Anda di halaman 1dari 25

Adat Resam dan Kepercayaan Perayaan Deepavali Setiap perayaan di Malaysia mempunyai keunikan tersendiri kerana terdapat pelbagai

adat resam dan kepercayaan dalam sesebuah perayaan. Deepavali adalah antara sebuah perayaan yang mengikut adat resam dan kepercayaan masyarakat India yang beragama Hindu. Mengikut kepercayaan Hindu, Deepavali dirayakan sebagai tanda kemenangan kaum tersebut atas kematian seorang raja yang disifatkan seorang yang jahat dan sering menindas rakyat pada suatu masa dahulu. Disebalik kisah dongeng itu terselit pengajaran bahawa setiap kebaikan akan mengatasi kejahatan. Hal ini bertujuan untuk memberi keinsafan kepada setiap individu agar tidak melakukan kejahatan. Pada malam perayaan Deepavali, upacara memasang pelita dijalankan yang disertai oleh seluruh ahli keluarga. Mereka akan memasang lampu vilakku. Lampu vilakku adalah sejenis pelita tradisi yang diperbuat daripada tanah liat. Perayaan Deepavali juga akan bertambah meriah dengan adanya lampulampu moden. Penganut agama Hindu percaya akan Dewa kekayaan dan kemakmuran iaitu Dewi Laksmi akan datang melawat rumah mereka pada masa itu. Persiapan tersebut dilakukan untuk menyambut kedatangan Dewi Laksmi. Pada pagi hari perayaan Deepavali, penganut Hindu akan menghiasi rumah mereka dengan kolams atau rangoli iaitu hiasan lantai yang diperbuat daripada beras yang diwarnakan sebelum tertib matahari. Biasanya kolamsini dibuat di depan pintu rumah sebagai tanda selamat dan rahmat supaya setiap isi rumah mendapat kesejahteraan. Kemahiran membuat kolams ini biasanya diwarisi secara turun-temurun. Walaupun nampak susah, tetapi penganut Hindu boleh membuatnya dengan cantik, unik dan menarik yang kebanyakannya bermotifkan tumbuhan. Upacara ini membawa maksud yang amat bererti kerana perayaan ini tidak hanya dirayakan oleh penganut Hindu tetapi juga makhluk lain di dunia ini seperti semut sebagai tanda ucapan selamat datang kepada para tetamu. Selain itu, upacara mandi minyak bijan turut dilakukan pada awal pagi sebelum matahari tertib. Penganut Hindu akan menjalankan upacara mandi minyak bijan bertujuan untuk penyucian badan dan semangat. Minyak bijan ini akan disapukan ke atas kepala setiap ahli keluarga oleh mereka yang lebih tua seperti ibu atau nenek. Kebaikan mandi minyak bijan bagaikan mandi di Sungai Ganges yang suci bertujuan membersihkan diri daripada segala kejahatan dan sifat dengki. Selepas mandi dimestikan memakai pakaian dan perhiasaan serba baru pada pagi Deepavali bertujuan untuk menghilangkan segala sifat buruk dan kejahatan dalam diri seseorang. Penganut Hindu akan mengunjungi kuil untuk bersembahyang selepas menjalankan upacara penyucian. Penganut Hindu akan mengalungkan Patung Dewa Hindu dengan kalungan bunga untuk mendapatkan kesejahteraan diri dan keluarga serta memperingati ahli keluarga yang telah meninggal dunia. Selepas sembahyang, mereka akan dihidangkan dengan pelbagai manisan yang dinamakan Prasad sebelum pulang ke rumah. Setelah itu, penganut Hindu akan berkunjung ke rumah saudara mara dan sahabat handai. Mereka akan dihidangkan dengan juadah tradisional kaum india yang terkenal seperti halwa dan laddu. Malah sembilan jenis hidangan sayur-sayuran turut disediakan pada pagi Deepavali. Antaranya ialah aloogobi

iaitu campuran ubi kentang dan kobis bunga, paneer campuran masala bersama yourgart dan kari dal. Kuih-muih tradisional juga tidak ketinggalan seperti maruku, adivasam, payasam dan sebagainya. Sejarah Perayaan Deepavali Hari Deepavali atau dikenali sebagai Diwali atau Divali merupakan perayaan yang disambut oleh semua penganut yang beragama Hindu di seluruh dunia. Deepavali merupakan perayaan yang disambut oleh masyarakat beragama Hindu yang dirayakan pada bulan gelap bernama "Aipasi" pada setiap bulan Oktober dan November. Deepavali diraikan melalui mercun, pelita, bunga, perkongsian gula-gula dan sembahyang. Perkataan Deepavali merupakan gabungan perkataan "Dipa"yang bererti cahaya dan perkataan "Gavali" yang berertibarisan. Oleh itu, Deepavali juga bermaksud sebarisan pelita. Pelita yang dipasang dalam barisan dapat dilihat dinyalakan di rumah penganut Hindu.Mereka mempercayai bahawa kecerahan mengatasi kegelapan, kebaikan mengatasi kejahatan, keadilan mengatasi kezaliman dan kebijaksanaan mengatasi kejahilan. Walaupun Deepavali dikenali sebagai "perayaan cahaya", namun erti esoteriknya yang terpenting ialah "kesedaran akan cahaya dalaman". Falsafah Hindu menegaskan bahawa terdapat sesuatu yang menjangkaui jasad dan minda jasmani yang tulen dan tidak terhingga iaitu Atman (Cahaya Dalaman). Dengan wujudnya Atman, maka wujudlah belas kasihan, kasih sayang dan peningkatan pengetahuan yang membawa kepada Ananda (Kebahagian). Walaupun cerita Deepavali berbeza dari setiap tempat, namun intipatinya tetap sama iaitu bergembira dalam "Cahaya Dalaman". Mengikut kepercayaan Hindu, Deepavali dirayakan sebagai tanda kemenangan kaum tersebut atas kematian seorang raja bernama Raja Naragasura yang disifatkan sebagai seorang yang jahat dan sering menindas rakyat pada satu masa dahulu. Menurut lagenda, Raja Naragasura ibarat sebagai syaitan yang mencetuskan huru-hara dan akhirnya dibunuh oleh Maha Krishnan. Sebelum kematiannya, Raja Naragasura meminta semua manusia agar merayai hari kemenangan ini sebagai peringatan kepada semua agar berbuat baik. Di sebalik kisah dongeng itu terselit pengajaran bahawa setiap kebenaran akan mengatasi kejahatan. Ini bertujuan untuk memberi keinsafan kepada setiap individu agar jangan melakukan kejahatan Pakaian Semasa Perayaan Deepavali Mengenai pakaian yang sering dikenakan oleh kaum India semasa perayaan Deepavali adalah Sari untukkaum wanita dan Dhoti untuk kaum lelaki. Di bawah adalah sedikit maklumat tentang pakaian yang dikenakan oleh kaum India semasa perayaan Deepavali Sari merupakan pakaian untuk kaum wanita yang sering dipakai semasa perayaan Deepavali. Sari terdiri daripada lembaran kain yang berukuran semeter hingga dua meter lebar dan panjangnya pula antara lima hingga lima belas meter mengikut saiz pemakai. Kebanyakan kain sati adalah jarang dan lembut. Oleh itu, sebelum memakai sari, si pemakai perlu memakai anak baju yang ketat dan singkat di dalamnya. Kemudian kain sati akan dililit dari pinggang dan diselempang pada bahu kiri. Lilitan pinggang

perlulah dibuat sebanyak tiga hingga lima kali untuk menguatkan lilitan supaya tidak terurai. Semasa perayaan Deepavali, biasanya pemilihan warna untuk baju sari yang dipakai adalah lebih gelap atau garang seperti merah, biru, hijau dan ungu. Pemilihan corak pula adalah bergantung kepada cita rasa si pemakai. Ada sesetengah lebih suka bercorak tumbuh-tumbuhan dan ada juga lebih suka corak haiwan. Selain itu, untuk menjadikan si pemakai Nampak lebih menarik, kebanyakan mereka akan memilih sari yang mempunyai pelbagai jenis manik yang berkilat dan cantik. Ini akan lebih menyerlahkan kecantikan si pemakainya. Walaubagaimanapun, pemilihan warna biasanya akan dipadankan dengan corak yang menarik dan sesuai dengan si pemakainya. Dhoti merupakan pakaian untuk kaum lelaki india. Pakaian ini diperbuat daripada kain empat segi yang berwarna putih yang panjang. Kain tersebut dililit di bahagian pinggang dan diikat pada celah paha dan disangkutkan pada bahu. Kemudian kain tersebut dihiasi dengan manik-manik kecil supaya kelihatan lebih menarik. Ada juga dhoti yang berwarna kuning pudar atau kuning susu.

