Anda di halaman 1dari 14

1

1.0 Pengenalan
Penceraian dalam perkahwinan menjadi fenomena pada masa ini yang menjadi cabaran utama
dalam menjalani urusan rumahtangga. Penceraian dalam perkahwinan menjadi satu titik ngeri
dalam kehidupan terutama bagi golongan wanita. Wanita sering kali mendapat tempias atau
kesan daripada penceraian dlam hubungan suami isteri. Golongan wanita seperti ini sering
berhadapan dengan pelbagai masalah, terutamanya masalah emosi dan ekonomi rumahtangga.
Selain itu, stigma atau anggapan buruk masyarakat terhadap golongan yang bergelar janda
semakin memburukkan keadaan. Situasi ini menyebabkan sesetengah wanita hilang arah dan
panduan untuk menjalani kehidupan baru setelah kehilangan atau kematian suaminya.
Islam sebagai agama yang sempurna tidak pernah mengenepikan golongan ini, malah
mereka merupakan golongan yang telah mendapat perhatian di sisi Allah SWT. Dalam
memelihara kemaslahatan mereka, Islam telah menganjurkan beberapa penetapan hukum khusus
bagi memastikan mereka dapat meneruskan kehidupan dengan sebaiknya. Dalam sistem
kekeluargaan, Islam telah menggariskan satu panduan khusus kepada wanita dalam menempuh
kehidupan selepas kematian suami. Setelah suami pergi buat selamanya, mereka perlu menjalani
satu tempoh masa yang dikenali sebagai iddah bagi mematuhi beberapa hukum tertentu. Ia
adalah satu kewajipan dan tanggungjawab bagi setiap wanita demi memenuhi perintah Ilahi.
Iddah didefinisikan sebagai satu tempoh penantian yang mesti dilalui oleh seorang isteri
setelah berakhirnya sebuah ikatan perkahwinan.
1
Pensyariatannya bertujuan bagi melarang
seseorang wanita yang telah ditalak atau kematian suaminya daripada dinikahi oleh mana-mana
lelaki.
2
Kewajipannya telah dijelaskan oleh Allah SWT di dalam ayat berikut:
Dan orang-orang yang meninggal dunia di antara kamu, sedang mereka
meninggalkan isteri-isteri, hendaklah isteri-isteri itu menahan diri mereka (beriddah)
selama empat bulan sepulu hari. Kemudian apabila telah habis masa iddahnya itu,
maka tidak ada salahnya bagi kamu mengenai apa yang dilakukan mereka pada
dirinya menurut cara yang baik (yang diluluskan oleh syara). Dan (ingatlah), Allah

1
Ali Ibn Muhammad Ibn Ali al-Jirjani (1985), Kitab al-Tarifat. Beirut: Dar al-Kutub al-Arabiyy, h. 192.
2
Muhammad Jumah Abd al-Allah (1983), al-Kawakib al-Duriyyah, c. 5, j. 2.Kaherah: Maktabah al-Azhariyyah, h.
270.
2

sentiasa mengetahui dengan mendalam akan apa jua yang kamu lakukan. (Surah
al-Baqarah, 2 : 234)
3

Ayat ini sekaligus menunjukkan amalan beriddah adalah satu suruhan wajib, kerana merujuk
kepada metodologi hukum, nas-nas yang menggunakan uslub perkhabaran yang difahami
sebagai suruhan menunjukkan satu perintah dari Allah SWT. Selain ayat di atas, kewajipan
beriddah ini turut disokong oleh ijma para ulama.
4


