Anda di halaman 1dari 1

Sambutan Hari Deepavali

Pada bulan November yang lalu,penganut agama Hindu telah


menyambut Hari Deepavali dengan penuh meriah. Biasanya,
Hari Deepavali yang lebih dikenali pesta cahaya disambut
untuk mengekalkan keharmonian dan kesejahteraan.

Biasanya, penganut agama Hindu membuat pelbagai


persediaan menjelang pesta cahaya. Antaranya,termasuklah
membuat pelbagai jenis kuih muih seperti muruku dan
manisan tradisional, membeli pakaian yang baru dan mengecat
dinding rumah dengan cat berwarnawarni.

Pada awal pagi hari deepavali, ahli keluarga bangun lalu


mandi minyak.setelah memakai pakaian baru mereka akan
pergi ke kuil bersama ahli keluarga.Selepas itu mereka
kembali ke rumah lalu mengambil sarapan pagi. Pada sebelah
tengah hari jiran dan saudara mara akan mengunjungi rumah
penganut hindu untuk merayakan pesta cahaya bersama-sama.
Para tetamu akan disajikan dengan pelbagai makanan
tradisional misalnya tosai, kari ayam,sayur,nasi minyak dan
sebagainya.

Pada waktu malam pula, kanak-kanak tidak melepaskan


peluang untuk bermain bunga api dengan saudara-mara dan
jiran-jiran mereka. Sepanjang hari itu,semua penganut agama
hindu menyambut perayaan hari pesta cahaya dengan sungguh
gembira dengan saudara-mara dan kawan kawan.

Anda mungkin juga menyukai