Anda di halaman 1dari 33

BAHAYA SYI’AH KEPADA AQIDAH, SYARIAH, AKHLAK,

UMMAH DAN NEGARA

MUQADDIMAH

Ajaran Syi’ah pada hakikatnya adalah satu ajaran yang dirancang dan disusun
sekian lama oleh musuh-musuh Islam. Ia merupakan hasil dan buah daripada pokok-
pokok beracun yang ditanam oleh musuh-musuh Islam di bumi Islam.

Untuk mengetahui betapa bahayanya ajaran Syi’ah kepada aqidah, syariah dan
umat Islam, perlu kita merenung kembali sejarah silam ke zaman khalifah Islam
ketiga, ketika mana gerakan menentang khalifah dan usaha-usaha menggugat
perpaduan umat di setiap wilayah yang dikuasai Islam pada masa itu dilancarkan
begitu hebat sehingga akhirnya terkorban syahid Khalifah Umat Islam Uthman bin
Affan yang telah dikahwinkan oleh Rasulullah s.a.w. dengan dua orang cahaya
matanya, seorang yang berkali-kali dinyatakan oleh Rasulullah s.a.w. sebagai ahli
syurga kerana besar jasa dan sumbangan yang diberikan oleh Uthman dengan
mencurahkan harta bendanya yang banyak untuk melengkapkan `Jaisyu al ‘Usrah.
Rasulullah s.a.w. bersabda bermaksud: “Selepas hari ini tiada amalan lagi boleh
merosakkan Uthman.”(Sunan at-Termizi, Musnad Ahmad)

Perancangan untuk memecahbelahkan umat Islam dari dalam itu dengan cara
penyusupan masuk ajaran yang bukan Islam ke dalam masyarakat Islam yang
dikenali dengan gerakan Ibnu Saba’ telah berjaya memecahbelahkan perpaduan
Umat Islam selama ini. Umat Islam setelah itu tidak lagi dapat menumpukan
perhatian mereka kepada musuh Islam dan pedang mereka tidak lagi terhunus ke
muka musuh-musuh yang terdiri daripada Yahudi, Nasrani, Majusi dan sebagainya
tetapi sebaliknya mereka mula bercakaran sesama sendiri. Pedang dan lembing
mereka mula bergemerincing di medan perang saudara sehingga beberapa lama.

Jika di zaman masyarakat Islam yang sebilangan besarnya terdiri daripada orang-
orang yang dididik oleh Rasulullah s.a.w. sendiri dan masih ramai orang yang
imannya teguh dan keyakinan tentang Islam begitu mendalam, racun-racun yang
disemburkan oleh mereka itu telah dapat juga melemahkan sebahagian anggota
masyarakat Islam sehingga menimbulkan huru-hara yang berpanjangan,
bayangkanlah bagaimana agaknya jika racun yang begitu berbisa itu disemburkan
ke tubuh masyarakat Islam hari ini yang mana anggotanya terdiri daripada orang-
orang yang lemah aqidahnya, cetek pengetahuannya tentang selok belok ajaran
Islam dan tidak pula mendapat pendidikan Islam yang sempurna, tentu sekali dalam
masa yang singkat wajah masyarakat Islam akan berubah kepada rupa yang
sungguh menakutkan.

Apakah intisari ajaran Syi’ah permulaan yang dikepalai oleh Ibnu Saba’ itu? Apakah
fahaman-fahaman tajaan Syi’ah permulaan yang telah berjaya menggugat Islam
dari dalam dan telah melemahkan ikatan persaudaraan Islam pada ketika itu?
Jawapannya akan kita temui dalam ajaran dan fahaman Syi’ah hari ini.

   ~1~ 
Umat Islam hari ini perlu menjadikan sejarah yang lampau sebagai pengajaran dan
iktibar, jika tidak sejarah akan berulang lagi. Tidak mungkin umat Islam yang
berpegang dengan al-Quran dan as-Sunnah boleh terperangkap dengan
jerangkap-jerangkap yang dipasang oleh musuh-musuh yang telah tercatat dalam
sejarah muram mereka.

Mukmin sejati mustahil akan terjebak ke dalam fahaman-fahaman salah yang


dikemukakan oleh musuh-musuh yang pernah menikam nenek moyang mereka
dahulu kerana Rasulullah s.a.w. telah bersabda:

‫ﻴ ﹺﻦ‬‫ﺗ‬‫ﺮ‬ ‫ﻣ‬ ‫ﺪ‬ ‫ﺣ‬ ‫ﺍ‬‫ﺤ ﹴﺮ ﻭ‬


 ‫ﻦ ﺟ‬ ‫ﻣ‬ ‫ﻣﻦ‬ ‫ﺆ‬ ‫ﺪﻍﹸ ﺍﹾﻟﻤ‬ ‫ ﹾﻠ‬‫ﻢ ﻗﹶﺎ ﹶﻝ ﻟﹶﺎ ﻳ‬ ‫ﺳﻠﱠ‬ ‫ﻭ‬ ‫ﻪ‬ ‫ﻴ‬‫ﻋﹶﻠ‬ ‫ﻪ‬ ‫ﺻﻠﱠﻰ ﺍﻟﱠﻠ‬
 ‫ﻲ‬ ‫ﻨﹺﺒ‬‫ﻦ ﺍﻟ‬ ‫ﻋ‬ ‫ﺮ ﹶﺓ‬ ‫ﻳ‬‫ﺮ‬ ‫ﻫ‬ ‫ﻦ ﹶﺃﺑﹺﻲ‬ ‫ﻋ‬
Maksudnya: daripada Abu Hurairah r.a. daripada Nabi s.a.w. sabdanya: “Orang
mukmin tidak disengat dua kali di lubang yang sama.”(Sahih Muslim)

Walaupun golongan Syi’ah hari ini menafikan hubungannya dengan ajaran yang
dibawa oleh Ibnu Saba’ dan rakan-rakannya namun penafian itu tidaklah
membawa apa-apa erti jika persamaan di antara kedua-duanya diketahui dan
diakui oleh umum termasuk pengikut Syi’ah sendiri. Lihatlah kepada at-Thusi, seorang
tokoh ulamak mutaqaddimin Syi’ah, beliau dianggap sebagai tokoh yang
mendalam ilmunya tentang riwayat dan rijal menuliskan di dalam kitabnya yang
dianggap sebagai kitab yang terpenting tentang Rijal Syi’ah yang dikenali dengan
`Rijal Kasyi’. Sebahagian ahli ilmu menyebut bahawa Abdullah Ibnu Saba’ adalah
seorang Yahudi yang kemudiannya memeluk Islam dan membela Sayyidina Ali a.s.
Semasa beragama Yahudi dia berpendapat Yusya’ bin Nun merupakan Washi bagi
Nabi Musa secara ekstrim. Setelah dia masuk Islam (secara pura-pura), fahaman
yang sama dibawakan tentang Ali sebagai Washi bagi Rasulullah s.a.w.
sepeninggalan Baginda s.a.w. Dialah orang yang mula-mula mengisytiharkan
kewajiban melantik Ali sebagai Imam, menyatakan secara terbuka penentangannya
terhadap musuh-musuh Ali dan berlepas diri dari mereka bahkan mengkafirkan
mereka. Dari sinilah orang yang menentang Syi’ah mengatakan punca ajaran Syi’ah
dan Rafidhah ialah Agama Yahudi. (Rijal Kasyi Hal: 108)

Di antara tokoh-tokoh Syi’ah yang juga telah menyebutkan perkara yang sama ialah
an-Naubakhti dalam “Firaq asy-Syi’ah” (hal: 43-44), al-Hulli dalam “Kitab al-Rijal” (hal:
469), Mamaqami seorang tokoh ulamak mutaakhir Syi’ah tentang Rijal dalam
kitabnya “Tanqihu al-Maqal” Jilid 2 hal: 184), al-Ustarabadi dalam kitab “Manhaju al-
Maqal” (hal: 203), Ibnu Abi al-Hadid dalam “Syarah Mahju al-Balaghah” (Jilid 2 hal:
309), Syeikh Abbas al-Qummi dalam kitabnya “Tuhfatu al-Ahbab” (hal: 184) dan lain-
lain. (lihat lampiran no. 1)

Di kalangan tokoh-tokoh ahli Sunnah pula yang menyebutkan ajaran Ibnu Saba’ dan
peranannya dalam memecahbelahkan umat Islam ialah Abu Hasan al-Asyaari
dalam “Maqalat al-Islamiyin” (Jilid 1 hal:50), Abdul Qahir al-Baghdadi dalam “al-
Farqu Baina al-Firaq” (hal: 233-235), al-Isfiraini dalam “at-Tabsir fi ad-Din” (hal: 108-
109), Syahrastani dalam “al-Milal wa an-Nihal” (Jilid 2 hal: 11), at-Tabari dalam “Tarikh
al-Umam wa al-Muluk” (Jilid 5 hal 90), Ibnu Kathir dalam “al-Bidayah wa an-Nihayah”

   ~2~ 
(Jilid 7 Hal: 167), Hafiz Ibnu Hajar dalam “Lisan al-Mizan” (Jilid 3 hal: 289) dan lain-
lain.(lihat lampiran no. 2)

Sebenarnya jika kita perhatikan dengan teliti dan kita mengkaji ajaran Syi’ah dari
semua aspek aqidah, syariah, akhlak dan lain-lain maka kita akan dapati ajaran-
ajaran itu telah dirancang sebegitu rupa untuk mengambil alih agama Islam yang
sedia ada supaya umat Islam secara tidak sedar menganut dan mengamalkan
ajaran-ajaran yang bukan berasal dari Islam sama sekali. Pada ketika itu Islam yang
dianuti pada hakikatnya hanya nama semata-mata atau Islam yang palsu dan Islam
yang palsu itu tentu sekali tidak membimbangkan atau menggugat kedudukan
agama-agama dan fahaman-fahaman lain yang terdapat di dunia. Segala-galanya
disusun dan direncanakan sehingga umat Islam sendiri yang pengetahuannya tidak
begitu mendalam tentang Islam dapat menerima ajaran yang dikemukakan mereka
sebagai ajaran Islam.

Di sini kita akan mendedahkan kepalsuan ajaran Syi’ah, percanggahannya dengan


agama Islam yang suci dan bahayanya kepada umat Islam di setiap tempat supaya
agama yang mereka mahu hapuskan dan lenyapkan dari muka bumi (Islam) ini
tetap akan mengibarkan bendera kemenangannya sesuai dengan firman Allah:

‫ﺸ ﹺﺮﻛﹸﻮ ﹶﻥ‬
 ‫ﻤ‬ ‫ﻩ ﺍﹾﻟ‬ ‫ﻮ ﹶﻛ ﹺﺮ‬ ‫ﻭﹶﻟ‬ ‫ﻪ‬ ‫ﻳ ﹺﻦ ﻛﹸﱢﻠ‬‫ﻋﻠﹶﻰ ﺍﻟﺪ‬ ‫ﺮﻩ‬ ‫ ﹾﻈ ﹺﻬ‬‫ﻟﻴ‬ ‫ﻖ‬ ‫ﺤ‬
 ‫ﻳ ﹺﻦ ﺍﹾﻟ‬‫ﻭﺩ‬ ‫ﻯ‬‫ﻬﺪ‬ ‫ ﺑﹺﺎﹾﻟ‬‫ﻮﹶﻟﻪ‬‫ﺭﺳ‬ ‫ﺳ ﹶﻞ‬ ‫ﺭ‬ ‫ﻱ ﹶﺃ‬‫ﻮ ﺍﱠﻟﺬ‬ ‫ﻫ‬

“Dialah yang telah mengutuskan Rasulnya (dengan membawa) petunjuk (al-Quran)


dan agama yang benar untuk dimenangnya atas segala agama walaupun orang-
orang musyrikin tidak menyukainya” (at-Taubah –ayat 33).

Di antara bahaya dan percanggahan ajaran Syi’ah dengan Islam yang akan
dikemukakan di sini ialah:

1. Bahayanya kepada aqidah

2. Bahayanya kepada syariat

3. Bahayanya kepada akhlak.

4. Bahayanya kepada ummat.

5. Bahayanya kepada negara.

1. BAHAYANYA KEPADA AQIDAH

1.1.1 Aqidah Syirik Dengan Allah

1.1.2 Muhammad Bin Yaakub al-Kulaini meriwayatkan dalam “Ushul Kahfi” dari Abi
Abdillah, kata beliau:-“Sesungguhnya dunia dan akhirat adalah kepunyaan Imam.
Dia boleh meletakkannya di mana dikehendaki dan memberikan kepada sesiapa

   ~3~ 
yang dikehendakinya. Itu adalah satu kebenaran dari pihak Allah kepadanya.”( al-
Kafi jilid 1 hal :409, bab “dunia ini semuanya kepunyaan Imam”)(lihat lampiran no. 3)

Sedangkan Allah telah berfirman di dalam al-Quran yang berbunyi:-

"‫"ﺇﻥ ﺍﻷﺭﺽ ﷲ ﻳﻮﺛﺮﻫﺎ ﻣﻦ ﻳﺸﺂﺀ ﻣﻦ ﻋﺒﺎﺩﻩ‬

“Sesungguhnya bumi ini kepunyaan Allah. Diberikannya kepada sesiapa yang


dikehendakinya dari hamba-hambanya” ( al-A’raf Ayat 128)

Allah berfirman:-

"‫"ﷲ ﻣﻠﻚ ﺍﻟﺴﻤﻮﺍﺕ ﻭﺍﻷﺭﺽ‬

“Kepunyaan-Nyalah kerajaan langit dan bumi…..”(al-Hadid Ayat 2)

1.1.3 Allah menyatakan sifatnya dalam al-Quran sebagai yang awal dan akhir,
yang zahir dan yang batin sebagaimana firmanNya:-

"‫"ﻫﻮ ﺍﻷﻭﻝ ﻭﺍﻷﺧﺮ ﻭﺍﻟﻈﺎﻫﺮ ﻭﺍﻟﺒﺎﻃﻦ‬

Bermaksud: “Dialah yang awal dan akhir, yang zahir dan yang batin”(al-Hadid ayat
3)

Tetapi Syi’ah meriwayatkan kononnya Saidina Ali r.a berkata:-

"‫" ﺍﻧﺎ ﺍﻷﻭﻝ ﻭﺍﻧﺎ ﺍﻷﺧﺮ ﻭﺍﻧﺎ ﺍﻟﻈﺎﻫﺮ ﻭﺍﻧﺎ ﺍﻟﺒﺎﻃﻦ ﻭﺍﻧﺎ ﻭﺍﺭﺙ ﺍﻷﺭﺽ‬

Bermaksud: “Akulah yang awal dan yang akhir, akulah yang zahir dan akulah yang
batin, akulah pewaris bumi……..”(Rijal al-Kasyi hal :211)

Sedangkan Allah berfirman:-

"‫" ﺍﻧﺎ ﳓﻦ ﻧﺮﺙ ﺍﻷﺭﺽ ﻭﻣﻦ ﻋﻠﻴﻬﺎ‬

“Kamilah pewaris bumi dan sekelian makhluk yang ada di atasnya”(Surah Maryam
Ayat 40)

1.1.4 al-Kulaini menyebut dalam Usul Kafi bahawa Imam Muhammad al-Baqir
berkata: “Kami adalah wajah Allah, Kami adalah mata Allah di kalangan
makhlukNya dan Kami adalah tanganNya yang terhampar menghulurkan rahmat
kepada hambaNya.” (Usul Kafi Hal.83). Begitu juga diriwayatkan dari Abi Abdillah
(Ja’far as-Sadiq) bahawa Amirul Mukminin Ali a.s selalu berkata: “Akulah pembahagi
syurga dan neraka bagi pihak Allah……aku dikurniakan beberapa keistimewaan
yang tidak pernah dikurniakan kepada sesiapa pun sebelumku, aku mengetahui

   ~4~ 
kematian dan bencana yang menimpa manusia, keturunan mereka dan
kemampuan memutuskan perkara yang tepat. Sesuatu yang telah berlaku tidak
terlepas dari pengetahuanku dan tidak tersembunyi dari pengetahuanku apa yang
tidak ada di hadapanku.” (Kitab al-Hujjah Min al-Kafi j.1 hal:197)

Seorang ahli tafsir Syi’ah yang terkenal bernama Maqbul Ahmad dalam tafsirnya
ketika mentafsirkan ayat berbunyi :-

"‫" ﻛﻞ ﺷﻰﺀ ﻫﺎﻟﻚ ﺍﻻ ﻭﺟﻬﻪ‬

“Segala sesuatu akan binasa kecuali wajahNya……….”( al-Qashah Ayat 88),


meriwayatkan bahawa Ja’far as-Sadiq mentafsirkan ayat ini dengan: “Kamilah
wajah Allah itu.”(lihat lampiran no. 4)

1.1.5 Al-Kulaini mengadakan satu bab bertajuk:-

“Para Imam mengetahui perkara yang lalu dan yang akan datang dan tidak
tersembunyi daripada pengetahuan mereka sesuatu pun”.

Di dalam bab ini beliau mengemukakan satu riwayat dari Ja’afar as-Sadiq bahawa
beliau berkata:

“Sesungguhnya aku mengetahui apa yang ada di langit dan di bumi. Aku
mengetahui apa yang ada di syurga dan di neraka. Aku mengetahui perkara yang
berlalu dan perkara yang akan datang.” (Ibid jilid 1 hal 261)

1.1.6 Di dalam kitab yang sama tersebut bahawa para Imam boleh menghalalkan
dan mengharamkan apa yang mereka kehendaki dan mereka sekali-kali tidak
menghendaki melainkan apa yang dikehendaki Allah. (al-Ushul Min al-Kafi jilid1
hal:441) Sedangkan Allah berfirman di dalam al-Quran:-

‫ﻚ‬
 ‫ﻪ ﹶﻟ‬ ‫ﺣﻞﱠ ﺍﻟﱠﻠ‬ ‫ﺎ ﹶﺃ‬‫ﻡ ﻣ‬ ‫ﺤﺮ‬
 ‫ﺗ‬ ‫ﻢ‬ ‫ﻟ‬ ‫ﻲ‬ ‫ﻨﹺﺒ‬‫ﺎ ﺍﻟ‬‫ﻳﻬ‬‫ﺎ ﹶﺃ‬‫ﻳ‬

“Hai Nabi, mengapa kamu mengharamkan apa yang Allah halalkan bagimu”.(at-
Tahrim Ayat 1)

Ini bermakna Syi’ah menyengutukan Allah dengan para Imam mereka dalam
mengharamkan dan menghalalkan sesuatu, di dalam kitab itu juga al-Kulaini
meriwayatkan bahawa as-Sadiq berkata:-

“Mana-mana Imam yang tidak mengetahui sesuatu yang akan menimpanya dan
ke mana mereka akan pergi maka ia bukanlah hujjah dari pihak Allah kepada
makhlukNya.” (al-Usul Min al-Kafi jilid hal:285)

Sedangkan Allah berfirman yang bermaksud:-

‫ﻪ‬ ‫ﺐ ﹺﺇﻟﱠﺎ ﺍﻟﱠﻠ‬


 ‫ﻴ‬‫ﻐ‬ ‫ﺽ ﺍﹾﻟ‬
‫ﺭ ﹺ‬ ‫ﺍﹾﻟﹶﺄ‬‫ﺕ ﻭ‬
 ‫ﺍ‬‫ﺎﻭ‬‫ﺴﻤ‬
 ‫ﻲ ﺍﻟ‬‫ﻦ ﻓ‬ ‫ﻣ‬ ‫ﻌﹶﻠﻢ‬ ‫ﻳ‬ ‫ﹸﻗ ﹾﻞ ﻟﹶﺎ‬

   ~5~ 
“Katakan tiada siapa pun mengetahui perkara ghaib di langit dan di bumi
melainkan Allah” (al-Naml Ayat 65)

Di sinilah Syi’ah menyengutukan Allah dengan Imam-Imam mereka dalam


mengetahui perkara ghaib.

1.2. Di antara Aqidah Syi’ah yang sungguh menyesatkan ialah Aqidah Bada’.

Aqidah ini juga telah dipopularkan oleh Ibn Saba’.

1.2.1 Bada’ bermakna:

(a) Nyata atau jelas sesuatu setelah tersembunyi seperti yang terpakai dalam firman
Allah yang berbunyi:-

‫ﻮ ﹶﻥ‬‫ﺴﺒ‬
ِ ‫ﺘ‬‫ﺤ‬
 ‫ﻳ‬ ‫ﻮﺍ‬‫ﻳﻜﹸﻮﻧ‬ ‫ﻢ‬ ‫ﺎ ﹶﻟ‬‫ﻪ ﻣ‬ ‫ﻦ ﺍﻟﻠﱠ‬ ‫ﻣ‬ ‫ﻢ‬ ‫ﻬ‬ ‫ﺍ ﹶﻟ‬‫ﺑﺪ‬‫ﻭ‬

“Dan jelaslah bagi mereka azab dari Allah yang tidak pernah terfikir oleh mereka”
(Surah Az-Zumar Ayat 47)

(b) Timbul fikiran baru tentang sesuatu setelah melihat keadaan yang berlainan dari
apa yang ada dalam pengetahuan seseorang sebelumnya. Ini terpakai dalam
firman Allah yang berbunyi :-

‫ﲔ‬
‫ﺣ ﹴ‬ ‫ﻰ‬‫ﺣﺘ‬ ‫ﻪ‬‫ﻨ‬‫ﻨ‬‫ﺴﺠ‬
 ‫ﻴ‬‫ﺕ ﹶﻟ‬
 ‫ﺎ‬‫ﺍ ﺍﹾﻟ َﺂﻳ‬‫ﺭﹶﺃﻭ‬ ‫ﺎ‬‫ﺪ ﻣ‬ ‫ﻌ‬ ‫ﺑ‬ ‫ﻦ‬ ‫ﻣ‬ ‫ﻢ‬ ‫ﻬ‬ ‫ﺍ ﹶﻟ‬‫ﺑﺪ‬ ‫ﹸﺛﻢ‬

“Kemudian timbul fikiran pada mereka setelah melihat tanda-tanda (kebenaran


Yusuf) bahawa mereka mesti memenjarakannya hingga ke suatu masa” (Surah Yusuf
, Ayat 35)

Kesimpulannya Bada’ bererti jahil tidak mempunyai ilmu yang meliputi. Golongan
Syi’ah mempercayai Allah bersifat dengan sifat al-Bada’.

Di dalam al-Kafi terdapat satu riwayat yang dikemukakan oleh al-Kulaini dari ar-
Rayyan Bin as-Salt, dia berkata: “Aku mendengar ar-Ridha a.s berkata: “Tidak ada
seorang pun nabi yang diutus Allah melainkan ia membawa ajaran tentang
haramnya arak dan ajaran yang memperakui Allah bersifat dengan al-Bada’.” (al-
Usul Min al-Kafi jilid 1 hal.148)

Hakikat Bada’ ini dihuraikan oleh satu riwayat lain dengan lebih jelas lagi, iaitu
riwayat yang dikemukakan oleh al-Kulaini juga dari Abi Hasyim al-Ja’afari katanya:
“Pernah aku berada di samping Abi al-Hassan a.s. sepeninggalan anaknya Abu
Ja’afar. Ketika itu aku berfikir di dalam diriku dan mahu menceritakan kepadanya
apa yang terlintas di hatiku. Seolah-olah Abu Ja’afar dan Abu Muhammad dalam
keadaan ini seperti Abu al-Hassan bin Musa dan Ismail bin Ja’afar bin Muhammad.