2.0 Konsep

2.1 Perkahwinan

Menurut kamus Dewan, perkataan perkahwinan bermaksud perihal pernikahan atau
penggabungan di antara dua unsur berlainan (Kamus Dewan,2007 :655). Perkahwinan ialah
hubungan terikat antara dua orang yang diiktirafkan oleh pihak berkuasa sivil dan/atau diikat
oleh kepercayaan agama peserta-peserta. Secara sejarah, takrif-takrif tepat untuk "perkahwinan"
adalah berbeza-beza mengikut budaya; pemahaman moden menekankan kesahan hubungan seks
dalam perkahwinan, walaupun sifat perkahwinan yang sejagat dan unik ialah penciptaan
persemendaan. Perkahwinan ialah akad yang menghalalkan di antara lelaki dengan perempuan
hidup bersama dan menetapkan tiap-tiap pihak daripada mereka hak-hak dan tanggungjawab.
Dalam erti kata lain, suatu akad yang menghalalkan persetubuhan dengan sebab perkataan yang
mengandungi lafaz nikah, perkahwinan dan sebagainya. Di dalam Al-Quran terdapat banyak
ayat-ayat yang menyebut mengenai pensyariatan perkahwinan dianjurkan secara langsung atau
tidak langsung kepada manusia sesuai dengan tuntutan fitrah semulajadinya. Berikut dinyatakan
beberapa ayat Al-Quran Al-Karim mengenai perkahwinan dan tujuan-tujuan disyariatkannya
Allah berfirman dalam surah An-Nisaa ayat 3, ertinya :
Dan jika kamu takut tidak akan dapat berlaku adil (bilah menikah) anak-anak yatim,
maka nikahilah wanita-wanita (lain) yang kamu senangi, dua, tiga atau empat.Tetapi,

3
Ibid. QS. Al Baqarah (2) : 234
4
Abd al-Karim Zaydan (2009), al-Wajiz fi Usul al-Fiqh. Beirut: Muassasah al-
Risalah Nasyirun, h. 231.
3

jika kamu takut tidak dapatberlaku adil, maka seorang sajalah, atau hamba sahaya yang
kamu miliki.Yang demikian itulah yang lebih memungkinkan kamu terhindar dari berlaku
sewenang-wenangnya.
2.2 Perceraian
Menurut kamus dewan 1989, mukasurat 214, cerai bermaksud pisah, tidak seperti suami
isteri lagi, sudah putus hubungan sebagai suami isteri. Definisi talak pula mengikut kamus dewan
yang sama, mukasurat 1272, bermaksud penceraian menurut agama islam.
Cerai atau disebut juga sebagai talak mempunyai dua pengertian, dari segi
bahasabermaksud melepaskan ikatan, manakala dari segi syarak ialah melepaskan ikatan
pernikahandengan lafaz tertentu. Islam memberikan kuasa talak kepada pihak suami manakala
pihak isteri juga boleh menuntut perceraian dalam bentuk-bentuk lain sama ada secara khuluk
(tebus talak),fasakh dan taklik melalui saluran Mahkamah Syariah. Dengan kuasa yang telah
diberikan kepadasuami, beliau mestilah pandai meneliti serta menyelesaikan segala
permasalahan yang timbuldalam keluarga beliau dan tidak mempermainkan hal-hal talak ini
kerana perihal talak adalahsesuatu yang tidak boleh dipermainkan.

2.3 Iddah

Iddah ialah satu jangkamasa tertentu yang wajib dilalui oleh seorang perempuan yang
baru diceraikan oleh suaminya ataupun kematian suaminya. Iddah adalah bahasa arab yang
berasal dari akar kata adda-yauddu idatan dan jamaknya adalah idad yang secara arti kata
(etimologi) berarti : menghitung atau hitungan.kata ini digunakan untuk maksud iddah
karena dalam bahasa itu si perempuan yang ber-iddah menunggu berlalunya waktu.Maksud
Iddah pada Syara' pula ialah seseorang wanita yang telah diceraikan oleh suaminya ataupun yang
kematian suaminya, maka wanita tersebut dilarang dari berkahwin dengan lelaki lain untuk
tempoh beberapa waktu sehinggalah tempoh waktu itu berakhir. Dengan cara ini dapatlah
dipastikan kesucian wanita tersebut, sama ada ia mengandung ataupun tidak.
4