HTTP://SEJARAH2U.BLOGSPOT.COM/2009/10/DEEPAVALI-PESTA-CAHAYA.HTML

GEMILANG SEJARAH

Menempuh cabaran alaf mendatang, sejarah perlu dilihat dalam konteks kontemporarinya. Perkembangan dan signifikannya dalam menyantuni peradaban ummat adalah amat penting dan sentiasa relevan. Justeru, Salam Sejarah bermatlamat mengenengahkan potensi dan memartabatkan sejarah sebagai satu mekanisme pendorong ke arah menjana satu generasi qudwah yang akhirnya mampu pula menjana ke arah kebangkitan dan kebangunan tamadun ummah yang tiada tolok bandingannya. InsyaAllah

Deepavali: Pesta Cahaya

Masyarakat Hindu menyalakan pelita sebagai tanda simbolik yang menyatakan kebaikan akan mengatasi kejahatan.

Pada 17 Oktober ini, masyarakat India yang beragama Hindu dan Sikh di negara kita bakal merayakan perayaan hari Deepavali. DEEPAVALI atau lebih dikenali juga sebagai pesta cahaya. Masyarakat Hindu menggunakan cahaya sebagai makna simbolik untuk menyatakan kebaikan akan mengatasi kejahatan. Dalam kepercayaan agama Hindu, ada dinyatakan bahawa Athma (roh) mengatasi jasad dan minda. Ia adalah sesuatu yang suci, tidak terbatas dan akan kekal abdi. Sambutan perayaan Deepavali adalah sama seperti kita menyambut hari lahir. Ia adalah sambutan untuk menyambut kelahiran cahaya dalaman yang memupuk kesedaran dari dalam. (Yang kita sebenarnya hidup dalam alam maya). Dengan itu, segala kejahatan di dunia ini akan terhapus dan kesedaran yang tuhan sebenarnya berada di mana-mana dan keunggulannya sahaja yang berkekalan buat selama-lamanya akan disedari. Lampu menjadi ilmu pengetahuan yang menerangi hidup dan menghindari manusia daripada berbuat jahat. Ada dua kisah yang menceritakan kelahiran sambutan Deepavali iaitu: PEMBUNUHAN NARAGASURA

Perayaan Deepavali disambut pada hari yang dimana salah seorang dewa Hindu, Krishna membunuh makluk jahat Naragasura sehari sebelum perayaan Deepavali. Untuk meraikan kejayaan kebaikan mengatasi kuasa kejahatan perayaan Deepavali diraikan. KISAH RAMA BALIK KE AYODHYA Sesetengah orang Hindu percaya perayaan Deepavali bermula apabila Dewa Rama pulang ke Ayodhya selepas dibuang negeri selama 14 tahun.Rama pulang ke negaranya dengan isterinya Sita dan Lakshamana selepas membunuh Ravana, seorang yang jahat. Sepanjang perjalanan, apabila Rama serta keluarganya balik ke Ayodhya, menuju ke arah utara India dari selatan, orang yang tinggal disitu menyalakan pelita minyak sapi yang menandakan kebaikan telah mengatasi kejahatan berikutan kematian Ravana. Mereka menyalakan lampu pelita di sepanjang perjalanan Rama kembali ke tanah jajahannya. SAMBUTAN DEEPAVALI OLEH KAUM SIKH Masyarakat Sikh menyambut hari Deepavali atau dikenali sebagai Diwali di kalangan mereka di atas sebab yang berbeza. Guru Nanak, yang juga merupakan pengasas agama Sikh pada suatu masa dahulu telah dipenjarakan oleh seorang Raja.Raja itu memaksanya makan tetapi beliau enggan dan berpuasa. Sejurus itu , barulah Guru Nanak sedar yang ramai orang telah berkumpul di luar penjara dengan memegang lampu sebagai tanda protes untuk membebaskan Guru Nanak. Akhirnya, Raja itu sedar akan kesilapannya.Oleh kerana sikap tamaknya, dia telah mengabaikan tanggungjawabnya sebagai seorang raja dan sebagai balasannya, dia membebaskan Guru Nanak.Kaum Sikh menyambut pembebasan Guru Nanak sebagai hari Deepavali. PERSIAPAN UNTUK HARI DEEPAVALI Masyarakat India membuat persiapan yang lebih awal seperti membuat kuih-muih, membersihkan rumah dan membeli pakai baru untuk dipakai pada hari tersebut.Muruku, Neiurundai dan Atherasam

merupakan kuih-muih tradisional orang India.Tetapi pada masa kini, mereka juga membuat biskut dan kek selain makanan tradisional mereka. Ronggoli Kolam adalah lukisan di atas lantai yang diperbuat daripada beras berwarna. Selain mencantikkan kawasan hadapan rumah, maksud tersirat di sebalik tradisi ini adalah untuk memberi makan kepada serangga-serangga kecil seperti semut.Ini secara tidak langsung menambah pahala si tuan rumah yang membuat Kolam tersebut. Lampu-lampu pelita dinyalakan pada malam Deepavali. PAGI DEEPAVALI Pada pagi Deepavali, masyarakat India akan menggunakan minyak bijian sebelum mandi sebagai tanda simbolik untuk menyucikan diri.Selepas itu, mereka sekeluarga akan berpakaian serba baru dan sembayang. Sejurus itu, anak-anak muda digalakkan sujud di kaki ibu bapa atau orang tua dalam rumah mereka untuk meminta restu. Pada hari Deepavali, mengikut ajaran agama Hindu, masakan yang dimasak mestilah vegetarian hanya makanan yang berasaskan sayur-sayuran (daging tidak digalakkan).Tujuannya adalah untuk mengawal nafsu makan mereka pada hari yang bermakna ini. SEHARI SEBELUM DEEPAVALI Sehari sebelum perayaan Deepavali, orang yang beragama Hindu akan membuat upacara sembayang untuk memanjangkan doa untuk yang telah 'pergi' buat selama-lamanya. Makanan kegemaran yang telah meninggal dunia selalunya disediakan untuk santapan mereka.Makanan tersebut akan dibiarkan seketika dihadapan gambar si mati yang kemudiannya akan di makan oleh anakanak si mati atau diberi kepada haiwan.
POSTED BY SEJARAH2U AT 10:59

Hari Deepavali
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Diwali/Deepavali

Nama lain

Terjemahan: Deretan pelita; Deepavali, Pesta Cahaya

Diraikan oleh

Secara keagamaan oleh penganut agam Hindu, danJain. Orang India lain meraikan aspek-aspek budayanya.

Jenis

Kegamaan, India

Kepentingan Meraikan kemenangan terhadap kejahatan, dan penanggalan kegelapan rohani Tarikh Hari anak bulan Kartika, tetapi perayaan bermula dua hari sebelumnya dan tamat dua hari selepas hari itu Perayaan Menghiasi rumah dengan pelita, mercun, mengagihan gula-gula dan hadiah. Amalan Upacara sembahyang dan keagamaan (lihat puja, prasad)
Hari Deepavali (Bahasa Hindi: , Bahasa Tamil: ) juga dikenali

sebagai Diwali dan Divali (Bahasa Hindi: ) merupakan perayaan yang disambut oleh semua penganut yang beragama Hindu di seluruh dunia dan merupakan hari cuti diMalaysia. Perkataan Deepavali merupakan gabungan perkataan "Dipa" yang beerti cahaya dan perkataan "Gavali" yang beerti barisan. Perayaan Deepavali ini disambut pada hari ke 14 bulan Aipasi dalam kalendar Tamil (antara bulan Oktober dan November) dan juga dikenali sebagai pesta cahaya. Menurut lagenda, Raja Naragasura yang kejam dan selalu memeras rakyatnya, telah dikalahkan dan dibunuh oleh Maha Krishnan. Sebelum mati, Raja Naragasura meminta semua manusia agar mereka merayai hari kemenangan itu sebagai peringatan kepada yang mereka yang baik tentang godaan hantu dan syaitan, peringatan kepada mereka yang lupa agar berbuat baik dan menjauhi daripada membuat kejahatan sesama manusia.

