Anda di halaman 1dari 4

BELAJAR ITU SATU IBADAH.

‫ت اَّٱَعلنجلن اَّيوُٱَعلننِإۡ ي‬
‫س اَّإنلل اَّلنييععدبددوُنن‬ ‫يوُيماَ اَّيخليعق د‬
Wa maa khalaqtul jinna wal-insa illaa liya'buduun

Allah SWT menegaskan di dalam surah Adz-Dzariyaat, ayat 56 iaitu Dan (ingatlah) Aku tidak
menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepada-Ku. Ini
bermakna apa sahaja yang kita lakukan selain daripada ibadah itu adalah sia-sia dan tidak
mendapat sebarang ganjaran dan rahmat daripada Tuhan.
Indahnya Islam itu sehinggakan segala apa yang kita lakukan sama ada bercakap, melihat,
mendengar, berjalan, berfikir dan sebagainya itu dapat dijadikan ibadah. Makan, minum, tidur,
bermain, berkawan, belajar dan bekerja semuanya itu adalah ibadah.Tetapi kenapa kita masih
gagal dalam belajar? Sebabnya kita tidak menghayati erti belajar sebagai satu ibadah dalam
bentuk yang dapat membina akal dan jiwa supaya bertindak cemerlang.
Perkara penting dalam menjadikan belajar sebagai satu ibadah adalah:
1. Niat iaitu ikhlas kerana Tuhan
2. Tidak melalaikan
3. Tiada unsur maksiat
5. Lakukan yang terbaik!

IKHLASKAN HATI BELAJAR KERANA TUHAN

Tidak sama mereka yang belajar kerana Tuhan dengan mereka yang belajar kerana mahukan
ganjaran, pujian, anugerah dan sebagainya. Mereka yang belajar kerana Tuhan faham hakikat
menuntut ilmu dan tidak memerlukan sesiapa bagi mengingatkan mereka supaya meng-
ulang kaji. Emak suruh, kita belajar. Apabila tidak disuruh pun kita belajar juga. Ayah marah, kita
belajar. Malah apabila tidak dimarah kita belajar juga. Semua ini kita lakukan kerana kita
maklum belajar itu kerana Tuhan dan demi memartabatkan Islam. Dengan kekuatan ilmu sudah
pasti satu hari nanti kita mula mampu menguasai teknologi dan ekonomi.
Sikap malas dalam menuntut ilmu itu menjadi lebih kronik kerana ditunggangi iblis dan syaitan.
Sememangnya syaitan itu tidak mahu menjadikan orang Islam itu berilmu supaya
mudah disesatkan. Malah iblis sendiri berikrar mahu terus menyesatkan anak cucu Nabi Adam.
Orang kaya disesatkan dengan hartanya. Orang yang beribadah disesatkan dengan amalannya.
Orang miskin disesatkan dengan kepapaannya dan yang berilmu pula disesatkan
dengan pengetahuannya. Hanya satu golongan sahaja yang terlepas daripada iblis dan syaitan
ini. Mereka adalah golongan mereka yang ikhlas. Sifat ikhlas juga membolehkan hidayah dan
petunjuk Tuhan sampai ke hati. Mereka yang ikhlas belajar sentiasa berada dalam rahmat Tuhan
dan mendapat keberkatan ilmu. Hati menjadi terang dan mudah faham apa yang dibaca dan
diajarkan. Otak juga mudah bagi mengingat. la seterusnya memudahkan jalan apabila ber-
hadapan dengan peperiksaan.
TIDAK MELALAIKAN

Apabila melakukan urusan seharian janganlah sampai melanggar batasan syariat.


