemain untuk bekerjasama. Jika pelontar tadi berjaya
menyusun semula tin-tin itu sebelum kena baling daripada kumpulan A, maka kumpulan B
mendapat satu mata. Jika pemain kumpulan B terkena balingan daripada kumpulan A maka
pelontar itu dianggap "mati" dan pemindahan balingan pula berpihak kepada kumpulan A.
Andainya bola yang dilontarkan ke susunan tin itu dapat disambut sebelum mencecah tanah,
maka ke semua pemain kumpulan B dikira "mati".

Perkara berikut akan berulang sehinggalah salah satu kumpulan mendapat kiraan mata yang
tertinggi dalam masa yang ditetapkan atau kedua-dua kumpulan sudah bosan untuk
meneruskannya.

Salah seorang pemain menuju tin yang disusun supaya pecah dari susunan asal.

http://www.memori-kedah.com/page_pengenalan.php?pageNum_Recordset1=8&totalRows_Rec
ordset1=10&p=2&idstopic=29&idskandungan=101&mtopic=3#

Anda mungkin juga menyukai