Anda di halaman 1dari 5

DEEPAVALI

Setiap perayaan di Malaysia mempunyai keunikan tersendiri kerana


terdapat pelbagai adat resam dan kepercayaan dalam sesebuah
perayaan. Deepavali adalah antara sebuah perayaan yang mengikut
adat resam dan kepercayaan masyarakat India yang beragama Hindu.
Perayaan Deepavali ini disambut pada hari ke 14 bulan Aipasi dalam
kalendar Tamil (antara bulan Oktober dan November) . Menurut lagenda,
Raja Narakasura yang kejam dan selalu memeras rakyatnya, telah
dikalahkan dan dibunuh oleh Dewa Krishnan. Sebelum mati, Raja
Narakasura meminta semua manusia agar mereka merayai hari
kemenangan itu sebagai peringatan kepada yang mereka yang baik
tentang godaan hantu dan syaitan, peringatan kepada mereka yang lupa
agar berbuat baik dan menjauhi daripada membuat kejahatan sesama
manusia. Hal ini bertujuan untuk memberi keinsafan kepada setiap
individu agar tidak melakukan kejahatan. Pada malam perayaan
Deepavali, upacara memasang pelita dijalankan yang disertai oleh seluruh
ahli keluarga. Mereka akan memasang lampu vilakku. Lampu vilakku
adalah sejenis pelita tradisi yang diperbuat daripada tanah liat. Penganut
agama Hindu percaya akan Dewa kekayaan dan kemakmuran iaitu Dewi
Laksmi akan datang melawat rumah mereka pada masa itu. Persiapan
tersebut dilakukan untuk menyambutkedatangan Dewi Laksmi. Pada pagi
hari perayaan Deepavali, penganut Hindu akan menghiasi rumah mereka
dengan kolamsatau rangoli iaitu hiasan lantai yang diperbuat
daripada beras yang diwarnakan sebelum terbit matahari. Biasanya
kolamsini dibuat di depan pintu rumah sebagai tanda selamat dan
rahmat supaya setiap isi rumah mendapat kesejahteraan. Upacara ini
membawa maksud yang amat bererti kerana perayaan ini tidak hanya
dirayakan oleh penganut Hindu tetapi juga makhluk lain didunia ini seperti
semut sebagai tanda ucapan selamat datang kepada para tetamu.Selain
itu, upacara mandi minyak bijan turut dilakukan pada awal pagi sebelum
matahari tertib.Penganut Hindu akan menjalankan upacara mandi minyak
bijan bertujuan untuk penyucian badan dansemangat. Minyak bijan ini
akan disapukan ke atas kepala setiap ahli keluarga oleh mereka yang
lebihtua seperti ibu atau nenek. Kebaikan mandi minyak bijan bagaikan
mandi di Sungai Ganges yang sucibertujuan membersihkan diri daripada
segala kejahatan dan sifat dengki. Selepas mandi dimestikanmemakai
pakaian dan perhiasaan serba baru pada pagi Deepavali bertujuan untuk
menghilangkansegala sifat buruk dan kejahatan dalam diri
seseorang.Penganut Hindu akan mengunjungi kuil untuk bersembahyang
selepas menjalankan upacara penyucian.Penganut Hindu akan
mengalungkan Patung Dewa Hindu dengan kalungan bunga untuk

mendapatkankesejahteraan diri dan keluarga serta memperingati ahli


keluarga yang telah meninggal dunia. Selepas sembahyang, mereka akan
dihidangkan dengan pelbagai manisan yang dinamakan Prasad sebelum
pulang ke rumah.Setelah itu, penganut Hindu akan berkunjung ke rumah
saudara mara dan sahabat handai.

PAKAIAN
Sari merupakan pakaian untuk kaum wanita yang sering
dipakai semasa perayaan Deepavali. Sari terdiri daripada
lembaran kain yang berukuran semester hingga dua meter
lebar dan panjangnya pula antara lima hingga lima belas meter
mengikut saiz pemakai. Kebanyakan kain sari adalah lembut.
Semasa perayaan Deepavali, biasanya pemilihan warna untuk
baju sari yang dipakai adalah lebih gelap atau garang seperti
merah, biru, hijau dan ungu.