Pelita yang dipasang dalam barisan dapat dilihat dinyalakan di rumah penganut Hindu bagi melambangkan kejayaan kebaikan mengatasi kejahatan yang dirayakan sebagai perayaan Deepavali.
Isi kandungan
[sorokkan]

1 Tarikh-tarikh dalam pelbagai kalendar 2 Kepentingan dalam agama Hindu

o o o

2.1 Cerita berkaitan Deepavali 2.2 Kepentingan esoterik 2.3 Lima hari Diwali

3 Sambutan Deepavali di Malaysia 4 Rujukan 5 Pautan luar

[sunting]Tarikh-tarikh

dalam pelbagai kalendar

Kanak-kanak menyalakan pelita api dalam bentuk swastika sehari sebelum perayaan Deepavali disambut.

Perayaan ini disambut selama tempoh yang berbeza oleh komuniti berbeza. Walaupun hari-hari terasnya adalah sama dan jatuh pada hari-hari yang sama di seluruh Nepal dan India, namun hari-hari tersebut jatuh pada bulan-bulan Gregorian yang berbeza bergantung kepada versi kalendar Hindu yang digunakan dalam setempat. Versi Amanta ("tamat pada anak bulan") kalendar Hindudiamalkan sebagai kalendar kebangsaan India. Mengikut kalendar ini yang luas digunakan di India selatan dan Maharashtra, keraian enam hari ini dibawa dari empat hari terakhir bulan Ashwayuja (Ashwin dalam bahasa Marathi) dan dua hari pertama bulan baru Kartika. Menurut versi Purnimanta ("tamat pada bulan purnama") yang meluas di India utara, Diwali jatuh

pada pertengahan bulan Ashwayuja/Ashvin. Dalam kalendar Gregorian, Deepavali biasanya tiba pada bulan Oktober atau November.

[sunting]Kepentingan

dalam agama Hindu

Perayaan ini menandakan kemenangan kuasa kebaikan terhadap kuasa kejahatan, serta penanggalan kegelapan rohani. Secara simbolik, Deepavali menandakan kembalinya semangat muhibah dan kepercayaan setelah lama menyepi, seperti yang diceritakan dalam Ramayana. Perkataan Sanskrit "Deepavali" bermaksud satu pameran pelita-pelita yang menandakan kemenangan cahaya ke atas kegelapan. Oleh sebab pengetahuan bahasa Sanskrit merosot, nama perayaan ini sering diubah menjadi Divali, terutamanya di India utara. Pada hari Deepavali, ramai yang memakai pakaian baru, berkongsi gula-gula dan makanan ringan. Beberapa komuniti niaga India utara memulakan tahun kewangan pada hari Divali, maka buku akaun baru akan dibuka pada hari ini.

[sunting]Cerita

berkaitan Deepavali

Orang Hindu memperingati beberapa peristiwa mitos penting yang berkaitan dengan Deepavali:

Kembalinya Lord Rama ke Ayodhya: Deepavali juga meraikan kembalinya Rama, Raja Ayodhya, bersama ratunya Sita dan adindanya Lakshmana ke Ayodhya setelah 14 tahun hidup dalam buangan, disusuli satu perang yang menyaksikan Rama membunuh raja syaitan Ravana. Adalah dipercayai bahawa rakyat Ayodhya menyala pelita sepanjang jalan untuk menerangi laluan mereka dalam kegelapan. Oleh sebab Rama pergi dari India Selatan ke kerajaannya di India Utara, maka baginda merentasi bahagian selatan terlebih dahulu. Inilah sebabnya perayaan ini disambut sehari lebih awal di India Selatan. Di India Utara, perayaan ini disambut pada hari terakhir kalendar Vikram. Hari berikutnya menandakan tahun baru India Utara yang bergelar Annakut.

Pembunuhan Narakasura: Disambut sebagai Naraka Chaturdasi, dua hari sebelum hari Deepavali, hari ini memperingati pembunuhan Narakasura (Naragasuri dalam bahasa Tamil), seekor syaitan durjana yang mencetus huru-hara, oleh Satyabhama, isteri Raja Krishna (Maha Krishnan). ini berlaku di Dwapar Yuga ketika detik ini dalam avatar(jelmaan) Raja Krishna ini. Sebelum kematian Narakasura, dia meminta rahmat dari ibunya, Satyabhama (dipercayai sebagai satu avatar Bhudevi - ibu Narakasura), bahawa semua orang patut menyambut kematiannya dengan chaaya berwarna-warni.

Kezahidan Shakti: Menurut Skanda Purana, dewi Shakti mematuhi 21 hari kezahidan bermula daripada ashtami shukla paksha (hari kelapan tempoh pencerahan bulan) untuk memperoleh separuh jasad Raja Shiva. Vrata (kezahidan) ini dikenali sebagai kedhara vrata. Deepavali ialah hari pelengkapan kezahidan ini. Inilah harinya Raja Shiva menerima Shakti ke dalam separuh kiri jasadnya lalu menjelma

sebagai Ardhanarishvara. Penganut-penganut yang kuat pegangan agamanya mematuhi vrata 21 hari ini dengan melakukan kalasha dengan 21 benang dalamnya dan 21 jenis persembahan selama 35 hari. Hari terakhirnya disambut sebagai kedhara gauri vrata.

Krishna menewaskan Indra: Govardhan Puja disambut sehari selepas Deepavali. Inilah harinya Raja Krishna menewaskan Indra, dewa petir dan hujan. Alkisah, Krishna memantau persediaan besar-besaran untuk persembahan tahunan kepada Dewa Indra dan menyoal ayahandanya Nanda mengenai ini. Krishna berbincang dengan para penduduk kampung mengenai apa sebenarnya 'dharma' mereka. Mereka adalah golongan petani, maka mereka patut menjalankan tugas mereka dan menumpu perhatian kepada pertanian dan perlindungan lembu-lembu mereka. Krishna terus mengatakan bahawa semua insan sepatutnya hanya mengerjakan 'karma' diri, dengan sebaik mana yang boleh dan bukannya berdoa untuk fenomena alam. Para penduduk kampung mempercayai Krishna, maka tidak meneruskan puja (prayer) istimewa itu. Maka itu, Indra murka lalu membanjiri kampung. Krishna kemudiannya mengangkat Gunung Govardhan dan mengangkatnya sebagai perlindungan kepada rakyatnya dan lembu-lembu mereka dari hujan. Indra akhirnya mengaku kalah dan memperakui keagungna Krishna. Aspek riwayat Krishna ini sungguhpun tidak diketahui ramai, namun sebenarnya menyediakan asas kepada falsafah 'karma' yang diterangkan secara terperinci dalam Bhagavad Gita.

Kembalinya Bali ke neraka:Dalam Bhavishyottara dan Brahma Vaivarta Purana, Deepavali dikaitkan dengan Raja Daitya, Bali, yang dibenarkan kembali ke bumi setahun sekali. Bagaimanapun, di Kerala inilah sebab 'Onam' disambut. Perayaan 'Onam' jatuh sekitar Ogos-September.

[sunting]Kepentingan

esoterik

Bunga merupakan hiasan yang tidak dapat dipisahkan dari Divali seperti juga hiasan yang lain.

Walaupun Deepavali dikenali ramai sebagai "perayaan cahaya", namun erti esoteriknya yang terpenting ialah "kesedaran akan cahaya dalaman". Yang penting dalam falsafah Hindu ialah penegasan bahawa terdapat sesuatu yang menjangkaui jasad dan minda jasmani yang tulen, abadi dan tak terhingga, iaitu Atman. Seperti mana kita menyambut kelahiran jasmani kita, Deepavali ialah sambutan Cahaya Dalaman, khususnya kesedaran akan cahaya ini yang

mengatasi segala kegelapan (menanggalkan segala halangan dan melenyapkan segala kejahilan), menyedarkan individu akan sifat sejati dirinya, bukan dalam bentuk jasmani, sebaliknya dalm kenyataan yang abadi, tidak terhingga dan unggul. Dengan realisasi Atman, datangnya belas kasihan, kasih sayang sejagat, dad kesedaran seseorang akan segalanya (peningkatan pengetahuan), lalu membawa kepada Ananda (Kebahagiaan atau Keamanan Kedalaman). Deepavali meraikannya melalui mercun, pelita, bunga, perkongsian gula-gula, dan sembahyang. Walaupun cerita di sebalik Deepavali berbeza dari tempat ke setempat, namun intipatinya tetap sama - untuk bergembira dalam Cahaya Dalaman (Atman) atau the realiti yang mendasari segalanya (Brahman).

