Anda di halaman 1dari 15

1.

0 PENGENALAN

Poligami dari sudut bahasa adalah menghimpunkan berbilang isteri dalam satu masa.
Mengikut kamus dewan, poligami bererti amalan beristeri lebih daripada seorang pada masa
yang sama. Dalam bahasa arab, poligami disebut Ta'addad al zawjat. Asal perkataan ta'addad
bererti bilangan, manakala perkataan al zawjat diambil daripada perkataan al zawjah yang
bererti isteri. Dua perkataan tersebut apabila digabungkan membawa erti isteri yang banyak
atau berbilang-bilang. Maka poligami bolehlah dimaksudkan sebagai berkahwin lebih
daripada seorang iaitu lawan kepada perkataan monogami yang membawa erti berkahwin
dengan seorang wanita sahaja (Abdullah, R. H. 1997). Ia juga berlawanan dengan perkataan
poliandri iaitu amalan bersuami lebih daripada seorang dalam satu-satu masa

2.0 KONSEP POLIGAMI DALAM ISLAM SERTA DALIL-DALIL BERKAITAN

Islam adalah agama fitrah yang mengiktiraf kepelbagaian keperluan dan kehendak
manusia dalam hidup berpasangan. Berasaskan kepada keadaan inilah Islam membenarkan
poligami yang merupakan amalan masyarakat turun temurun sejak sebelum kedatangan
Islam lagi. Bagi memastikan amalan poligami yang lebih adil dan dapat menjamin
kesejahteraan hidup ummah seluruhnya, Islam telah menetapkan syarat-syarat tertentu yang
menghadkan amalan yang bebas sebelum ini dan mengambil jalan pertengahan yang lebih
wajar (Muhamat, Z. 2002). Syariat Islam menetapkan bahawa seorang lelaki boleh berkahwin
dengan lebih dari seorang perempuan tetapi tidak melebihi empat orang.

Asas pensyariatan yang menjadi dalil utama di dalam keharusan berpoligami ialah
firman Allah SWT dalam surah an-Nisa’, ayat 3:

Maksudnya: “Dan jika kamu takut tidak berlaku adil terhadap perempuan-perempuan yatim
(apabila kamu berkahwin dengan mereka), maka berkahwinlah (dengan) perempuan-
perempuan lain yang kamu berkenan, dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu bimbang
tidak akan berlaku adil (di antara isteri-isteri kamu) maka (berkahwinlah dengan) seorang
sahaja, atau memadailah dengan hamba-hamba perempuan yang kamu miliki. Itu adalah
lebih dekat (untuk mencegah) supaya kamu tidak melakukan kezaliman”

(Sura An-Nisa’: Ayat 3)


Berdasarkan surah An-Nisa’ ini, bilangan jamak dahulu disebut kemudian barulah disebut
satu. Ini bermakna Syariah Islam sememangnya membolehkan seseorang itu berkahwin
ramai, namun dengan syarat-syarat yang telah ditetapkan terutamanya dalam sikap keadilan
seorang suami. Sanggupkah seorang suami berlaku adil terhadap kesemua isterinya? Jika
sanggup teruslah ia berpoligami. Dan jika tidak, bererti dia melakukan penganiayaan
sedangkan penganiayaan itu haram menurut ijmak ulamak Islam. Oleh sebab itu, apabila ia
tidak sanggup berlaku adil hendaklah dia menceraikan isteri-isterinya kecuali seorang sahaja
yang tetap dikekalkan berkahwin dengannya. Sebenarnya maksud ayat tersebut ialah
menyuruh tiap-tiap orang supaya berhati-hati sebelum mengamalkan poligami agar mereka
tidak melakukan perkara haram yang dilarang oleh Allah SWT (Hassan Saleh, 1992).

