Anda di halaman 1dari 5

Sungguh asing jika kita melihat Deepavali tanpa pelita kerana perayaan itu sendiri mempunyai maksud

Pesta Cahaya. Antara sebab mengapa perayaan ini diraikan dengan pelita yang dipasang adalah

sebagai simbolik penganut Hindu yang melambangkan kejayaan kebaikan mengatasi kejahatan

berdasarkan lagenda yang diturunkan kepada mereka mengenai Raja Narakasura dan Dewa Krishnan.

Menurut lagenda, Raja Narakasura yang kejam dan selalu memeras rakyatnya, telah

dikalahkan dan dibunuh oleh Dewa Krishnan. Sebelum mati, Raja Narakasura meminta

semua manusia agar mereka merayai hari kemenangan itu sebagai peringatan kepada

yang mereka yang baik tentang godaan hantu dan syaitan, peringatan kepada mereka yang

lupa agar berbuat baik dan menjauhi daripada membuat kejahatan sesama manusia.

Oleh kerana itu, pelita dipasang dan dinyalakan di rumah penganut Hindu bagi melambangkan kejayaan

kebaikan mengatasi kejahatan yang dirayakan sebagai perayaan Deepavali. Pelita yang dipasang sedikit

sebanyak turut memeriahkan lagi perayaan tersebut.

1.KOLAM MENJADI PENYERI RUMAH


Kebanyakan penganut Hindu akan menghiasi rumah mereka dengan 'kolam' atau 'rangoli' iaitu hiasan
lantai yang diperbuat daripada beras di depan pintu rumah sebagai tanda selamat dan rahmat supaya
setiap isi rumah mendapat kesejahteraan.

Kemahiran membuat 'kolam' ini biasanya diwarisi secara turun-temurun. Walaupun nampak susah, tetapi

penganut Hindu boleh membuatnya dengan cantik, unik dan menarik yang kebanyakannya bermotifkan

tumbuhan. Upacara ini membawa maksud yang amat bererti kerana perayaan ini tidak hanya dirayakan

oleh penganut Hindu tetapi juga makhluk lain di dunia.

Hiasan 'kolam' ini merupakan lambang penyembahan dewa Lakshmi. Dewa Kekayaan yang dipercayai

hanya akan mengunjungi rumah mereka yang mempunyai hiasan 'kolam' di pintu masuk rumah mereka.

2.MAKANAN SEDAP PADA HARI DEEPAVALI


Manisan merupakan identiti masyarakat India. manisan ini bukan sahaja diminati oleh kaum  India tetapi
juga masyarakat lain di negara ini. Dalam masyarkat India, manisan sering menjadi acara pembuka
sebelum memulakan sesuatu majlis, acara atau hari perayaaan.Mereka percaya ia mampu membawa
kegembiraan, keseronokan, nilai positif daan kesejahteraan yang berpanjangan. Itulah juga sebabnya
manisan yang lebih manis dan sedap dianggap lebih baik dan dialu-alukan.

Mereka akan dihidangkan dengan juadah tradisional kaum India yang terkenal seperti halwa dan laddu.
Malah sembilan jenis hidangan sayur-sayuran turut disediakan pada pagi Deepavali. Antaranya ialah
'Aloogobi' iaiu campuran ubi kentang dan kobis bunga 'paneer' campuran masala bersama yourgat dan
kari dhal. Tidak ketinggalan kuih-muih tradisional lain seperti muruku ,adirasam dan payasam. Muruku,
Neiurundai dan Atherasam adalah merupakan kuih-muih tradisional orang India.

3.TEMPOH SAMBUTAN DEEPAVALI BERBEZA MENGIKUT TEMPAT

Perayaan Hari Deepavali ini disambut pada hari ke 14 bulan Aipasi dalam kalendar Tamil 9antara bulan
Oktober dan November). Masyarakat di selatan India meraikannya selama tiga hari berturut-turut
berbanding lima hari di sebelah utara negara itu. Di Malaysia, perayaan Deepavali disambut sehari
sahaja namun ia terpulang kepada individu untuk mengadakan rumah terbuka sebanyak mana hari yang
mereka mahukan. Namun begitu, masyarakat India yang tinggal di kawasan ladang dan estet menyambut
perayaan Deepavali ini lebih lama dalam suasana kampung.
4.PENGANUT HINDU MANDI MINYAK BIJAN UNTUK MENYUCIKAN DIRI

Pada pagi perayaan, Hari Deepavali, seluruh ahli keluarga akan bangun lebih awal iaitu sebelum mtahari

terbit. Seawal pukul 3 pagi penganut agama Hindu akan memasang pelita atau lampu di sekitar kawasan

rumah. Seluruh keluarga juga akan mandi dan membersihkan diri sebelum bersalam dan memohon maaf

dengan kedua ibu bapa dan ahli keluarga yang lain.

Selain itu, upacara mandi minyak bijan turut dilakukan pada awal pagi sebelum matahari terbit. Penganut

Hindu menjalankan upacara mandi minyak bijan bertujuan untuk meyucikan badan dan semangat. Ia

adalah tanda simbolik sebagai penyucian diri. Minyak bijan ini akan disapukan ke atas kepala setiap ahli

keluarga oleh mereka. Kebaikan mandi minyak bijan bagaikan mandi di Sungai Ganges yang suci

bertujuan membersihkan diri daripada segala kejahatan dan sifat dengki. Selepas mandi dimestikan

memakai pakaian dan perhiasan serba baru pada pagi Deepavali bertujuan untuk menghilangkan segala

sifat buruk dan kejahatan dalam diri seseorang.

5.AMALAN BERKUNJUNG MENGUNJUNG TURUT DIAMALKAN MASYARAKAT HINDU


Amalan berkunjung ke rumah saudara mara terdekat masih lagi diteruskan selama hari selepas. Hari

Deepavali untuk mengukuhkan lagi hubungan silaturahim di kalangan mereka. Sesetengah penganut

agama Hindu akan mengadakan sambutan perayaan secara besar-besaran dengan menganjurkan

rumah terbuka untuk menjamu sanak-saudara dan rakan-rakan mereka yang bukan beragama Hindu.

Rumah terbuka tersebut amat meriah dengan pelbagai makanan tradisional yang sungguh lazat seperti

nasi beriani, kari ayam, kurma, tosai, murukku, achi murukku, omapodi dan manisan seperti laddu dan

neiurundai disediakan untuk para tetamu yang hadir.

Amalan memberi wang iaitu angpau kepada kanak-kanak juga semakin popular pada Hari Deepavali.

Duit ini selalunya diberi oleh orang dewasa kepada kanak-kanak melalui sampul duit pelbagai rupa

bentuk dan warna. Amalan ini akan memeriahkan lagi suasana perayaan Hari Deepavali.

Mungkin ada diantara anda yang kurang memahami tentang sambutan Hari Deepavali. Disebabkan itulah

entri ini dikeluarkan bagi memberi lebih kefahaman kepada masyarakat tentang budaya masyarakat India

di Malaysia yang kebanyakannya beragama Hindu dan menyambut Hari Deepavali. Kata orang

''Perbezaan dirai, kemeriahan dikongsi'', biar pengetahuan ini memupuk sikap saling hormat-

menghormati.

Anda mungkin juga menyukai