Anda di halaman 1dari 4

~TAZKIRAH~

TAJUK : KEKUATAN IKHLAS.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.. Syukur ke hadrat Ilahi, dengan limpah


kurnianya dapat kita sama-sama berkumpul dan mendengar tazkirah pada malam ini. Moga
dengan rahmatnya, dapat kita memahami dan menghayati tajuk tazkirah saya pada malam ini
iaitu KEKUATAN IKHLAS.

Ikhlas ialah

Maksudnya :

Sebahagian ulama salaf bersetuju iklas memberi maksud melakukan sesuatu dengan niat
semata-mata untuk mentaqarubkan diri pada Allah.. Sebagai contoh : Seseorang yang berpuasa
kerana hendak diet, dia haruslah meletakkan niat puasanya adalah untuk mendekatkan diri
dengan Allah sebelum berniat untuk hal peribadi dirinya sendiri iaitu berdiet.

Ikhlas dapat di ibaratkan seperti permata di lautan, mempunyai definisi yang amat
mendalam. Tidak mudah untuk seseorang beroleh ikhlas dalam melakukan sesuatu perkara.
Namun begitu, jika ikhlas dapat difahami, tersembunyi di sebaliknya 1001 kemanisan dan kesan
positif. Antara kelebihan ikhlas, kita bukan sahaja dapat mendekatkan diri pada Allah serta
disayanginya malah orang-orang di sekeliling kita juga akan menyayangi kita. Setiap perbuatan
kita juga di rahmati dan diredhai Allah. Balasan di akhirat juga tidak kurang hebatnya, setiap
amal yang ditimbang hatta sebesar zarah namun jika disulamkan dengan keikhlasan pasti ada
balasan baik yang menanti kita di sana kelak. Benarlah janji Allah swt :
FAMAIYA’MAL MISKOLA ZARRATIN KHOIROIYAROH. WAMAIYA’MAL MISKOLA
ZARRATIN SHARROIYAROH.

Maksudnya : Maka barang siapa yang mengerjakan kebaikan seberat zarah, nescaya dia akan
melihat (balasan)nya.[ayat 7] Dan barang siapa yang mengerjakan kejahatan seberat zarah,
nescaya dia akan melihat (balasan)nya. [ayat 8] ( Surah Az-Zalzalah : ayat 7-8).

Di akhirat kelak terdapat 73 golongan yang tidak tersesat serta diredhai Allah. Antara
golongan yang terselamat serta diredhai Allah swt ialah golongan mukhlisun iaitu orang-orang
yang ikhlas. Terdapat satu kisah tentang seorang pemuda yang belajar ilmu ikhlas daripada
gurunya. Suatu hari ketika seorang pemuda sedang duduk bersama gurunya, gurunya tiba-tiba
berkata :

"Mari ku ajarkan mu tentang ikhlas," kata seorang guru kepada muridnya.

"Nanti saya ambilkan buku dan pena untuk menulisnya".

"Tak payah, bawa sahaja karung guni".

"Karung guni?" soal anak muridnya, seperti tidak percaya.

"Mari kita ke pasar!"

Dalam perjalanan ke pasar mereka berdua melalui jalan yang berbatu-batu.

"Kutip batu-batu yang besar dan masukkan ke dalam guni yang kau bawa itu." kata guru
itu memberi arahan.

Tanpa soal, anak muridnya memasukkan batu-batu besar yang mereka temui sepanjang
jalan.

"Cukup?"

"Belum, isi sampai penuh karung guni itu. Lebih banyak lebih baik."

Sampai di pasar, mereka berdua tidak membeli apa-apa pun. Gurunya hanya berlegar-legar,
melihat-lihat dan kemudiannya mula beredar ke luar.

"Tok guru, kita tidak beli apa-apa kah?"

"Tidak. Bukankah karung guni mu telah penuh?"

"Ya, ya..." kata murid itu sambil memikul guni yang berat itu kelelahan. 
"Banyak beli barang," tegur seorang kenalan apabila melihat anak murid itu memikul
guni yang berisi penuh dengan batu-batu.

"Wah, tentu mereka berdua ini orang kaya. Banyak sungguh barang yang mereka beli,"
bisik orang lalu-lalang apabila melihat guru dan anak murid tersebut.

"Agaknya, mereka hendak buat kenduri dengan barang-barang yang banyak itu," kata
orang yang lain.

Sampai sahaja di tempat tinggal mereka, murid tadi meletakkan guni yang berisi batu-batu tadi.

"Oh, letih sungguh... apa yang kita nak buat dengan batu-batu ni Tok guru?"

"Tak buat apa-apa."

"Eh, kalau begitu letih sahajalah saya," balas anak murid.

"Letih memang letih, tapi kamu dah belajar tentang ikhlas..."

"Bagaimana?" tanya anak murid itu kehairanan.

"Kamu dah belajar apa akibatnya tidak ikhlas dalam beramal."

"Dengan memikul batu-batu ini?"

"Ya. Batu-batu itu umpama amalan yang riyak. Tidak ikhlas. Orang memujinya seperti
orang-orang di pasar tadi memuji banyaknya barang yang kamu beli. Tapi, kamu sendiri
tahu itu bukan barang makanan atau keperluan tetapi hanya batu-batu..."

"Amal yang tidak ikhlas umpama batu-batu ini?"

"Ya, hanya beratnya sahaja yang terpaksa ditanggung. Dipuji orang, tetapi tidak ada
nilainya di sisi Allah. Yang kamu dapat, hanya penat..."

"Ya, sekarang saya sudah faham apa akibat jika beramal tetapi tidak ikhlas!" ujar murid
itu.

Sekarang dia sudah faham apa akibatnya RIYAK dalam beramal.


Pengajaran:

Ramai manusia tertipu dalam beramal kerana mengharapkan pujian orang. Padahal kata
pujian daripada orang-orang itu tidak akan memberi manfaat pun kepadanya pada hari
akhirat. Malah, mengharap pujian daripada manusia hanya akan menyebabkan diri
terseksa kerana terpaksa hidup dalam keadaan yang bermuka-muka. Rugi benar orang
yang tidak ikhlas, terseksa di dunia, terseksa di akhirat.
Kesimpulannya, setiap sesuatu yang kita lakukan haruslah beserta niat iaitu untuk
mendekatkan_mentaqarubkan diri pada Allah dan secara perlahan-lahan pasti kita akan dapat
memahami erti ikhlas yang sebenar. Bak kata seorang pelajar yang memperolehi 5A dalam
UPSR nya, “ Prinsip saya untuk berjaya adalah DUIT. Tanpa DUIT, tiap sesuatu yang dilakukan
pasti tidak akan tercapai serta tidak sempurna ”. Tuntasnya, apa itu DUIT?

D – DOA

U – USAHA

I – IKHLAS

T – TAWAKAL

Sekian. Wallahua’lam.

Anda mungkin juga menyukai