Iddah sebenarnya mempunyai hikmah yang besar kepada perempuan dan lelaki.
Walaupun dalam tempoh iddah ini, perempuan dilarang berkahwin lain dan dia juga dikenakan
beberapa peraturan lain, iddah sebenarnya memberikan manfaat kepada kedua-dua belah pihak.
Bagi perempuan yang kematian suami pula, iddah merupakan satu penghormatan kepada isteri
untuk menzahirkan kesedihan dan dukacita atas pemergian suami tercinta. Tempoh tertentu yang
diberikan untuk perempuan ini pula dapat membantunya agar tidak berterusan berada dalam
kesedihan. Cukuplah tempoh yang ditentukan oleh Allah SWT. Selepas habis tempoh itu,
hendaklah dia bertawakal kepada Allah SWT dan meneruskan hidupnya dengan kesabaran.
Tujuan beriddah ialah untuk memastikan rahim perempuan itu kosong dari sebarang
kandungan. Ia juga dapat memberikan ruang masa bagi suami rujuk semula kepada bekas
isterinya. Lelaki yang ingin berkahwin dengan seorang perempuan yang baru bercerai atau
kematian suami, jika si perempuan tadi tidak beriddah, tidakkah nanti jika perempuan itu tiba-
tiba didapati hamil akan menimbulkan keraguan tentang siapakah ayah hakiki bagi bayi yang
dikandung oleh wanita tersebut. Hikmah yang lain adalah memuliakan ikatan pernikahan yang
lalu, menghormati hak suami yang telah bercerai dan menampakkan kepada masyarakat bahawa
ia telah bercerai.

2.3.1 Jenis-jenis Iddah

Masa iddah ini terbahagi atas 4 jenis iaitu :
Pertama adalah Iddah masa mengandung, iaitu waktunya sampai masa kelahiran
kandungan yang disebabkan talak bain (perceraian yang mengakibatkan tidak kembali kepada
suaminya) atau talak raji (perceraian yang dapat kembali kepada suaminya) dalam keadaan
hidup atau mati. Firman Allah SWT maksudnya :
Dan perempuan-perempuan yang hamil, waktu iddah mereka adalah sampai mereka
melahirkan. (Surah Ath-Thalaq ayat 4)
5

Seterusnya adalah Iddah muthlaqah (masa perceraian). Tempoh ini ialah untuk
perempuan yang masih didatangi haid dan berpisah melalui perceraian. Maksud tiga kali suci ini

5
Depag RI, op. cit., Ath Thalaaq (65) : 1
5

ialah, jika dia diceraikan, maka dia perlu beriddah sehingga tiga kali suci daripada haid. Firman
Allah s.w.t, maksudnya:
Perempuan-perempuan yang diceraikan hendaklah menahan diri mereka (menunggu)
selama tiga kali quru (suci). (Surah al-Baqarah ayat 228)
Demikian adalah cara untuk mengira iddah bagi isteri yang diceraikan iaitu jika dia diceraikan
ketika suci dari haid, maka idahnya akan tamat sebaik sahaja datang haid yang ketiga.
Contohnya seperti berikut, diceraikan dalam keadaan suci iaitu (Suci 1) > Haid 1 > Suci 2 > Haid
2 > Suci 3 > Haid 3. Justeru, iddah habis sebaik sahaja haid 3 bermula. Walau bagaimanapun,
jika dia diceraikan ketika haid, maka iddahnya akan tamat sebaik sahaja kedatangan haid yang
keempat. Contohnya jika isteri diceraikan ketika haid (Haid 1) > Suci 1 > Haid 2 > Suci 2 >
Haid 3 > Suci 3 > Haid 4. Oleh itu, iddah habis sebaik sahaja haid 4 bermula.
Seterusnya adalah Waktu ketiga iaitu bagi perempuan yang tidak ada haid. Siapa yang
perlu beriddah selama 3 bulan? (diulangi, 3 bulan. Ia berbeza dengan 3 kali suci). Perempuan
yang perlu beriddah selama 3 bulan ialah perempuan yang belum pernah didatangi haid atau
yang telah berhenti haidnya (menopause) . Sekiranya dia diceraikan, maka dia perlu mengira
iddah dari hari perceraian hinggalah cukup tiga bulan Qamariyyah. Perlu diingatkan, tempoh 3
bulan ini tidak semestinya 90 hari. Hal ini kerana dalam kalender Islam, ada kalanya jumlah hari
sebulan ialah 29 hari dan ada kala berjumlah 30 hari. Tetapi tiada yang berjumlah 31 hari.
Firman Allah SWT maksudnya :
Perempuan-perempuan dari kalangan kamu yang putus haid mereka, jika kamu ragui
tentang tempoh masa idah mereka, maka masa idah mereka ialah selama tiga bulan.
Begitulah juga idah perempuan-perempuan yang belum datang haid. (Surah al-Talaq
ayat 4)
6

Iddah dalam kategori keempat ialah iddah bagi isteri yang ditinggal suaminya kerana meninggal
dunia. Allah SWT menjelaskan masa iddahnya sebagai berikut :
a) Bagi wanita/isteri yang tidak mengandung :

6
Depag RI, op. cit., Ath Thalaaq (65) : 1
6

Tempohnya ialah 4 bulan 10 hari dari tarikh kematian. Perlu diingatkan bahawa bulan di sini
ialah bulan dalam kalender Islam/ Hijrah bukannya kalender Masehi. Oleh itu, jumlah hari yang
dia kena beriddah ialah kira-kira 130 hari. Firman Allah SWT maksudnya :
Orang-orang yang meninggal dunia diantaramu dengan meninggalkan isteri-isteri
(hendaklah para isteri itu) menangguhkan dirinya (beriddah) empat bulan sepuluh hari.
(Surah Al-Baqarah ayat 234)
b) Bagi wanita/ isteri yang mengandung.
Untuk wanita seperti ini, secara ringkasnya iddahnya tamat sebaik sahaja melahirkan anak
(dan bukan 4 bulan 10 hari). Malah, jika selang masa antara kematian suami dan juga kelahiran
anak itu sangat pendek, iddahnya tetap berakhir. Firman Allah SWT maksudnya :
Dan perempuan-perempuan yang hamil, waktu iddah mereka adalah sampai mereka
melahirkan. (Surah Ath-Thalaq ayat 4)
Dalil daripada hadis sahih juga menjelaskan keadaan perempuan yang hamil ketika kematian
suami lalu Rasulullah SAW. membenarkannya berkahwin lain selepas bersalin (tidak perlu
menunggu hingga 4 bulan 10 hari). Hukum ini telah dijelaskan oleh baginda dalam hadis tentang
Sabiah al-Aslamiyah yang bersalin beberapa hari selepas kematian suaminya (Hadis riwayat
Bukhari dan Muslim).
Tempoh iddah seorang isteri yang diceraikan iaitu bagi wanita yang mengandung sehingga
melahirkan anak dan bagi wanita yang masih mempunyai kitaran haid iaitu selama tiga kali
kitaran haid.





7

3.0 Hak isteri semasa dalam iddah penceraian
Sepanjang tempoh iddah, Islam telah menetapkan beberapa hukum tertentu berkaitan dengan
wanita yang tidak bersuami sama ada bercerai hidup atau bercerai mati (meningeal dunia) seperti
berikut.
3.1 Hak mendapat tempat tinggal
Bagi memelihara hak suami, hak isteri atau kedua-dua belah pihak selepas berlakunya
perceraian, Islam telah menetapkan beberapa perkara yang perlu dijaga dan dipelihara, lebih-
lebih lagi semasa seorang wanita masih di dalam tempoh iddahnya. Antara hak dan kewajipan
tersebut adalah seperti berikut.
Seseorang perempuan yang diceraikan berhak tinggal di rumah di mana dia biasa tinggal
ketika dia dalam perkahwinan selama iddah. Suami adalah berkewajipan menyediakan tempat
tinggal yang sesuai dan munasabah untuk isterinya sama ada secara menyewa atau milik suami
itu sendiri. Isteri juga boleh membuat tuntutan di Mahkamah Syariah sekiranya suami tidak
menyediakan keperluan tersebut. Ini berdasarkan seksyen 72 (1) Enakmen Undang-Undang
Keluarga Islam Kedah 2008 yang menyatakan bahawa Seseorang perempuan yang diceraikan
adalah berhak tinggal di rumah di mana dia biasa tinggal semasa dia berkahwin selagi suami
tidak mendapatkan tempat tinggal yang sesuai untuk isteri.
Tambahan pula, menurut Seksyen 71 dalam undang-undang Syariah, Seorang isteri yang
telah diceraikan oleh suaminya adalah berhak tinggal di rumah di mana dia biasa tinggal semasa
berkahwin selagi suami tidak mendapatkan tempat tinggal lain yang sesuai untuk isterinya. Hak
tempat tinggal hanya akan terhenti atau tamat di dalam keadaan-keadaan berikut. Pertama, jika
tempoh iddah telah tamat, kedua, jika tempoh penjagaan anak telah tamat, jika perempuan itu
telah berkahwin semula, atau yang terakhir jika perempuan itu telah bersalah melakukan
perbuatan yang memberahikan secara terbuka (fahisyah). Dan sesudah itu, suami boleh
memohon kepada Mahkamah supaya dikembalikan rumah itu kepadanya.
3.2 Hak mendapat Nafkah
Nafkah iddah adalah nafkah yang wajib disediakan kepada bekas isteri semasa dalam
tempoh iddah talak rajie. Mengikut hukum syarak, seorang isteri yang taat berhak mendapat
8

nafkah daripada suaminya. Undang-undang Keluarga Islam memperuntukkan bahawa
mahkamah boleh memerintahkan seseorang lelaki sama ada suami atau lelaki lain yang tertentu
seperti anaknya yang berkemampuan membayar nafkah kepada seseorang isteri. Selain dari
nafkah diri,
Iddah dari sudut bahasa bermaksud pengiraan yang diambil daripada perkataan (adad)
yang memberi makna bilangan kerana ia mengandungi tempoh suci ataupun bilangan bulan
7
.
Dari sudut istilah Fuqaha pula ialah satu masa yang ditentukan untuk menamatkan apa-apa kesan
daripada perkahwinan. Apabila berlaku perpisahan di antara seorang lelaki dengan isterinya
maka hubungan perkahwinan antara isteri dengan suaminya tidak akan terputus kesemuanya
hanya dengan berlakunya perpisahan, bahkan isterinya wajib menahan dirinya dan tidak
mengahwini orang lain sehinggalah tamat tempoh yang telah ditetapkan oleh syarak tadi.
Pensyariatan Iddah ini adalah bagi perkahwinan yang telah berlalu. Oleh itu, tidak sah
seorang perempuan yang bebas lagi mulia untuk berkahwin sebaik sahaja berlaku perceraian
kerana ia dikira menghina perkahwinan yang pertama dan juga hubungan yang telah dijalin
bersama yang wajib ditunaikan. Ia juga adalah satu waktu yang ditetapkan untuk memastikan
kekosongan rahim dari mengandungkan anak. Maka ia boleh berkahwin selepas dari memastikan
bahawa rahimnya tadi adalah kosong. Bagitu juga iddah disyariatkan kerana asalnya dalam
perceraian adalah talak rajie maka semestinya wujud peluang bagi pihak lelaki untuk rujuk
kembali kepada isterinya. Maka iddah adalah selama lebih kurang tiga bulan untuk meneliti
kembali keadaan dirinya semoga Allah akan menyedarkannya akan sesuatu.
Islam bukan sahaja memelihara hak dan kepentingan wanita semasa perkahwinan,
malahan juga selepas berlakunya perceraian, selepas perceraian bekas isteri masih berhak
menuntut kewangan daripada bekas suaminya iaitu nafkah iddah. Ini berdasarkan seksyen 60
(1) Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Kedah 2008 yang memperuntukan bahawa
tertakluk kepada Hukum Syarak, Mahkamah boleh memerintah seseorang lelaki membayar
nafkah kepada isteri atau bekas isterinya. Seksyen 60 (2) menyatakan tertakluk kepada Hukum
Syarak dan pengesahan Mahkamah, seseorang isteri tidaklah berhak mendapat nafkah apabila dia

7
Al Zuhaily, Wahbah, Al Fiqh Al Islam wa Adillatuh,jil 7,hlm 624.
9

nusyuz atau enggan dengan tidak berpatutan menurut kemahuan atau perintah sah suaminya,
iaitu antara lainnya:-
a) apabila dia menjauhkan dirinya daripada suaminya;
b) apabila dia meninggalkan rumah suaminya bertentangan dengan kemahuan
suaminya; atau
c) apabila dia enggan berpindah bersama suaminya ke suatu rumah atau tempat
lain, tanpa apa-apa sebab yang sah mengikut Hukum Syarak.

3.3 Hak Dan Kewajipan Wanita Dalam Iddah
Wanita yang menjalani tempoh iddah tidak boleh dipinang oleh lelaki lain sama ada
secara terang-terangan mahu pun secara sindiran. Melainkan bagi wanita yang menjalani tempoh
iddah kerana kematian suami, pinangan boleh dilakukan, tetapi dengan cara sindiran sahaja dan
hanya boleh menikahi perempuan tersebut apabila selesai tempoh iddahnya. Ini berpandukan
firman Allah Subhanahu wa Taala :
Tafsirnya: Dan tidak ada salahnya bagi kamu tentang apa yang kamu bayangkan
secara sindiran untuk meminang perempuan-perempuan yang kematian suami dan masih
dalam iddah atau tentang kamu menyimpan dalam hati keinginan berkahwin dengan
mereka, Allah mengetahui bahawa kamu akan menyebut-yebut mereka, yang demikian itu
tidaklah salah, akan tetapi janganlah membuat janji dengan mereka dalam sulit selain
dari menyebutkan kata-kata secara sindiran yang sopan. Dan janganlah kamu
bersungguh-sungguh hendak melakukan akad nikah sebelum habis iddah yang
ditetapkan itu.
(Surah al-Baqarah : 235)
Ayat tadi menjelaskan, perempuan yang kematian suami boleh dipinang tetapi hanya
secara sindiran dan tidak boleh dinikahi sehinggalah habis iddahnya. Manakala perempuan yang
menjalani iddah talak tidak boleh dipinang sama ada secara terus terang atau sindiran, dan tidak
boleh dikahwini sehinggalah selesai iddahnya.
10

Selain itu, larangan melangsungkan perkahwinan di sepanjang tempoh iddah. Wanita
dilarang keras dari melangsungkan perkahwinan dengan mana-mana lelaki. Perkara ini telah
diijmakan oleh ulama
8
dan disebut dengan jelas dalam al-Quran.
Dan janganlah kamu menetapkan dengan bersungguh-sungguh (hendak melakukan)
akad nikah sebelum habis iddah yang ditetapkan itu
(Surah al-Baqarah, 2 : 235)
Seterusnya, wanita yang dicerai suaminya sama ada cerai hidup mahupun mati adalah
dilarang keluar rumah. Ulama dari mazhab empat bersepakat bahawa wanita yang sedang
beriddah,diwajibkan menetap di rumah suaminya sepanjang tempoh empat bulan sepuluh hari
dan dilarang dari meninggalkan rumah tersebut.
9
Ini berdasarkan firman Allah Subhanahu wa
Taala :
Tafsirnya: Janganlah kamu mengeluarkan mereka dari rumah-rumah tempat
kediamannya sehingga selesai iddahnya dan janganlah pula dibenarkan mereka keluar
dari situ kecuali jika mereka melakukan perbuatan keji yang nyata.
(Surah at-Thalaq : 1)
Ayat tadi menerangkan kewajipan tinggal di rumah suami bagi wanita yang sedang menunggu
habis masa iddahnya. Dia tidak dibenarkan keluar rumah dan suaminya tidak boleh menghalau
dari rumah tersebut melainkan disebabkan adanya keperluan darurat, sama ada takut terhadap
dirinya dan hartanya. Walau bagaimanapun, jika bekas isteri itu melakukan perbuatan yang keji
pada pandangan syara, suami boleh menghalau wanita itu dari rumahnya.
Bagi wanita yang beriddah talak raji tidak dibolehkan keluar rumah kecuali dengan izin
suami. Jika wanita itu beriddah talak ba`in atau kerana kematian suami, maka wanita itu
dibolehkan keluar dari rumahnya pada siang hari untuk memenuhi keperluannya dan untuk
melaksanakan kewajipan dan tanggungjawabnya, kerana nafkahnya tidak lagi ditanggung oleh
suami . Bagi wanita yang menjalani iddah talak raji atau dalam keadaan hamil, suami wajiblah

8
Al-Zuhayli (1997), op.cit., j. 9, h. 7198.
9
Abu Muhammad Abd Allah Ibn Ahmad Ibn Muhammad Ibn Qudamah (1999),
al-Mughni li Ibn Qudamah, j. 11, c. 4

