Anda di halaman 1dari 4

KENAPA UMAT ISLAM PERLU BERPUASA?

Ayat Al-Qur’an yang memerintahkan kaum muslimin untuk melakukan ibadah puasa
adalah seperti dalam Surah Al-Baqarah, ayat 183.

Firman Allah Ta’ala :

Maksudnya : “Wahai orang-orang yang beriman telah diwajibkan ke atas kamu


berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas umat-umat yang sebelum kamu
semoga kamu menjadi orang-orang yang bertaqwa”. (Surah Al-Baqarah: Ayat 183)
Menurut artikel daripada IKIM.fm, ibadah puasa telah difardukan pada 2 Syaaban,
tahun ke 2H.

10 PERKARA ASAS TENTANG IBADAH PUASA DI BULAN


RAMADHAN
1. PENGERTIAN PUASA
Ertinya menahan diri dari makan dan minum dan dari segala perbuatan yang boleh
membatalkan puasa mulai dari terbit fajar hinggalah terbenam matahari.

2. HUKUM PUASA RAMADHAN


Ibadah puasa di bulan Ramadhan adalah wajib bagi mereka yang memenuhi
syaratnya.

Selain puasa di bulan Ramadhan, puasa yang wajib ditunaikan adalah puasa
kifarah, puasa nazar, dan puasa ganti (qada’).

3. SYARAT-SYARAT WAJIB PUASA


Seseorang yang memiliki semua sifat di bawah adalah wajib ke atasnya untuk
menunaikan ibadah puasa.

 Islam
 Baligh
 Berakal
 Berupaya (sihat)
 Bermukim

4. NIAT PUASA RAMADHAN


5. PERKARA YANG DISUNATKAN KETIKA BERPUASA
 Makan Sahur serta melambatkannya
 Menyegerakan berbuka puasa & sunat berbuka dengan buah kurma atau
benda-benda yang manis
 Menjamu orang-orang yang berbuka puasa
 Mandi junub,haid dan nifas sebelum fajar
 Memperbanyakkan ibadah dan berbuat kebaikan
 Membaca Al-Quran
 Beriktikaf terutama 10 hari terakhir bulan Ramadhan

6. PERKARA MAKRUH DILAKUKAN KETIKA BERPUASA


 Berbekam
 Mengeluarkan darah
 Berkucup / bercium
 Merasa makanan
 Bersugi selepas gelincir matahari
 Mencium wangian

7. PERKARA YANG MEMBATALKAN PUASA


 Memasukkan sesuatu ke dalam rongga dengan sengaja kecuali terlupa
 Makan dan minum dengan sengaja
 Muntah dengan sengaja
 Bersetubuh atau keluar mani dengan sengaja
 Keluar darah haid dan nifas
 Gila
 Pitam atau mabuk sepanjang hari
 Murtad

8. DOA KETIKA BERBUKA PUASA

9. BAGAIMANA JIKA TAK MAMPU BERPUASA?


Antara golongan yang diberi keringanan daripada menjalankan ibadah puasa
adalah:
1. Orang sakit
2. Orang yang dalam perjalanan (Musafir)
3. Ibu mengandung
4. Ibu yang menyusukan anak
5. Orang tua yang tidak mampu berpuasa
6. Pekerja yang melakukan kerja berat
Golongan di atas diharuskan ke atas mereka berbuka sekiranya tidak terdaya.

Namun, wajib menggantikan puasa Ramadhan bagi yang membatalkan puasa


Ramadhannya samada kerana keuzuran ataupun tanpa sebarang keuzuran. Jika
tidak mampu juga, diwajibkan membayar fidyah.
Firman Allah Ta’ala :

Maksudnya : “(Puasa yang diwajibkan itu ialah) beberapa hari yang tertentu maka
sesiapa diantara kamu yang sakit atau dalam musafir (bolehlah ia berbuka)
kemudian wajiblah ia berpuasa sebanyak (hari yang dibuka) itu pada hari-hari yang
lain dan wajib ke atas orang-orang yang tidak terdaya berpuasa (kerana tuanya dan
sebagainya) membayar fidyah iaitu memberi makan orang miskin (secupak bagi
tiap-tiap satu hari yang tidak dikerjakan puasa) maka sesiapa yang dengan sukarela
memberikan (bayaran fidyah) lebih dari yang di tentukan itu maka itu adalah suatu
kebaikan baginya dan (walaupun demikian) berpuasa itu lebih baik bagi kamu
(daripada memberi fidyah) kalau kamu mengetahui ”. (Surah Al-Baqarah Ayat 184)

10. KIFARAH PUASA


Seseorang suami yang merosakkan puasanya dalam bulan Ramadhan dengan
melakukan persetubuhan (hubungan seks) maka dia wajib membayar kifarah
(denda).

Isteri tidak wajib mengeluarkan kifarah tetapi wajib menggantikan (qada’) puasa
yang terbatal.

Kifarah bagi puasa yang batal atau rosak ialah :

1. Membebaskan seorang hamba yang beriman


2. Jika tiada hamba untuk dibebaskan, wajib ke atasnya berpuasa 2 bulan
berturut-turut
3. Jika tidak mampu berpuasa, wajib dia memberikan makan 60 orang fakir
miskin setiap seorang mendapat secupak makanan asasi negeri itu.

IBADAH PUASA PENUH HIKMAH


Setiap yang diwajibkan ke atas seseorang Muslim tentulah mempunyai kebaikan
tertentu. Antaranya, melahirkan perasaan belas kasihan terhadap golongan miskin
serta mendidik budi pekerti untuk memiliki sifat-sifat terpuji.
Ibadah puasa di bulan Ramadhan bukan sekadar mengisi kekosongan rohani, malah
ia juga mempunyai pelbagai manfaat dari sudut sains. Antaranya, ia membantu
merehatkan perut serta usus dan mencegahnya daripada bakteria.
Ternyata, Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk setiap makhluknya.

Selamat berpuasa!

Anda mungkin juga menyukai