Islam membahagikan ibadah kepada dua kategori iaitu ibadah khusus seperti solat, puasa, zakat
dan haji. Ibadah kedua adalah ibadah umum seperti makan, tidur, riadah, belajar, bekerja dan
sebagainya. Jangan pula kita melakukan ibadah umum sehingga melalaikan ibadah khusus.
Misalnya, belajar dari pukul tiga petang hingga tujuh petang sehingga terlupa ataupun
melambatkan solat asar. Bagi mendapat keberkatan, setiap amalan wajib itu mesti diberikan ke-
utamaan dan didahulukan. Salah satu kenapa orang Islam gagal cemerlang adalah kerana kita
tidak cukup faham dan menghayati apabila dikatakan hidup itu adalah ibadah. Supaya segala
usaha kita seperti belajar mendapat keberkatan dan diterima oleh Tuhan hendaklah kita
menunaikan ibadah-ibadah wajib seperti solat. Malah lebih elok diperbanyakkan lagi solat
dengan melakukan solat sunat seperti solat hajat terutama apabila pelajar berhadapan dengan
peperiksaan penting. Di samping itu setiap hari, lima kali kita mendengar seruan azan
mengingatkan kita mengenai solat. Apatah dalam azan itu sendiri kita diseru dengan seruan bagi
mendirikan solat dan menuju kejayaan.
Maknanya, kalau kita mahu berjaya di dunia ini, solat mesti diutamakan. Begitu mengecewakan
apabila didapati lebih daripada 80 peratus pelajar sekolah tidak cukup solat lima waktu sehari.
Sedangkan solat itu tiang agama dan doa itu senjata Mukmin. Bagaimana doa dapat makbul
apabila tidak bersolat? Bagaimana Tuhan mahu melayan permintaan kita apabila kita tidak
tunduk dan patuh dengan perintahnya? Bagaimana hati mahu tenang berhadapan dengan
pelajaran apabila kita tidak mensyukuri nikmatnya dengan mendirikan solat?
Syarat pertama bagi menjadi pelajar yang hebat di dunia dan di akhirat adalah mendirikan solat.
Sayangilah Islam dan carilah ilmu kerana mahu memartabatkan Islam.

JAUHI MAKSIAT
Maksiat menghitamkan hati dan membuatkan hidup kita jauh daripada rahmat Tuhan.
Orang yang hidup bergelumang dengan maksiat sentiasa berada dalam keadaan resah gelisah,
tertekan, rungsing dan berserabut. Keadaan sebegini pastinya tidak membantu pelajar apabila
mahu menumpukan perhatian kepada pelajaran. Kesannya, belajar lambat faham, cepat lupa,
usaha tiada keberkatan dan jiwa sentiasa resah. Apabila dikaji secara bersungguh-sungguh kes-
kes maksiat yang berlaku di kalangan pelajar sekolah hari ini adalah begitu membimbangkan.

LAKUKAN YANG TERBAIK


Soal mendapat semua ‘A’ dalam peperiksaan ataupun tidak adalah soal kedua. Apa yang penting
berusaha bersungguh-sungguh dan melakukan yang terbaik. Cuba jawab soalan ini secara jujur:
Adakah anda melakukan yang TERBAIK selama ini bagi mendapat markah yang baik dalam pe-
periksaan?
Agak-agaknya dapat ataupun tidak anda memperbaiki lagi apa yang sudah anda lakukan selama
ini?
Pasti ramai yang bersetuju anda masih belum lakukan yang terbaik dan masih banyak ruang bagi
memperbaiki diri.Inilah masalah kebanyakan pelajar.Apabila ditanya mengenai cita-cita selepas
dewasa kelak, semuanya mempunyai cita-cita yang tinggi.Seperti hendak menjadi doktor,
jurutera, peguam, arkitek, pensyarah dan sebagainya.Ironinya, yang dapat nombor satu dalam
kelas hendak menjadi doktor, begitulah juga mereka yang mendapat tempat ke-40. Pelajar yang
mendapat ‘A’ dalam semua subjek mahu menjadi jurutera, begitu jugalah mereka yang gagal
dalam semua subjek.
Dalam mengejar kejayaan dalam pelajaran anda perlu lakukan yang terbaik.Soal mendapat
nombor satu ataupun tidak, semua ataupun tidak, ke universiti ataupun tidak, adalah soal
kedua.Paling penting lakukan yang terbaik. Empat perkara penting yang perlu diingat dalam
belajar adalah:
1. Usaha iaitu melakukan yang terbaik
2. Tawakal iaitu hak kita adalah usaha dan hak Tuhan menentukan segalanya
3. Doa supaya apa yang dilakukan memberikan hasil yang memuaskan
4. Reda iaitu rnenerima apa sahaja hasilnya dengan hati yang terbuka