   ~6~ 
Kisah kedua-duanya sama kerana Abu Muhammad yang diharapkan (menjadi
Imam sepeninggalan Abu Ja’afar). Tiba-tiba Abu al-Hassan menghadap ke arahku
sebelum lagi aku menceritakan isi hatiku kepadanya, terus dia berkata: “Ya, Wahai
Abu Hasyim memang telah berlaku kepada Allah berhubung dengan Abu
Muhammad sepeninggalan Abu Ja’afar apa yang Ia (Allah) tidak mengetahui
sebelumnya seperti mana telah berlaku kepada Allah tentang Musa sepeninggalan
Ismail. Perkara ini memang seperti apa yang terlintas di hatimu walaupun tidak
disenangi oleh orang-orang yang sesat. Abu Musa adalah anakku yang menjadi
pengganti sesudahku kerana padanya ada pengetahuan yang diperlukan dan
bersamanya ada alat Imamah.” (al-Usul Min al-Kafi jilid 1 hal: 327).

An-Naubakhti menyebutkan bahawa Ja’afar bin Muhammad al-Baqir telah


menentukan anaknya Ismail sebagai Imam sesudahnya dan beliau telah
mengisyaratkan kepadanya semasa hidup lagi, tiba-tiba Ismail mati ketika beliau
masih hidup. Maka Ja’afar pun berkata: “Tidak pernah berlaku kepada Allah (al-
Bada’) berhubung dengan sesuatu seperti mana berlaku kepadanya berhubung
dengan Ismail anakku.” (Firaq as-Syi’ah hal. 84).

1.2.2 Untuk menguatkan lagi aqidah al-Bada’ ini golongan Syi’ah mengemukakan
riwayat yang kononnya berasal daripada Muhammad al-Baqir bahawa Nabi Luth
a.s. juga bimbang akan berlaku Bada’ pada Allah sehingga Baginda tidak sabar-
sabar lagi meminta para malaikat yang diutuskan untuk menyiksa kaumnya supaya
menyegerakan penyiksaan terhadap mereka sebelum berlaku perubahan pada
kehendak Allah kerana sesuatu sebab yang tersembunyi kepadaNya sebelum itu
dan baru nyata kemudian setelah berlaku sebab itu (al-Bada). Inilah dialog Nabi Luth
dengan para Malaikat yang tersebut di dalam riwayat itu:-

Luth berkata kepada mereka: “Wahai utusan-utusan Tuhanku, apakah perintah


Tuhanku kepada kamu terhadap mereka?”

Para Malaikat menjawab: “Ia memerintah kami supaya menimpakan azab ke atas
mereka pada dinihari nanti.”

Nabi Luth berkata: “Aku ada hajat dengan kamu.”

Mereka tanya: “Apakah hajatmu itu?”

Nabi Luth berkata: “Kamu timpakanlah azab ke atas mereka sekarang juga kerana
aku bimbang akan berlaku Bada’ kepada Tuhanku tentang mereka.”

Para malaikat berkata: “Wahai Luth! Sesungguhnya masa yang dijanjikan untuk
menimpakan azab ke atas mereka itu ialah Subuh, bukankah Subuh itu sudah
hampir?”(al-Furu’ Min al-Kafi Jilid 5 Hal: 546).

1.2.3. Al-Bada’ mempunyai kelebihan yang tersendiri dalam aqidah Syi’ah sehingga
mereka menganggapnya sebagai pernyataan ubudiyyah terhadap Allah yang tidak
ada tolok bandingnya. Mereka meriwayatkan dari Muhammad al-Baqir bahawa
beliau berkata: “Tidak ada satu pun pernyataan ubudiyyah kepada Allah yang
menyamai al-Bada’.” (al-usul Min al-Kafi Jilid 1 hal: 146).

   ~7~ 
Daripada Ja’afar as-Sadiq pula mereka meriwayatkan bahawa beliau berkata:
“Tiada suatu pun cara pengagungan terhadap Allah yang menyamai al-Bada’.”
(Ibid).

Dari Ja’afar as-Sadiq juga, mereka meriwayatkan bahawa beliau berkata:


“Sekiranya manusia mengetahui pahala yang terdapat pada memperkatakan dan
mempercayai al-Bada’ tentulah mereka tidak jemu-jemu memperkatakannya.” (al-
Usul Min al-Kafi Jilid 1 hal: 148).

Lihatlah bagaimana Syi’ah menghubungkan sifat jahil kepada Allah s.w.t dan
menganggapnya sebagai puncak pernyataan ubudiyyah kepada Allah sedangkan
Allah s.w.t telah berfirman:-

‫ﺎ‬‫ﻋ ﹾﻠﻤ‬ ‫ﻲ ٍﺀ‬ ‫ﺷ‬ ‫ﻁ ﹺﺑ ﹸﻜﻞﱢ‬


‫ﺎ ﹶ‬‫ﺪ ﹶﺃﺣ‬ ‫ﻪ ﹶﻗ‬ ‫ﻭﹶﺃﻥﱠ ﺍﻟﻠﱠ‬

“Dan sesungguhnya Allah ilmunya meliputi segala sesuatu”. (al-Talaq Ayat 12).

Firman Allah s.w.t:-

‫ﻢ‬ ‫ﻴ‬‫ﻋﻠ‬ ‫ﻲ ٍﺀ‬ ‫ﺷ‬ ‫ ﹺﺑ ﹸﻜﻞﱢ‬‫ﺍﻟﻠﱠﻪ‬‫ﻭ‬

“Allah Maha mengetahui tentang segala sesuatu”. (Surah An Nisa’ Ayat 176)

Firman Allah s.w.t:-

‫ﺎ ِﺀ‬‫ﺴﻤ‬
 ‫ﻲ ﺍﻟ‬‫ﻭﻟﹶﺎ ﻓ‬ ‫ﺽ‬
‫ﺭ ﹺ‬ ‫ﻲ ﺍﹾﻟﹶﺄ‬‫ﻲ ٌﺀ ﻓ‬ ‫ﺷ‬ ‫ﻪ‬ ‫ﻴ‬‫ﻋﹶﻠ‬ ‫ﺨﻔﹶﻰ‬
 ‫ﻳ‬ ‫ﻪ ﻟﹶﺎ‬ ‫ﹺﺇﻥﱠ ﺍﻟﻠﱠ‬

“Sesungguhnya tidak ada satu pun yang tersembunyi kepada Allah baik di bumi
mahupun di langit”. (Surah Ali Imran Ayat 5).

Firman Allah s.w.t:-

‫ﻢ‬ ‫ﻴ‬‫ﺮﺣ‬ ‫ﻦ ﺍﻟ‬ ‫ﻤ‬ ‫ﺣ‬ ‫ﻮ ﺍﻟﺮ‬ ‫ﺓ ﻫ‬ ‫ﺩ‬ ‫ﺎ‬‫ﺸﻬ‬
 ‫ﺍﻟ‬‫ﺐ ﻭ‬
‫ﻴ ﹺ‬‫ﻐ‬ ‫ ﺍﹾﻟ‬‫ﻟﻢ‬‫ﺎ‬‫ﻮ ﻋ‬ ‫ﻪ ﹺﺇﻟﱠﺎ ﻫ‬ ‫ﻱ ﻟﹶﺎ ﹺﺇﹶﻟ‬‫ﻪ ﺍﱠﻟﺬ‬ ‫ﻮ ﺍﻟﱠﻠ‬ ‫ﻫ‬

“Dialah Allah yang tiada Tuhan selain Dia, yang mengetahui yang ghaib dan yang
nyata, Dialah yang maha pengasih lagi maha penyayang”. (Surah al-Hasyr ayat 22).

1.3 Di antara aqidah Syi’ah ialah at-Tahrif fi al-Quran, iaitu satu aqidah tentang
al-Quran yang ada di tangan umat Islam hari ini sudah diubah, ditokok tambah dan
diselewengkan. Di antara ulamak Syi’ah yang mengakui berlakunya tahrif kepada al-
Quran adalah Allamah Husain bin Muhammad Taqiy an-Nuuri at-Thabarsi bilamana
beliau menukilkan kata-kata Sayyid Ni'matullah al-Jazaairi di dalam kitabnya Al-
Anwar An-Nu'maniyyah yang berbunyi:

   ~8~ 
‫ﺃﻥ ﺍﻷﺻﺤﺎﺏ ﻗﺪ ﺃﻃﺒﻘﻮﺍ ﻋﻠﻰ ﺻﺤﺔ ﺍﻷﺧﺒﺎﺭ ﺍﳌﺴﺘﻔﻴﻀﺔ ﺑﻞ ﺍﳌﺘﻮﺍﺗﺮﺓ ﺍﻟﺪﺍﻟﺔ ﺑﺼـﺮﳛﻬﺎ ﻋﻠـﻰ ﻭﻗـﻮﻉ‬
‫ﺍﻟﺘﺤﺮﻳﻒ ﰲ ﺍﻟﻘﺮﺁﻥ‬
Bermaksud: "Sesungguhnya tokoh-tokoh Syi’ah telah sepakat tentang sahihnya
hadits-hadits yang sampai ke peringkat mutawaatir yang menunjukkan dengan jelas
tentang berlakunya penyelewengan terhadap al-Quran.” (Fashlul Khitab Fi Tahrif
Kitabi Rabbil Arbab m.s. 31).

1.4 Aqidah al-Imamah dan al-Walayah, iaitu kepercayaan bahawa Imam-


Imam dua belas itu dilantik berdasarkan nas dan mereka adalah ma’asum serta
wajib ditaati. Kepercayaan ini begitu penting di dalam ajaran Syi’ah, sehingga ia
merupakan salah satu syarat keimanan dan dianggap terpenting dari antara rukun-
rukun Islam yang lain. Setiap Nabi yang datang telah mengakui keimaman dan
walayah Ali dan seseorang yang tidak mengenal Imam-Imamnya dianggap tidak
mengenal Allah. Kepercayaan ini terdapat dalam mana-mana kitab Syi'ah
terutamanya kitab al-Kafi. Antaranya:

‫ ﻋﻠﻰ ﺍﻟﺼﻼﺓ ﻭﺍﻟﺰﻛﺎﺓ‬:‫ ﺑﲏ ﺍﻻﺳﻼﻡ ﻋﻠﻰ ﲬﺲ‬:‫ ﻋﻦ ﺃﰊ ﺟﻌﻔﺮ ﻋﻠﻴﻪ ﺍﻟﺴﻼﻡ ﻗﺎﻝ‬،‫ﻋﻦ ﻓﻀﻴﻞ ﺑﻦ ﻳﺴﺎﺭ‬
‫ ﻓﺄﺧﺬ ﺍﻟﻨﺎﺱ ﺑﺄﺭﺑﻊ ﻭﺗﺮﻛﻮﺍ ﻫﺬﻩ ﻳﻌﲏ‬،‫ﻭﺍﻟﺼﻮﻡ ﻭﺍﳊﺞ ﻭﺍﻟﻮﻻﻳﺔ ﻭﱂ ﻳﻨﺎﺩ ﺑﺸﺊ ﻛﻤﺎ ﻧﻮﺩﻱ ﺑﺎﻟﻮﻻﻳﺔ‬
.‫ﺍﻟﻮﻻﻳﺔ‬

Al-Kulaini meriwayatkan dari Fudhail dari Abi Jaafar a.s. Kata beliau: “Islam
ditegakkan di atas lima perkara; sembahyang, zakat, puasa, haji dan walayah. Tidak
ada satu pun daripada rukun-rukun yang tersebut yang diseru sebagaimana seruan
yang diberikan kepada al-Walayah. Lalu manusia mengambil keempat-empatnya
dan meninggalkan yang ini, iaitu walayah.” (al-Usul Min al-Kafi – jilid 2 halaman 20)

1.5 Aqidah Takfir as-Sahabah, Iaitu akidah tentang majoriti para sahabat telah
murtad yang tidak tersembunyi kepada sesiapa sahaja yang pernah membaca
kitab-kitab Syi’ah, sehingga bolehlah dikatakan tidak ada sebuah kitab Syi’ah yang
muktabar terutamanya yang ditulis oleh ulamak-ulamak mereka yang lalu melainkan
pasti tersebut di dalamnya riwayat-riwayat yang mengkafirkan atau memurtadkan
para sahabat atau melaknat, memaki hamun dan melakukan tabarri (tabarra –
yakni menyatakan sikap berlepas diri dan tidak mempunyai hubungan kasih sayang)
terhadap mereka. Tidak terlepas daripada tuduhan-tuduhan mereka sahabat-
sahabat besar Rasullullah s.a.w sekalipun seperti Sayyidina Abu Bakar, Umar, Uthman,
Abdul Rahman bin ‘Auf, isteri-isteri Rasullullah s.a.w dan lain-lain.

