Anda di halaman 1dari 25

BAB 1 SOLAT FARDHU LIMA WAKTU.

1.1 Pendahuluan.

Solat merupakan ibadah yang penting, istimewa dan unik. Solat dapat menghubungkan
insan dengan penciptanya secara langsung. Solat juga adalah merupakan ibadah yang pertama
disyariatkan dan yang paling akhir ditinggalkan oleh manusia. Dari segi amalan ibadah solat
dipenuhi dengan sebutan takbir, tahmid dan zikir.

1.1.1 Makna solat.

Dari segi bahasa doa membawa maksud berdoa untuk memohon kebaikan,kebajikan dan
pujian.
Firman Allah s.w.t:
‫ك َس َكنٌ لَ ُه ْم‬ َ َّ‫ص ِّل َعلَي ِْه ْم اِن‬
َ ‫صلو َت‬ َ ‫ َو‬.

“ Dan berdoalah untuk mereka, sesungguhnya doa kamu itu (menjadi) ketenteraman jiwa
bagi mereka.” (At-Taubah : 103)

FirmanNya lagi:
َ ُ ‫صل‬
ِّ‫ون َعلَى ال َّن ِبى‬ َ ‫اِنَّ هللا َو َمالَ ِئ َك َت ُه ُي‬.

“ Sesungguhnya Allah dan para malaikatNya berselawat (memuji) Nabi. “

Dari segi syarak pula, solat adalah satu kalimah yang digunakan dengan makna: perkataan-
perkataan dan perbuatan-perbuatan tertentu yang dimulai dengan takbiratul ikram,diakhiri dengan
salam,dilakukan dalam keadaan beribadah kepada Allah s.w.t dengan menurut segala syarat yang
telah ditentukan. Ia dinamakan solat kerana ia mengandungi pengertian kalimah tersebut dan doa
merupakan sebahagian besar perkara yang terdapat dalam solat.

Pengertian yang dikemukakan oleh ulama’ feqah ini hanya menggambarkan solat secara
lahiriah sahaja sedangkan ulama’ tasauf pula menambahkan lagi definisi solat ini dengan pengertian
serta menumbuhkan dalam jiwa rasa keagungan, kebesaran, kesempurnaan dan kekuasaanNya.

1
Ketika mengerjakan solat, kedua-dua pengertian ini mestilah dikerjakan bersama-sama. Jika
kedua-dua pengertian ini digabungkan ketika melakukan solat, solat itu akan melahirkan ‘ roh
sembahyang ’ atau dengan perkataan lain, setiap individu itu boleh menimbulkan solat yang
berkesan. Sebahagian ulama mendefinisikan roh sembahyang dengan “ Berharap kepada Allah s.w.t
dengan hati dan penuh kekhusyukkan di hadapanNya, iklas dan menghadirkan hati dalam berzikir,
berdoa serta memuji Allah s.w.t “. Kesimpulannya, ibadah solat adalah merupakan satu-satunya
ibadah yang dapat menghubungkan secara langsung antara seseorang individu dan Allah s.w.t.

1.1.2 Hikmah solat.

Solat mempunyai hikmah dan rahsia yang banyak. Antaranya:

1. Mengingatkan manusia kepada identitinya yang sebenar iaitu hamba kepada Allah s.w.t.
Dengan solat manusia akan sentiasa ingat akan kedudukannya itu.
2. Jiwa manusia tetap(sentiasa) merasakan bahawa tidak ada yang memberi bantuan dan
nikmat yang sebenarnya melainkan Allah.
3. Manusia dapat menggunakan sebahagian daripada masa solat untuk bertaubat kepada Allah
daripada dosa-dosa yang telah dilakukan. Rasullullah s.a.w bersabda:

“ Solat lima waktu itu umpama sungai yang mengalir dengan air yang begitu banyak di
pintu rumah seseorang kamu. Setiap hari dia mandi sebanyak lima kali. Jabir menceritakan,
Al-Hasan telah berkata, ‘Dan yang demikian itu tidaklah meninggalkan kotoran
sedikitpun’.” (Maksud kotoran di sini ialah kotoran maknawi iaitu dosa-dosa).

4. Solat akan menjadi makanan/pengisian yang berterusan kepada akidah keyakinan kepada
Allah di dalam hati. Sesungguhnya kelalaian dunia dan gangguan syaitan berperanan
menjadikan manusia lupa kepada akidah tersebut sekalipun ia telah tertanam di dalam hati.
Tetapi seorang muslim yang sentiasa menunaikan solat, ia akan menjadi makanan kepada
imannya dan akan menyebabkan dunia dan segala bentuk kelalaian tidak mampu
melemahkan atau mematikan iman di dalam hatinya.

2
1.1.3 Hukum Solat.

Terdapat banyak ayat Al-Quran yang dapat dijadikan dalil tentang kewajipan solat . Begitu
juga dalam hadis Rasulullah s.a.w turut menerangkan tentang kepentingan, kewajipan dan
keperluan solat.

Firman Allah s.w.t:

‫ اِنَّ الصَّلو َة َت ْن َهى َع ِن ْال َفحْ َشا ِء َو ْال ُم ْن َك ِر‬,‫اَق ِِم الصَّلو َة‬.

