Anda di halaman 1dari 2

PENGHARGAAN

Pertama sekali, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Ilahi yang
maha kuasa kerana diberi kesihatan tubuh badan yang sungguh baik untuk
menyelesaikan tugas saya dengan jayanya tanpa banyak kesulitan dan masalah. Saya
berharap kerja tugasan semester yang saya lakukan ini akan diterima oleh pensyarah
saya dengan sepenuh hati.

Seterusnya, sebagai guru pelatih saya juga ingin menggunakan peluang yang
amat berharga ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah
Pendidikan Jasmani saya, Encik Ahmad Fadzil Bin Hj. Noor yang telah menjadi
petunjuk dan suri teladan kepada saya untuk menyelesaikan tugasan ini dengan betul
dan lengkap.Beliau telah banyak memberi keterangan berkaitan dengan cara dan
kaedah yang perlu digunakan dalam menyiapkan tugasan Pendidikan Jasmani ini.
Oleh itu demikian, saya dapat melakukan tugasan yang diarahkan dengan elok
mengikut prosedur-proseddur yang ditetapkan.

Ibu bapa merupakan pihak yang amat signifikan bagi semua orang.Sebagai anak
yang bertanggungjawab dan taat setia, saya perlu berterima kasih kepada ibu bapa
yang saya amat cintai. Mereka mengorbankan masa, wang dan tenaga mereka untuk
membantu saya menyelesaikan tugasan ini. Mereka juga memberi sokongan moral
untuk menyelesaikan tugas ini dengan sempurna. Tanpa sokongan dan dorongan
mereka saya tidak akan menyiapkan tugasan ini dalam tempoh masa yang disediakan
dengan baik.

Sementelahan pula, tidak lupa akan sumbangan dan bantuan yang telah
dihulurkan oleh sahabat-sahabat saya dalam menyiapkan tugasan Pendidikan Jasmani

ini.Sahabat-sahabat sekelas saya rela berkongsi idea dan maklumat mereka kepada
saya.Yang ini amat membantu saya untuk menyiapakan tugasan saya dengan lebih
baik dan efisien. Mereka juga meluangkan masa mereka dengan menemani saya ke
pusat sumber kampus dan juga perpustakaan awam untuk mencari maklumat ataupun
informasi tentang tajuk tugasan saya.Selain itu, kami telah berbincang mengenai tajuk
tugasan ini secara bekerjasama bak kata pepatah melayu, bagai aur dengan tebing.

Akhir sekali,saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak
yang sanggup membantu saya menyiapkan hasil tugasan ini dengan sungguh baik
secara langsung dan juga tidak langsung.Bantuan anda sentiasa dikenang budi.
Sekian,terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai