Anda di halaman 1dari 7

2.

Al-thabat wal murunah (tetap


dan anjal)
Maksud Al-Thabat
• Thabat (‫)الثبات‬membawa maksud tetap dan
teguh serta tidak berubah.
• Antara perkara yang termasuk dalam
konsep thabat adalah aspek akidah dan
hukum-hakam amaliyyah yang dinyatakan
secara tetap atau qat’i (pasti) dalam al-Qur’an
dan al-Sunnah yang tidak boleh dipinda dan
diubah dasar dan prinsipnya.
Konsep Thabat
• Akidah
– Dapat dilihat dari segi kepercayaan terhadap Allah s.w.t. yang Maha
Esa dan tiada sekutu bagi-Nya. Perkara² berkaitan akidah adalah tetap
dan tidak boleh dipinda atau diubah-ubah.
Firman Allah SWT :
‫الر ْح َٰ َم ُن ا‬
‫الر ِحم ُم‬ ِ ‫َو ِإ َٰلَ ُه ُك ْم ِإ َٰلَهٌ َو‬
‫اح ٌد اَّل ِإ َٰلَهَ ِإ اَّل ُه َو ا‬
“Dan Tuhan kamu ialah Tuhan yang Maha Esa; tiada Tuhan
(Yang berhak disembah) selain dari Allah, yang Maha
Pemurah, lagi Maha Mengasihani.”
(Suroh Al-Baqarah ayat 163)
• Ibadat
– Dalam konteks amaliyyah seperti ibadat solat, puasa, haji dan zakat
telah ditetapkan cara dan waktu perlaksanaan dalam syariat Islam.
• Ketetapan hukum syariah yang diwajibkan dalam al-Qur’an dan al-
Hadith seperti hukum hudud dan qisas tidak boleh diubah-ubah
perlaksanaannya. Begitu juga hukum haram bagi khinzir, minum
arak, berjudi dan riba.
• Menurut Dr. Yusuf al-Qardhawi, ketetapan dan
keanjalan dalam syariat Islam adalah seperti
berikut:
• Tetap pada tujuan dan matlamatnya tetapi
anjal pada bentuk pelaksanaannya.
• Tetap pada dasar dan kaedah umumnya tetapi
anjal pada perkara-perkara cabang atau furu’.
• Tetap pada nilai keagamaan dan akhlak tetapi
anjal pada urusan keduniaan dan ilmu
pengetahuan.
Murunah
• MURUNAH (‫ )المرونة‬pula membawa maksud anjal iaitu
boleh berubah mengikut kesesuaian namun masih tetap
atas prinsip asasnya.
• Konsep Murunah dari sudut:
a) Cara dan jalan untuk mencapai matlamat dan tujuannya.
b) Cabang-cabang dan ranting-ranting bagi usul-usul dan prinsip-
prinsip umumnya.
c) Urusan-urusan keduniaan, ‘uruf dan adat masyarakat.
• Kelebihan sifat Murunah:
– Menunjukkan sifat toleransi dan berhikmahnya Islam.
– Menarik minat orang bukan Islam untuk memahami keindahan
dan mudahnya ajaran Islam.
– Menggalakkan umat Islam mentaati dan melaksanakan perintah
Allah SWT dengan sempurna.
Prinsip-prinsip Murunah
• Islam agama yang mudah
• Dilaksanakan mengikut keadaan dan
kemampuan
Kesimpulan
• Konsep al-Thabat dan al-Murunah ini jelas ditonjolkan dalam
beberapa perkara ibadah.
• Contoh, kewajipan menunaikan solat akan terus kekal dalam apa-
apa keadaan sekalipun, akan tetapi terdapat kelonggaran dalam
melaksanakannya.
• Dengan adanya ciri-ciri Thabat, maka Islam akan terus kekal kukuh
dan teguh di sepanjang zaman. Ajaran, pegangan dan prinsip-
prinsip Islam tidak pernah goyah dan terumbang-ambing
menghadapi apa sahaja suasana dan cabaran zaman.
• Pada masa yang sama, ciri-ciri murunah pula menjadikan Islam
sebuah agama yang dinamik dan berdaya maju. Ciri ini
mengelakkan Islam daripada bersifat jumud dan beku. Dengan itu
Islam merupakan agama yang sesuai dengan kehidupan manusia
yang sentiasa berubah dan meningkat dari masa ke masa.

Anda mungkin juga menyukai