“ Dirikanlah solat, sesungguhnya solat itu boleh mencegah daripada perbuatan jahat dan
keji .” (Al-Ankabut : 45)

FirmanNya lagi:

‫ت َوالصَّلو ِة ْالوُ سْ َطى َوقُومُوا هلِل ِ َقا ِن ِتي َْن‬ ُ ‫ َحف‬.


َّ ‫ِظو ْا َعلَى ال‬
ِ ‫صلَ َوا‬

“Peliharalah semua sembahyang dan sembahyang wusta (sembahyang yang paling baik)
dan berdirilah kamu untuk Allah dalam keadaan khusyuk.” (Al-Baqarah : 238)

Umat Islam diperintahkan supaya menunaikan solat sebanyak lima kali sehari semalam.
Soalt dapat membezakan antara orang kafir dan muslim. Sepertimana rukun Islam yang kedua,
umat Islam haruslah mendirikan solat. Rasullullah s.a.w bersabda:

“ Islam didirikan atas lima dasar : Bersaksi bahawa tiada tuhan melainkan Allah dan Nabi
Muhammad itu pesuruh Allah (mengucap dua kalimah syahadah), mendirikan solat,
mengeluarkan zakat, menunaikan haji dan berpuasa di bulan Ramadhan.

(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Daripada ayat-ayat Al-Quran serta hadis di atas maka dapatlah diambil ketetapan bahawa
hukum solat itu adalah wajib. Setiap individu muslim yang tidak melakukannya maka ia dikira
melakukan dosa besar.

3
BAB 2

2.1 Sejarah solat disyariatkan.

Solat merupakan ibadah yang telah disyariatkan semenjak zaman dahulu lagi. Allah s.w.t
telah berfirman dengan Nabi Ismail a.s:

         

“ Dan dia menyuruh ahlinya bersembahyang dan menunaikan zakat dan dia adalah seorang
yang diredhai di sisi tuhanNya. “ (Maryam : 55 )

Ketika Nabi Muhammad s.a.w dibangkitkan, Baginda s.a.w bersembahyang dua rakaat setiap pagi
dan dua rakaat setiap petang. Setengah ulama berpendapat bahawa kedua-dua solat inilah yang
dimaksudkan dalam firman Allah s.w.t yang ditujukan kepada Nabi Muhammad s.a.w:

       

“ Dan bertasbihlah seraya memuji tuhanmu pada waktu petang dan pagi. “ (Mukmin : 55 )

2.1.1 Solat-solat yang diwajibkan.

Solat-solat yang diwajibkan ke atas setiap muslim yang mukallaf ialah solat Subuh, Zohor,
Asar, Maghrib dan Isya’. Lima waktu solat ini disyariatkan oleh Allah ketika Nabi s.a.w diisrakkan ke
Baitul Maqdis kemudian diangkat ke langit. Allah s.w.t telah mewajibkan ke atas NabiNya s.a.w
dan seluruh umat Islam dengan lima puluh waktu solat sehari semalam. Kemudian Allah s.w.t
meringankannya kepada lima waktu. Lima waktu ini hanya dari segi menunaikannya tetapi
pahalanya tetap seolah-olah lima puluh waktu.

“ Telah dibuka atap rumahku sedangkan aku ketika itu di Makkah. Lalu Jibril turun……..kemudian ia
memegang tanganku dan mengangkatku ke langit………Kemudian Allah telah mewajibkan ke atas
umatku dengan lima puluh waktu solat….Lalu aku berulang-alik kepadaNya. Kemudian Allah

4
berfirman: Ia hanya lima waktu (dari segi kewajipan menunaikannya) dan lima puluh waktu (dari
segi pahala), tidak ditukar ganti lagi kata-kataKu.

Menurut pendapat yang sahih, peristiwa Israk berlaku 18 bulan sebelum hijrah Nabi s.a.w ke
Madinah. Dengan demikian solat lima waktu yang diwajibkan itutelah memansuhkansolat dua
rakaat pada waktu pagi dan petang.

2.1.2 Dalil Solat Disyariatkan.

Telah Thabit dalam banyak ayat Al-Quran dan hadis yang menyebut entang kewajipan solat.
Antara dalil-dalil daripada Al-Quran:

1. Firman Allah s.w.t dalam surah An-Nisa, ayat 103:

          
           

“ Sesungguhnya solat itu adalah kewajipan yang ditentukan waktunya ke atas orang-orang
yang beriman. “

2. FirmanNya lagi dalam surah Ar-Rum, ayat 17-18:

            
  

5
“ Maka bertasbihlah kepada Allah di waktu kamu berada di petang hari dan waktu Subuh dan
bagiNya segala puji di langit dan di bumi dan di waktu kamu berada pada petang hari dan
waktu Zohor. “

Dan antara dalil-dalil daripada hadis ialah:

1. Hadis berkenaan Israk dan Mikraj sebagaimana yang telah disebut.


2. Jawapan Rasullullah s.a.w kepada seorang Arab Badwi yang bertanya Baginda mengenai
kewajipan menunaikan solat. Sabdanya:

“ Lima waktu solat sehari semalam. Si Badwi itu bertanya lagi : ‘ Adakah diwajibkan ke atasku
selain itu? ’ Jawab Baginda ‘ Tidak! Kecuali jika kamu ingin melakukan yang disunatkan.
[Bukhari (46) dan Muslim (11) ].

