Anda di halaman 1dari 2

CUNGKIL LIDI

PERATURAN-PERATURAN PERMAINAN
1. Permainan ini memerlukan tiga orang pemain untuk mencungkil lidi.
2. Permainan akan dijalankan dalam masa 5 minit.
3. Permainan perlu dijalankan di kawasan lapang yang permukaannya rata seperti
lantai.
4. Mula dengan pemain yang menang dalam undian oh beh som.
5. Pemain boleh mencungkil lidi atau menggunakan tangan apabila perlu.
6. Genggam lidi pada bahagian bawah, cecah lantai lalu taburkan lidi, lidi di luar
kawasan permainan tidak dikira sebarang mata.
7. Tidak dibenarkan menyentuh atau menyusun semula lidi yang telah ditaburkan
di atas lantai.
8. Pemain akan melambung dadu dan menggunakan peralatan yang diperoleh
untuk mencungkil lidi.
9. Cuba untuk mengeluarkan lidi tunggal dari longgokan. Elakkan menyentuh
mana-mana lidi yang lain supaya tidak bergerak.
10. Pemain mengikut giliran untuk mencungkil lidi dengan teliti. Jika pemain
berjaya, permainan diteruskan dengan pemain yang sama
11. Pemain akan dikira batal sekira lidi bergerak. Maka, pemain seterusnya akan
membuat taburan lidi semula.
12. Lidi yang dicungkil tetapi jatuh semula dalam taburan lidi akan dikira batal.
13. Lidi yang dicungkil tetapi menyentuh atau menyebabkan lidi lain bergerak akan
dikira batal .
14. Pemain yang seterusnya akan melambung dadu dahulu sebelum mula
mencungkil lidi.
15. Setelah lidi habis dicungkil maka permainan bagi pusingan tersebut pun tamat.
16. Pemain perlu mengira mata bagi semua lidi yang dikumpul kerana warna yang
berlainan mempunyai mata yang berbeza.

17. Lidi yang berwarna merah adalah 5 mata , warna hitam adalah 10 mata dan lidi
yang berwarna coklat adalah 1 mata.
18. Mata yang paling tinggi akan dikira menang selepas bermain 1 pusingan bagi
permainan mencungkil lidi.

40 LIDI
HITAM

MERAH

COKLAT

12

20

Anda mungkin juga menyukai