Hasrat berkahwin ramai semata-mata untuk keseronokan dan merasai berbagai-bagai


kelazatan dengan perempuan, tidak termasuk dalam syarat yang mengharuskan lelaki
berpoligami. Pernah terjadi bahawa seorang lelaki datang mengadap Rasulullah SAW lalu
meminta kebenaran untuk berkahwin dengan seorang perempuan yang jelita dan
berkedudukan tinggi tetapi mandul. Rasulullah SAW tidak membenarkannya kerana Baginda
dapat memahami hasrat lelaki itu sebenarnya adalah terdorong oleh kecantikan wanita itu
semata-mata. Rasulullah SAW pernah bersabda:

Maksudnya: “Berkahwinlah kamu sekalian dan janganlah bercerai-berai kerana Allah tidak
kasih akan orang yang suka hendak merasa-rasa dalam perkahwinan sama ada lelaki
mahupun perempuan.” (Hassan Saleh, 1992)

Menurut Imron, A. (2012). poligami bukanlah suatu prinsip yang wajib dilaksanakan di
dalam syariah Islam sehingga boleh menyebabkan berdosa jika tidak mengamalkannya.
Poligami hanya merupakan perkara harus dan satu rukhsah (keringanan) dalam keadaan
darurat. Jelasnya di sini walaupun bahasa yang digunakan di dalam ayat di atas berunsur
perintah, ia bukanlah membawa kepada makna wajib dilaksanakan. Bahkan jika diamati ia
boleh membawa kepada suatu tegahan dan haram hukumnya jika suami yang berpoligami
tidak berupaya berlaku adil dan mengakibatkan penganiayaan terhadap isteri yang dikahwini.

Berdasarkan penjelasan ini, jelaslah poligami sebenarnya telah lama wujud sejak zaman
sebelum kelahiran Rasulullah lagi. Namun, konsep poligami pada ketika itu adalah terlalu
bebas dan senang bagi seorang lelaki untuk memiliki seberapa wanita yang mereka perlukan.
Hampir setiap agama di muka bumi ini mempunyai konsep poligami yang tersendiri.
Contohnya dalam kalangan bangsa ‘Ibrani, Arab Jahiliyyah dan juga dalam agama Kristian,
di mana dalam kitab Injil tiada tegahan amalan tersebut. Pendek kata, poligami wujud sejak
dahulu kala tidak kira di mana, baik dalam kalangan raja mahupun rakyat biasa. Setelah
kedatangan Islam, amalan tersebut telah diubah supaya selari dengan tuntutan syariat dan
demi kesempurnaan hidup di dunia dan di akhirat. Islam tidak menghapuskan terus amalan
poligami yang pernah dilaksanakan sebelum Islam, namun Islam membataskannya kepada
empat orang isteri sahaja dengan syarat mereka sanggup dan mampu berlaku adil terhadap
isteri-isteri mereka. Maka dapat dilihat, pengamalan poligami dalam sistem kekeluargaan
Islam adalah begitu mulia disisi Allah (Masykur, A. 2015)..
3.0 ANALISIS KES DAN PROSES POLIGAMI MENGIKUT PROSEDUR POLIGAMI DI
NEGERI SEMBILAN

KES 1 – POLIGAMI TANPA KEBENARAN

Nama pengadu : Fatimatuzzahrah Mohd. Fahmy

Asal : Sungai Buloh, Selangor

Soalan:

“Baru-baru ini saya mendapat tahu bahawa suami saya telah berkahwin lain. Saya mendapat
tahu apabila terbaca e-mail yang dihantar oleh madu saya. Apabila saya bertanyakan kepada
suami, dia mengaku telah bernikah dengan perempuan tersebut dan mempunyai seoarang
anak. Yang menjadi kemusykilan saya bagaimana suami boleh berkahwin tanpa kebenaran
saya kerana setahu saya jika suami ingin berpoligami, dia mesti mendapatkan tandatangan
isteri pertama yang menyatakan persetujuan untuk berpoligami”

Analisis Kes:

Suami berpoligami tanpa pengetahuan atau izin isteri bukan lagi satu isu yang baru di negara
kita. Persoalan yang sering ditimbulkan adalah sama ada izin isteri untuk suami berpoligami
adalah suatu kemestian atau sekadar pemberitahuan semata. Merujuk kepada perundangan
undang-undang Islam di Malaysia berkaitan isu poligami adalah masih lagi longgar dari segi
prosedur dan praktis. Seksyen 23 Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Negeri Sembilan
memperuntukkan bahawa suami perlu mendapatkan dan mengemukakan satu kebenaran
bertulis di mahkamah untuk berpoligami.