[sunting]Lima

hari Diwali

Sambutan Deepavali diadakan selama lima hari di kebanyakan India Utara. Semua hari kecuali Deepavali dinamakan bersempena gelaran masing-masing dalam kalendar Hindu. 1. Dhanatrayodashi atau Dhan teras: Dhan bermaksud "kekayaan" dan Trayodashi bermaksud "hari ke13". Maka, seperti yang ditandakan dalam nama, hari ini jatuh pada hari ke-13 separuh kedua bulan qamari. Hari ini adalah bertuah untuk membeli-belah perkakas dan emas. Hari ini juga dianggap sebagai Jayanti Dewa Dhanvantri yang muncul ketika dewa-dewi dan iblis-iblis menggodak lautan besar.[1] 2. Naraka Chaturdashi: Chaturdashi ialah hari ke-14 yang menandakan Narakasura dibunuh, maka kebaikan menewaskan kejahatan dan cahaya mengatasi kegelapan (bahasa Gujarat: Kali Chaudas). Di India selatan, inilah hari perayaan yang sebenarnya. Orang Hindu bangun jauh lebih awal sebelum subuh seperti 2:00 pagi, bermandi minyak wangi dan memakai pakaian baru. Mereka menyala pelita kecil di keliling rumah dan melukis kolam/rangoli di luar kolam mereka. Mereka menjalankan puja istimewa dengan persembahan kepada Dewa Sri Krishna atau Dewa Sri Vishnu yang menyelamatkan dunia dari iblis Narakasura pada hari ini. Adalah dipercayai bahawa bermandi sebelum matahari terbit, apabila bintang masih berkelipan di langit, bersamaan dengan bermandi di Sungai Ganges yang suci. Maka, apabila orang bertegur sapa pada waktu pagi, mereka bertanya "Sudahkah kamu menjalankan Ganga Snaanam?". Selepas puja, kanak-kanak menyalakan bunga api menandakan kekalahan iblis itu. Oleh sebab inilah hari kegembiraan, ramai akan bersarapan dan bermakan tengah hari secara besar-besaran dan menziarahi saudara mara. Pada waktu petang, pelita dinyalakan lagi dan Dewi Lakshmi dipuja dan disembah hidangan istimewa. Pada hari ketiadaan bulan ini, ramai akan menyembah tarpana (penyembahan air dan biji bijan) istimewa kepada nenek moyang. Hari ini juga dipanggil Roop Chaturdashi 3. Lakshmi Pujae: Lakshmi Puja, menandakan hari terpenting dalam sambutan Deepavali, apabila Lakshmi, dewi kekayaan dan Ganesha, dewa permulaan bertuah, dipuja oleh semua

rumahtangga Hindu, disusuli penyalaan lampu di sepanjang jalan dan keliling rumah, untuk mengundang kemakmuran dan kesejahteraan. 4. Govardhan Puja: Juga dipanggil Annakut, hari ini disambut sebagai hari Krishna menewaskan Indra. Untuk Annakut setimbunan makanan dihiasi melambangkan gunung Govardhan diangkat Dewa Krishna. Di negeri Maharashtra hari ini disambut sebagai Padva atau BaliPratipada iaitu memperingati Raja Bali. Kaum lelaki memberikan hadiah kepada isteri mereka pada hari ini. 5. Bhaiduj (juga Bhayyaduj, Bhaubeej atau Bhayitika): pada hari ini, adik-beradik bertemu untuk meluahkan rasa kasih sayang antara satu sama lain (Bahasa Gujarati: Bhai Bij; Bahasa Bengali: Bhai Phota). Kebanyakan perayaan India menyatukan keluarga, maka Bhaiduj menyatukan adik-beradik yang sudah berkahwin, maka hari ini amat penting bagi mereka selaku adik-beradik. Perayaan ini amat lama, dan mendahului 'Raksha Bandhan', iaitu satu lagi perayaan adik-beradik yang disambut kini. Sambutan Deepavali ini berbeza di rantau-rantau tertentu:

Di India Selatan, naraka chaturdashi ialah hari utama, dengan penyalaan mercun pada subuh. Pesta utama di India Utara adalah pada petang Amavasya (tiada bulan) dengan Lakshmi Puja, disusuli penyalaan pelita di rumah.

[sunting]Sambutan

Deepavali di Malaysia

Di Malaysia, hari Deepavali disambut pada bulan ketujuh kalendar suria Hindu dan dijadikan cuti umum persekutuan di seluruh Malaysia. Pada pagi Deepavali, penganut Hindu akan menjalani mandi minyak yang melambangkan penyucian badan dan semangat. Selepas upacara penyucian yang melambangkan permulaan yang baru, penganut Hindu akan mengunjungi kuil dimana patung dewa Hindu akan dikalungkan dengan kalungan bunga. Pada pintu masuk rumah penganut Hindu hiasan "kolam", hiasan bungaan halus yang dilakarkan di atas tanah yang biasanya dibuat daripada bijiran pelbagai warna akan diletakkan. Hiasan "kolam" ini merupakan lambang penyembahan dewa Lakshmi, Dewi Kekayaan yang dipercayai hanya akan mengunjungi rumah mereka yang mempunyai hiasan "kolam" di pintu masuk rumah mereka. "Kolam" merupakan upacara keagamaan bagi penganut Hindu dan orang Islam adalah dilarang mengikutnya.

[sunting]Rujukan

http://ms.wikipedia.org/wiki/Hari_Deepavali
Sempena Perayaan Deepavali yang bakal disambut masyarakat beragama Hindu di Malaysia pada 17 Oktober ini, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Deepavali kepada seluruh yang menyambutnya. Pastinya rumah-rumah yang menyambutnya meriah dengan hiasan Rangoli yang berwarna warni serta hidangan makanan yang lazat menyambut kehadiran tetamu.

Jika dilihat dari kanta sejarah, perayaan Deepavali yang juga dikenali sebagai Diwali atau Pesta Cahaya disambut dengan penuh kegembiraan sebagai tanda kemenangan menurut kepercayaan masyarakat Hindu. Watak-watak seperti Rama dan Ravana serta Ram, Sita dan Laxman yang membayangi latar sejarah di sebalik perayaan ini dapat dijadikan rujukan kepada soal universal yang berkaitan dengan manusiawi dan keadilan sejagat. Kegembiraan pesta cahaya ini dipancarkan dengan tafsiran bahawa sinaran cahaya yang menerangi itu dijadikan sebagai simbol yang dapat memadamkan kegelapan yang mewakili kejahatan dan penindasan. Saya berharap agar melalui perayaan yang disambut ini, masyarakat India khususnya dapat menyemai nilai-nilai keadilan, toleransi dan menentang kezaliman serta penindasan dalam apa jua bentuk. Kegelapan lampau yang terbentuk akibat dari kongkongan sosial serta pengasingan perlu diterangi dengan cahaya kebangkitan yang bersemarak. Peluang pertemuan antara ahli keluarga yang jauh dan dekat, pertemuan antara pemimpin dan rakyat serta pertemuan antara sahabat handai perlu dijadikan landasan untuk bermaaf-maafan serta mengukuhkan perhubungan. Dalam konteks Malaysia yang berbilang kepercayaan, masyarakat lain terutamanya Muslim juga harus turut mengimbangi sikap toleransi mereka supaya cenderung ke arah seperti yang dianjurkan Islam sendiri. Syak wasangka, perasaan curiga serta sikap yang menjuruskan kepada perkauman perlu dihapuskan. Janganlah gusar untuk memberi ucapan perayaan kepada mereka, sesuai dengan pendapat Ulama Islam terkenal Al-Qaradhawi yang menyebutkan bahawa, "Ini (ucap tahniah) termasuk dari hak-hak bersama. Jika seorang ahli kitab datang dan mengucapkan tahniah kepada kamu dengan perayaan kamu, dan dia berkongsi kedukaan dan musibah kamu, dan dia mengucapkan taziah kepada kamu dengan kedukaan dan musibah tersebut. Maka apakah pula yang melarang kamu dari memberi tahniah dengan perayaannya dan dalam kegembiraannya dan kamu ucap takziah dalam musibah yang menimpanya." Pendapat beliau itu disandarkan pada Surah An-Nisa ayat 86 "Apabila kamu dihormati dengan satu penghormatan, maka balaslah penghormatan itu dengan yang lebih baik, atau balaslah dengan yang serupa." Oleh itu, saya mengucapkan Selamat Menyambut Deepavali kepada seluruh masyarakat India, semoga semangat perubahan dan membebaskan dari dari kesuraman serta kegelapan dapat dapat diteruskan. Deepavali Nal Valthukal! *Kenyataan media oleh Zuraida Kamaruddin, selaku ahli parlimen Ampang, merangkap Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat.