2.1.3 Waktu-waktu Masuknya Solat Fardhu Lima Waktu.

Solat lima waktu mempunyai waktu-waktunya yang tertentu. Solat dianggap tidak sah jika
dilakukan lebih awal dari waktunya dan tidak harus dilakukan lewat daripadanya.

BAB 3 : SEJARAH SOLAT 5 WAKTU

Nabi Muhammad SAW merupakan Nabi Terakhir yang diutuskan oleh Allah SWT untuk
membimbing manusia ke arah jalan kebenaran. Tidak seperti umat nabi-nabi yang lain, umat nabi
Muhammad telah diperintahkan untuk mengerjakan solat 5 waktu setiap hari. Ini merupakan

6
kelebihan dan anugerah Allah SWT terhadap umat nabi Muhammad dimana solat tersebut akan
memberikan perlindungan ketika di hari pembalasan kelak. Berikut diterangkan asal-usul
bagaimana setiap solat mula dikerjakan.

SUBUH:
Manusia pertama yang mengerjakan solat subuh ialah Nabi Adam a.s. iaitu ketika baginda keluar
dari syurga lalu diturunkan ke bumi. Perkara pertama yang dilihatnya ialah kegelapan dan baginda
berasa takut yang amat sangat. Apabila fajar subuh telah keluar, Nabi Adam a.s. pun
bersembahyang dua rakaat.

Rakaat pertama: Tanda bersyukur kerana baginda terlepas dari kegelapan malam.
Rakaat kedua: Tanda bersyukur kerana siang telah menjelma.

ZOHOR:
Manusia pertama yang mengerjakan solat Zohor ialah Nabi Ibrahim a.s. iaitu tatkala Allah SWT
telah memerintahkan padanya agar menyembelih anaknya Nabi Ismail a.s.. Seruan itu datang pada
waktu tergelincir matahari, lalu sujudlah Nabi Ibrahim sebanyak empat rakaat.

Rakaat pertama: Tanda bersyukur bagi penebusan.


Rakaat kedua: Tanda bersyukur kerana dibukakan dukacitanya dan juga anaknya.
Rakaat ketiga: Tanda bersyukur dan memohon akan keredhaan Allah SWT.
Rakaat keempat: Tanda bersyukur kerana korbannya digantikan dengan tebusan kibas.

ASAR:
Manusia pertama yang mengerjakan solat Asar ialah Nabi Yunus a.s. tatkala baginda dikeluarkan
oleh Allah SWT dari perut ikan Nun. Ikan Nun telah memuntahkan Nabi Yunus di tepi pantai, sedang
ketika itu telah masuk waktu Asar. Maka bersyukurlah Nabi Yunus lalu bersembahyang empat
rakaat kerana baginda telah diselamatkan oleh Allah SWT daripada 4 kegelapan iaitu:

Rakaat pertama: Kelam dengan kesalahan.


Rakaat kedua: Kelam dengan air laut.
Rakaat ketiga: Kelam dengan malam.
Rakaat keempat: Kelam dengan perut ikan Nun.

7
MAGHRIB:
Manusia pertama yang mengerjakan solat Maghrib ialah Nabi Isa a.s. iaitu ketika baginda
dikeluarkan oleh Allah SWT dari kejahilan dan kebodohan kaumnya, sedang waktu itu telah
terbenamnya matahari. Bersyukur Nabi Isa, lalu bersembahyang tiga rakaat kerana diselamatkan
dari kejahilan tersebut iaitu:

Rakaat pertama: Untuk menafikan ketuhanan selain daripada Allah yang Maha Esa.
Rakaat kedua : Untuk menafikan tuduhan dan juga tohmahan ke atas ibunya Siti Mariam yang
telah dituduh melakukan perbuatan sumbang.
Rakaat ketiga : Untuk meyakinkan kaumnya bahawa Tuhan itu hanya satu iaitu Allah SWT
semata-mata, tiada dua atau tiganya.

ISYAK:
Manusia pertama yang mengerjakan solat Isyak ialah Nabi Musa a.s.. Pada ketika itu, Nabi Musa
telah tersesat mencari jalan keluar dari negeri Madyan, sedang dalam dadanya penuh dengan
perasaan dukacita. Allah SWT menghilangkan semua perasaan dukacitanya itu pada waktu Isyak
yang akhir. Lalu sembahyanglah Nabi Musa empat rakaat sebagai tanda bersyukur.

Rakaat pertama : Tanda dukacita terhadap isterinya.


Rakaat kedua : Tanda dukacita terhadap saudaranya Nabi Harun.
Rakaat ketiga : Tanda dukacita terhadap Firaun.
Rakaat keempat: Tanda dukacita terhadap anak Firaun

BAB 4 KONSEP SOLAT

4.1 Pengertian Solat.

8
 Solat dari segi bahasa bermaksud doa atau doa dengan sesuatu kebaikan.

Maksudnya : “Dan doakanlah untuk mereka, kerana Sesungguhnya doamu itu

menjadi ketenteraman bagi mereka.”1

 Dari segi syara‘, solat bermaksud perkataan-perkataan dan perbuatan-perbuatan

yang dimulai dengan takbir beserta niat dan diakhiri dengan salam dengan

syarat-syarat tertentu.

 Perkataan-perkataan di dalam sembahyang dikenali sebagai rukun qawliyy.