Manakala seksyen 23 (3) Enakmen tersebut menggariskan beberapa prosedur untuk


suami yang ingin berpoligami. Mahkamah akan meneliti mengenai alasan-alasan yang
dikemukakan oleh suami untuk berpoligami, antaranya ialah seperti:

a) Pendapatan suami pada masa tersebut


b) Butir-butir tangungan kewangannya
c) Bilangan orang yang ditanggungnya
d) Izin atau pandangan isteri yang sedia ada diperolehi.

Seterusnya seksyen 23 (4) Enakmen tersebut juga menyatakan apabila menerima


permohonan itu, mahkamah akan memanggil suami, isteri yang sedia ada, bakal isteri, wali
kepada bakal isteri dan mana-mana orang lain untuk memberi keterangan terhadap
perkahwinan tersebut. Terdapat beberapa kes Mahkamah memanggil isteri sedia ada untuk
memberi pandangan mereka terhadap permohonan poligami suaminya. Ini sememangnya
satu tindakan yang wajar kerana isteri sedia ada sudah bertahun-tahun tinggal bersama
suaminya dan dia lebih tahu tentang suaminya daripada orang lain. Persoalan kemampuan
suami untuk berlaku adil antara isteri-isteri adalah penting untuk ditentukan dan tiada siapa
yang lebih layak memberi pandangan selain daripada isteri sedia ada.

Di Negeri Sembilan, seorang suami yang ingin memohon berpoligami perlu mengikuti sesi
kaunseling untuk perbincangan, nasihat dan untuk mendapatkan panduan. Kemudian, dia
dikehendaki mengisi borang 1B, iaitu borang permohonan berpoligami. Suami kemudiannya
perlu membuat Akuan Bersumpah di hadapan Ketua Pendaftar atau Pendaftar atau Timbalan
Pendaftar atau Penolong Pendaftar bagi kariah masjidnya dengan membawa dua orang saksi
lelaki. Seperti yang dinyatakan, walaupun secara teorinya ada peruntukkan undang-undang
tentang keizinan isteri sebagai salah satu pertimbangan yang wajar dilihat oleh Mahkamah
Syariah dalam memberi kebenaran berpoligami.

Namun realitinya, isteri hanya diminta menandatangani borang permohonan sahaja.


Walau bagaimanapun, seksyen 23 (7) Enakmen tersebut menyatakan bahawa jika suami
tidak mematuhi prosedur yang ditetapkan, maka suami perlu dengan serta membayar jumlah
mas kahwin dan pemberian kepada isteri yang sedia ada. Dalam hal ini, mahkamah
mempunyai bidang kuasa atas permohonan pembayaran nafkah kepada isteri yang sedia
ada.

Secara kesimpulannya dapat dinyatakan bahawa keizinan isteri dalam memberi


kebenaran untuk suami berpoligami adalah salah satu prosedur merujuk kepada Enakmen
Undang-undang Keluarga Islam Negeri Sembilan. Maka, terdapat beberapa tindakan yang
boleh diambil oleh pengadu ini, antaranya:
a) Membuat aduan terhadap suaminya di mahkamah syariah akan hal ini dan
tindakan akan diambil ke atas suami pengadu apabila disabit kesalahan.
Seksyen 124 mengenakan denda tidak melebihi RM1000.00 atau penjara
tidak lebih daripada 6 bulan atau kedua-duanya sekali kepada suami yang
melakukan kesalahan ini.
b) Menuntut pembayaran keseluruhan jumlah mas kahwin dan pemberian suami
kepada pengadu seperti yang dinyatakan dalam Seksyen 23(7).
c) Membuat satu ta'liq tambahan yang meletakkan syarat-syarat tentang
pembahagian hari, nafkah bulanan, harta sepencaraian dan perkara-perkara
lain yang mungkin timbul akibat daripada perkahwinan poligami nanti untuk
melindungi hak-hak pengadu dan juga anak-anaknya. Ta'liq tambahan
sedemikian dibenarkan di bawah Seksyen 22 (1) Enakmen yang sama.
KES 2 – POLIGAMI TANPA KEADILAN