Perayaan Deepavali yang membawa maksud 'cahaya' memberi pengertian yang bermakna kepada kaum India seluruh negara. Cahaya yang bermaksud 'harapan', 'kemenangan' dan 'kebahagiaan' ini tentunya dinanti-nantikan oleh setiap daripada mereka. Lebih bermakna lagi jika Deepavali dapat dirayakan bersama ibu bapa dan seluruh ahli keluarga yang

lain sambil menikmati pelbagai juadah yang disediakan. Di negara ini Deepavali tidak hanya disambut oleh kaum India sahaja sebaliknya turut dirayakan oleh semua kaum termasuk Melayu dan Cina sebagai tanda muhibah dan perpaduan. Ia disambut oleh kaum India di seluruh dunia yang terdiri daripada pelbagai etnik, termasuklah Punjabi, Benggali, Marathi dan Telegu. Mengikut kepercayaan Hindu, Deepavali dirayakan sebagai tanda kegembiraan serta kemenangan kaum tersebut atas kematian seorang raja yang disifatkan sebagai jahat dan sering menindas rakyat pada satu masa dahulu. Di sebalik kisah dongeng itu terselit pengajaran bahawa setiap kebenaran akan mengatasi kejahatan. Ini sekali gus bertujuan untuk memberi keinsafan kepada setiap individu agar jangan melakukan kejahatan. Menyentuh mengenai sambutan Deepavali, segala persiapan termasuk dari segi menyediakan pakaian, kuih-muih dan menghias rumah dilakukan lebih awal terutama seminggu sebelum perayaan. Pada petang sebelum perayaan, semua ahli keluarga akan berkumpul untuk makan malam bersama dengan pelbagai jenis makanan yang enak termasuklah hidangan tradisi kaum India. Kebiasaannya makanan yang dihidangkan lebih kepada makanan yang agak berat seperti nasi dan dalca. Pada malam itu juga diadakan upacara memasang pelita yang disertai oleh seluruh ahli keluarga. Tidak ketinggalan juga upacara yang dinamakan 'Rangoli' iaitu upacara menyusun beras atau hampas kelapa yang telah diwarnakan dengan pelbagai warna di hadapan pintu. Upacara ini membawa maksud yang amat dalam di mana perayaan ini tidak hanya dirayakan oleh mereka tetapi juga makhluk kecil lain di dunia ini, misalnya semut sebagai tanda ucap selamat datang kepada para tetamu. Tidak ketinggalan juga, pada malam itu kalangan kaum wanita akan mengenakan inai pada jari tangan dan kaki mereka untuk tujuan menghias diri. Pada pagi perayaan pula, pada kebiasaannya seluruh ahli keluarga akan bangun lebih awal iaitu sebelum matahari terbit. Seluruh keluarga akan mandi dan membersihkan diri sebelum bersalam dan memohon maaf dengan kedua ibu bapa dan ahli keluarga yang lain.

Pada pagi perayaan satu perkara wajib yang dilakukan ialah menjalankan upacara mandi dengan minyak bijan. Minyak bijan ini akan disapukan ke atas kepala setiap ahli keluarga oleh mereka yang lebih tua seperti ibu atau nenek sebelum membersihkan diri dan mengenakan pakaian baru. Mengikut kepercayaan kaum India, mandi minyak bijan adalah upacara yang diwajibkan. Kebaikannya bagaikan mandi di Sungai Ganges untuk tujuan membersihkan diri dari segala kejahatan dan sifat dengki. Selepas mandi dimestikan memakai pakaian dan perhiasan serba baru pada pagi Deepavali. Ini bertujuan menghilangkan segala sifat buruk dan kejahatan dalam diri seseorang seperti hasad dengki dan tamak. Mengenai pakaian yang sering dikenakan oleh kaum India, selain sari, 'lengha' iaitu baju yang dipadankan dengan kain serta 'dupata' sejenis selendang turut menjadi pilihan utama kepada kaum wanita India. Bagi yang inginkan kelainan, mereka juga gemar memakai Salwar Kamez iaitu baju labuh yang dikenakan dengan seluar. Kaum lelaki pula kebanyakan mereka lebih gemar memilih 'kurta' dan 'dhoti' iaitu sejenis pakaian ala Punjabi. Dengan memakai pakaian dan perhiasan baru, seseorang itu umpama telah memulakan kehidupan yang baru. Dari segi pemilihan warna, warna-warna yang agak garang seperti merah, biru dan oren lebih digalakkan berbanding pakaian berwarna hitam atau putih yang lebih bermaksud kesedihan. Tanpa menjamah sedikit pun makanan pada pagi perayaan, seluruh ahli keluarga akan ke kuil untuk menjalankan upacara sembahyang. Ini bertujuan bagi mendapatkan kesejahteraan diri dan keluarga serta memperingati ahli keluarga yang telah meninggal dunia. Selepas bersembahyang, mereka akan dihidangkan dengan pelbagai manisan yang dinamakan 'Prasad' sebelum pulang ke rumah untuk menikmati juadah. Mengenai juadah tradisional kaum India yang terkenal, selain manisan seperti halwa dan laddu, sembilan jenis hidangan sayur-sayuran turut disediakan pada pagi Deepavali. Antaranya ialah 'aloogobi' iaitu campuran ubi kentang dan kobis bunga', 'paneer' campuran masala bersama yourgart dan kari dal. Tidak ketinggalan kuih-muih tradisional lain seperti maruku dan adivasam selain payasam.

Deepavali...jalinkan muhibah antara kaum - CYBERMELAYU

http://myadha.blogspot.com/2009/10/apa-itu-perayaan-deepavali.htm

Perayaan Tradisi Kaum Di Malaysia VurmilaVenggadasamyMukasurat|10 6.1.3 Tarikh / Tempoh masa dirayakan Perayaan Hari Deepavali ini disambut pada hari ke 14 bulanAipasi dalam kalendar Tamil (antara bulan Oktober danNovember). Masyarakat di selatan India meraikannya selamatiga hari berturut-turut berbanding lima hari di sebelah utaranegara itu. Di Malaysia, perayaan Deepavali disambut seharitetapi terpulang kepada individu untuk mengadakan rumahterbuka sebanyak mana hari yang mereka mahu. Namunbegitu, masyarakat India yang tinggal di kawasan ladang danestet menyambut perayaan itu lebih lama dalam su asanakampung. 6.1.4 Tujuan perayaan Perayaan Hari Deepavali disambut sebagai pesta meraikan kemenangan pihak yang baik, jujur dan benar dalam mengatasipihak yang jahat, tidak jujur dan berperangai buruk. Dengankata lain, perayaan ini adalah sebagai suatu kejayaan atas nilai-nilai kebaikan yang mengatasi nilai-nilai kejahatan.Perayaan Deepavali berkait rapat dengan konsep kepercayaanagama dan Hukum Karma mereka yang telah menetapkan bahawa kebaikan dan kejujuran itu akan mendapat ganjaranyang baik. Sebaliknya, kejahatan pula akan dibalas dengan

Perayaan Tradisi Kaum Di Malaysia VurmilaVenggadasamyMukasurat|11 pembalasan yang setimpal. Biasanya, tatkala meraikansambutan yang disulami dengan rasa kesyukuran, pesta yangpenuh warna-warni itu bagaikan memberi cahaya kegembiraanyang mampu menghilangkan tekanan fikiran buat seketika.Dalam kepercayaan agama Hindu, ada dinyatakan bahawa Athma (roh) mengatasi jasad dan minda. Ia adalah sesuatuyang suci, tidak terbatas dan akan kekal abdi.Sambutan perayaan Deepavali adalah sama seperti kitamenyambut hari lahir. Ia adalah sambutan untuk menyambutkelahiran cahaya dalaman yang memupuk kesedaran daridalam. (Yang kita sebenarnya hidup dalam alam maya). Dengan itu, segala kejahatan di dunia ini akan terhapus dankesedaran yang tuhan sebenarnya berada di mana -mana dankeunggulannya sahaja yang berkekalan buat selama -lamanyaakan disedari.Lampu menjadi ilmu pengetahuan yang menerangi hidup danmenghindari manusia daripada berbuat jahat.