1.6 Ar-Raj’ah iaitu satu aqidah dan kepercayaan Syi’ah tentang para Imam
akan dibangkitkan sebelum kiamat untuk menuntut bela dan menghukum orang-
orang zalim yang telah merampas hak-hak mereka. Kepercayaan ini merupakan
perkara yang telah diijmakkan oleh para ulamak Syi’ah. Antaranya Syeikh Mufid
menyebutkan:

"‫"ﻭﺍﺗﻔﻘﺖ ﺍﻹﻣﺎﻣﻴﺔ ﻋﻠﻰ ﻭﺟﻮﺏ ﺭﺟﻌﺔ ﻛﺜﲑ ﻣﻦ ﺍﻷﻣﻮﺍﺕ‬

   ~9~ 
Bermaksud: “Golongan Imamiah sependapat tentang wajibnya raj’ah (kembali)
sebahagian besar dari orang-orang mati ke dunia sebelum qiamat.”(Awaailu al-
Maqaalat, hal 52)

2. BAHAYANYA KEPADA SYARIAT

Sememangnya musuh-musuh Islam yang merupakan pengasas Syi’ah melalui ajaran


yang diada-adakan mereka bermaksud supaya diketepikan dan diperkecilkan
syariat yang dibawa oleh Nabi s.a.w. Syariat yang dikemukakan oleh mereka tentu
sekali akan bertentangan dengan al-Quran dan as-Sunah.

2.1 Jika al-Quran menyatakan bahawa “Seseorang akan diberi balasan dan
ganjaran mengikut amal yang dilakukan olehnya” (an-Naml ayat 39), “Seseorang
manusia tidak menanggung dosa seseorang yang lain” (al-An’am ayat 164), “Tiap-
tiap diri bertanggungjawab atas apa yang telah diperbuatnya” (al-Muddatsir ayat
38), “Orang-orang yang tidak bersembahyang akan dimasukkan ke dalam neraka”
(al-Muddatsir ayat 41 dan 42), “Orang-orang yang menyengutukan Allah dengan
sesuatu yang lain dan membunuh orang-orang yang tidak bersalah dan orang-
orang yang berzina akan diisikan kedalam neraka pada hari Qiamat nanti kecuali
yang bertaubat, beriman dan mengerjakan amal soleh” (al-Furqan ayat 68, 69 & 70),
maka Syi’ah pula akan mengatakan itu semua tidak penting asalkan seseorang
sudah mempunyai perhubungan kasih sayang dengan para Imam.

Mereka meriwayatkan bahawa Ja’afar as-Sadiq berkata kepada golongan Syi’ah:


“Ketahuilah demi Allah! Tidak akan masuk ke dalam neraka dua orang pun dari
kalangan kamu. Tidak! Demi Allah! Tidak seorang pun!” (ar-Raudhah Jilid 8 hal: 78).

Ja’afar as-Sadiq berkata kepada Syi’ah: “Sesungguhnya suratan amalan setiap


orang dari kamu akan dipenuhkan (dengan pahala tanpa sebarang amalan).” (Ibid-
Jilid 8 hal: 315)

Lebih dari itu Ja’afar as-Sidiq berkata bahkan dia akan bersama Nabi dalam darjat
mereka (Nabi) pada hari Qiamat nanti. (Muqadimah al-Burhan hal: 21).

Ibnu Babwaih al-Qummi meriwayatkan dari Abi al-Hasan ar-Ridha (Imam Ma’asum
yang kelapan di sisi Syi’ah) bahawa Qalam diangkat (tidak dicatitkan dosa) dari
Syi’ah kita. Tidak seorang pun dari Syi’ah kita yang melakukan dosa atau kesalahan
melainkan pasti akan ada perkara yang menghapuskan dosa-dosanya itu walau
pun dia melakukan dosa sebanyak titisan hujan, sebanyak bilangan anak batu dan
pasir, sebanyak bilangan duri dan pokok. (Uyunu Akhbari ar-Ridha Jilid 2 hal: 236).

Mereka juga meriwayatkan satu hadis Qudsi (yang direka oleh mereka) bahawa
Allah berfirman:- “Ali bin Abi Talib adalah hujahKu atas makhlukKu dan cahayaKu
dalam kerajaanKu dan pemegang amanah ilmuKu. Tidak akan masuk ke dalam
neraka orang yang mengenalinya walaupun ia mengingkariku.” (Muqaddimah al-
Burhan hal: 23 dan Kitab al-Khisal al-Qummi, jilid 2 hal: 583).

Ini bererti untuk masuk ke syurga seseorang itu tidak perlu terikat kepada syariat
asalkan ia telah mencintai Ali dan Imam-Imam sesudahnya dan untuk

   ~10~ 
menghindarkan diri dari neraka tidak perlulah seseorang itu meninggalkan maksiat
asalkan ia telah mengenali dan menerima Imam dua belas. Setelah itu bebaslah ia
melakukan apa sahaja yang dikehendakinya kerana Allah akan mengampunkan
mereka, dan mereka akan dimasukkan ke dalam Syurga.

2.2 Golongan Syi’ah juga tidak memandang berat terhadap sembahyang,


zakat dan haji kerana mereka ada meriwayatkan daripada Ja’afar as-Sadiq
bahawa beliau berkata: “Sesungguhnya Allah menghindarkan azab dan kebinasaan
daripada orang yang tidak bersembahyang dari kalangan kita dengan orang yang
bersembahyang daripada Syi’ah kita. Dan sesungguhnya Allah menghindarkan
(azab dan siksaan) daripada Syi’ah yang tidak mengeluarkan zakat dengan Syi’ah
kita yang mengeluarkan zakat dan sesungguhnya Allah menolak azab dan siksaan
daripada Syi’ah kita yang tidak mengerjakan haji dengan Syi’ah kita yang
mengerjakannya.” (Tafsir al-Qummi, jilid 1 hal: 83 dan 84 Tafsir al-Ayyasyi jilid 1 hal:
135). Mereka tidak memandang berat kepada sembahyang, zakat dan haji kerana
dengan adanya segolongan daripada orang yang mengerjakan sembahyang dan
menunaikan haji sudah mencukupi.

Tetapi di sebalik pandangan sepi mereka terhadap ajaran dan syariat yang
ditekankan dan digalakkan oleh Rasulullah s.a.w., mereka mengadakan syariat yang
lain sebagai gantinya. Mereka menggalakan supaya mengerjakannya dan
diperbanyakkan pula fadhilat dan keutamaan orang yang mengerjakannya iaitu
syariat cintakan ahlulbait, ziarah kubur para Imam, menangisi dan meratapi
kematian mereka, menyebarluaskan perhubungan seks yang bebas atas nama
kahwin mut’ah, mewajibkan khumus atas nama Imam mereka yang ghaib,
mengutamakan tanah Karbala berbanding dengan tanah Mekah dan Madinah,
menambah ucapan Syahadah dalam azan dan lain-lain lagi.

2.3 Untuk membuktikan syariat yang diada-adakan oleh mereka itu, mereka
mengemukakan riwayat-riwayat (yang direka oleh mereka) dan mentakwilkan ayat-
ayat sebagai alasan dari pihak syarak atau sebagai surat-surat pengampunan dan
keredhaan dari pihak Allah dan Nabi untuk masuk syurga.

2.3.1 Mereka umpamanya meriwayatkan bahawa menziarahi Husain a.s.


(kuburnya) menyamai seratus haji Mabrur dan seratus haji umrah yang diterima Allah.
(al-Irsyad-Syeikh Mufid Hal: 252).

2.3.2 Mereka meriwayatkan juga bahawa Nabi ada bersabda: “Seseorang yang
menziarahi Husain selepas kematiannya pastilah dia mendapat syurga.”

2.3.3 Untuk mendapat syurga, seseorang yang tidak mampu menziarahi kubur
Saiyidina Husein, cukuplah ia menangisi kesyahidan beliau sebagaimana yang
diriwayatkan daripada Muhamad al-Baqir bahawa beliau berkata tidak jatuh setitik
air mata kerana menagisi al-Husain melainkan pasti Allah akan mengampunkan
dosa seseorang itu walaupun banyaknya dosa itu seperti buih-buih di laut dan
pastilah dia mendapat syurga. (Jila-u al-Uyun- al-Majlisi, jilid 2 Hal: 464 – 468).

2.3.4 Begitu juga mereka meriwayatkan seseorang yang menangisi Ali ar-Ridha
(Imam Ma’asum yang kelapan) pasti akan diharamkan Allah neraka ke atasnya. Ali

   ~11~ 
ar-Ridha berkata; “Tiada seseorang Mukmin pun yang menziarahi kuburku dan
mukanya dibasahi setitik air mata melainkan Allah akan mengharamkan tubuhnya
atas neraka.” (Uyun Akhbari ar-Ridha, jilid 2 Hal: 227)

2.3.5 Mereka meriwayatkan dari Imam Musa al-Kazim, (Imam Ma’asum yang
ketujuh) bahawa beliau berkata: “Sesiapa yang menziarahi kubur anakku Ali
pahalanya di sisi Allah menyamai pahala tujuh puluh haji mabrur.” Aku berkata (kata
perawi): “Tujuh puluh haji?” Dia berkata: “70,000 haji.” Kemudian dia berkata:
“Alangkah banyak haji yang tidak diterima! Dan sesiapa yang menziarahinya (Ali)
lalu bermalam dikuburnya, dia seperti menziarahi Allah di arasyNya.” (Kata perawi):
“Seperti menziarahi Allah di arasyNya?” Dia menjawab: “Ya.” (Ibid, jilid 2 hal: 259)

2.4 Islam mengadakan institusi perkahwinan demi menjaga keturunan manusia


dan kemurniaan hidup berkeluarga dalam satu ikatan tanggungjawab tetapi
sebaliknya Syi’ah mahu menghidupkan amalan jahiliah atas nama Islam dengan
mengemukakan syariah mut’ah, meminjam dan menyewakan seks dan
menghalalkan amalan kaum Luth dengan isteri-isteri mereka. Kedudukan mut’ah ini
begitu penting dalam syariah Syi’ah . Seseorang itu tidak dianggap sebahagian dari
mereka selagi ia tidak menganggap halal amalan mut’ah.

