Anda di halaman 1dari 7

5.

LAPORAN BENGKEL

5.1

LAPORAN AKTIVITI
Pada 5 Februari 2015, sebanyak 98 orang guru pelatih yang terdiri daripada

opsyen Bahasa Tamil, Bahasa Melayu, Pendidikan Khas, Bimbingan dan Kaunseling
dan TESL telah mengikuti program bengkel Bina Insan Guru (BIG) yang bertemakan
Etiket Sosial dan Protokol. Kami telah berkumpul di Dewan Dato Khairuddin Ashari
(DDKA) pada pukul 2.00 petang untuk pendaftaran. Setelah semua guru pelatih
berkumpul, program telah bermula pada pukul 2.30 petang.

Dr Ros Eliana binti Ahmad Zuki


sebagai penceramah bengkel
Etiket Sosial dan Protokol.

Kami telah menjemput Dr Ros Eliana binti Ahmad Zuki, pensyarah Jabatan
Pendidikan Teknik dan Vokasional, Institut Pendidikan Guru Kampus Temenggong
Ibrahim sebagai penceramah bengkel. Skop bengkel meliputi tajuk pengucapan
awam, kesantunan berbahasa, kemahiran mendengar secara aktif, tertib di meja
makan, pengendalian majlis rasmi dan etika berpakaian. Beliau telah menyampaikan
pelbagai maklumat dan ilmu pengetahuan yang berguna kepada kami. Dr Ros telah
membincangkan tentang setiap skop bengkel Etiket Sosial dan Protokol secara
jelas dan terperinci agar guru pelatih dapat memahami dan menghayati etiket-etiket
sosial yang disampaikan.

Dr Ros juga menyampaikan ilmu


tentang kemahiran pengucapan
awam.

Dr Ros juga menyampaikan cara untuk berucap di tempat awam dengan


berkesan termasuklah persembahan ucapan yang baik seperti mengawal gagap,
menganalisis diri, mengumpul bahan, menyusun bahan, merancang pengenalan,
merancang penutup dan berlatih sebelum menyampaikan ucapan. Kemahiran
pengucapan awam amat penting kepada kita sebagai guru kerana guru perlu
menyampaikan pengajaran dengan penuh keyakinan. Oleh itu, melalui bengkel ini,
kami telah memahami ciri-ciri untuk menjadi seorang pengucap yang baik.

Beberapa orang guru pelatih dipanggil untuk menyatakan ciri-ciri


positif yang ada pada diri sendiri mengikut nama mereka.

Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang bengkel ini ialah kami diminta
menulis nama panggilan atau nama yang pendek untuk memikirkan ciri-ciri positif
bermula dengan huruf nama sendiri. Contohnya, Dr Ros (R-responsible, O-Obedient,
S-Special). Selepas itu, beberapa orang dipanggil untuk menyatakan ciri-ciri positif
yang ada pada mereka. Guru-guru pelatih amat seronok dan gembira akan slot ini
kerana dapat lebih mengenali dan memahami ciri-ciri positif yang terpendam pada
diri sendiri.

Dr Ros membincangkan isu etika


berpakaian dalam kalangan guru
pelatih.

Di samping itu, Dr Ros juga menyentuh tentang kesantunan berbahasa agar


kami dapat berkomunikasi dengan bertatasusila dan bersopan. Selain itu, beliau juga
mendedahkan etika berpakaian yan sopan dalam kalangan guru pelatih. Beberapa
contoh siswa guru lelaki dan perempuan yang berpakaian dengan sopan dijadikan
teladan. Beliau juga menunjukkan satu video tentang etika ketika makan. Melalui
video tersebut, kami telah mempelajari cara yang betul semasa makan, cara duduk
dengan betul dan sebagainya.

Pengerusi Program Bengkel


memberikan cenderamata kepada Dr
Ros Eliana binti Ahmad Zuki.

Akhir sekali, Pengerusi Program Bengkel ini telah memberikan cenderamata


kepada Dr Ros Eliana binti Ahmad Zuki sebagai penghargaan.

5.2

ISU/ MASALAH
Dr Ros melontarkan isu tentang kekurangan pengetahuan etiket sosial dan

protokol seperti tidak mempunyai kemahiran pengucapan awam. Selain itu, generasi

muda yang kurang mengambil berat tentang kesantunan berbahasa dan selalu
biadab semasa bercakap.

5.3

ANALISIS SWOT
5.3.1 KEKUATAN
1

Menguasai kemahiran pengucapan awam yang memanfaatkan


para guru pelatih

Memahami dan mengenali kelebihan diri serta mengasahkan


kelebihan tersebut dalam bidang pendidikan

Mengetahui etika makan dan menjaga tatatertib semasa berada di


meja makan

Membina keyakinan diri dari segi mental dan fizikal

Meningkatkan kreativiti diri sebagai seorang guru supaya dapat


membuka minda murid-murid.

5.3.2

KELEMAHAN
1

Suasana dewan agak suram oleh sebab cahaya yang tidak


mencukupi.

Guru pelatih berasa letih kerana bengkel diadakan pada waktu


petang.

Berlakunya gangguan semasa kebanyakan guru pelatih keluar


dari dewan semasa bengkel berlangsung

5.3.3

PELUANG
1

Berpeluang untuk mengembangkan kemahiran pengucapan awam


sendiri

2
5.3.4

Dapat memastikan kekuatan diri serta membina keyakinan diri

ANCAMAN
-Tiada-

5.4

REFLEKSI KENDIRI

6.0

PENUTUP
Kesimpulannya, Program Bina Insan Guru Fasa Tiga ini berupaya melahirkan

warga pendidik yang berkarisma dan berketerampilan dalam semua aspek, iaitu
jasmani, rohani, sosial dan intelek. Tambahan pula, program ini memberi
pengalaman dan ilmu pengetahuan yang baharu kepada guru pelatih. Hal ini
melahirkan para pendidik yang dapat memberi sumbangan besar terhadap
masyarakat dan negara. Segala aktiviti yang dijalankan dalam program ini telah
dilaksanakan dengan lancar dan sistematik atas bimbingan pensyarah-pensyarah
serta komitmen yang menyeluruh dalam kalangan guru pelatih terhadap aktivitiaktiviti yang dijalankan.

LAMPIRAN
AKTIVITI KEMASYARAKATAN
22 JAN 2015 (KHAMIS)
NO

GAMBAR

.
1.

KETERANGAN
Guru pelatih mula mengisi air di dalam
baldi untuk memulakan kerja-kerja
pembersihan.

2.

Guru-guru pelatih mengambil gambar


di kebun bunga selepas selesai
mengemas dorm.

3.

Guru-guru pelatih beramah mesra


dengan penghuni Rumah Cheshire.

4.

Sesi penggambaran guru pelatih dan


mentor bersama-sama dengan Encik
Singh sebagai kenangan sebelum
berpisah

LAMPIRAN
BENGKEL
5 FEBRUARI 2015 (KHAMIS)

NO.
1.

GAMBAR

KETERANGAN
Dr Ros juga menyampaikan ilmu
tentang kemahiran pengucapan awam.

2.

Beberapa orang guru pelatih dipanggil


untuk menyatakan ciri-ciri positif yang
ada pada diri sendiri mengikut nama
mereka.

3.

Pengerusi Program Bengkel


memberikan cenderamata kepada Dr
Ros Eliana binti Ahmad Zuki.

Anda mungkin juga menyukai