11

menyediakan seluruh nafkah yang diperlukan oleh wanita itu seperti tempat tinggal, pakaian dan
sebagainya.
Sementara wanita yang menjalani iddah talak ba`in atau kerana kematian suami, wajib ke atas
mereka tinggal di rumah di mana mereka diceraikan sehingga habis tempoh iddah.
Ini berdasarkan firman Allah Subhanahu wa Taala :
Tafsirnya: Tempatkanlah isteri-isteri yang menjalani iddahnya itu di tempat kediaman
kamu sesuai dengan kemampuan kamu.
(Surah at-Thalaq : 6)
Bagi isteri yang menjalani iddah talak ba`in yang tidak hamil dan isteri yang kematian suami,
tidak diwajibkan ke atas bekas suami untuk menanggung perbelanjaan bekas isteri termasuk
nafkah dan pakaian, kerana ikatan suami-isteri di antara mereka telah terputus disebabkan
dengan perceraian tersebut. Melainkan jika sekiranya wanita yang menjalani iddah talak ba`in
itu hamil, maka wajib bagi bekas suami menanggung nafkah bekas isteri tersebut sehinggalah ia
melahirkan.
Wanita yang menjalani iddah kerana kematian suami wajib berihdad (berkabung) iaitu
tidak berhias dengan berlebih-lebihan selama empat bulan sepuluh hari. Hal ini berdasarkan
kepada hadis Rasulullah Shallallahu alahi wasallam yang diriwayatkan oleh Imam Muslim :
Maksudnya: Tidak dihalalkan bagi seorang wanita yang beriman kepada Allah dan hari kiamat
melakukan ihdad (berkabung) lebih dari tiga hari kecuali ke atas suaminya . (Hadis riwayat
Muslim )
Wanita dalam masa iddah talak raji berhak mendapatkan harta warisan suaminya yang
meninggal dunia, manakala wanita yang menjalani iddah talak ban pula tidak berhak
mendapatkan harta warisan dari suaminya yang meninggal dunia.



12

4.0 Hukum Nafkah Iddah
Hukum Nafkah adalah wajib berdasarkan al Quran dan juga Sunnah. Di dalam Al Quran telah
dijelaskan mengenai nafkah iddah berdasarkan firman Allah Taala dalam surah al-Talak 65:6
Bermaksud: Tempatkanlah isteri-isteri yang menjalani iddahnya itu ditempat kediaman
kamu sesuai dengan kemampuan kamu, dan janganlah kamu adakan sesuatu yang
menyakiti mereka ditempat tinggal itu dan tujuan menyusahkan kedudukan mereka
supaya mereka keluar meninggalkan tempat itu.
4.1 Hikmah Nafkah Iddah
Setengah fuqaha menafikan adanya hikmah di sebalik pensyariatan iddah kerana ia adalah
perkara yang berbentuk ibadah dan tidak boleh difikirkan dengan akal mana dinyatakan oleh Ibn
Hazm al Zahiry. (Muhammad Mustafa al Shalabi, 1977, Jil 2, hlm 630) walau bagaimanapun
menurut pendapat fuqaha yang lain hikmah pensyariatan iddah boleh simpulkan seperti berikut:-
a) Untuk memastikan kekosongan rahim supaya tidak bercampur benih kerana pada
kebiasaannya perceraian hanya berlaku selepas daripada persetubuhan di mana ia
adalah merupakan fitrah manusia. Oleh sebab itulah Iddah sememangnya dikenali
semasa zaman jahiliah kemudian Islam datang menetapkan dan menegaskannya selepas
daripada menghapuskan segala kemudharatan yang berlaku ke atas kaum wanita.
b) Menunjukkan kepentingan perkahwinan dan memberitahu manusia bahawa ia adalah
suatu perkara yang mempunyai risiko yang mampu merubah kesemua bentuk akad
kerana ia merupakan akad perkongsian hidup. Oleh kerana akad itu tidak sah melainkan
dengan kehadiran dua orang saksi begitu jugalah halnya ia tidak semestinya berakhir
semata-mata dengan perpisahan. Bahkan perempuan yang telah dicampuri itu mesti
menunggu satu tempoh yang cukup kepada pasangan suami isteri untuk mengkaji balik
segala keputusan sebelum berpisah.
c) Membolehkan perempuan yang kematian suami menzahirkan kesedihan yang
dialaminya kerana kehilangan suami dengan meninggalkan segala perhiasan diri. Ini
adalah satu cara untuk menunaikan tanggungjawabnya, kerana bukanlah menjadi satu
perkara yang bermaruah seorang isteri bersegera berkahwin sebaik sahaja kematian
13

suaminya sekalipun suami belum mengaulinya. Begitu juga, perbuatannya itu akan
menimbulkan kesan buruk kepada keluarga mentuanya itu kerana dapatkah
dibayangkan bagaimana seorang isteri boleh menikmati kehidupan yang baru saat
keluarga suaminya masih di dalam keadaan yang hiba