2.4.1. Al-Kulaini meriwayatkan dari Ja’afar bin Muhamad al-Baqir bahawa


beliau berkata (bermaksud): “Bukan dari kalangan kami orang yang tidak
mempercayai raj’ah (kebangkitan semula kami para Imam sebelum kiamat untuk
menghukum orang yang menentang dan memusuhi Ahlul Bait) dan tidak
menganggap halal mut’ah kita.”(Man La Yahdhuru al-Faqih, jilid 3 m.s. 458, Muntaha
al-Amal-Syeikh Abbas al-Qummi, j.2, Hal: 341.

Untuk menggalakkan amalan Mut’ah ini mereka mengadakan sekian banyak hadits
palsu atas nama para Imam mereka yang dua belas dan Nabi s.a.w. sendiri di mana
mereka meriwayatkan dari Nabi, bahawa Baginda bersabda: “Sesiapa yang keluar
dari dunia (mati) dalam keadaan tidak pernah melakukan mut’ah, ia akan datang
pada hari kiamat dalam keadaan rompong.”

Ketika Nabi s.a.w mi’raj ke langit Baginda telah ditemui oleh Jibril, lalu berkata:
“Wahai Muhammad, Allah Tabarakawata’ala berkata: “Sesungguhnya Aku telah
mengampunkan orang yang melakukan mut’ah dengan perempuan dari kalangan
umatmu.”(Manla Yadhuruhu al-Faqih jilid 3, m.s.: 463).(lihat lampiran no. 5)

2.4.1 Perkahwinan Mut’ah tidak memerlukan kepada saksi, wali dan perisytiharan.
(Tahzib al-Ahkam jilid 7 Hal 254, an-Nihayah. Hal 489).(lihat lampiran no. 6)

Ini boleh dilakukan di antara seorang perempuan dan seorang lelaki di mana-mana
sahaja, boleh dilakukan dengan perempuan Majusi, Nasrani dan Yahudi dan
dengan perempuan pelacur sekalipun seperti kata Khomeini di dalam kitabnya
“Tahrir al-Wasilah”, jilid 2, Hal: 292 - “Tidak perlu disoal dan diambil tahu samada
perempuan itu mempunyai suami atau tidak.” (an-Nihayah at-Thusi hal: at-Thusi Hal:
489, Tahzib al-Ahkam jilid 7 Hal: 253).

   ~12~ 
At-Thusi meriwayatkan dari Fadhal Maula Ahmad bin Rasyad bahawa dia
menceritakan kepada Ja’afar as-Sadiq a.s.: “Bahawa aku telah berkahwin dengan
seorang perempuan secara mut’ah setelah itu timbul dalam hatiku bahawa
perempuan itu mempunyai suami. Tiba-tiba aku dapati memang benar dia
mempunyai suami.” Dia (Ja’afar) berkata: “Kenapa kamu selidiki?” (Tahzib al-Ahkam
jilid 7 Hal: 253).

Pernah Abdullah bin Umair al-Laisi menemui Abu Ja’afar (Muhammad al-Baqir). Lalu
Abdullah berkata kepadanya: “Apa pendapatmu tentang mut’ah?” Beliau berkata:
“Allah telah menghalalkan dalam kitabNya dan melalui nabi. Ia adalah halal sampai
hari kiamat.” Lalu Abdullah bin Umair al-Laisi berkata: “Wahai Abu Jaafar, adakah
orang sepertimu berkata begini sedangkan Umar mengharamkan dan melarang
daripada melakukannya?” Berkata Abu Jaafar: “Walaupun Umar
mengharamkannya dan melarang daripadanya!” Abdullah bin Umair berkata: “Aku
minta supaya engkau dilindungi Allah daripada menghalalkan sesuatu yang
diharamkan Umar.” Abdullah bin Umair berkata, maka Abu Jaafar berkata
kepadanya: “Engkau berada di atas pendapat ikutanmu dan aku berada di atas
keputusan Rasulullah. Mari kita saling memohon kepada Tuhan supaya dilaknatkan
(orang yang tidak benar di antara kita). Aku yakin yang benar apa yang diputuskan
oleh Rasulullah dan yang salah apa yang diputuskan oleh ikutanmu.” Berkata
perawi, Abdullah bin Umair pun mengadap Abu Jaafar seraya berkata: “Adakah
engkau suka isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu saudara-saudara perempuan
dan sepupu-sepupu perempuan dilakukan mut’ah?” Berkata perawi, maka
berpalinglah Abu Jaafar daripada Abdullah bin Umair ketika ia menyebutkan isteri-
isterinya dan sepupu-sepupu perempuannya. (al-Furu’Min al-Kafi, jilid 5 Hal: 449;
Tahzib al-Ahkam jilid 7 Hal: 251).

2.4.2 Abu Jaafar telah ditanya tentang sekurang-kurang umur perempuan yang
boleh dilakukan Mut’ah. Beliau menjawab, iaitu kanak-kanak yang tidak tertipu.
Berkata perawi, aku pun berkata: “Semoga Allah mendamaikan engkau. Berapakah
minima umur perempuan yang tidak tertipu.” Beliau menjawab: “Sepuluh tahun.” (al-
Istibsar, jilid 3 Hal:145, Tahzib al-Ahkam jilid 7, Hal: 225, al-Furu’Min al-Kafi, jilid 5 Hal:
463)

Al-Hulli dalam kitab fiqahnya yang bernama Syaraain al-Islam, (jilid 2 Hal: 186),
“Seseorang gadis cerdik yang sudah baligh boleh mengakadkan mut’ahnya sendiri.
Walinya tidak berhak membantah, samada ia masih dara atau janda.”

2.4.3 Perempuan boleh dikahwini secara mut’ah mengikut Syi’ah tanpa had. Ia
tidak terbatas sampai empat orang sahaja, tetapi mengikut apa yang mereka
riwayatkan dari Jaafar as-Sadiq beliau ada berkata: “Berkahwinlah dengan mereka
secara mut’ah walaupun sampai seribu orang kerana mereka itu termasuk di antara
perempuan yang disewakan.” (al-Istibar jilid 3 Hal: 147; Tahzib al-Ahkam jilid 7 Hal:
259)

2.4.4 Mas kahwin untuk nikah mut’ah pula tidak terlalu besar, hanya memadai
dengan segenggam gandum atau segenggam makanan atau buah tamar. (al-Furu
Min al-Kafi, jilid 5 Hal: 457; Tahzib al-Ahkam jilid 7 Hal: 259)

   ~13~ 
2.4.5 Berkenaan dengan jangkamasa mut’ah itu boleh dilakukan dapat kita
ketahui dari riwayat yang dikemukakan oleh mereka dari Abu Hasan Ali bin
Muhamad al-Jawad bahawa beliau pernah ditanya: “Berapa lamakah sekurang-
kurangnya tempoh mut’ah itu boleh dilakukan? Adakah harus seseorang
melakukannya dengan syarat sekali persetubuhan?” Beliau menjawab: “Ya, tidak
mengapa tetapi bila selesai hendaklah memalingkan mukanya dan tidak
memandang lagi (kepada perempuan itu).” (al-Furu’ Min al-Kafi jilid 5, Hal: 460, al-
Istibar jilid 3 Hal: 151).

2.4.6 Selain dari itu, seseorang lelaki boleh berkahwin secara Mut’ah dengan
seorang perempuan beberapa kali sebagaimana yang diriwayatkan dari Ja’afar as-
Sadiq bahawa beliau berkata: “Tidak mengapa, seseorang boleh melakukan mut’ah
dengan seseorang perempuan seberapa banyak kali yang dikehendakinya.” (al-
Furu’ Min al-Kafi, jilid 5 Hal: 460)

2.4.7 Bahkan lebih dari itu golongan Syi’ah berpendapat harus menyewakan faraj
dan menghadiahkan kepada sahabat handai. At-Thusi meriwayatkan dari Abu
Hasan bahawa dia berkata: “Aku bertanya Abi Abdillah a.s. tentang peminjaman
faraj. Dia menjawab: “Tidak mengapa.” (al-Istibsr jilid 3 Hal: 141).

Dengan pembohongan dan pendustaan yang sedemikian itu pada hakikatnya


Syi’ah mahu membuka pintu pelacuran dan perhubungan seks secara bebas tanpa
sebarang sekatan dengan seluas-luasnya.

2.4.8 Lebih dari itu lagi golongan Syi’ah mengharuskan seseorang mengamalkan
amalan kaum Luth dengan isterinya atas nama Ahlil Bait. Al-Khulaili meriwayatkan
dari al-Ridha bahawa beliau ditanya oleh Safuan bin Yahya: “Salah seorang hamba
bebasanmu menyuruh aku bertanya engkau.” Al-Ridha berkata: “Apa pertanyaan
itu?” Aku berkata: “Bolehkah seseorang mendatangi isterinya pada duburnya?” Al-
Ridha menjawab: “Itu haknya.” Berkata Safuan: “Maka aku pun bertanya dia:
“Adakah engkau melakukannya?” Ar-Ridha menjawab: “Kami tidak melakukannya.”
(al-Fur’ Min al-Kafi jilid 5, Hal: 40, al-Istibsar Hal: 243 – 244).

Diriwayatkan juga dari Abu Hasan ar-Ridha (Imam Ma’sum yang kelapan) satu
riwayat yang lebih jelas dan lebih jelik daripada riwayat di atas, kerana at-Thusi
meriwayatkan bahawa beliau (al-Ridha) ditanya oleh seseorang lelaki tentang
seorang yang mendatangi isterinya dari belakang (pada dubur). Al-Ridha
menjawab: “Satu ayat dalam kitab Allah telah menghalalkannya, iaitu kata-kata
Nabi Luth a.s. yang dihikayatkan oleh Allah;

‫ﻢ‬ ‫ ﹶﻟ ﹸﻜ‬‫ﻬﺮ‬ ‫ ﹶﺃ ﹾﻃ‬‫ﻫﻦ‬ ‫ﻲ‬‫ﺎﺗ‬‫ﺑﻨ‬ ‫ﺆﻟﹶﺎ ِﺀ‬ ‫ﻫ‬ ‫ﻮ ﹺﻡ‬ ‫ﺎ ﹶﻗ‬‫ﻗﹶﺎ ﹶﻝ ﻳ‬

“Luth berkata: “Wahai kaumku! Ini anak-anak perempuanku lebih suci untuk kamu.”
(Hud ayat 78 )

Sedangkan Nabi Luth sudah maklum bahawa mereka tidak menghendaki faraj.
Sebagaimana mereka meriwayatkan dari Ja’afar as-Sadiq melalui Abdullah bin Abi
Ya’afur bahawa beliau berkata: “Aku bertanya Abu Abdullah (Ja’afar as-Sadiq)

   ~14~ 
tentang seorang yang mendatangi isteri pada duburnya.” Dia berkata: “Tidak
mengapa jika isterinya suka.” Aku pun berkata di mana firman Allah yang berbunyi:

‫ﻪ‬ ‫ ﺍﻟﱠﻠ‬‫ﺮﻛﹸﻢ‬ ‫ﻣ‬ ‫ﻴﺚﹸ ﹶﺃ‬‫ﺣ‬ ‫ﻦ‬ ‫ﻣ‬ ‫ﻫﻦ‬ ‫ﻮ‬‫ﹶﻓ ﹾﺄﺗ‬

“Datangilah mereka itu ditempat yang diperintahkan Allah kepadamu.” (al-Baqarah


Ayat 222)

Lalu Ja’afar bin as-Sadiq menjawab: “Tempat itu untuk mencari anak.”(Tahzib al-
Ahkam, jilid 7, Hal: 414, al-Istibsar jilid 3 Hal: 243)

3. BAHAYA KEPADA AKHLAK

3.1. Kebiadaban dan penghinaan

3.1.1. Kebiadaban dan Penghinaan terhadap Nabi-Nabi dan Rasul-Rasul.

Orang-orang Syi’ah dan orang-orang yang diracuni fikirannya oleh fahaman Syi’ah
pasti akan bersifat biadap terhadap nabi-nabi dan rasul-rasul.