Manakala perbuatan-perbuatan di dalam sembahyang dikenali sebagai rukun

fi‘liyy dan perlakuan selain daripada perkataan dan perbuatan dikenali

sebagai rukun qalbiyy.

4.2 Syarat Sah Solat.

i. Mengetahui telah masuk waktu

Tidak sah sembahyang yang dilakukan tanpa mengetahui waktunya secara yakin atau secara

andaian yang berdasarkan ijtihad. Oleh itu, sesiapa yang melakukan sembahyang tanpa mengetahui

waktu, tidak dikira sah sekalipun dilakukan dalam waktunya kerana ibadah sembahyang mesti

dengan kepastian. Oleh itu, apabila diragui waktunya, maka tidak dikira sebagai sah, kerana orang

meragui tidak pasti.Firman Allah s.w.t:

       

1
Al-Quran Al-Karim, Surah Taubah: ayat 103, m/s 203.

9
Maksudnya : “Sesungguhnya sembahyang itu adalah satu ketetapan yang diwajibkan atas

orang-orang yang beriman, yang tertentu waktunya.”2

Iaitu fardu yang ditetapkan waktunya. Kita telah bincangkan waktu sembahyang dan ijtihad bagi

menentukan waktu sebelum ini.

ii. Suci daripada hadas kecil dan besar.

Menurut ijma’ para ulama’, batal sembahyang sekiranya berhadas secara sengaja. Tetapi

menurut pendapat ulama Hanafi’, tidak batal seandainya berlaku pada akhir sembahyang. Tetapi

menurut Hanafi, tidak batal sembahyang dengan serta merta, kecuali diteruskan untuk satu rukun

sahaja secara sedar atau keuzuran.

Maliki: Jika keluar darah dari hidung, sembahyang itu boleh disambung dengan enam syarat:

- Tidak berlumuran darah lebih daripada ukuran wang satu dirham.

- Tidak melewati tempat yang paling dekat untuk menyucikan darah.

- Tempat untuk bersuci itu dekat. Jika terlalu jauh amat terbatal sembahyang.

- Tidak membelakangi kiblat tanpa sebab munasabah.

- Tidak memijak banda najis semasa bergerak untuk bersuci.

- Tidak bercakap ketika bergerak untuk bersuci.

iii. Suci daripada sebarang najis.

Suci dari aspek pakaian, badan, termasuk anggota sujud.

2
Al-Quran Al-Karim, Surah an-Nisa:103, m/s 95.

10
Maksudnya : “Dan pakaianmu, maka hendaklah Engkau bersihkan.” 3

Menurut pendapat yang mahsyur di kalangan ulama’ Maliki, suci daripada najis adalah

sunat muakkad..

Bersih pakaian, tubuh badan dan tempat:

iv. Kebersihan pakaian dan tubuh badan.

a) Pakaian yang terkena najis.

 Ulama’ Hanafi: baju luar yang labuh terkena najis ketika bersujud, sah

sembahyang kerana tidak terkana pada tempat berdiri dan tempat anggota

sujud.

 Ulama’ Syafi’I & Hanbali: Terbatal. kerana pakaian dikira sebagai sebahagian

daripada tubuh orang sembahyang dan ia seumpama anggota sujud. 4

b) Tidak diketahui terkena najis.

 Ulama’ Hanbali, Syafi’ie, Hanafi: Sembahyang terbatal dan wajib qada’. Sekalipun

tidak diketahui najis tersebut. (Surah Muddathir:4)

 Ulama’ Maliki: Hukum wajib menghilangkan najis itu gugur dengan sebab tidak

terdaya dan lupa. “Oleh itu, tidak dikehendaki mengulangi semula sembahyang

itu jika bersembahyang dalam keadaan terlupa melakukan pembersihan.” 5

3
Al-Quran Al-Quran, Surah al-Muddathir: ayat 4.

4
Radd al-Muhtar, Jil.1, hlm 374 dan Jil. 1, hlm 585; Mughni al-Muhtaj, Jil. 1, hlm.190; al-Syarh al-Kabir Abas Ibn
Qudamah, Jil.1, hlm.475
5
Fath al-Qadir, Jil.1, hlm 179, al-Durr al-Mukhtar, Jil.1, hlm 373

11
c) Tidak mengetahui tempat terkena najis pada pakaian.

 Ulama’ Hanafi: memadai dengan membasuh bahagian yang terkena najis.

 Ulama’ Syafi’ie: Basuh seluruh pakaian dan seluruh tubuh jika tidak ketahui

tempat najis.

 Pendapat sahih: Basuh seluruh pakaian kerana pakaian dan tubuh adalah satu.

Jika timbul antara dua pakaian, ijtihad untuk bersembahyang.

v. Bersih tempat sembahyang.

a) Sembahyang di atas hamparan yang ada najis di atasnya.

 Ijma’ ulama’ mengatakan tidak sah sembahyang kerana tempat itu terkena najis

dan meletak anggota pada benda yang najis sama. Tetapi jika melakukannya di

tempat yang suci, maka sah.

b) Sembahyang di tempat bernajis yang berlapik.

 Ulama’ sependapat mengatakan sah sembahyang tersebut apabila hamparan itu

boleh menutup aurat kerana tidak terkena secara langsung.

vi. Menutup aurat.

- Bahasa: kekurangan.

