Anda di halaman 1dari 4

Hasil kajian dan perbincangan

1. Mengkaji amalan berpantang dalam Tamadun India

Membisikkan Nama Tuhan

Sebaik sahaja bayi dilahirkan, sami atau sesiapa sahaja yang berpengetahuan
tinggi mengenai agama Hindu akan membisikkkan Gayatri Mantiram iaitu sejenis
mantera Tuhan di telinga bayi sebelum tali pusat dipotong. Namun begitu adat ini
disesuaikan dengan hanya membisikkannya sebaik sahaja melihat bayi tersebut
kerana perubatan moden tidak membenarkan sesiapa memasuki bilik bersalin.

Bisikan nama Tuhan pada telinga bayi adalah untuk membolehkan bayi tadi
mendengar nama Tuhan sebelum mendengar apa-apa yang lain. Ia bertujuan untuk
membawa rahmat kepada bayi tersebut.

Potong Tali Pusat

Tali pusat yang dipotong akan ditanam bersama uri dan tembuni di sekitar
kawasan rumah bersama duit tembaga, serbuk kunyit, garam dan pinang.
Bahan-bahan itu dimasukkan bersama untuk mengelak dari dikorek oleh binatang liar
dan tidak digunakan ahli sihir.

Menyapu Madu

Bayi yang baru dilahirkan juga akan disapu madu bercampur minyak sapi dan
lidahnya. Disamping madu, air gula juga boleh digunakan. Minyak savvennai yang
merupakan campuran minyak bijan, minyak lenga dan mambu juga kadangkala
digunakan. Kegunaan minyak ini dipercayai boleh membawa kecantikan dan supaya
bayi tidak diserang sebarang penyakit. Madu pula dikatakan dapat melembutkan lidah
bayi dan memudahkan bayi bertutur.
Setitik minyak bijan yang dicampur dengan sedikit susu ibu dan disapu ke mulut
bayi akan bertindak menjadi pelawas dalam sistem penghadaman dan membantu
tumbesaran bayi tersebut.

Membawa Bayi Pulang Ke Rumah


Bayi yang dilahirkan di hospital akan dibawa pulang ke rumah pada hari ketiga,
kelima, ketujuh dan sebagainya iaitu pada bilangan hari ganji. Sebelum bayi dibawa
masuk ke rumah upacara aalati ini, dulang yang mengandungi serbuk kunyit, kapur
sirih yang dicairkan, arang, sirih dan kapur barus yang dinyalakan diangkat dan
diputar tida kali mengikut arah jam dan juga lawan jam. Dulang juga dilambai
sebanyak tiga kali. Seterusnya para cumanggali akan mencelupkan ibu jarinya ke
dalam dulang tersebut dan mencalitkan ke dahi ibu dan anak. Setelah ibu dan anak
masuk ke dalam rumah, isi dulang aalati dibuang.

Memandikan Bayi

Bayi kebiasaannya dimandikan pada waktu petang oleh seorang wanita yang
berpengalaman. Mandian ini dilakukan dengan menyiram ke seluruh badan bayi
dengan menggunakan air suam yang kadangkala dicampur dengan bahan-bahan herba.
Ia bertujuan untuk mengelak penyakit sawan atau kuning. Susu juga digunakan
sebagai bahan utama untuk melembutkan kulit bayi.

Ketika bayi dimandikan, urutan perlahan dilakukan pada tubuh bayi dan tulang
belakang bayi supaya tidak bengkok. Bagi tujuan kecantikan, hidung, kening dan
telinga turut diurut. Beberapa bahan seperti serbuk kunyit, minyak bijan, kas-kas dan
kacang hijau yang ditumbuk digunakan sebagai pembersih badan bayi bertujuan untuk
mengelakkan penyakit kulit dan melicinkan kulit bayi. Selesai dimandikan, bayi
ditonggengkan dengan mengangkat kedua belah kaki sambil menepuk bahagian
punggung untuk mengeluarkan kahak. Setelah itu, bayi diasapkan dengan asap
kemenyan dan disapu dengan bedak yang diperbuat dari tepung beras supaya tidak
dihinggapi ruam. Akhir sekali, bayi akan dibedung dengan kain bertujuan untuk
meluruskan anggota badan bayi.

Mendodoi Bayi

Amalan mendodoi bayi merupakan upacara yang paling penting dalam


masyarakat India. Upacara mendodoi ini juga dikenali sebagai taalaattu bermaksud
penggoyangan lidah.upacara dimulakan dengan ucapan aaraaro aariraro atau
cerita-cerita nasihat. Ia bertujuan agar bayi tersebut menjadi seorang yang berguna.
Namun amalan ini semakin berkurangan dilakukan dan hanya diamalkan oleh
generasi tua sahaja.
Memberi Nama

Sebaik sahaja bayi berusia enam belas hari, upacara pemberian nama dilakukan.
Ia dilakukan dengan memasukkan bayi ke dalam buaian dan dikendalikan oleh ahli
keluarga yang tertua yang arif tentang agama dan perkara yang berkaitan dengan
dewa-dewa. Upacara dimulakan dengan mengadakan upacara sembahyang sebagai
tanda kesyukuran. Terdapat juga upacara memuja Dewi Pecciyamman dan Dewi
Kaatteri dilakukan oleh segelintir masyarakat India.
Upacara pemujaan dilakukan dengan membersihkan sekeliling rumah dan
memasang lampu minyak di keliling rumah. Bahan-bahan persembahan juga
disediakan seperti kari ayam betina, telur rebus, ikan kering dan sebagainya. Bayi
kemudiannya dimasukkan ke dalam buaian dan namanya diumumkan pada orang
ramai. Saudara mara yang hadir akan memberi pelbagai hadiah dan upacara diakhiri
dengan jamuan dan upacara sembahyang bagi mendoakan kesejahteraan bayi.
Nama-nama yang dipilih lazimnya berdasarkan almanak dengan mengikut tarikh
kelahiran bayi. Nama-nama tokoh sejarawan, nenek moyang serta yang berkaitan
dengan agama Hindu juga dipilih bagi bayi tersebut kerana nama yang dipilih ini akan
mempengaruhi perwatakannya kelak.

2. Mengenalpasti kelangsungan amalan berpantang dalam Tamadun India


Adat Resam Kelahiran Masyarakat Malaysia
www.google.com/amp/s/pendidikansivikk3.wordpress.com/2012/05/14/adat-resam-ke
lahiran-masyarakat-malaysia-19/amp/

Anda mungkin juga menyukai