Maulla Baqir al-Majlisi meriwayatkan secara dusta dalam kitabnya Biharu al-Anwar
daripada Nabi s.a.w. bahawa Nabi s.a.w berkata kepada Ali: “Wahai Ali! Engkau
memiliki apa yang tidak dimiliki olehku, Fatimah isterimu, sedangkan aku tidak
mempunyai isteri yang seumpamanya. Daripadanya engkau memperolehi dua
orang anak lelaki yang mana tidak ada bagiku dua orang anak laki-laki
seumpamanya. Khadijah pula ibu mertuamu sedangkan aku tidak mempunyai ibu
mertua yang penyayang seumpamanya. Aku sendiri bapa mertuamu. Sedangkan
aku tidak mempunyai saudara seumpama Jaafar. Fatimah al-Hasyimiah adalah
ibumu, dimana akanku dapat ibu seumpamanya.” (Kitab Biharu al-Anwar – Kitabu
asy-Syahadah, jilid 5 Hal 511).

Al-Kulaini menyebutkan bahawa darjat Imamah adalah lebih tinggi dari darjat
kenabian, kerasulan dan khullah. Untuk maksud itu dia (Kulaini) telah berdusta atas
nama Jaafar as-Sadiq, bahawa beliau berkata: “Sesungguhnya Allah menjadikan
Ibrahim sebagai hamba sebelum menjadikannya sebagai nabi dan menjadikannya
sebagai nabi sebelum menjadikannya sebagai rasul dan sesungguhnya Allah
menjadikannya sebagai khalil sebelum menjadikannya sebagai Imam.” (Kitabu al-
Hujjah Min al-Kafi, jilid 1 Hal: 175).

Al-Kulaini meriwayatkan lagi daripada Saif at-Tammar bahawa beliau berkata: “Kami
pernah bersama Abi Abdillah a.s. dalam satu kumpulan di Hijir Ismail, maka Abu
Abdullah berkata: “Adakah mata-mata gelap mengikut kita?” Kami pun berpaling
ke kanan dan ke kiri, tidak kelihatan kepada kami sesiapapun. Maka beliau pun
berkata: “Demi Tuhan Kaabah! Demi Tuhan binaan ini! (3 kali) Kiranya aku berada di
antara Musa dan Khadir a.s. tentu aku menceritakan kepada mereka berdua
bahawa aku lebih alim daripada mereka berdua dan tentu aku akan menyatakan
kepada mereka berdua apa yang tidak diketahui oleh mereka sesungguhnya
mereka telah dikurniakan ilmu tentang masa lampau. Untuk mereka berdua tidak

   ~15~ 
dikurniakan ilmu tentang apa yang akan terjadi dan apa yang berlaku sampai hari
qiamat.” (Usul Kafi, jilid 1 hal: 261).

Diriwayatkan juga dari Jaafar as-Sadiq: “Sesungguhnya aku mengetahui apa yang
ada di langit dan di bumi. Aku mengetahui apa yang ada di syurga dan di neraka.
Aku mengetahui ilmu tentang zaman silam dan ilmu tentang zaman akan datang.”
(Ibid)

Mereka menganggap bala yang menimpa Nabi Ayub dan Nabi Yunus ditelan ikan
sehingga terpaksa terkurung di dalam perut ikan sampai beberapa lama itu, tidak
kerana lain melainkan kerana mereka mengingkari Walayah Ali. (Tafsir Nurrul
Tsaqalain jilid 3 Hal: 435)

3.1.2 Kebiadaban dan Penghinaan Terhadap Isteri-Isteri Nabi S.A.W.

Mulla Baqir al-Majlisi mengadakan satu bab yang khusus dalam kitabnya, “Hayatu al-
Qulub” bertajuk “Bab Yang Ke 55 pada menyatakan kecelakaan Aisyah dan
Hafsah” (jilid 2 Hal: 610 – 612). Di dalam bab ini berkali-kali pengarangnya
mengatakan Aisyah dan Hafsah sebagai munafik dan kafir. Beliau mengemukakan
riwayat yang kononnya muktabar tentang Aisyah dan Hafsahlah yang telah
meracuni Nabi sehingga mengakibatkan kewafatan Baginda. Al-Aisyyasyi telah
meriwayatkan dengan sanad yang muktabar dari Imam Ja’afar Sadiq bahawa
Aisyah dan Hafsah telah mensyahidkan Rasulullah s.a.w. dengan meracuni Baginda.

Di suatu tempat yang lain didalam kitab yang sama Mulla Baqir al-Majlisi
meriwayatkan dari tokoh tafsir Syi’ah yang terkemuka dari kalangan Mutaqaddimin,
iaitu Ali bin Ibrahim al-Qummi bahawa Sayyidina Abu Bakar dan Saidina Umar
bersama anak perempuan mereka masing-masing telah mengadakan pakatan
untuk membunuh Nabi dengan meracuni Baginda, begini bunyinya, “Maka dua
munafik lelaki itu dan dua munafik perempuan itu (Aisyah dan Hafsah) telah
mengadakan pakatan untuk membunuh Baginda dengan memberikan racun
kepada Baginda.” (Ibid).

3.1.3 Kebiadaban dan Penghinaan Terhadap Sahabat-Sahabat Rasulullah S.A.W


yang lain.

Golongan Syi’ah mempercayai bahawa para sahabat telah murtad sepeninggalan


Rasulullah s.a.w. kecuali tiga atau empat orang dari kalangan mereka. Tidak ada
lagi kebiadaban dan penghinaan yang lebih dahsyat dari ini.

Al-Kulaini yang dianggap sebagai Bukhari di kalangan Syi’ah telah meriwayatkan


bahawa para sahabat telah murtad sepeninggalan Nabi kecuali tiga orang
daripada mereka, iaitu Miqdad bin Aswad, Abu Zar al-Ghifari dan Salman al-Farisi.
(al-Raudhah Min al-Kafi jilid.8, Hal 245)

Perkara yang sama telah disebut oleh al-Majlisi yang dianggap sebagai “Khatimatu
al-Muhadditsin” di kalangan Syi’ah bahawa, maksudnya:-

   ~16~ 
“Para sahabat semuanya binasa, selepas wafat Rasulullah s.a.w. kecuali tiga orang
iaitu Abu Zar, Miqdad dan Salman.” (Hayatul Al-Qulub, jilid 2, Hal: 640).(lihat lampiran
7)

3.2 Diantara ciri yang tidak dapat dipisahkan dari Syi’ah ialah “Taqiyyah”.

Taqiyyah pada hakikatnya ialah berdusta dan berbohong. Ulamak Islam di zaman
lampau tidak mahu menerima riwayat yang dikemukakan oleh mereka lantaran jelas
mereka mengamalkan pembohongan kerana itu Imam Syafie berkata: “Tidak
pernah aku melihat golongan yang menurut hawa nafsu yang lebih pembohong
dari golongan Syi’ah.”

3.2.1 Syi’ah ada meriwayatkan hadis dari Imam mereka tentang pentingnya
mengamalkan taqiyyah dan tiada agama bagi orang yang tidak mengamalkan
taqiyyah. Al-Kulaini meriwayatkan dalam kitabnya al-Kafi bahawa Jaafar as-Sadiq
berkata: “Taqiyyah adalah di antara ajaran agamaku dan agama nenek
moyangku. Tiada agama bagi orang yang tidak mengamalkan taqqiyyah.”(al-Kafi,
jilid 2 Hal:223).(lihat lampiran 8)

3.2.2 Taqqiyyah adalah amalan yang disukai oleh Imam Maksum dan satu amalan
yang meninggikan darjat seseorang di sisi Allah. Al-Kulaini meriwayatkan lagi dari
Ja’afar as-Sadiq bahawa beliau berkata: “Demi Allah, tiada sesuatu di atas muka
bumi ini yang lebih disukai olehku daripada taqiyyah.”

3.2.3 Sesungguhnya seseorang yang mengamalkan taqqiyyah diangkat darjatnya


oleh Allah dan Allah merendahkan darjat orang yang tidak mengamalkannya. Al-
Kulaini meriwayatkan daripada Abi Abdillah beliau berkata: “Allah mengangkatkan
darjat orang yang mempunyai taqiyyah dan merendahkan orang yang tidak
mempunyai taqiyyah.” (Usul Kafi, jilid 2 Halaman: 217).

3.2.4 Taqiyyah perlu dilakukan dalam kebanyakan kehidupan beragama sehingga


ia diamalkan dalam sembilan persepuluh kehidupan beragama. Al-Kulaini
meriwayatkan lagi dari Ja’afar as-Sadiq beliau berkata: “Sesungguhnya sembilan
persepuluh agama terletak dalam taqiyyah, Tiada agama bagi orang yang tidak
bertaqiyyah. Taqiyyah boleh dilakukan dalam semua hal, kecuali dalam masalah
nabiz dan menyapu khuf”. (al-Kafi, jilid 2 Halaman: 217)

3.2.5 Bahkan ajaran agama Syi’ah sebenarnya ditegakkan di atas taqiyyah. Al-
Kulaini meriwayatkan dari Ja’afar as-Sadiq bahawa beliau berkata: “Sesungguhnya
kamu berada di atas agama yang sesiapa menyembunyikannya akan dimuliakan
Allah dan sesiapa menyebarkannya akan dihina oleh Allah.” (al-Kafi, jilid 2 Halaman:
222).

3.2.6 Taqiyyah adalah sesuatu yang wajib diamalkan oleh seseorang yang
berfahaman Syi’ah. Akan terkeluar dari Syi’ah jika tidak mengamalkannya.
Diriwayatkan dari Imam kelapan Ali bin Musa bahawa beliau berkata: “Tiada agama
bagi orang yang warak dan tiada iman bagi orang yang tidak bertaqiyyah.” Maka
beliau ditanya: “Wahai cucunda Rasulullah, sampai bilakah (perlu bertaqiyyah)?”
Beliau menjawab: “Sampai hari tertentu, iaitu munculnya Imam Mahadi. Sesiapa

   ~17~ 
yang tidak mengamalkan taqiyyah sebelum keluar Imam Mahadi, bukanlah ia dari
kalangan kami.” (Kasyful Ghummah al-Ardabili, Hal: 341).

3.2.7 Kadang-kadang orang-orang Syi’ah berdalih dengan berkata bahawa


taqiyyah itu bukanlah amalan yang bercanggah dengan Islam kerana seseorang
boleh mengucapkan kalimah kufur dalam keadaan terpaksa dan dikerasi seperti
yang berlaku pada Ammar bin Yasir.

Tetapi sebenarnya ini hanya dolak dalik mereka kerana terlalu banyak riwayat Syi’ah
yang mengemukakan contoh amalan taqiyyah dalam keadaan tiada sebarang
tekanan dan paksaan. Di antaranya adalah riwayat yang dikemukakan oleh al-
Kulaini dari Muhamad bin Muslim bahawa beliau berkata: “Aku masuk untuk
menemui Abi Abdillah (Jaafar as-Sadiq a.s.). Pada ketika itu disisinya ada Abu
Hanifah, lalu aku berkata kepadanya: “Semoga diriku dijadikan tebusan untukmu.
Aku telah bermimpi suatu mimpi yang aneh.” Maka beliau pun berkata kepadaku:
“Wahai Ibnu Muslim, kemukakanlah mimpimu itu. Sekarang ada orang yang arif
tentangnya di sini.” Sambil dia mengisyaratkan dengan tangan ke arah Abu Hanifah.
Aku pun menceritakan: “Aku bermimpi aku masuk ke dalam rumahku. Tiba-tiba
keluar isteriku dengan membawa banyak buah badam dan dihamburkannya buah
badam itu kepadaku. Aku berasa sungguh hairan dengan mimpiku ini.”