Perayaan Tradisi Kaum Di Malaysia VurmilaVenggadasamyMukasurat|12 6. 2 Latar Belakang 6. 2 .1 Sejarah / Asal usul perayaan Terdapat dua kisah yang menceritakan kelahiran sambutan HariDeepavali iaitu: a) Kembalinya Dewa Rama ke Ayodhya Sesetengah orang Hindu percaya perayaan Deepavali bermulaapabila Dewa Rama, iaitu Raja Ayodhya pulang ke Ayodhyaselepas dibuang negeri selama 14 tahun. Rama pulang kenegaranya dengan isterinya, Sita dan adindanya, Lakshamanaselepas membunuh raja syaitan Ravana, seorang yang jahat.Sepanjang perjalanan apabila Dewa Rama serta keluarganyabalik ke Ayodhya, menuju ke arah utara India dari India Selatan,orang yang tinggal di situ menyalakan pelita minyak sapi yangmenandakan kebaikan telah mengatasi kejahatan berikutankematian Ravana. Mereka menyalakan lampu pelita di sepanjang perjalanan Dewa Rama kembali ke tanahjajahannya.

Perayaan Tradisi Kaum Di Malaysia VurmilaVenggadasamyMukasurat|13 Dewa Rama membunuh Ravana Dewa Rama dan isterinya Sita b) Pembunuhan Narakasura Menurut lagenda, perayaan Deepavali dikatakan disambut pada hari di mana salah seorang dewa Hindu iaitu Dewa Krishnaberjaya membunuh seekor syaitan durjana yang mencetus huru-hara dan selalu memeras rakyatnya iaitu Raja Narakasura,pemerintah Pradyoshapuram sehari sebelum perayaanDeepavali. Sebelum kematian Raja Narakasura, dia memintarahmat dari ibunya, Satyabhama bahawa semua orang patutmenyambut kematiannya dengan cahaya berwarna warni.Raja Narakasura meminta semua manusia agar merekamerayaka n hari kemenangan itu sebagai peringatan kepadamereka yang baik tentang godaan hantu dan syaitan,peringatan kepada mereka yang lupa agar berbuat baik danmenjauhi daripada membuat kejahatan sesama manusia.Dengan kata lain, untuk meraikan kejayaan kebaikan mengatasikuasa kejahatan, perayaan Deepavali diraikan.

Raja Narakasura Dewa Krishna membunuh RajaNarakasura

Perayaan Tradisi Kaum Di Malaysia VurmilaVenggadasamyMukasurat|14 a) Upacara Jyothi Villaku Salah satu upacara kerohanian khusus yang diadakan padamana-mana hari sebulan sebelum tibanya Deepavali ialahupacara memasang pelita yang dinamakan Jyothi Villaku.Malangnya dalam zaman sekarang, sebahagian besar penganut Hindu tidak mengadakan upacara ini. Upacara inisebenarnya bersangkut -paut dengan penghayatan terhadapkuasa cahaya atau dikenali sebagai jyothi dalam bahasa Tamil.Semasa upacara ini, penganut Hindu akan menyediakanbarangan sembahyang yang paling asas seperti kemenyan,bunga melor, buah -buahan dan sedikit juadah makanan.Mereka akan menjemput sekumpulan orang yang terdiri daribeberapa orang dewasa, kanak-kanak dan remaja yangberusia di antara empat hingga tujuhbelas tahun ke rumahmereka. Upacara Jyothi Villaku dimulakan sekitar pukul 7.30malam di mana pelita-pelita kecil dibawa oleh kanak-kanak kerumah mereka yang menjemput kumpulan itu yangkemudiannya disusun di hadapan tempat sembahyang.Kumpulan itu kemudiannya mengambil tempat duduk di ataslantai sebelum melengkapkan tiga pusingan persiapanmenyanyikan lagu keagamaan. Pertama, Mounam (bertafakur)disusuli Thyanam (duduk dalam posisi bersila dengan tangan di

Perayaan Tradisi Kaum Di Malaysia VurmilaVenggadasamyMukasurat|15 atas paha) dan akhirnya Pranavam (menyebut perkataan 'Aum'sebanyak tiga kali).Apabila selesai, barulah kanak-kanak itu akan melagukan enambuah lagu selama 30 minit. Sambil memanjatkan kepujian dankesyukuran kepada Tuhan, pelita yang dibawa dipastikan tidak terpadam dengan menuang minyak yang cukup. Sebelum berangkat pulang, semua orang yang terlibat akan disajikandengan hidangan tradisional seperti vadai dan minuman jus.Upacara ini dapat membangkitkan kesedaran dalam diri penganut Hindu supaya sentiasa taat kepada Tuhan danmendoakan yang terbaik buat seisi keluarga. P elita-pelita kecil dibawa olehkanak-kanak semasa upacaraJyothi VillakuLagu keagamaan dinyanyikan semasa upacaraJyothi Villaku b) Upacara pemujaan khas untuk memperingati sanak saudara yang telah meninggal dunia Perayaan Tradisi Kaum Di Malaysia VurmilaVenggadasamyMukasurat|16 Sehari sebelum perayaan Deepavali juga, penganut agamaHindu akan membuat upacara sembahyang untuk memperingati sanak saudara yang telah pergi buat selama lamanya. Dalam upacara ini, telah disediakan pelbagaibarangan untuk dipersembahkan kepada roh-roh tersebut.Antaranya termasuklah pakaian yang terdiri daripada baju

yangcantik atau pakaian sanak saudara yang telah meninggal dunia itu yang masih disimpan dalam keadaan baik. Selain itu,makanan kegemaran sanak saudara yang telah meninggaldunia itu disediakan dan seterusnya dipersembahkan dihadapan gambar mereka. Ini diikuti dengan upacara berdoaserta menyeru roh yang biasanya diketuai oleh ketua keluarga.Seterusnya makanan itu dimakan oleh ahli keluarga dan ada kalanya ianya akan diberi kepada haiwan. Bagaimanapun,pemujaan roh ini mungkin tidak akan dilakukan oleh sesebuahkeluarga sekiranya mereka mengalami kecelakaan sepertikemalangan atau kematian salah seorang ahli keluarga menjelang perayaan Deepavali. Hal ini demikian keranaupacara kematian dan pemujaan roh sudah diadakan ataupunroh orang yang baru mati itu baru sahaja disucikan oleh api dantidak perlu lagi dipuja, memadailah mengingatinya sahaja. 6. 2 .3 Tempat khusus sambutan dijalankan

Perayaan Tradisi Kaum Di Malaysia VurmilaVenggadasamyMukasurat|17 Amalan balik kampung turut menjadi salah satu kemestian bagipenganut agama Hindu untuk menyambut perayaan Deepavalidi kampung halaman bersama sanak saudara.Bagi hari pertama Deepavali iaitu sebelah pagi, selepasbermandikan minyak bijan dan memakai pakaian baru,penganut agama Hindu akan bersembahyang di rumah merekadan seterusnya di kuil sebelum pulang untuk bersarapan.Seboleh-bolehnya penganut agama Hindu tidak akan keluar rumah untuk seharian bersama keluarga dan melayan tetamuyang datang bertandang.Pengan ut Hindu juga percaya yang Dewi Lakshmi, iaitu dewikekayaan dan kemakmuran akan datang melawat rumahmereka pada hari Deepavali. Jadi segala persiapan telahdibuat untuk menyambutnya. Dewi Lakshmi iaitu dewi kekayaan dan kemakmuran 6.3 Persiapan Sambutan Perayan 6.3.1 Sebelum perayaan

Perayaan Tradisi Kaum Di Malaysia VurmilaVenggadasamyMukasurat|20 merupakan lambang penyembahan dewa Lakshmi, dewi kekayaan yang dipercayai hanya akan mengunjungi rumahmereka yang mempunyai hiasan kolam di pintu masuk rumahmereka. Hiasan kolam di pintu masuk rumah Kemeriahan perayaan Hari Deepavali lebih menyerlah seandainya barisan pelita yang diperbuat daripada tanah liatdisusun rapi menghiasi kawasan persekitaran rumah penganutagama Hindu. Perbuatan menyusun pelita itu amat pentingkerana ia secara

langsung menterjemahkan maksud kegelapan hidup yang dilalui selama ini akan diterangi cahaya yangmembawa kebahagiaan dan kesejahteraan. Barisan pelita di persekitaran rumah penganut agama Hindu Sehari sebelum Deepavali disambut juga, kaum wanita sibuk memasak juadah untuk dipersembahkan semasa upacaramemperingati sanak saudara yang telah meninggal dunia yangakan diadakan pada hari tersebut. Pelbagai juadah kegemaransanak saudara yang telah meninggal dunia disediakan. 6.3. 2 Semasa perayaan