Nama pengadu : Amylea Sinderella

Asal : Kuala Lumpur

Soalan:

“Suami saya telah membuat permohonan untuk berpoligami di mahkamah syariah. Pihak
mahkamah juga memberikan satu tarikh kepada saya untuk hadir di mahkamah. Tujuannya
untuk mendapatkan pandangan saya sama ada suami saya layak berpoligami atau tidak.
Saya tahu bahawa suami saya tidak mampu berpoligami. Duit gajinya hanya cukup-cukup
untuk kami sekeluarga. Malah, dia sebenarnya berbohong kepada mahkamah tentang
pendapatannya. Saya berharap agar mendapat panduan tentang apa yang perlu saya
ketengahkan kepada mahkamah. Saya hanya mahukan keadilan kepada semua pihak”

Analisis Kes:

Poligami merupakan satu tanggungjawab, bukannya hak. Sebab itulah Allah berfirman
bahawa keadilan merupakan faktor paling penting untuk berpoligami. Kerajaan Malaysia amat
mengambil berat persoalan keadilan ini. Undang-undang keluarga Islam tentang poligami
telah dirangka supaya faktor keadilan dijadikan kayu pengukur bagi suami-suami yang
berhasrat berpoligami. Justeru, dalam memberikan keizinan, mahkamah akan melihat kepada
pelbagai sudut untuk menentukan aspek keadilan. Selain melihat kepada kemampuan
kewangan, mahkamah tentunya ingin melihat kepada keupayaan suami memberi layanan
sama rata kepada semua isterinya. Malah, mahkamah juga akan menyiasat bahawa
perkahwinan yang dicadangkan itu tidak akan menyebabkan darar syarie kepada isteri yang
sedia ada seperti yang dinyatakan Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Negeri
Sembilan 1983, seksyen 23(4)(d).

Mahkamah akan memerlukan keterangan daripada isteri sedia ada untuk mendapatkan
maklumat-maklumat ini. Ini merupakan peluang bagi isteri-isteri menyuarakan pandangan
mereka berkenaan perkahwinan poligami suami mereka, kerana sudah tentunya isteri-isteri
sedia ada akan terbabit sama dalam senario poligami ini. Malah, aspek keadilan adalah
selaras dengan firman Allah dalam surah An-Nisa’ ayat 3 yang telah dinyatakan di atas.

Dalam kes pengadu ini, memberi keterangan palsu kepada mahkamah adalah satu
kesalahan dan boleh dihukum. Jika disabitkan salah, suami pengadu boleh dihukum dengan
denda tidak lebih RM2000 atau penjara tidak lebih dari setahun atau kedua-duanya sekali.
Perkara ini dinyatakan dalam seksyen 38 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam. Berikut
adalah kandungan penuh seksyen berkenaan untuk lebih jelas:

“Akuan atau pernyataan palsu untuk mendapatkan perkahwinan Jika seseorang, bagi maksud
mendapatkan suatu perkahwinan dilakukan di bawah Enakmen ini, sengaja membuat sesuatu
akuan, atau pernyataan yang palsu, maka orang itu adalah melakukan suatu kesalahan dan
hendaklah dihukum denda tidak melebihi dua ribu ringgit atau penjara tidak melebihi setahun
atau kedua-duanya denda dan penjara itu.”

Kesimpulannya, pengadu boleh mengambil tindakan dengan membuat aduan tentang


penyataan palsu yang dinyatakan oleh suami pengadu kepada Mahkamah Syariah.

4.0 PROSEDUR POLIGAMI BERDASARKAN SEKSYEN DALAM ENAKMEN KELUARGA


ISLAM NEGERI SEMBILAN
Poligami merupakan satu keadaan atau situasi dimana seorang lelaki mempunyai lebih
dari seorang isteri dalam satu-satu masa. Mungkin ada dari kalangan kita khususnya kaum
wanita akan berkerut dahi setiap kali isu poligami dibincangkan. Namun begitu
bagaimanapula pandangan dari sudut islam mengenai poligami. Allah

Allah subhanahu wa taala berfirman dalam surat An Nisaa’ yang artinya:

“Dan jika kamu takut tidak akan dapat berlaku adil terhadap (hak-hak) perempuan yang
yatim (bilamana kamu menikahinya), maka nikahilah wanita-wanita (lain) yang kamu senangi:
dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu takut tidak dapat berlaku adil, maka (nikahilah)
seorang saja, atau budak-budak yang kamu miliki. Yang demikian itu adalah lebih dekat
kepada tidak berbuat aniaya.”(QS. An Nisaa: 3)

Berdasarkan ayat diatas jelas menunjukkan bahawa Allah S.W.T tidak melarang
seseorang lelaki berpoligami, bahkan diperkuatkan dengan turunya ayat Alquran mengenai
poligami. Dengan demikian, hukum poligami didalam islam telah dibolehkan. Namun begitu,
poligami tidak boleh dilakukan secara sembarangan melainkan harus sesuai mengikut syariat
agama yang telah ditetapkan.

Setiap perkara yang hendak kita lakukan mestilah mempunyai prosedur atau langkah-
langkah melakukannya mengikut susunan yang telah ditetapkan. Begitu juga dengan
poligami. Poligami juga mempunya prosedur yang perlu diikuti apabila ingin berpoligami.
Menurut Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Negeri Sembilan (2013) Bahagian II
Perkahwinan, Seksyen 23. Poligami menyatakan bahawa tiada seorang pun lelaki semasa
wujudnya suatu perkahwinan boleh, kecuali dengan mendapat kebenaran terlebih dahulu
secara bertulis daripada Mahkamah, membuat akad nikah perkahwinan yang lain dengan
perempuan lain. Hal ini menunjukkan suami perlu membuat permohonan terlebih dahulu
kepada pihak mahkamah sebelum melakukan poligami jika dia telah mempunyai isteri
seorang atau lebih. Menurut mahkamah syariah, tiada akad nikah yang akan dijalankan jika
suami tidak mengikut langkah permata di atas melainkan pihak makhkamah berpuas hati
bahawa perkahwinan tersebut mengikut hokum syarak dan telah memerintahkan
perkahwinan tersebut didaftarkan.

Bagi lelaki yang ingin berpoligami, kebanyakan negeri mensyaratkan mereka membuat
permohonan dan terdapat negeri-negeri tertentu dengan Mahkamah akan mengeluarkan
surat saman kepada isteri untuk hadir ke Mahkamah bagi mendengar permohonan tersebut.
Ini diperuntukkan dalam seksyen 23 (4) Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Negeri
Sembilan 1983: "Apabila menerima permohonan itu, Mahkamah hendaklah memanggil
pemohon dan isteri atau isteri-isterinya yang sedia ada supaya hadir apabila permohonan itu
didengar, yang hendaklah dilakukan dalam Mahkamah tertutup". Ini bermakna, sesiapa
sahaja yang membuat permohonan poligami melalui Mahkamah di negeri-negeri tersebut,
dengan sendirinya isteri atau isteri yang sedia ada akan mengetahuinya apabila Mahkamah
mengeluarkan surat saman tersebut sekalipun tidak diberitahu hasrat suami itu terlebih
dahulu. Surat saman ini dikeluarkan oleh Mahkamah Syariah kepada isteri sebagai langkah
untuk memaklumkan bahawa suaminya ingin berpoligami.

Prosedur pertama permohonan poligami yang perlu diikuti ialah, pemohon mestilah
memfailkan aduan di Pejabat Agama Islam Daerah. Memfailkan aduan disini bermaksud,
pemohon mestilah membuat aduan kepada Pejabat Agama tentang masalah yang dihadapi
dalam perkahwinan mereka dan pemohon mestilah menyatakan apakah alasan pemohon
untuk berpoligami. Pemohon perlu mengisi borang aduan yang boleh diambil di kaunter
pendaftaran. Setelah aduan diserahkan kepada Pejabat Agama, pejabat agama akan menilai
terlebih dahulu tentang aduan yang dilakukan. Selepas itu pasangan tersebut akan dipanggil
oleh pihak Pejabat Agama untuk memberi khidmat kaunseling dan bimbingan. Sesi
kaunseling ini diadakan bagi memberi peluang kepada suami dan isteri untuk berbincang
bersama sama pegawai Pejabat Agama mengenai masalah yang timbul seterusnya
menyelesaikan masalah tersebut. Namun begitu, jika perbincangan menemui jalan buntu
suami isteri juga boleh mendapatkan panduan daripada pegawai pejabat agama tentang
apakah yang mereka perlu lakukan seterusnya.