- Syara’: sesuatu yang wajib disembunyikan dan yang haram dilihat.

 Jumhur ulama’: disyaratkan menutup aurat selagi terdaya meskipun dalam

gelap.

12
 Ulama’ Hanafi: wajib menutup ketika di khalayak ramai mahupun berseorang.

Tidak harus secara telanjang meskipun dalam rumah yang gelap sedangkan

terdapat pakaian bersih.

Firman Allah s.w.t:

         

Maksudnya : “ Pakailah pakaian kamu Yang indah berhias pada tiap-tiap kali kamu ke tempat

Ibadat (atau mengerjakan sembahyang)”6

- Syarat menutup aurat :

a) Tebal & tidak jarang.

 Perlu menyembunyikan warna kulit dan tidak menjelaskan sifatnya.

 Imam Syafi’ie: syarat menutup aurat ialah suatu yang tidak menjelaskan

warna kulit, sekalipun menggunakan air yang keruh. Tetapi tidak boleh

menggunakan selubung yang sempit dan gelap sebagai penutup aurat.

 Ulama’ Maliki: “Jika penutup itu boleh menjelaskan apa yang di bawahnya,

maka tidak menutup aurat. Tetapi jika membayangkan apa yang di

awahnya, maka dikira sebagai makhruh.” 7

b) Maksud menutup aurat di kalangan ulama’.

6
Al-Quran Al-Karim, Surah al-A’raf: ayat 31, m/s154.

7
Al-Qawanin al-Fiqhiyah, m/s 54.

13
 Ulama’ Syafi’ie & Hanbali: hendaklah meliputi semua bahagian yang perlu

ditutup. Tidak memadai menggunakan selubung yang sempit dan gelap

sebagai penutup aurat.

 Ulama’ Maliki & Hanafi: memadai dengan keadaan gelap jika darurat. Kerana

wajib ialah menutup aurat daripada penglihatan orang lain sekalipun

penutupan itu dari segi hokum sahaja.

c) Cara penutupan aurat yang dituntut.

 Ulama’ Syafi’ie: jika terdapat sesuatu untuk menutup sebahagian aurat

sahaja, maka wajib digunakan. Dan dahulukan kemaluan hadapan jika cukup

untuk salah satu sahaja.

 Ulama’ Maliki & Hanafi: Utamakan kemaluan belakang dahulu. Wajib kancing

baju di tengah jika boleh menampakkan aurat ketika ruku’.

vii. Menghadap qiblat.

 Para fuqaha’ sependapat mengatakan bahawa menghadap qiblat adalah syarat

kesahihan sembahyang.

14
Maksudnya : “Dan dari mana sahaja Engkau keluar (untuk mengerjakan

sembahyang), maka hadapkanlah mukamu ke arah Masjid Al-Haraam (Kaabah);

dan di mana sahaja kamu berada maka hadapkanlah muka kamu ke arahnya,” 8

 Ulama’ Maliki dan Hanafi: berpendapat menghadap qiblat hanya ketika aman dan

tidak terancam.

 Menghadap ke arah Kaabah ialah menghalakan tubuh dan pandangan seseorang

yang bersembahyang ke arah Kaabah.

Baginda s.a.w. bersabda :

(Wajib menghadap qiblat dengan sebenarnya ketika berdiri dan duduk. Wajib

menghadapnya secara hukumnya sahaja ketika ruku’ dan sujud. Kalau berbaring

wajib menghadap dengan dada dan muka dan kalau melentang dengan muka dan

dua pipi) 9

 Sebahagian daripada muka bertentangan dengan Kaabah. Jumhur (kecuali Maliki):

jika dipanjangkan garis lurus dari tengah-tengah muka sampai ke Arasy dari Kaabah.

 Ulama’ Maliki: wajib menghadap ke arah bangunan Kaabah. Oleh itu, tidak memadai

jika menghadap ke langit arah ruang udara di atas Kaabah.

viii. Niat.

 Bahasa: Kehendak.

 Syara’: azam hati untuk melakukan ibadah bertujuan mendekati Allah.

8
Al-Quran Al-Karim, Surah Baqarah:149-150, m/s23

9
Ulama al-Shafi’yyah.

15
 Ulama Hanafi, Hanbali & rajih di kalangan ulama Maliki: niat adalah syarat

sembahyang .

 Ulama Syafi’ie & setengah ulama Maliki: Niat adalah salah satu fardu sembahyang

atau rukun kerana diwajibkan pada sebahagian sembahyang iaitu di awal

sembahyang.

Sabda Rasulullah:

"‫ وإنما لكل امرئ ما نوى‬,‫"إنما االعمال بالنيات‬

Maksudnya : “Sesungguhnya setiap perbuatan adalah dengan niat dan sesungguhnya setiap
individu menurut niatnya”10

 Syarat niat:
o Beragama Islam.
o Mumaiyiz.
o Tahu apa yang diniatkan.

BAB 5

5.1 Waktu-waktu yang ditegah melakukan solat.

10
Hadis riwayat Imam Hadith yang enam di dalam kitab mereka, daripada Umar bin al-Khattan, r.a Nasb al-Rayah, Jil.
1, hlm,301

16
 Terdapat lima waktu yang telah dinyatakan oleh Sunnah sebagai waktu yang ditegah untuk

melakukan sembahyang di dalamnya, iaitu:

1. Selepas sembahyang Subuh hingga terbit matahari.

2. Semasa naik matahari hingga kadar ramh, iaitu lebih kurang satu pertiga jam selepas

naiknya matahari.