Dalam berusaha, tidak ada erti penyesalan. Kita menyesal apabila kita melakukan dosa ataupun
kesalahan. Tetapi penyesalan tidak sepatutnya wujud dalam berusaha. Tetapi kenapa masih ada
pelajar yang mengeluh kesal? Kerap kali apabila keputusan peperiksaan diumumkan kita
mendengar suara-suara keluhan pelajar yang tidak berpuas hati dengan hasil yang diperoleh.
Pasti ada yang berkata, “Ish, kalaulah aku belajar lebih rajin, pasti aku mendapat keputusan
yang lebih baik.”Keluhan sebegini menunjukkan seseorang itu belum melakukan yang terbaik
lalu menyesal. Penyesalan berlaku kerana tidak melakukan yang terbaik dan dia tahu dia
sepatutnya mendapat hasil yang lebih baik. Apabila kita melakukan yang terbaik pastinya kita
reda dengan apa yang Tuhan tentukan. Pasti kita tidak menyesal dengan usaha kita lalu berkata,
“Alhamdulillah, inilah hasil usaha aku selama ini dan aku reda dengan ketentuanmu, Ya Allah.”

Berusaha keras semata-mata bukanlah bermakna anda melakukan yang terbaik. Sebaliknya
anda perlu tahu pelbagai persediaan psikologi, strategi dan teknik belajar bagi memastikan
usaha keras dan kesungguhan itu memberikan pulangan yang setimpal. Mungkin anda pernah
mendengar mereka yang belajar sehingga lewat malam dan awal pagi tetapi hasilnya biasa
sahaja. Ataupun mereka yang rajin ke sekolah dan tuisyen serta menyiapkan kerja sekolah tetapi
keputusannya tidak seberapa. Kenapa begini keadaannya sedangkan mereka sudah berusaha?
lni kerana usaha keras tanpa ilmu hanya memberikan hasil yang biasa-biasa sahaja. Mari kita
lihat kisah perlumbaan kuda ini.

Dalam satu pertandingan lumba kuda di Las Vegas, kuda yang mendapat tempat pertama
menerima hadiah wang tunai sebanyak USD$400,000. Kuda yang memenangi tempat kedua
pula mendapat USD$150,000. Bermakna kuda pertama memenangi hadiah wang tunai hampir
tiga kali ganda lebih banyak berbanding kuda kedua.Adakah ini juga bermakna kuda pertama
tiga kali ganda lebih hebat, lebih kuat ataupun lebih pantas berbanding kuda kedua?
Sebenarnya tidak. Malah dalam beberapa siri pertandingan lumba kuda, juara ditentukan
selepas juri meneliti gambaran video gerak perlahan kerana kuda pertama hanya seinci sahaja di
hadapan kuda kedua. Menakjubkan bagaimana hanya seinci perbezaan sahaja membawa
pulangan tiga kali ganda lebih besar.
Begitulah juga dalam belajar. Anda tidak perlu tiga kali ganda lebih pandai, lebih pintar, lebih
rajin ataupun lebih genius bagi menjadi pelajar nombor satu. Apa yang perlu anda lakukan
hanyalah perlu ada sedikit perbezaan sahaja berbanding mereka yang lain. Berbeza sedikit
daripada segi tumpuan, masa belajar, motivasi diri, psikologi, pengambilan nota, cara mengingat
dan sebagainya. Dengan perbezaan yang sedikit ini anda mampu menempatkan diri anda
sebagai juara.

Buku ini bakal membantu anda melakukan sesuatu yang berbeza sedikit berbanding mereka
yang lain. Tetapi sedikit perbezaan ini mampu memberikan pulangan yang besar dalam
kehidupan anda nanti. Bagi berjaya anda perlu berbeza berbanding dengan pelajar lain. Berbeza
daripada segi cara belajar, disiplin, tumpuan dalam kelas, akhlak, usaha dan sebagainya. lni
kerana apabila anda lakukan apa yang orang ramai lakukan, anda memperoleh hasil seperti apa
yang ramai orang peroleh.

Malangnya, 80 peratus daripada mereka di luar sana mencipta pencapaian yang biasa dan
hanya 15 peratus hingga 20 peratus sahaja yang mencipta pencapaian yang luar biasa dan
hanya 5 peratus sahaja yang menjadi terbilang atau outstanding. Jangan takut dilihat berbeza
sedikit berbanding orang lain sebab mereka yang berjaya adalah mereka yang ‘DARE TO BE
DIFFERENT!’

Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah
dan beribadat kepada-Ku
-Surah Adz-Dzaariyaat, 56

Anda mungkin juga menyukai