Anda di halaman 1dari 2

3 JENIS MASALAH PEMBELAJARAN SPESIFIK (DISLEKSIA, DISGRAFIA & DISKALKULIA) DISLEKSIA Kanak-kanak yang menghadapi masalah dalam membaca,

menulis dan mengeja. Tedapat 3 jenis Disleksia; Disleksia Visual

(Masalah dalam menggunakan deria penglihatan iaitu sukar membeza dan mengintepretasi apa yang dilihat). Disleksia Auditori

(Masalah menggunakan deria pendengaran iaitu sukar mengenalpasti bunyi dan membahagi suku kata). Disleksia Visual-Auditori

(Tahap yang paling teruk dimana deria penglihatandan pendengaran tidak berfungsi dengan baik. Kedua-dua deria ini gagal untuk menginteprestasi apa yang dilihat dan didengar). DISGRAFIA Sukar menyatakan apa yang ada dalam pemikiran ke dalam bentu tulisan.

(Masalah ini masih belum dapat ditentukan dengan kriteria-kriteria yang jelas). Memiliki tulisan tangan yang sangat buruk. Sering gagal untuk memproses maklumat seperti menulis dengan cara terbalik dan tidak mengikut urutan. Proses penulisan sangat perlahan kerana kesukaran untuk mengeja, mengenal tanda baca

dan mencampur adukkan antara huruf dengan nombor dalm formula. DISKALKULIA Masalah dalam operasi matematik. Masalah mengamati situasi nombor dan mencampuradukan nombor. Masalah dalam menyusun maklumat mengingati fakta dan formula.

Sukar memahami konsep matematik dalam ayat. Keliru dengan bentuk nombor yang hamper serupa. Selalunya bijak dalam mata pelajaran sains dan seni. Sukar untuk mengingati nama orang lain.

Anda mungkin juga menyukai