Anda di halaman 1dari 3

Kaum India

SEWAKTU MENGANDUNG
Adat Valaikaappu adalah adat yang dilakukan ketika
kandungan sulung wanita hamil menjangkau usia tujuh
hingga sembilan bulan. Wanita hamil tersebut akan
dipakaikan sebentuk gelang tangan baru yang dikenali
sebagai Suulkaappu. Suul bermaksud `kandungan ibu
dan Kaappu pula bermaksud perlindungan. Gelang ini
dipakai bertujuan untuk melindungi bayi di dalam
kandungan daripada kesukaran semasa bersalin.
Adat Valaikaappu diadakan pada hari dan masa yang baik menurut kalendar
India. Upacara ini akan diadakan di rumah suami atau ibu bapa dan disertai
oleh kaum wanita yang telah bersuami dan mempunyai anak yang dipanggil
cumanggali.
Gelang tangan yang dipakaikan dalam upacara ini terdiri
daripada beberapa jenis iaitu gelang kaca, pancalogam dan
emas mengikut kemampuan masing-masing. Setelah anak
dilahirkan, gelang tangan emas tersebut akan dileburkan untuk
dibuat perhiasan bagi bayi tersebut dan akan dipakaikan pada
hari pemberian nama.
SEMASA BERSALIN
Membisikkan Nama Tuhan
Sebaik sahaja bayi dilahirkan, sami atau sesiapa sahaja yang
berpengetahuan tinggi mengenai agama Hindu akan
membisikkan Gayatri Mantiram iaitu sejenis mantera Tuhan di
telinga bayi sebelum tali pusat dipotong. Namun begitu adat ini
disesuaikan dengan hanya membisikkannya sebaik sahaja
melihat bayi tersebut kerana perubatan moden tidak
membenarkan sesiapa memasuki bilik bersalin.
Bisikan nama Tuhan pada telinga bayi adalah untuk membolehkan bayi tadi
mendengar nama Tuhan sebelum mendengar apa-apa yang lain. Ia
bertujuan untuk membawa rahmat kepada bayi tersebut.
Potong

tali

pusat

Tali pusat yang dipotong akan ditanam bersama uri dan tembuni di sekitar

kawasan rumah bersama duit tembaga, serbuk kunyit, garam dan pinang.
Bahan-bahan ini dimasukkan bersama untuk mengelak dari dikorek oleh
binatang liar dan tidak digunakan oleh ahli sihir.
Menyapu Madu
Bayi yang baru dilahirkan juga akan disapu madu
bercampur minyak sapi pada lidahnya. Di samping
madu, air gula juga boleh digunakan. Minyak savvennai
yang merupakan campuran minyak bijan, minyak lenga
dan mambu juga kadangkala digunakan. Kegunaan
minyak ini dipercayai boleh membawa kecantikan dan
supaya bayi tidak diserang sebarang penyakit. Madu pula
dikatakan
dapat
melembutkan
lidah
bayi
dan
memudahkan bayi bertutur. Setitik minyak bijan yang dicampur dengan
sedikit susu ibu dan disapu ke mulut bayi akan bertindak menjadi pelawas
dalam sistem penghadaman dan membantu tumbesaran bayi tersebut.
SELEPAS KELAHIRAN
Membawa Bayi Pulang Ke Rumah (Upacara aalati)
Dulang yang mengandungi serbuk kunyit, kapur sirih yang
dicairkan, arang, sirih dan kapur barus yang dinyalakan
diangkat dan diputar tiga kali mengikut arah jam dan juga
lawan jam.
Dulang juga dilambai sebanyak tiga kali.
Seterusnya para cumanggali akan mencelupkan ibu jarinya
ke dalam dulang tersebut dan mencalitkan ke dahi ibu dan anak.
Setelah ibu dan anak masuk ke dalam rumah, isi dulang aalati dibuang.
Mandi Selepas Bersalin
Mandian ini dilakukan dengan menyiram ke seluruh badan bayi
dengan menggunakan air suam yang kadangkala dicampur
dengan bahan-bahan herba. Ia bertujuan untuk mengelak
penyakit sawan atau kuning. Susu juga digunakan sebagai
bahan utama untuk melembutkan kulit bayi.
Selesai
dimandikan,
bayi
ditonggengkan
dengan
mengangkat kedua belah kaki sambil menepuk bahagian
punggung untuk mengeluarkan kahak. Setelah itu bayi
diasapkan dengan asap kemenyan, dan disapu dengan
bedak yang diperbuat dari tepung beras supaya tidak

dihinggapi ruam. Akhir sekali bayi akan dibedung dengan kain bertujuan
untuk meluruskan anggota badan bayi.
Mendodoi Bayi
Amalan mendodoi bayi merupakan upacara yang paling penting dalam
masyarakat India. Upacara mendodoi ini juga dikenali sebagai taalaattu
bermaksud penggoyangan lidah. Upacara dimulakan dengan ucapan aaraaro
aariraro atau cerita-cerita nasihat. Ia bertujuan agar bayi tersebut menjadi
seorang yang berguna. Namun amalan ini semakin berkurangan dilakukan
dan hanya diamalkan oleh generasi tua sahaja.
(Sumber:http://malaysiana.pnm.my/01/01030101ind_mengandung.htm)