Anda di halaman 1dari 16

KERINGANAN

(RUKHSAH) PUASA
AHLI KUMPULAN:
 ASIAH BINTI ABU BAKAR
NURUL HUSNA BINTI ROZALI
KU HAWA BINTI KU ABD HAMID
UMMI NORHASHRINA BINTI ISHAK
SAYYIDATUL MUFIDAH BINTI M.NASIR
SHAHRUL HAFIZAH BINTI MOHD SALLEH
QADA’ PUASA (RUKHSAH PUASA)
 MUSAFIR & ORANG SAKIT.

 ORANG YG TERLALU TUA &


ORANG SAKIT YG TIADA
HARAPAN UTK SEMBUH.

 WANITA HAMIL &


MENYUSUKAN ANAK.
MUSAFIR & ORG SAKIT
Sesiapa yang meninggalkan puasa
Ramadhan (disebabkan sakit ataupun
musafir) dia wajib mengqadhakannya
sebelum datang bulan Ramadhan tahun
berikutnya. Dia tidak berdosa tetapi
diwajibkan qadha’ puasa serta fidyah.
Fidyah ialah memberi makan kepada fakir
miskin dengan satu cupak makanan asasi
untuk setiap satu hari yang ditinggalkan.
Perkara ini (fidyah) bertambah, dengan
bertambahnya tahun. Satu cupak
bersamaan dengan (lebih kurang) 600
gram.
Sekiranya keuzurannya
berterusan seperti sakit yang
berterusan sehingga masuk bulan
Ramadhan tahun berikutnya, dia
tidak diwajibkan berpuasa tetapi
diharuskan qadha’ dan tidak
perlu mengeluarkan fidyah
kerana melewatkan qadha’ ini .
Sekiranya dia mati sebelum mampu mengqadhakannya , maka
dia tidak berdosa dan tidak perlu meminta orang lain untuk
mengqadhakan bagi pihaknya kerana dia tidak melalaikannya.

Barangsiapa yang mati selepas mampu mengqadhakannya,


maka walinya disunatkan mengqadha’ hari-hari yang
ditinggalkannya bagi pihaknya.

Maksud wali disini ialah kaum kerabatnya. Contoh dalil bagi


hukum tersebut ialah hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari
(1851) dan Muslim (1147) daripada ‘Aisyah r.a bahawa Rasulullah
telah bersabda :
‫من مات وعليه صيام صام عنه وليه‬
Barangsiapa yang mati dan dia masih ada puasa yang “
tidak diqadha’ , maka walinyalah yang perlu berpuasa bagi
”.pihaknya
Al-Bukhari (1852) dan Muslim (1148) meriwayatkan daripada Ibnu Abbas r.a:

Seorang lelaki datang menemui Rasulullah. Katanya, “ Wahai Rasulullah,


sesungguhnya ibuku telah mati dan dia meninggalkan satu bulan puasa, apakah
aku perlu mengqadha’kannya bagi pihaknya ?” Jawab Baginda : “Ya, hutang
Allah perlu dijelaskan.”

Puasa orang lain (wali) bagi pihaknya adalah sah apabila mendapat keizinan
salah seorang kerabatnya. Sekiranya dia berpuasa tanpa mendapat keizinan dan
wasiat daripada si mati, maka puasa ganti tersebut tidak sah.

Dan sekiranya tidak ada seorang pun yang berpuasa bagi pihaknya, maka
hendaklah dikeluarkan secupak makanan bagi setiap hari yang ditinggalkannya.
Makanan tersebut wajib dikeluarkan daripada harta pusaka yang ditinggalkan
olehnya, sama seperti hutang. Namun sekiranya dia tidak memiliki harta, maka
orang lain boleh mengeluarkan harta mereka sendiri sebagai ganti untuknya dan
terlepaslah dosanya.
At-Tarmizi (817) meriwayatkan daripada Umar r.a
katanya:

“ Barangsiapa yang mati sedangkan dia masih


mempunyai puasa Ramadhan yang belum
diqadha’kan, hendaklah diberi makan seorang
miskin bagi setiap hari yang ditinggalkan bagi
pihaknya.”