Setelah selesai sesi kaunseling dan suami masih bertegas untuk berpoligami, suami boleh
mengisi borang permohonan berpoligami iaitu 1 B. Borang ini boleh didapati di Pejabat Agama
Islam Daerah. Pemohon juga perlu membuat akuan sumpah di hadapan Ketua Pendaftar /
Pendaftar / Timbalan Pendaftar / Penolong Pendaftar bagi kariah masjidnya dengan
membawa 2 orang saksi lelaki yang sah. Setelah selesai mengisi borang 1B dan membuat
akaun sumpah dan seterusnya boleh memfailkan kes permohonan poligami di Mahkamah
Syariah dengan melampirkan dokumen yang berkaitan. Semasa pemohon memfailkan kes di
Mahkamah, pemohon perlu mengepilkan dokumen lain seperti, salinan slip gaji akhir / akuan
sumpah jumlah pendapatan, salinan kad pengenalan pemohon dan isteri yang sedia ada,
salinan surat nikah dengan isteri atau isteri-isteri yang sedia ada, salinan surat beranak anak-
anak, pengisian borang-borang Mahkamah Syariah, bayaran/fee Mahkamah dan surat
laporan aduan Pejabat Agama. Pihak Mahkamah dapat menilai sejauh manakah kemampuan
pemohon dari segi ekonomi dan kesihatan. Permohanan yang dimaksudkan ialah
permohonan untuk berpoligami.

Permohonan juga boleh dilakukan terus kepada Mahkamah Syariah Negeri tanpa melalui
Pejabat Agama Daerah. Antara butiran yang perlu ada semasa mengisi permohonan poligami
terus ke Mahkamah ialah, iqrar atau pengakuan daripada suami dibuat dengan menyatakan
sama ada isterinya bersetuju ataupun tidak dengan permohonan itu, pendapatan pemohon
pada masa itu, bilangan tanggungan yang perlu ditanggung, dan keizinan isteri jika telah
diizinkan. Setelah permohonan diterima, pihak Mahkamah akan memanggil pemohon, isteri
atau isteri-isteri yang sedia ada, bakal isteri dan wali kepada bakal isteri untuk mendengar
perbicaraan tentang permohonan poligami bagi memastikan permohonan tersebut adalah
perlu dan patut diluluskan dengan mengambil kira beberapa faktor antaranya kesihatan fizikal
dan mental pemohon dan kemampuan enokomi pemohonn untuk menanggung keluarga.

Setelah permohonan kepada Mahkawah Syariat diluluskan, pemohon dan isteri atau isteri-
isteri mestilah hadir ke perbicaraan di Mahkamah Rendah Syariat pada hari yang ditetapkan
oleh pihak Mahkamah. Apabila segala-galanya telah lengkap dan isteri telah datang pada hari
perbicaraan yang telah ditetapkan dalam Mahkamah tertutup, maka Mahkamah akan
memulakan persidangan dan meluluskan permohonan sekiranya pemohon dapat memenuhi
syarat sebagaimana yang terdapat dalam seksyen 23(4)(a)(b)(c)(d) dan (e) iaitu:

a) bahawa perkahwinan yang dicadangkan itu adalah patut dan perlu, memandang
kepada, antara lain, hal-hal keadaan yang berikut, iaitu, kemandulan, keuzuran
jasmani, tidak layak dari segi jasmani untuk persetubuhan, sengaja ingkar mematuhi
perintah untuk pemulihan hak-hak persetubuhan, atau gila di pihak isteri atau isteri-
isteri yang sedia ada;
b) bahawa pemohon mempunyai kemampuan yang membolehkan dia menanggung,
sebagaimana dikehendaki oleh Hukum Syara', semua isteri dan orang tanggungannya,
termasuk orang-orang yang akan menjadi orang-orang tanggungannya berikutan
dengan perkahwinan yang dicadangkan itu;
c) bahawa pemohon akan berupaya memberi layanan sama rata kepada semua isterinya
mengikut kehendak Hukum Syara';
d) bahawa perkahwinan yang dicadangkan itu tidak akan menyebabkan darar syar'i
kepada isteri atau isteri-isteri yang sedia ada; dan
e) bahawa perkahwinan yang dicadangkan itu tidak akan merendahkan secara langsung
atau secara tak langsung taraf kehidupan yang telah dinikmati dan dijangka dengan
munasabah akan dinikmati seterusnya oleh isteri atau isteri-isteri dan orang-orang
tanggungannya yang sedia ada sekiranya perkahwinan itu tidak berlaku.