3. Waktu matahari tegak (rembang) sehingga matahari tergelincir (masuk waktu Zuhur).

4. Selepas sembahyang Asar hingga terbenam matahari.

5. Waktu matahari kekuningan sehingga terbenam.

 Tegahan untuk melakukan sembahyang pada waktu-waktu ini bukanlah mutlaq, tetapi

khusus pada jenis sembahyang tertentu sahaja, iaitu:

1. Semua sembahyang yang tidak ada sebab untuk melakukannya pada waktu-waktu

itu seperti sembahyang sunat mutlaq dan sembahyang sunat tasbih.

2. Sembahyang yang sebab melakukannya terkemudian seperti sunat ihram dan

istikharah.

 Semua sembahyang ini jika dilakukan pada waktu-waktu tersebut hukumnya makruh tahrim

yang sangat ditegah dan sembahyang itu juga menjadi batal. Pengecualian kepada

sembahyang yang telah disebut ialah beberapa sembahyang tertentu iaitu:

17
1. Sembahyang yang mempunyai sebab untuk melakukannya seperti sembahyang yang

telah luput (qadha’), jenazah, nazar, sunat wudhu’ dan tahiyyatul masjid.

2. Sembahyang yang mempunyai sebab yang seiringan dengan waktu itu seperti

sembahyang kusuf (gerhana) dan istisqa’ (minta hujan).

3. Sembahyang Jumaat ketika matahari tegak.

4. Sembahyang di Tanah Haram Makkah kerana kelebihan sembahyang itu sendiri.

 Selain daripada waktu-waktu tersebut, terdapat beberapa waktu lain yang ditegah

melakukan sembahyang, antaranya sembahyang semasa khatib menaiki minbar masjid

untuk membaca khutbah dan sebelum sembahyang Maghrib kecuali sunat rawatib pada

kedua-duanya.

5.2 Perkara-perkara yang membatalkan solat :

Sembahyang akan terbatal apabila seseorang yang bersembahyang melakukan salah satu

daripada perkara-perkara berikut:

1. Percakapan yang disengajakan selain Al-Qur’an, zikir dan doa. Percakapan yang

membatalkan itu sekurang-kurangnya terdiri daripada dua huruf atau lebih sekalipun tidak difahami

maknanya. Begitu juga jika hanya satu huruf tetapi difahami maknanya.

2. Melakukan perbuatan atau pergerakan luaran yang banyak (lebih tiga kali) dan berurutan.

3. Gugur salah satu daripada syarat-syarat sembahyang. Antaranya:

18
a) Berlaku hadath sama ada kecil atau besar sebelum salam pertama secara sengaja

atau tidak kecuali hadath yang berterusan seperti seorang yang berpenyakit buasir

serius.

b) Terkena najis yang tidak dimaafkan sama ada pada badan, pakaian atau tempat

sembahyang tanpa sempat dibuang atau dielakkan serta merta sebelum berlalu

tempoh tama’ninah yang paling minima.

c) Aurat terbuka secara sengaja walaupun ditutup serta merta atau tidak sengaja

tetapi sempat menutupnya serta merta.

d) Dada terpesong daripada qiblat dalam keadaan sedar.

e) Orang yang bersembahyang menjadi gila, pengsan atau mabuk semasa

melakukannya.

4. Berlaku kepincangan pada salah satu rukun sembahyang seperti dalam keadaan berikut:

a) Mengubah niat dengan berazam untuk keluar daripada sembahyang atau

menggantungkan tamat sembahyang dengan sesuatu perkara.

b) Syak pada niat, takbiratul ihram atau pada jenis sembahyang yang diniatkan.

c) Merasa ragu-ragu atau syak sama ada telah memutuskan sembahyang atau tidak.

d) Sesuatu rukun diputuskan dengan sengaja seperti melakukan i‘tidal sebelum

sempurna rukuk secara tama’ninah.

19
e) Menambah mana-mana rukun dengan sengaja seperti menambah ruku‘ atau

sujud.

f) Memanjangkan rukun yang pendek dengan sengaja.

5. Makan dan minum semasa sembahyang dengan banyak melebihi uruf.

6. Ketawa, berdehem, menangis, mengerang kesakitan yang dilakukan dengan sengaja hingga

mengeluarkan bunyi yang jelas sekadar dua huruf sekalipun tidak difahami.

7. Murtad walaupun dalam bentuk gambaran kasar bukannya secara hukmi.

5.3 Larangan Bercakap Dalam Solat

‫ كنا نتكلم في الصالة يكلم الرجول منا صا حبه وهو الى جنبه في الصالة حتى نزلت وقومو هللا قانتين فا مرنا با‬: ‫عن زيد بن ارقام قال‬

‫ لسكوت ونهينا عن الكالم‬.