Abu Daud (2401) telah meriwayatkan daripada Ibnul


Abbas r.a katanya:

“ Apabila seseorang itu sakit pada bulan Ramadhan,


kemudian dia meninggal dunia dan dia tidak
berpuasa, hendaklah diberi makan bagi pihaknya.”
Ibnul Abbas berkata : “Ayat ini tidak
dimansuhkan. Ia ditujukan kepada lelaki dan
wanita yang terlalu tua dan tidak mampu
berpuasa. Mereka hendaklah memberi makan
kepada orang miskin bagi setiap hari yang
ditinggalkan.”

Antara perkara yang mesti diketahui ialah orang


sakit yang tidak ada harapan untuk sembuh,
hukum berpuasa untuknya adalah sama dengan
hukum orang terlalu tua yang tidak mampu
berpuasa. Dia dibenarkan untuk berbuka dan
harus/wajib bersedekah pada setiap hari yang
ditinggalkan dengan satu cupak makanan asasi.
IBU YANG MENGANDUNG
Wanita hamil da
n wanita yang
menyusukan ana
k dibolehkan ber
puasa sekiranya t buka
indakannya itu a
kerana bimbang dalah
akan dirinya atau
anaknya.
Sekiranya dia ber
buka kerana bim
wujudnya mudha bang
rat terhadap dirin
apabila berpuasa ya
, maka dia wajib
qadha’ sahaja seb
elum datangnya
bulan ramadhan
tahun berikutny
a.
At-Tarmizi (715), Abu daud (2408) serta perawi lain
meriwayatkan daripada Anas Al-Ka’bi r.a daripada
Rasulullah s.a.w bersabda :

, ‫إن الله تعلى وضع عن المسافر الصوم وشرط الصالة‬


‫ عن الحامل أو المرضع الصوم‬.
“Sesunguhnya Allah s.w.t telah mengangkat puasa
orang yang musafir (boleh berbuka ) dan telah
mengurangkan sembahyangnya (boleh diqasarkan
sembahyang) dan diangkat puasa orang yang hamil
dan sedang menyusukan anak.”
Maksud mengurangkan sembahyang ialah
memberi kelonggaran untuk mengqasarkan
sembahyang. Maksud mengangkat puasa ialah
membenarkan berbuka puasa dan meminta supya
mengqadhakannya.

Apabila perempuan mengandung berbuka puasa


kerana bimbang akan kandungannya (seperti
bimbang berlakunya keguguran sekiranya dia
berpuasa) ataupun perempuan yang menyusukan
anak (kerana bimbang akan kekurangan susu lalu
anak itu mendapat mudharat sekiranya dia
berpuasa) maka dalam keadaan ini dia wajib
qadha’ dan bersedekah secupak makanan asasi
bagi setiap hari yang ditinggalkannya.
Antara masalah lain yang sama dengan masalah ini ialah seperti orang yang
terpaksa berbuka puasa untuk menyelamatkan orang lain yang sedang diancam
kemusnahan. Dia wajib mengqadhakan puasanya dan bersedekah dengan satu
cupak makanan.

Abu Daud (2318) meriwayatkan daripada Ibnul Abbas r.a mengenai ayat :

‫ فدية طعام مسكين‬,‫وعلى الذين يطيقونه‬


“ dan diwajibkan ke atas ornag –orang yang tidak terdaya berpuasa (kerana tua
dan sebagainya )membayar fidyah (dengan ) memberi makan orang –orang
miskin”. Al-baqarah :184
Beliau berkata : “ Ayat ini merupakan
rukhsah (keringanan) bagi lelaki dan wanita
yang terlalu tua: Sekiranya kedua-keduanya
tidak mampu untuk berpuasa lalu mereka
berbuka maka mereka hendaklah memberi
makan orang miskin bagi setiap hari yang
ditinggalkan. Ayat ini merupakan ruksah
bagi wanita hamil dan wanita yang
menyusukan anak sekiranya mereka
bimbang (terhadap anak mereka), mereka
boleh berbuka tetapi haruslah memberi
makanan kepada fakir miskin sebagai
fidyah.
KESIMPULANYA
fidyah. MASALAH:

1. Musafir.
2. Orang yang terlalu tua .
3. Orang yang sakit ,sama ada sementara atau berterusan (iaitu tiada harapan untuk sembuh).
4. Wanita hamil.
5. Wanita yang menyusukan anak.

HUKUMNYA:

Dibolehkan berbuka puasa tetapi haruslah,

 Qadha puasa.
 Sekiranya ia tidak berkesempatan qadha puasa, maka haruslah dia memberi makan iaitu
makanan asasi kepada orang miskin sebagai
SEKIAN……..

Anda mungkin juga menyukai