Maka Abu Hanifah pun menta’birkan mimpiku dengan berkata: “Engkau akan
bertengkar dan berhadapan dengan orang-orang yang bangsat berhubung
dengan harta pusaka isterimu, tetapi selepas engkau mengalami susah payah
engkau akan mendapat juga hajatmu dari harta pusaka itu, InsyaAllah.” Mendengar
ta’bir itu Abu Abdillah (Jaafar as-Sadiq) pun berkata: “Demi Allah! Tepat ta’birmu itu,
wahai Abu Hanifah!” Berkata Muhamad bin Muslim: “Tak lama kemudian Abu
Hanifah pun keluar dari sisinya (Jaafar as-Sadiq), lalu aku berkata kepadanya:
“Semoga diriku dijadikan tebusan untukmu. Aku tak suka kepada ta’bir nasib ini.”
Lalu ia berkata: “Wahai Ibnu Muslim! Semoga Allah tidak memburukkan padahmu!
Ta’bir mereka tidak akan menepati ta’bir kita dan ta’bir kita pula tidak akan
menepati ta’bir mereka, ta’bir mimpiku yang sebenar bukanlah seperti yang
diceritakannya.”

Muhammad bin Muslim berkata: “Aku pun berkata kepadanya (Jaafar as-Sadiq):
“Semoga diriku dijadikan tebusan untukmu. Bagaimana dengan katamu tadi, “Tepat
ta’birmu” dan engkau besumpah pula atas ta’birnya padahal dia salah?” Beliau
berkata: “Memang benar aku bersumpah tadi dan mengatakan ia tepat, tetapi
tepat salah.” (al-Kafi, jilid 8 Halaman: 292).

Kita semua maklum Abu Hanifah bukannya seorang penguasa dan pemerintah
yang perlu digeruni dan ditakuti bahkan dia adalah salah seorang yang tidak
disenangi oleh pihak penguasa, tetapi apakah yang mendorong Jaafar as-Sadiq
bersikap demikian jika tidak untuk menghidupkan amalan taqiyyah?.

3.2.8 Khomeini sendiri mengajar Syi’ah mengamalkan taqiyyah ketika


membicarakan tentang perkara-perkara yang membatalkan solat, katanya:
“Perkara kedua (yang membatalkan sembahyang) ialah takfir iaitu meletakkan satu
tangan di atas tangan yang lain (dakap qiam) seperti yang dilakukan oleh orang-

   ~18~ 
orang bukan dari kalangan kita. Tetapi tidak mengapa melakukannya dalam
keadaan taqiyyah.” (Tahriru al-Wasilah jilid 1 Halaman: 186)

Dia berkata lagi: “Dan sengaja mengucapkan ‘amin’ selepas selesai membaca
Fatihah (juga membatalkan sembahyang) kecuali kerana taqiyyah, tidak mengapa
mengucapkannya.” (Tahriru al-Wasilah jilid 1 Halaman: 190).

4. BAHAYANYA KEPADA UMMAH

Kebanyakan orang Islam hari ini terdiri daripada orang-orang yang pengetahuannya
tentang Islam terlalu mendatar. Merekalah yang akan menjadi mangsa yang ketara
kepada ajaran Syi’ah kerana mengamalkan amalan yang langsung tidak ada kena
mengenanya dengan ajaran Islam yang suci murni.

Merekalah yang akan memaki hamun pejuang-pejuang Islam yang lampau terdiri
daripada para sahabat, tabi’in, tabii at-tabi’in yang telah begitu berjasa kepada
mereka dan juga kepada umat Islam seluruhnya dengan membawa Islam dengan
penuh rasa tanggungjawab, generasi demi generasi sehingga ke hari ini.

4.1. Memecahbelahkan Ummah

4.1.1 Kehadiran Syi’ah akan memecahbelahkan umat Islam kerana menganggap


golongan Ahli Sunnah yang berpegang dengan ajaran al-Quran dan as-Sunnah
sebagai kafir dan lebih dasyat kekufurannya daripada iblis.

Syeikh Mufid berkata: “Golongan Imamiah sepakat bahawa semua pendokong-


pendokong bidaah adalah kafir.” (Awaailu al-Maqalat, Hal: 15).

Ibnu Babwaih al-Qummi yang dianggap sebagai Syeikh Shaduq (Syeikh yang sangat
benar) berkata: “Orang yang tidak menerima (tidak mempercayai) Imam Ghaib
adalah lebih kafir dari iblis.” (Ikmalu ad-Din, Hal: 13)

4.1.2 Ahli Sunnah khususnya dan semua masyarakat Islam pada pandangan Syi’ah
adalah anak zina kecuali mereka. Al-Kulaini meriwayatkan dalam al-Kafi bahawa
manusia semuanya adalah anak zina kecuali Syi’ah kita.” (Ar-Raudhah min al-Kafi,
Hal: 135).

Riwayat yang sama dikemukakan juga oleh al-Majlisi di dalam al-Baiharu Al-Anwar,
jilid 24 Hal: 311.

4.1.3 Ahli Sunnah lebih hina dari anjing di sisi Syi’ah. Mulla Baqir al-Majlisi menulis:

“Mereka (Nashibi atau ahli Sunnah) lebih jelik dari anak zina, sesungguhnya Allah
tidak mencipta binatang yang lebih hina dari anjing tetapi Nashibi adalah lebih hina
daripadanya lagi.”(Haqqu al-Yaqin, jilid 2 Hal: 536).

4.1.4 Golongan Syi’ah menganggap harta ahli Sunnah adalah halal, boleh dicuri
dan boleh dirampas. Mereka hanya perlu mengeluarkan khumus daripada harta Ahli
Sunnah yang dirampas itu. At-Thusi meriwayatkan dari Abi Abdillah, kata beliau:

   ~19~ 
“Ambillah harta Nashibi di mana sahaja kamu temui dan keluarkanlah 1/5 daripada
harta yang diambil itu kepada kami.” (Tahzibu al-Ahkam, jilid 4 Hal: 122-123).

Tokoh-tokoh Syi’ah juga berpendapat bahawa harta Nashibi dan segala sesuatu
yang dimilikinya adalah halal. (Tahzibu Al-Ahkam, jilid 2 Hal:48)

Perkara yang sama disebutkan juga oleh al-Hurrru al-Amili dalam kitabnya Wasailu
as-Syi’ah, jilid 6 Hal: 340.

4.1.5 Golongan Syi’ah juga menganggap Ahli Sunnah najis. Khomeini berkata,
“Ada Nawasib (Ahli Sunnah) dan Khawarij (semoga mereka dilaknat oleh Allah)
adalah najis dan ini tidak terhenti kepada penafian mereka terhadap risalah.”
(Tahriru al-Wasilah, jilid 1 Hal: 118).

4.1.6 Sembelihan Ahli Sunnah tidak halal di sisi Syi’ah seperti kata Khomeini: “Halal
sembelihan semua golongan-golongan dalam Islam kecuali sembelihan Nashibi
walapun ia menyatakan Islamnya.” (Ibid, jilid.2 Hal: 146).

Tidakkah ajaran-ajaran yang seperti ini akan memecahbelahkan umat Islam?


Tidakkah fahaman-fahaman yang seperti ini akan menimbulkan permusuhan,
suasana benci membenci dan menyimpan dendam kesumat yang berpanjangan di
antara satu dengan yang lain?.

Tentu sekali! Inilah yang akan merupakan natijah dari kehadiran ajaran Syi’ah ke
dalam masyarakat umat Islam. (tamb- di antara perkara yang menambah
kebencian terhadap Ahlus Sunnah ialah menganggap sahabat-sahabat adalah
perampas hak ahlul bait dan musuh mereka. Begitu juga dengan pengikut-pengikut
sahabat r.a.. Memperbesarkan upacara mengingati kematian imam-imam mereka
yang dianggap dizalimi oleh pemimpin-pemimpin dari kalangan ahlus sunnah
adalah untuk memperbaharui kebencian terhadap ahlus sunnah).

4.2 Mempercayai perkara-perkara bidaah khurafat dan tahyul serta


mengamalkannya.

4.2.1 Golongan Syi’ah menganggap Kufah adalah tanah haram. Bersembahyang


dan berbuat kebajikan padanya pasti mendatangkan pahala yang besar.

Mereka meriwayatkan dari Abi Abdillah a.s. bahawa beliau berkata: “Sesungguhnya
Mekah adalah Tanah Haram Allah dan Madinah adalah Tanah Haram Muhammad
dan Kufah adalah tanah Haram Ali a.s. Sesungguhnya Ali a.s. mengharamkan di
Kufah apa yang diharamkan oleh Ibrahim di Mekah dan apa yang diharamkan oleh
Muhammad di Madinah.” (Syeikh Abbas al-Qummi- Safinatu al-Bihar jilid 2 Halaman:
498 dan Mulla Mohsein al-Kasyani-al-Wafi, jilid 8 Halaman: 215).

Diriwayatkan dari Abi Abdillah bahawa beliau berkata: “Membelanjakan satu


dirham di Kufah sama dengan membelanjakan 100 dirham di tempat lain dan
mengerjakan dua rakaat sembahyang padanya dikira sama dengan mengerjakan
100 rakaat di tempat lain.” (Ibid)

   ~20~ 
4.2.2 Tanah Karbala dianggap sebagai tanah yang suci. Tanahnya juga digunakan
oleh orang-orang Syi’ah sebagai tempat sujud dimana-mana sahaja di dunia ini.
Jarang sekali ditemui rumah Syi’ah yang tidak mempunyai tanah Karbala di dalam
berbagai-bagai bentuknya. Mereka juga menganggap tanah Karbala itu boleh
dimakan sebagai penawar yang boleh menghilangkan berbagai-bagai jenis
penyakit.

Keutamaan yang seperti ini tidak dipercayai ada pada tanah-tanah yang lain
termasuklah tanah kubur Rasulullah s.a.w. dan para Imam. yang lain. Khomeini
berkata: “Dikecualikan daripada tanah (yang haram dimakan) tanah kubur
penghulu kita Abi Abdillah al-Husain a.s. sebagai ubat dan tidak harus dimakan
tanah ini dengan tanah lain dan tidak boleh juga dimakan lebih dari kadar kacang
putih yang sederhana, tidak termasuk didalam hukum boleh memakan tanah ini,
tanah kubur orang lain walaupun tanah kubur Nabi s.a.w. dan tanah kubur para
Imam a.s. yang lain.” (Tahriru al-Wasilah, jilid 2 Hal: 164).

4.2.3 Golongan Syi’ah juga merayakan hari-hari besar orang-orang Majusi dan
menganggap sunat mandi pada hari itu.

Khomeini berkata: “Di antaranya (di antara mandi-mandi yang disunatkan itu) ialah
mandi dua hariraya dan di antaranya lagi ialah mandi pada hari Nauruz.” (Tahriru al-
Wasilah, jilid 1 Hal: 98-99).

4.2.3 Mereka juga mengadakan hari perkabungan kerana kesyahidan Sayyidina


Hussain di Karbala pada 10hb. Muharram di mana mereka melakukan bermacam-
macam bidaah, khurafat dan kekufuran.