Maksudnya : Dari Zaid bin Arqam,dia berkata, ‘Kami pernah bercakap-cakap dalam solat,orang lain

pun dari antara kami bercakap-cakap dengan kawannya yang ada disampingnya dalam solat

juga,sehingga turunlah ayat : “Wa qumu lillahi qanitin” (dan solatlah kamu kerana Allah dengan

taat) lalu kami diperintah untuk diam dan dilarang bercakap-cakap’ [hadis riwayat Al-Jamaah

kecuali Ibnu Majah]11

 Hadis di atasmenurut At-Tarmizi hasan shahih. Ada pula hadis lain dalam bab ini dari Jabir

bin Abdullah menurut Al-Bukhari dan Muslim dan Amar menurut At-Thabrany dari Umamah

11
Al-Imam Muhammad Asy-Syaukani, Nailul Authar (Jilid 2), Cv. Asy Syifa’, Semarang.

20
menurut At-Thabrany juga dari Abi Said menurut Al-Bazzar dan dari Mua’wiyah menurut

Ibnu Al-Hakam dan Ibnu Masu’d yang akan disebutkan nanti.

 Menurut AlMundzir para ulamak telah membuat ijmak bahawa sesungguhnya orang yang

bercakap dalam solat dengan sengaja sedang tidak mahu memperbaiki solatnya, maka

solatnya batal. Namun mereka berbeda pendapat tentang orang yang bercakap kerana lupa

dan tidak tahu.

 Namun At-Tarmizi meriwayatkan dari para ulamak bahawa mereka menyamakan orang

yang lupa, orang yang sengaja, dan orang yang tidak tahu. Ini menurut menurut pendirian

An-Nawawy dan Ibnu-Mubarak yang diceritakan oleh At-Tarmizi. Juga menurut An-Nakhai’y,

Hamad bin Abi Sulaiman dan Abu Hanifah yakni salah satu antara dua riwayat dari Qatadah.

Ini juga menurut pendapat golongan Al-Hadiwiyah.

 Berdoa dalam solat dengan suatu doa yang tidak boleh kerana tidak tahu maka solat batal.

‫ اللهم ارحمنى ومحمدا‬: ‫ قام رسول هللا صلى هللا عليه وسلم الى الصالة وقمنا معه ؛ فقال اعربي وهو في الصالة‬: ‫عن ابي هريرة قال‬

‫ لقد تحجرت واسعا يريد رحمة هللا‬: ‫ فلما سلم النبي صلى هللا عليه وسلم قا ل لالعربي‬. ‫ والترحم معنا احدا‬.

Maksudnya : Dari Abu-Hurairah, dia berkata, ‘Rasulullah saw berdiri solat dan kami pun berdiri

bersama beliau lalu ada seorang Arab dusun yang berdoa dalam solatnya itu. “Allahumma irhamni

wa Muhammadan wa la tarham ma’ana ahadan (Ya Allah,berilah aku rahmat dan juga

Muhammad dan janganlah Engkau beri rahmat siapa pun yang bersama kami). Maka setelah Nabi

saw salam, beliau berkata kepada orang Arab dusun tersebut, “Sungguh engkau telah membatasi

21
barang yang sangat luas, maksudnya rahmat Allah”[ hadis riwayat Ahmad Bukhari dan Abu

Daud ].12

 Hadis ini juga ditakhrij oleh Muslim. Perkataan Nabi saw : ‘Tahajjarta wasi’aan ertinya

engkau membatasi dan menyempitkan apa yang diluaskn Allah engkau mengkhususkannya

bagi dirimu sendiri tanpa saudaramu yang lain dari kalangan Muslimin. Lalu mengapa

engkau tidak memohon kepada Allah bagi dirimu dan bagi orang-orang Mukmin, sehingga

engkau bersekutu dengan mereka dalam rahmat Allah yang meliputi segala ? Di sini

terkandung isyarat agar tidak berdoa dengan doa ini serta larangan dari hal itu. Maka

dianjurkan agar berdoa juga bagi orang lain dari kalangan Muslimin agar diberi rahmat ,

hidayah , dan lain-lain.

 Al-Mushannif menjadikan hadis ini sebagai dalil bahawa solat itu tidak membatalkan iaitu

bagi orang yang berdoa dengan sesuatu yang sebenarnya tidak dibolehkan kerana dia tidak

tahu . Kerana tidak ada perintah bagi orang tersebut mengulang solatnya .

 Perkataan : “Maksudnya iaitu rahmat Allah” menurut Al-Hassan dari Qatadah rahmat itu

meliputi orang yang baik dan keji selagi di dunia . Namun rahmat itu hanya bagi orang-orang

yang bertakwa saja pada hari kiamat . Semoga Allah menjadikan kita termasuk orang-orang

yang mendapat rahmat-Nya di dunia dan akhirat .

5.4 Lain-lain perkara yang membatalkan dan merosakkan solat.

1. Bercakap dalam sembahyang:

12
Al-Imam Muhammad Asy-Syaukani, Nailul Authar (Jilid 2), Cv. Asy Syifa’, Semarang.

22
Mazhab Hanafi.

o Sembahyang menjadi rosak dengan selingan percakapan samada secara sengaja

ataupun tidak, tidak diketahui atau dipaksa. Walaupun disebutkan dengan dua

perkataan atau satu perkataan yang bermakna.

o Jika seorang yang sedang bersembahyang itu memberi salam atau menjawab salam

dengan lisan dan bukan dengan tangannya maka hukumnya makruh.

o Seorang yang menangis dengan suara yang kuat kerana sesuatu bencana,

sembahyangnya menjadi rosak kerana dia melahirkan perasaan dukacita kerana

bencana itu.

o Mengikut pendapat Abu Hanifah dan Muhammad, menghembuskan nafas dengan

suara yang dapat didengar adalah membatalkan sembahyang samada ia bertujuan

takfif ataupun tidak. Ini berdasarkan kata-kata Ibn Abbas yang bermaksud

“Menghembus nafas dalam sembahang adalah percakapan.” 13

o Jika seorang yang sedang bersembahyang melayan seekor anjing, kucing dengan suara

yang bukannya daripada huruf hijaiyah (abjad), sembahyang tidak rosak kerana ia

adalah suara yang tidak berhuruf.

