Anda di halaman 1dari 12

PENGENALAN UNDANGUNDANG KELUARGA ISLAM

APA ITU UNDANG- UNDANG?


Undang-undang merupakan satu sistem peraturan atau norma yang
cuba diikuti oleh ahli- ahli masyarakat. Biasanya ini adalah peraturan
sesuatu negara. Jika peraturan-peraturan ini dilanggar, orang yang
melanggar peraturan tersebut mungkin dihukum atau didenda oleh
mahkamah/polis. Peraturan ini biasanya dibuat oleh pemerintah
negara tersebut supaya rakyatnya boleh hidup, bekerja dan bersosial
antara satu sama lain. Kadangkala, undang-undang juga dibuat oleh
sekumpulan orang yang berfikiran sama.

APA ITU KELUARGA?


Keluargaialah satu kumpulan manusia yang dihubungkan melalui
pertalian

darah,

perkahwinan

atau

pengambilan

anak

angkat.

Perkataan keluarga berasal dari bahasa Sanskrit iaitu kula dan warga
(kulawarga) yang bererti "anggota", "kelompok kerabat".
Setiap manusia yang dikurniakan keluarga seharusnya bersyukur
kerana bukan semua orang bernasib baik, ada juga yang dilahirkan
sebagai yatim piatu. Oleh itu kita seharusnya bersyukur dan
menghargai nikmat pemberian Tuhan. Kasih sayang keluarga adalah
harta yang tidak ternilai dan tidak dapat diganti dengan wang ringgit .

APA ITU ISLAM?


Islam menurut bahasa bererti selamat, kedamaian,
sentiasa, manakala dalam istilah syar'I, islam adalah
berserah diri, tunduk patuh, dengan kesedaraan yang
tinggi tanpa paksaan.

Makna dalam erti kata selamat, maka islam adalah


jalan hidup (way of life) satu-satunya yang paling
selamat mengantarkan manusia sampai tujuan
akhirnya..iaitu kehidupan akhirat. Dalam konteks
perjalanan, tujuan hanya dapat dicapai melalui jalan
yang ditempuh. Sedangkan sebuah jalan, ia memiliki
cara dan aturan.

MAKSUD UNDANG- UNDANG


KELUARGA ISLAM

secara
keseluruhannya,
ia
bermaksud Undang - undang yang
memperuntukkan
hal
berkaitan
dengan
perkahwinan,
perceraian
dannperkara
yang
berhubung
dengan keduanya di kalangan orang
Islam.

Al-Quran Al-Karim telah diturunkan oleh Allah Azza


Wajalla dengan membawa syariat untuk dunia dan
akhirat. Di dalamnya terkandung peraturan- peraturan
dan kaedah- kaedah yang mengatur hubungan
manusia dengan pencipta-Nya dan hubungan manusia
antara sesama mereka. Ia memberikan kepada
mereka beberapa perundangan yang mengatur urusan
kehidupan individu di dalam unit-unit keluarga dan
seluruh institusi kemasyarakatan dan politik. Ia juga
menjelaskan hak-hak dan kewajipan dalam bentuk
yang dapat menjamin keadilan, keamanan dan
keharmonian hidup.

Islam adalah satu agama yang dapat


membentuk dan menjamin kerukunan dan
keharmonian rumah tangga. Perkahwinan itu
sebenarnya merupakan perkongsian hidup di
antara dua jiwa ke arah kepentingan dan
kebahagiaan
bersama
dan
ini
juga
merupakan sebagai ikatan perjanjian yang
sangat kuat dan mesra untuk tolongmenolong,
kasih
sayang,
bahagiamembahagiakan antara satu sama lain.

Hikmat Disyariatkan
Perkahwinan
1) Perkahwinan itu adalah fitrah kemanusiaan.
Diantara perkara-perkara yang logik dalam
dasar- dasar syariat Islam bahawa ia
membanteras
Rahbaniyah
(kerahiban)
kerana perkara itu bertentangan dengan
fitrah atau semula jadi tabiat manusia.
Kerahiban atau hidup membujang itu
berlawanan
dengan
tabiat
manusia,
kecenderungan, cita-citanya dan kehendak
nafsunya.

2) Perkahwinan adalah ibadah.


Islam memandang setiap amal perbuatan
yang dilakukan oleh seseorang demi
keredhaan Allah S.W.T. adalah ibadah dan
mendapat pahala. Bahkan setiap suapan
nasi yang diberikan suami kepada
isterinya dengan rela, ikhlas dan senang
hati memperolehi balasan pahala.

3)
Perkahwinan
merupakan
cara
untuk
mendapat
pengampunan Allah, peningkatan darjat dan kemantapan
iman.
Di dalam perkahwinan terdapat unsur perjuangan melawan
nafsu sebagai latihan jiwa dengan tujuan menjaga,
mengasuh, memenuhi kewajipan terhadap keluarga, sabar
menghadapi perangai wanita, tabah menghadapi gangguan
mereka, berusaha memperbaiki dan menunjukkan mereka
ke jalan agama, bekerja keras mencari nafkah yang halal
bagi mereka dan terus menerus memberikan pendidikan
yang sihat dan baik kepada anak-anak, semuanya itu
adalah amal perbuatan yang besar pahalanya.

4) Perkahwinan merupakan suatu cara untuk memperbaiki


akhlak dan budi pekerti.
Perkahwinan adalah satu cara yang berguna untuk
menjaga kebahagiaan umat dari kerosakan dan
kemerosotan akhlak. Selain dari itu perkahwinan berguna
untuk menjaga keselamatan individu dari pengauh yang
merosakkan masyarakat kerana kecenderungan nafsu
kepada sama jenis. Kerana itu Islam memberi perhatian
khusus kepada manusia untuk menyelamatkan mereka
dari perbuatan liar dan kemerosotan akhlak, kerosakan,
penzinaan dan keburukan tingkah laku seperti
menyerupai perempuan dan sebagainya.

5) Kebahagiaan bagi lelaki dan perempuan.


Perkahwinan dapat membahagiakan lelaki dan
perempuan, bahkan membahagiakan seluruh keluarga.
Perempuan merasa tenteram kerana sudah ada lelaki
yang
melindunginya
dan
menyediakan
segala
keperluan hidupnya. Dengan demikian dia merasa
senang mengurus rumah tangga serta anak-anaknya.
Lelaki pula akan merasa bahagia apabila ada orang
yang menguruskan hidupnya seperti makan dan
minum, pakaian dan sebagainya. Jadi dia dapat
menumpukan sepenuh perhatian kepada pekerjaannya.

Anda mungkin juga menyukai