Dhoti merupakan pakaian untuk kaum lelaki India. Pakaian in


diperbuat daripada kain empat segi yang berwarna putih yang
panjang. Kain tersebut dililit di bahagian pinggang dan diikat
pada celah paha dan disangkutkan pada bahu

MAKANAN
THOSAI
Thosai merupakan makanan kegemaran orang India. Makanan ini menjadi

menu utama dalam hidang Hari Deepavali. Thusai sedap dimakan dengan
kuah yang digelar 'sandhini'.
IDHILI
Idhili juga merupakan makanan sampingan dalam menu hidangan kaum
India pada Hari Deepavali. Idhili sedap dimakan dengan ' sandhini' atau
kari ayam, kari dal dan sebagainya.
MURUKU
Muruku merupakan makanan kegemaran bukan sahaja Kaum India malah
Kaum-kaum lain di Malaysia. Muruku sangat ranggup dan sedap untuk
dimakan.
KUIH RAWA URUNDAI
Kuih Rawa Urundai merupakan kuih yang kurang manis. Pada masa ini ,
ramai tidak mengenali kuih ini. Ramuan kuih ini ialah tepung suji, gula,
garam, buah kismis, buah pelaga dan minyak sapi.
KUIH NEI URUNDAI
Kuih Nei Urundai ini merupakan kuih yang manis . Kuih ini lebih manis .
Kuih sangat lembut dan mudah rapuh apabila dipegang.Ramuan kuih ini
ialah tepung kacang hijau, gula, garam, buah gajus, buah pelaga, kismis
dan minyak sapi. Kanak-kanak suka makan kiuh ini.
KUIH JILLEBHI
Kuih Jillebhi sangat manis. Rupanya seperti muruku . Kuih ini sedap untuk
dimakan.
KUIH ATHIRASAM
Kuih Athirasam merupakan kuih manis. Bentuknya sama seperti kuih
donat. Ramuan kuih ini ialah tepung beras, gula merah, buah pelaga,
garam , kelapa parut dan minyak masak. Kuih tahan sehingga enam
bulan.
KUIH MAISUR PAHKU
Kuih Maisur Pahku ini merupakan kuih manis.

KUIH ALVA
Kuih Alva juga merupakan kuih manis dan ruapanya seperti kuih dodol.
Warna kuih ini ialah merah.
KUIH PAAL GUVA
Kuih Paal Guva adalah kuih manis dan dan lembut. Ramuan kuih ini ialah
susu segar lembu, gula dan garam.
LADHU
Kuih Ladhu merupakan makanan manis. Kuih ini mudah rapuh apabila
dipegang. Ramuan kuih ini ialah tepung kuda, buah ceri, buah gajus, buah
kismis, pewarna, gual, garam dan minyak sapi. kuih ini sedap untuk
dimakan

KOLAM

Kolam adalah sebuah kesenian masyarakat india. Kolam dihasilkan


dengan gabungan berasyang terdiri daripada pelbagai jenis warna. Kolam
terdiri daripada beberapa jenis. Salah satunyaialah rangoli. Rangoli
merupakan kolam yang amat terkenal terutamanya di india selatan.
Iaterdiri dapripada gabungan beras pelbagai warna seperti hijau merah
dan jingga. Mengikut tradisi masyarakat india, kolam dibuat pada setiap
pagi di depan rumah sebagai simbol adat dan juga membawa maksud
memberi makanan kepada semut-semut di tanah. Namun begitu,adat
tersebut tidak begitu dipraktikkan pada masa sekarang. Walaupun
demikian, kolam tetapmenjadi perhiasan utama pada setiap perayaan
masyarakat india seperti ponggal dandeepavali. Aspek utama yang
penting dalam kolam adalah garisan geometri dimana garisantersebut
akan dilukis terlebih dahulu dan beras akan ditabur diatas garisan
tesebut. Gabunganpelbagai warna dan perhiasan beras mengikut garisan
secara tepat memberikan pandanganyang unik kepada perhiasan kolam.
Dalam masyarakat india, kaum wanita yang akan membuat kolam. Wanita
yang pandai membuat kolam akan dipandang tinggi oleh masyarakat
setempat.Kolam merupakan tradisi yang amat terkenal dalam masyarakat
india dan diteruskan secaraturun temurun.

Anda mungkin juga menyukai