Mahkamah berhak memutuskan sebarang keputusan. Contohnya, sekiranya Mahkamah


berpuas hati bahawa seseorang pemohon itu telah mematuhi syarat-syarat dalam seksyen
23(4), maka Mahkamah akan meluluskan permohonannya sekalipun isterinya tidak bersetuju
permohonan poligami suaminya itu. Sebaliknya Mahkamah juga akan tetap menolak
permohonan poligami sekiranya syarat-syarat dalam seksyen 23 (4) tidak dapat dipenuhi
sekalipun isterinya bersetuju dengan rela hati. Ini menunjukkan bahawa kebenaran dan
keengganan isteri untuk membenarkan poligami suaminya adalah tidak mengikat Mahkamah
Syariah. Sebaliknya maklumat yang diberi oleh isteri adalah sebagai keterangan yang boleh
digunakan oleh Mahkamah untuk membantu Mahkamah membuat keputusan meluluskan
atau menolak satu-satu permohonan poligami.

Setelah perbicaraan selesai dan pemohon telah berjaya mendapat kebenaran untuk
berpoligami, pihak Mahkamah akan memberikan surat kebenaran nikah (seksyen 23) kepada
pemohon untuk digunakan semasa melangsung perkahwinan kelak. Setelah mendapat
kelulusan, pemohon mestilah merujuk semula ke Pejabat Agama Islam Daerah bagi tindakan
selanjutnya. Serahkan surat kebenaran nikah (Seksyen 23) kepada pihak perempuan untuk
dilampirkan dengan permohonan beliau semasa berurusan dengan Penolong Pendaftar
Nikah di kariah masjid yang berkenaan semasa majlis akad nikah dilangsungkan.

Kesimpulanya berpoligami juga mempunyai prosedur yang tersendiri perlu diikuti. Berikut
merupakan prosedur berpoligami yang ditetapkan oleh pihak Jabatan Agama Islam Negeri
Sembilan. Menurut Noviana, L. (2012) didalam jurnalnya prosedur ini mestilah digunakan bagi
memudahkan urusan perkahwinan dan juga bagi mengelakkan surat nikah tidak dikeluarkan
oleh pihak Pejabat Agama jika terdapat sebarang kecurigaan dalam perkahwinan tersebut.
RUJUKAN

Abdullah, R. H. (1997). Poligami di Malaysia. Jurnal Syariah, 5(2), 167-187.

Muhamat, Z. (2002). Analisis poligami menurut perspektif Islam. Utusan Publications.

Imron, A. (2012). Menimbang Poligami dalam Hukum Perkawinan. Qistie Jurnal Ilmu
Hukum, 6(1).

Masykur, A. (2015). POLIGAMI ANTARA KEADILAN DAN KEDZALIMAN. El-Furqania: Jurnal


Ushuluddin dan Ilmu-Ilmu Keislaman, 1(01).

Noviana, L. (2012). Persoalan Praktik Poligami dalam Masyarakat Islam. Jurnal Salam, 15(1).
LAMPIRAN