Mazhab Maliki.

o Sembahyang menjadi batal dengan sebab berkata-kata dengan sengaja, wlaupun

hanya “‫ ”نعم‬atau “‫ ”ال‬yang bukan bertujuan untuk memperbetulkan sembayang.

13
Diriwayatkan oleh Sa’id bin Mansor dalam Sunannya. Nayl al-Autar, Jil.2, hlm. 317

23
o Batal jika mengeluarkan suara yang tidak berhuruf dengan sengaja seperti meniru

suara gagak, sengaja menghembus nafas dengan mulut dan memberi salam tanpa

sedar atau ketidakseimbangan sembahyang.

Mazhab Syafi’ie.

o Batal sembahyang dengan mengeluarkan perkataan manusia biasa terdiri daripada

dua huruf dan bermakna walaupun untuk kepentingan sembahyang itu.

o Berdehem, menangis, mengerang dan menghembus nafas (keluarkan 2 huruf) adalah

membatalkan.

14
o “Mengeluarkan perkataan dengan banyak” adalah membatalkan. Tetapi jika

berdeham sedikit, batuk atau bersin adalah dimaafkan.

Mazhab Hanbali.

o Batal jika bertutur yang terdiri daripada dua huruf atau lebih bagi tujuan selain

sembahyang. Misalannya seorang berkata, “Hai budak beri saya minuman”.

o Tidak terbatal sembahyang jika bertutur di luar kawalan seperti tertidur.

o Batal dengan hembusan nafas dengan kuat yang terkeluar daripadanya dua huruf. Ibn

Abbas berkata, “Sesiapa yang menghembus nafas dengan kuat dalam sembahyang

sesungguhnya dia telah dianggap bertutur”.

o Tangisan kuat bukan kerana Allah juga membatalkan.

14
Mengikut u’ruf. Fuqaha’ mengukur cakap dengan kadar 7 patah berpandukan cerita Zu al-Yadain

24
Mazhab Hanbali mengharuskan bacaan ayat-ayat dengan melihat al-Quran ketika

sembahyang. Makruh yang huffaz. Kerana menghilangkan khusyuk.

KESIMPULAN.

Solat merupakan salah satu cara mendekatkan diri kepada Allah. Justeru, ketika

hendak menunaikan solat kita seharusnya berada dalam keadaan tenang, mengambil wudhuk

dengan sempurna, tidak bercakap-cakap ketika hendak mengangkat takbir serta memperbanyakkan

istighfar. Insyaallah mudah-mudahan kita melakukan solat dengan tertib dan penuh khusyuk

dengan menetapkan hati, memberi tumpuan seolah-olah kita sedang bercakap serta memohon

denganNya. Solat yang benar-benar ikhlas pasti terdapat kekhusyukan dalamnya. Wallahua’lam.

BIBLIOGRAFI

 Al-Quran Al-Karim.

 Al-Imam Muhammad Asy-Syaukani, Nailul Authar (Jilid 2), Cv. Asy Syifa’, Semarang.

 Dr. Mustofa Al-Khin, Dr. Mustofa Al-Bugho & Ali Asy-Syarbaji, Kitab Feqah Mazhab Syafie

(Menghuraikan Bab Bersuci dan Solat), Prospecta Printers Sdn Bhd.

25

Anda mungkin juga menyukai

  • Intima' Dan Wala'
    Intima' Dan Wala'
    Dokumen27 halaman
    Intima' Dan Wala'
    KuHawa Ku Abd Hamid
    Belum ada peringkat
  • PUASA
    PUASA
    Dokumen16 halaman
    PUASA
    KuHawa Ku Abd Hamid
    Belum ada peringkat
  • Resepi Masakan
    Resepi Masakan
    Dokumen32 halaman
    Resepi Masakan
    KuHawa Ku Abd Hamid
    Belum ada peringkat
  • Ikhlas
    Ikhlas
    Dokumen4 halaman
    Ikhlas
    KuHawa Ku Abd Hamid
    Belum ada peringkat
  • Tazkirah Malam
    Tazkirah Malam
    Dokumen5 halaman
    Tazkirah Malam
    KuHawa Ku Abd Hamid
    Belum ada peringkat
  • A Kid Ah
    A Kid Ah
    Dokumen39 halaman
    A Kid Ah
    KuHawa Ku Abd Hamid
    Belum ada peringkat
  • Kaum Hawa
    Kaum Hawa
    Dokumen28 halaman
    Kaum Hawa
    KuHawa Ku Abd Hamid
    Belum ada peringkat
  • Keluarga Bahagia
    Keluarga Bahagia
    Dokumen49 halaman
    Keluarga Bahagia
    KuHawa Ku Abd Hamid
    100% (3)