5.0 Penutup
Allah Subhanahu wa Taala telah mensyariatkan iddah kerana dalam iddah terkandung
beberapa hikmah . Adapun hikmah disyariatkan iddah itu antara lain ialah untuk memberikan
kesempatan kepada suami-isteri untuk kembali kepada kehidupan berumahtangga, apabila
keduanya masih melihat adanya kebaikan di dalam hal itu. Di samping itu, untuk mengetahui
adanya kehamilan atau sebaliknya pada isteri yang diceraikan bagi memastikan keturunan benih
tidak bercampur dengan keturunan yang lain. Dengan tujuan bagi memelihara nasab atau
keturunan daripada si ayah.
Kewajipan beriddah bagi wanita adalah lambang pengabdian diri kepada Ilahi dan tanda
penghormatan kepada bekas suami serta ahli keluarganya. Ia turut dapat menjamin kesucian
nasab sekiranya wanita tersebut hamil dalam tempoh beriddah. Pensyariatan ihdad sepanjang
tempoh iddah pula bukan merupakan satu kongkongan hidup terhadap wanita, malah ia
merupakan satu tempoh peralihan emosi dan pemeliharaan kemuliaan seorang wanita.
Di samping itu, isteri yang diceraikan kerana kematian suami dapat menghormati hak
suami bagi menzahirkan rasa kesedihan yang dialami di atas kematian suaminya itu. Dengan
kehilangan suami, isteri akan kehilangan nikmat pernikahan. Ini kerana nikah merupakan satu
nikmat yang besar pada isteri kerana suamilah yang menjaga kesejahteraannya, nafkahnya,
pakaiannya dan tempat tinggalnya.
Oleh yang demikian, suami haruslah pandai membimbing isteri dan menjaga maruah
danaib diri masing-masing supaya perkahwinan itu dapat berkekalan. Suasana ceria dan bahagia
dalam sesebuah keluarga itu dapat mengelakkan daripada terjadinya perbalahan atau perkelahian antara
suami isteri.

14

RUJUKAN
1. Abu Muhammad Izzudin. 1996. ,Beberapa Permasalahan Hukum Dalam
Islam,Perniagaan Jahabersa, Johor Malaysia.
2. Al-Fiqh al-Islami wa Adillatuhu, Juz VII, Damaskus: Dar al-Fikr,. 1996, hlm. 624.
3. Ali Ibn Muhammad Ibn Ali al-Jirjani (1985), Kitab al-Tarifat. Beirut: Dar al-Kutub al-
Arabiyy, h. 192.
4. Muhammad Jumah Abd al-Allah (1983), al-Kawakib al-Duriyyah, c. 5, j. 2. Kaherah:
Maktabah al-Azhariyyah, h. 270.
5. Abd al-Karim Zaydan (2009), al-Wajiz fi Usul al-Fiqh. Beirut: Muassasah al-Risalah
Nasyirun, h. 231
6. Ibid.
7. Khurul Aini, Kewajiban Nafkah Iddah Suami Kepada Istri Yang Telah Dicerai, (Studi
Terhadap Putusan Pengadilan Agama Salatiga No. 394/pdt.G/2005/PA.SAL)
8. Syh Noorul Madihah Syed Husin & Raihanah Azahari, Pendekatan Islam Dalam
Memelihara Maslahah Wanita Selepas Kematian Suami, Jurnal Syariah, Jil. 18, Bil. 3
(2010) 479-506.
9. Al-Zuhayli (1997), op.cit., j. 9, h. 7198.
http://drhasanah.com/2009/apa-yang-tidak-boleh-dilakukan-oleh-wanita-yang-berada-dalam-iddah-
kematian-suami/
http://www.brunet.bn/gov/mufti/

Anda mungkin juga menyukai