ENAKMEN 7 TAHUN 1983


ENAKMEN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM NEGERI SEMBILAN 1983
(Seksyen 23. Poligami)

f) Tiada seseorang lelaki boleh berkahwin dengan seorang lain dalam masa dia masih
beristerikan isterinya yang sedia ada kecuali dengan terlebih dahulu mendapatkan
kebenaran secara bertulis daripada Hakim Syar'iah, dan jika dia berkahwin sedemikian
tanpa kebenaran tersebut maka perkahwinan itu tidak boleh didaftarkan di bawah
Enakmen ini.
g) Subseksyen (1) terpakai bagi perkahwinan dalam Negeri Sembilan seseorang lelaki
yang bermastautin dalam atau di luar Negeri Sembilan dan perkahwinan di luar Negeri
Sembilan seseorang lelaki yang bermastautin dalam Negeri Sembilan.
h) Permohonan untuk kebenaran hendaklah dikemukakan kepada Mahkamah mengikut
cara yang ditetapkan dan hendaklah disertai dengan suatu akuan berkanun
menyatakan alasan-alasan mengapa perkahwinan yang dicadangkan itu dikatakan
patut dan perlu, pendapatan pemohon pada masa itu, butir-butir komitmennya dan
kewajipan dan tanggungan kewangannya yang patut ditentukan, bilangan orang
tanggungannya, termasuk orang-orang yang akan menjadi orang tanggungannya
berikutan dengan perkahwinan yang dicadangkan itu, dan sama ada izin atau
pandangan isteri atau isteri-isterinya yang sedia ada telah diperolehi atau tidak
terhadap perkahwinan yang dicadangkan itu.
i) Apabila menerima permohonan itu, Mahkamah hendaklah memanggil pemohon dan
isteri atau isteri-isterinya yang sedia ada supaya hadir apabila permohonan itu
didengar, yang hendaklah dilakukan dalam mahkamah tertutup, dan Mahkamah boleh
memberi kebenaran yang dipohon itu jika berpuas hati, dengan syarat:
(a) bahawa perkahwinan yang dicadangkan itu adalah patut dan perlu,
memandang kepada, antara lain, hal-hal keadaan yang berikut, iaitu,
kemandulan, keuzuran jasmani, tidak layak dari segi jasmani untuk
persetubuhan, sengaja ingkar mematuhi perintah untuk pemulihan hak-hak
persetubuhan, atau gila di pihak isteri atau isteri-isteri yang sedia ada;
(b) bahawa pemohon mempunyai kemampuan yang membolehkan dia
menanggung, sebagaimana dikehendaki oleh Hukum Syara', semua isteri dan
orang tanggungannya, termasuk orang-orang yang akan menjadi orang-orang
tanggungannya berikutan dengan perkahwinan yang dicadangkan itu;
(c) bahawa pemohon akan berupaya memberi layanan sama rata kepada semua
isterinya mengikut kehendak Hukum Syara';
(d) bahawa perkahwinan yang dicadangkan itu tidak akan menyebabkan darar
syar'i kepada isteri atau isteri-isteri yang sedia ada; dan
(e) bahawa perkahwinan yang dicadangkan itu tidak akan merendahkan secara
langsung atau secara tak langsung taraf kehidupan yang telah dinikmati dan
dijangka dengan munasabah akan dinikmati seterusnya oleh isteri atau isteri-
isteri dan orang-orang tanggungannya yang sedia ada sekiranya perkahwinan
itu tidak berlaku.

j) Satu salinan permohonan di bawah subseksyen (3) dan akuan berkanun yang
dikehendaki oleh subseksyen itu hendaklah disampaikan bersama dengan surat
panggilan ke atas tiap-tiap isteri yang sedia ada.
k) Mana-mana pihak yang terkilan atau tidak puas hati dengan apa-apa keputusan
Mahkamah boleh merayu terhadap keputusan itu mengikut cara yang diperuntukkan
dalam Undang-undang Pentadbiran bagi rayuan dalam perkara sivil.
l) Seseorang yang berkahwin bersalahan dengan subseksyen (1) hendaklah membayar
dengan serta-merta semua jumlah mas kahwin dan pemberian yang kena dibayar
kepada isteri atau isteri-isteri yang sedia ada, dan jumlah itu, jika tidak dibayar
sedemikian, boleh dituntut sebagai hutang.
m) Acara bagi akad nikah dan pendaftaran sesuatu perkahwinan di bawah seksyen ini
adalah serupa dalam serba perkara dengan yang dipakai bagi perkahwinan-
perkahwinan lain yang diakadnikahkan dan didaftarkan dalam Negeri Sembilan di
bawah Enakmen ini.

Anda mungkin juga menyukai