Perayaan Tradisi Kaum Di Malaysia VurmilaVenggadasamyMukasurat|21 Pada pagi Deepavali, seawal pukul 3 pagi, penganut agamaHindu akan memasang pelita atau lampu di sekitar kawasanrumah. Kuih-muih serta buah-buahan untuk upacara pemujaandiletakkan di atas daun pisang bersama -sama dengan pakaianbaru dengan dikelilingi pelita yang sedang menyala untuk melambangkan sesuatu yang baik. Pada waktu tersebut, sebijibuah kelapa akan dibelah dua dan kemudiannya diletakkan ditempat hidangan. Ini diikuti dengan upacara sembahyang olehsetiap ahli keluarga sambil membakar setanggi dan kemenyan. Seterusnya, ketua keluarga akan meletakkan sedikit minyak bijanke atas kepala setiap ahli keluarga sebelum mereka mandisebagai tanda simbolik untuk menyucikan diri. Selepas upacarapenyucian yang melambangkan permulaan yang baru, merekasekeluarga akan memakai pakaian baru mereka itu.Bagi kaum wanita, mereka memakai sari iaitu sebidang kainberukuran 5 hingga 6 ela panjang yang dililit pada badandengan bahagian hujungnya yang bersulam diletak di atasbahu kiri. Kanak-kanak perempuan pula dan juga sesetengahkaum wanita memakai salwar kameez atau dikenali sebagaibaju punjabi iaitu blaus panjang yang dipadankan denganseluar panjang yang longgar. Kanak-kanak perempuan juga Perayaan Tradisi Kaum Di Malaysia VurmilaVenggadasamyMukasurat|22 ada yang memakai pavadai thavani iaitu berupa skirt panjangyang dililit dengan separuh daripada kain sari.Bagi kaum lelaki pula, mereka memakai kurta iaitu sejenispakaian berupa kemeja panjang yang sampai ke lutut danlazimnya diperbuat daripada kain kapas atau linen. Kemudian,mereka sekeluarga akan bersembahyang lagi di rumah mereka. Ini diikuti dengan kunjungan ke kuil di mana patung dewa Hinduakan dikalungkan dengan kalungan bunga.Bagi menghormati ahli keluarga yang telah meninggal dunia,masyarakat India tidak akan menjamah sebarang makanansebelum mereka habis menghadiri upacara sembahyang di kuil.Selain penghormatan kepada ahli keluarga yang telah tiada,tindakan ini juga bertujuan untuk mendapatkan kesejahteraandiri dan keluarga.Sedikit sama cara amalan raya Deepavali dan Aidilfitri,mendapat restu daripada orang tua sebelum bersarapandengan keluarga adalah satu amalan yang wajib. Pada hari ini,pertelingkahan akan dilupakan, manakala kemaafan akan

Perayaan Tradisi Kaum Di Malaysia

VurmilaVenggadasamyMukasurat|23 mendapat penghargaan. Anak-anak digalakkan sujud di kakiibu bapa atau orang tua dalam rumah mereka untuk meminta restu.

Perayaan Tradisi Kaum Di Malaysia VurmilaVenggadasamyMukasurat|24 Sambutan sebegini selalunya berlangsung dalam tempoh satuatau dua hari dan dapat mengeratkan perpaduan di kalanganmasyarakat di Malaysia dan menyemarakkan lagi semangat1Malaysia. Amalan memberi wang iaitu angpau kepada kanak-kanak juga semakin popular pada Hari Deepavali. Duit iniselalunya diberi oleh orang dewasa kepada kanak-kanak melalui sampul duit pelbagai rupa bentuk dan warna. Amalanini akan memeriahkan lagi suasana perayaan Hari Deepavali.Sesetengah daripada mereka akan berkunjung ke rumahsaudara dan sahabat handai. Di kalangan penganut agamaHindu, perayaan Deepavali yang muncul setahun sekalisememangnya ditunggu-tunggu. Inilah masanya untuk merekamerapatkan hubungan persaudaraan sesama ahli keluarga,sanak saudara dan teman-teman. Rumah terbuka yang diadakan pada Hari Deepavali Di negara kita, perayaan Deepavali telah diisytihar sebagai cutiumum di seluruh negara, maka amalan kunjung-mengunjungdapat dilakukan. Amalan ini mencerminkan semangat kekitaandan perpaduan serta keharmonian hidup berbilang kaum di Malaysia.

Perayaan Tradisi Kaum Di Malaysia VurmilaVenggadasamyMukasurat|25 Makanan, kuih tradisional dan manisan juga dihantar kepadajiran-jiran terdekat tidak kira bangsa dan agama supayaDeepavali yang disambut menjadi lebih meriah.Pada waktu malam hari Deepavali, bukan sahaja lampu-lampupelita dinyalakan malahan lampulampu moden yangberwarna-warni turut dipasang. 6.3.3 Selepas perayaan Amalan berkunjung ke rumah saudara mara ter dekat masihditeruskan selama beberapa hari selepas Hari Deepavali untuk mengukuhkan lagi hubungan kekeluargaan dan silaturahim.Di Malaysia, kebanyakan rumah -rumah terbuka yang dianjurkanoleh penduduk beragama Hindu di sesebuah taman perumahan serta rumah terbuka peringkat daerah, negeri ataukebangsaan anjuran pemimpin negara dan kaum jugadiadakan beberapa hari selepas Hari Deepavali itu sendiri.Melalui amalan rumah terbuka, persefahaman di kalanganrakyat Malaysia yang berbilang kaum dapat dipupuk.

Perayaan Tradisi Kaum Di Malaysia VurmilaVenggadasamyMukasurat|26 Semua rakyat tidak kira tua, muda, besar dan kecil dijemputhadir ke majlis rumah terbuka tersebut. Khemah dipasang danpenyediaan makanan dilakukan secara gotong-royong.Upacara tersebut amat meriah dengan pelbagai makanantradisional dan moden yang sungguh lazat seperti nasi beriani, kari ayam, kurma, tosai, muruku,

achi muruku, omapodi danmanisan seperti laddu dan neiurundai disediakan untuk dijamuselera oleh semua yang hadir di jamuan tersebut. Perayaan Tradisi Kaum Di Malaysia VurmilaVenggadasamyMukasurat|26 Semua rakyat tidak kira tua, muda, besar dan kecil dijemputhadir ke majlis rumah terbuka tersebut. Khemah dipasang danpenyediaan makanan dilakukan secara gotong-royong.Upacara tersebut amat meriah dengan pelbagai makanantradisional dan moden yang sungguh lazat seperti nasi beriani, kari ayam, kurma, tosai, muruku, achi muruku, omapodi danmanisan seperti laddu dan neiurundai disediakan untuk dijamuselera oleh semua yang hadir di jamuan tersebut. 6.3.4 Peraturan/pantang larang/amalan sampingan Salah satu amalan yang masih diikuti sehingga hari ini ialahamalan berkabung bagi menghormati sanak saudara yangtelah meninggal dunia. Semua ahli keluarga terdekat bagiseseorang yang telah meninggal dunia dilarang menyambutperayaan Deepavali selama setahun, kecuali melawat kerumah rakan -rakan seagama. Selain penghormatan kepada ahlikeluarga yang telah tiada, tindakan ini juga bertujuanmendapatkan kesejahteraan diri dan keluarga.Manisan berkait rapat dengan kepercayaan penganut Hindu. Manisan seperti jilepi, mysore pak, palkova, halwa, laddu dan Perayaan Tradisi Kaum Di Malaysia VurmilaVenggadasamyMukasurat|27 atherasam dianggap juadah wajib bagi menjadikan sambutanDeepavali lebih bermakna dalam kehidupan setiappenganutnya. Kehadirannya bukan sahaja dijadikan penyeri diatas meja, malah merupakan pelengkap identiti bagi perayaanmasyarakat India. Manisan merupakan acara pembuka bagiperayaan hari Deepavali kerana dikatakan membawakegembiraan, keseronokan, nilai positif dan kesejahteraan yangberpanjangan ke dalam diri seseorang. Mengikut kepercayaanpenganut agama Hindu, manisan yang dibuat itu tidak bolehdimakan selagi manisan itu belum mendapat restu daripadaTuhan. Maka, pada pagi Deepavali, masakan dan beberapajenis manisan dipersembahkan semasa penganut Hindubersembahyang di rumah, untuk mendapat restu daripadaTuhan. Selepas bersembahyang, barulah hidangan denganpelbagai manisan yang disediakan dan juga makanan istimewalain boleh dinikmati. Manisan wajib disediakan semasa perayaan hari Deepavali memandangkanmanisan merupakan tanda pengenalan atau identiti masakan kaum India Walaupun sibuk macam-mana sekalipun, penganut agamaHindu akan masak sekurang-kurangnya satu jenis kuih tradisionalseperti muruku, omapodi atau achi muruku di rumah mereka. Iniadalah kerana mengikut kepercayaan penganut agama Hindu,

Perayaan Tradisi Kaum Di Malaysia VurmilaVenggadasamyMukasurat|28 kalau periuk tak berisi minyak, maknanya ada kematian dirumah mereka. Seorang penganut agama Hindu sedang menyediakan muruku bagisambutan Hari Deepavali 6.4 Kesan perayaan

6.4.1 Keluarga Pelbagai jenis perayaan antara kaum memang memberi kesanterhadap institusi kekeluargaan. Setiap perayaan merupakanpenantian bagi ahli keluarga pada setiap tahun untuk bertemudengan sanak saudara dan rakan-rakan yang datangberkunjung ke rumah. Biasanya sanak-saudara yang berjauhanakan pulang untuk bersama-sama meraihkan perayaan ini.Kegembiraan dan kebahagiaan akan lahir di hati masing masing. Sanak saudara berkumpul dan bersama-sama meraihkan Hari Deepavalidengan penuh kemeriahan Pada kebiasaannya sepanjang sebulan sebelum Hari Deepavalidisambut, setiap keluarga akan sibuk membuat persiapan dirumah termasuk membuat kuih-muih, menjahit langsir dan alasmeja serta membersihkan rumah. Situasi seperti ini akan dapatmengeratkan hubungan kekeluargaan.

Perayaan Tradisi Kaum Di Malaysia VurmilaVenggadasamyMukasurat|29 Bagi penganut agama Hindu, hubungan kekeluargaan semakinerat apabila mereka bersarapan pagi dan makan tengah haribersama pada Hari Deepavali yang melibatkan seluruh ahlikeluarga. Persediaan makanan tersebut juga dilakukanbersama-sama oleh ahli keluarga.Selain itu, amalan anak-anak memohon restu daripada ibubapa dan orang tua dan amalan isteri memohon restu daripadasuaminya pada Hari Deepavali akan menimbulkan suasanaharmoni dalam keluarga. 6.4. 2 Perpaduan Perayaan dapat menghidupkan perpaduan di antararakyat, ini kerana semua orang yang ada di Malaysia ataudi mana juga tidak kira agama dan bangsa merekamempunyai perayaan masing-masing. Di hari perayaan,amalan rumah terbuka dan kunjungmengunjung menjadiamalan rutin perayaan supaya dapat disambut bersamadan kemeriahannya juga dikongsi bersama. Justeru itu, perpaduan dan keeratan hubungan antara kaum terjalindalam suasana aman dan tenteram. Perayaan Tradisi Kaum Di Malaysia VurmilaVenggadasamyMukasurat|30 Dengan adanya perpaduan, kita mampu mewujudkansuasana kehidupan yang harmoni, kestabilan politik,kekuatan ekonomi dan keseimbangan sosial dalam masyarakat dan negara. Bukan mudah bagi sebuahnegara yang terdiri daripada pelbagai kaum hidupdengan rukun damai serta saling hormat -menghormatiantara satu sama lain. Keadaan yang aman ini telahmembolehkan kerajaan merancang pembangunannegara dan membawa kemajuan dan kemakmuran untuk rakyat jelata. Perpaduan adalah kunci kepadakeamanan, kesejahteraan dan kemakmuran rakyat dannegara.Semangat persaudaraan dan rasa setiakawan yangterjalin antara rakyat pelbagai kaum semasa majlis rumahterbuka diadakan merupakan faktor penting bagimemastikan generasi baru Malaysia terus menikmati suasana kehidupan yang harmoni.

6.4.3 Pelancongan Institusi Pelancongan juga menerima kesan hebat semasaperayaan berlangsung kerana ramai pelancong asingyang turut hadir atau turut serta dalam perayaan ini.

Perayaan Tradisi Kaum Di Malaysia VurmilaVenggadasamyMukasurat|31 kerana mereka ingin menghayati secara lebih dekatperayaan yang ada di Malaysia ini yang dianggap unik dan mempunyai sentuhan sendiri. Aset ataupun daya tarikan ini mempunyai potensi yang besar untuk diperluaskan lagi agar negara Malaysia dapat terusdipromosikan sebagai satu destinasi pelancongan yangterkenal bagi pelancong-pelancong asing. Ini akanmempunyai kesan gandaan ke atas ekonomi negeri ini dimana sektor perhotelan dan perkhidmatan-perkhidmatanlain juga akan turut berkembang di sampingmenyediakan peluang-peluang pekerjaan kepada rakyatdi negara ini. Seperti mana kita sedia maklum, industripelancongan berupaya memberi sumbangan yang besar kepada pertumbuhan ekonomi sesebuah negara.Rumah rumah terbuka yang diadakan sempena sesuatu perayaan itu mencerminkan identiti masyarakat yangharmonis di mata pelancong asing. Pada hari ini, Malaysiasudah terkenal hampir seluruh pelosok dunia sebagainegara yang mempunyai penduduk berbilang bangsayang hidup dalam suasana aman, bersatupadu dansaling menghormati antara satu sama lain walaupunmempunyai perbezaan daripada segi suku kaum, bangsa,kepercayaan dan adat resam. Sebenarnya, keunikaninilah yang menjadi teras perpaduan dan kecemerlanganbangsa Malaysia sehingga menjadi negara contoh Perayaan Tradisi Kaum Di Malaysia VurmilaVenggadasamyMukasurat|32 kepada negara-negara lain di dunia yang seringmenghadapi berbagai -bagai masalah sosial dan politik. 6.4.4 Peluang perniagaan Perayaan Hari Deepavali memberi peluang perniagaankepada para peniaga untuk menjual barangan yangdiperlukan untuk persiapan sambutan perayaan sepertipelita, lampu elektrik berwarna-warni, hiasan rumah,pakaian tradisional dan kuih muih.Banyak gerai-gerai sementara juga didirikan sempenasambutan perayaan ini. Terdapat suri rumah yangmengambil peluang membuat kuih dan biskut yangmempunyai pelbagai rupa dan rasa. Secara tidak langsung, kemunculan perayaan telah membolehkanmasyarakat Malaysia meningkatkan sumber pendapatanmereka. G erai-gerai yang menjual pelbagai barangan sempena sambutan HariDeepavali

Perayaan Tradisi Kaum Di Malaysia VurmilaVenggadasamyMukasurat|33 7.0

RUMUSAN Saya amat bersyukur kerana telah menyiapkan kerja kursus Sejarahsaya ini dalam tempoh masa yang ditetapkan. Ketika menjalankankerja kursus ini, banyak pengetahuan, pengajaran dan nilai yang telahsaya pelajari. Melalui kerja kursus ini, saya telah dapat menguasai kemahiranmembuat penyelidikan dengan tatacara yang betul sertameningkatkan kemahiran berkomunikasi saya.Sebagai rakyat Malaysia, saya merasa bangga dan bersyukur kerana di negara kita terdapat masyarakat pelbagai bangsa danagama yang turut sama memeriahkan perayaan Hari Deepavali yangdisambut oleh penganut agama Hindu.Kajian ini telah menyedarkan saya bahawa kita sepatutnyabekerjasama untuk mengekalkan pelbagai perayaan tradisi yangdisambut oleh masyarakat di Malaysia dengan mengamalkanamalan kunjungmengunjungi semasa perayaan supaya perpaduankaum dapat dipupuk.Di samping itu, kita haruslah bersatu padu dan berharmoni sesama kaum. Untuk merealisasikan misi 1Malaysia, tidak seharusnya adasebarang salah faham di antara kaum. Dengan ini, kita dapat