4.3 Keganasan Akan Berlaku Dikalangan Ummah.

4.3.1 Syi’ah menganggap orang-orang Islam dari kalangan Ahli Sunnah halal
darahnya dan harus dibunuh terutama dengan cara yang tidak diketahui oleh
sesiapapun. Diriwayatkan dari Daud bin Farqad katanya: “Aku berkata kepada Abi
Abdillah a.s. apa katamu tentang membunuh Nashibi?” Beliau berkata: “Halal
darahnya tetapi aku bimbangkan dirimu. Sekiranya engkau boleh merobohkan
dinding ke atasnya atau engkau menenggelamkannya ke dalam air supaya tiada
sesiapapun menyaksikan pembunuhan itu maka lakukanlah.” (Ibn Babwaith Ilalu as-
Syara’ Hal: 200, Wasailu as-Syi’ah, jilid 18 Hal: 163, Biharu al-Anwar, jilid 27 Hal: 231).

At-Thusi mengemukakan satu cerita yang mengisahkan Abu al-Buhair telah


membunuh 13 orang Islam kemudian datang bertemu Jaafar as-Sadiq dan
menceritakan kepadanya cara-cara pembunuhannya namun Jaafar as-Sadiq tidak
menyalahkannya. Abu Buhair menceritakan: “Di antara mereka ada yang aku naik
ke atas rumahnya dengan menggunakan tangga kemudian membunuhnya. Ada
juga di antara mereka yang aku panggil di muka pintunya pada waktu malam,
apabila ia keluar aku terus membunuhnya. Ada juga antara mereka yang aku
temaninya di dalam perjalanan bila sampai di tempat yang sunyi aku
membunuhnya. Pembunuhan mereka itu tidak diketahui oleh sesiapa pun.” (Rijal
Kasyi, Hal: 343).

   ~21~ 
4.3.2 Sifat Imam Mahdi yang ditunggu oleh Syi’ah begitu ganas dan kejam
sehingga kerjanya tidak lain selain dari membunuh dan menyembelih manusia,
terutama bangsa Arab dan kalangan Ahli Sunnah.

Mereka menyatakan apabila muncul Imam Mahadi nanti orang-orang Syi’ah akan
menghadapkan setiap nasibi di hadapan Imam Mahadi. Jika Nasibi itu mengakui
Islam iaitu walayah, maka ia dibebaskan, jika tidak akan dipenggal lehernya atau ia
bersedia membayar jizyah sebagai ahli Zimmi. (Biharu al-Anwar, jilid 52 Hal: 373, Tafsir
Furat bin Ibrahim, Hal: 100).

Mereka mengatakan lagi bahawa pada ketika kemunculan Imam Mahadi nanti
tiada layanan yang lain diberikan kepada orang Arab selain menyembelih mereka.
(Kitab al-Ghaibah, Hal: 155, Biharu al-Anwar, jilid 52 Hal: 349).

4.3.3 Imam Mahadi yang dinantikan kemunculannya itu yang mengikut


kepercayaan ahli Sunnah akan memenuhi bumi dengan keadilan, setelah ianya
dipenuhi dengan kezaliman, dianggap oleh Syi’ah sebagai orang yang akan
merobohkan Kaabah dan akan memotong tangan dan kaki penjaga Tanah Haram.

Syeikh Mufid menyebutnya bahawa: “Apabila Imam Mahadi muncul dia akan
merobohkan Masjidil Haram dan memotong tangan Bani Syaibah kemudian
menggantungkannya di Kaabah serta ditulis kepadanya: “Mereka inilah pencuri-
pencuri Kaabah.”(al-Irsyad Hal: 411, at-Thusi- Kitabu al-Ghaibah, Hal: 282)

4.4 Memusnahkan Imej Islam.

4.4.1 Islam yang suci murni dengan ajaran tauhidnya akan tercemar dengan
kepercayaan syirik yang dibawa oleh Syi’ah atas nama satu golongan dari Islam,
seperti yang telah kita kemukakan sebelum ini.

4.4.2 Dengan mengamalkan upacara-upacara seperti pada 10 Muharram yang


sungguh memalukan setiap orang Islam, perbuatan-perbuatan yang ditunjukkan
oleh golongan Syi’ah di awal bulan Muharram dan kemuncaknya pada 10
Muharram itu, tidak ada bezanya bagi orang-orang bukan Islam dengan upacara-
upacara keugamaan Hindu seperti Thaipusam dan Kawadi atas upacara-upacara
yang dilakukan oleh orang-orang jakun di Afrika.

4.4.3 Setiap orang Islam merasa sedih diatas kesyahidan Sayyidina Umar di tangan
Abu Lu’luah yang beragama Majusi itu tetapi Syi’ah yang mendakwa dirinya Islam
suka hati dengan tragedi itu bahkan mereka merayakan hari berlakunya tragedi
pembunuhan ke atas Sayyidina Umar. Mereka gelarkan Abu Lu’luah dengan Baba
Syuja’uddin sebagai menghargai keberaniannya. Ali bin Mudzahir al-Wasiti
meriwayatkan dari Ahmad bin Ishaq (seorang tokoh Syi’ah di Qom dan dianggap
telah mendapat kehormatan yang besar kerana bertemu dengan Imam Mahadi
dan merupakan orang yang rapat dengan Imam Hassan al-Askari, Imam kesebelas
Syi’ah) bahawa dia berkata: “Hari Kebangsaan, Hari Penghormatan, Hari Kelepasan
Besar, Hari Berkat dan Hari Hiburan.”

   ~22~ 
Sungguh ganjil ugama Islam yang dianuti oleh Syi’ah kerana kematian pejuang Islam
disambut dengan keseronokan dan perayaan seperti yang dilakukan oleh orang-
orang Majusi.

4.5. Ajaran Syi’ah juga akhirnya akan mengakibatkan hilangnya keyakinan umat
kepada agama itu sendiri apabila agama yang benar sudah tidak dipercayai lagi
kerana pembawa-pembawanya yang sudah dianggap sebagai perosak,
pengkhianat dan perampas hak Ali dan Ahlul Bait selain dari orang yang
bertanggungjawab mengubah kandungan al-Quran dan memalsukan hadis-hadis.

Sementara ajaran Syi’ah yang dianuti ini pula akan membingungkan mereka
lantaran penuh dengan kekarutan dan khurafat yang tidak mungkin dapat diterima
oleh orang-orang yang mempunyai akal yang waras. Pada ketika itu mereka akan
menganggap agama tidak lebih dari candu seperti yang dipercayai oleh orang-
orang komunis.

5. BAHAYANYA KEPADA NEGARA

5.1 Bahayanya kepada negara dapat dilihat bagaimana perpecahan yang


berlaku di kalangan umat Islam di zaman permulaan Islam hasil fitnah yang
dicetuskan oleh mereka.

5.1.1. Gerakan Ibn Saba’ yang mencetuskan huru hara di dalam khilafah Islam di
zaman Sayyidina Uthman.

5.1.2. Peperangan saudara yang dicetuskan oleh mereka di dalam peperangan


Jamal (yang pertama seumpamanya di dalam sejarah Islam), peperangan Siffin dan
sebagainya.

5.2 Mereka merupakan tangan-tangan yang memainkan peranan dalam


menjatuhkan kerajaan-kerajaan yang lalu dengan menyokong atau membuka jalan
kepada musuh-musuh Islam.

5.2.1 Nasiruddin at-Thusi (W 627 H), Ibn al-Alqami dan penasihatnya Ibn Abil Hadid
telah merancang pembunuhan umat Islam secara beramai-ramai yang sungguh
mengerikan dengan membuka jalan kepada Hulaku Khan pada tahun 656 H untuk
menyerang Baghdad, ibu negara Islam pada masa itu. (HaSyi’ah al-Muntaqa,
Muhibbudin al-Khatib Hal: 20, Ibn Qayyim jilid 2 Hal: 263, Ighasatu al-Bahfan al-
Hidayah wa an-Nihayah, jilid 3 Hal : 200-266).

Walaupun Nasiruddin at-Thusi ini dianggap sebagai seorang yang kejam oleh
sejarawan-sejarawan Islam namun Khomeini sebaliknya menyanjung tinggi
Nasiruddin at-Thusi ini dan orang-orang yang seumpamanya dengan mengatakan
mereka telah memberi sumbangan yang besar kepada Islam. (al-Hukumah al-
Islamiah, Hal: 128).

5.2.2 Negara Syi’ah akan bertindak kejam terhadap umat Islam dari kalangan ahli
Sunnah umumnya dan golongan ulamak mereka khususnya. Syah Waliyullah
misalnya telah direnggangkan pergelangan tangannya semata-mata kerana beliau

   ~23~ 
mengarang sebuah kitab yang bernama ‘Izalatu al-Khafa’ untuk menghilangkan
kekeliruan yang ditimbulkan oleh Syi’ah tentang Khilafah para Khulafa ar-Rasyidin.

Hukuman terhadap Syah Waliyullah ini dijatuhkan oleh seorang pemimpin Syi’ah
yang menguasai Delhi iaitu Najaf Ali Khan pada tahun 1175H.

5.3. Peranan Syi’ah di dalam menjatuhkan sesebuah negara tidak boleh dipandang
kecil kerana negara Iran yang dahulunya merupakan sebuah negara yang dikuasai
oleh Ahli Sunnah dan telah melahirkan begitu ramai tokoh-tokoh dan ulamak-ulamak
Islam di dalam berbagai-bagai bidang ilmu agama seperti Imam Tarmidzi, Imam Abu
Daud, Imam Razi dan lain-lain lagi, tetapi apabila agama Islam lemah kerana
pengetahuan penganut-penganutnya tidak mendalam lagi, sementara pengaruh
kebendaan dan dunia pula kuat, maka mereka telah dapat dikuasai oleh Syi’ah
dengan mengemukakan hujjah-hujjah yang berupa ilmiah sehingga akhirnya Iran
telah bertukar menjadi negara Syi’ah.

Begitu juga Mesir yang di suatu masa dahulu merupakan negara ahli Sunnah tetapi
kemudian ia bertukar tangan menjadi Syi’ah. Walaupun Syi’ah itu bukan Syi’ah
Imamiyyah tetapi Syi’ah Fatimiyyah namun tidak kurang juga dahsyat dan
bahayanya dari Imamiyyah Itsna Asyariyyah. Bagaimana pula agaknya negara kita
Malaysia yang rata-rata pengetahuan penduduknya masih lemah tentang aqidah
dan syariah Islam yang dianuti mereka.

5.4 Di zaman-zaman akhir ini pun mereka tetap memainkan peranan dalam
mengganggu kelahiran sebuah negara Islam seperti di Afghanistan.

5.5 Sesebuah negara Syi’ah begitu mudah menjadi pusat kepada kelahiran
berbagai-bagai bentuk bidaah, khurafat dan kekarutan amalan. Ini ialah kerana
agama mereka dibina diatas asas-asas yang karut.

5.5.1 Pemimpin-pemimpin Negara Syi’ah selalunya merupakan pelopor kepada


amalan-amalan bidaah.

5.5.2 Orang yang dikatakan mula-mula mengadakan upacara perkabungan


terhadap kematian Hussain mengadakan majlis-majlis nyanyian ratapan dengan
diiringi muzik, mendirikan kubur-kubur yang besar sebagai tempat kunjungan ialah
Maharaja yang zalim Taimurlang (Tamerlane) dan orang-orang seperti Syah Ismail
Safawi (907 H) dan sampai sekarang ini pun pemimpin-pemimpin mereka
menganggap perkara biasa. (Mahnamah al-Marifat – Hyderabad, Muharram 1389H).

5.6 Kuasa negara mengikut teori `Walayatul Faqih’ merupakan kuasa


ketuhanan dan mutlak sehingga boleh membatalkan mana-mana ketentuan
Syariat.

5.6.1 Walayatul Faqih adalah satu teori baru dalam menegakkan sebuah kerajaan
Syi’ah kerana mengikut Syi’ah tidak ada sebuah kerajaan Syi’ah pun yang boleh
ditubuhkan atau ditegakkan sebelum kemunculan Imam Mahadi.

   ~24~ 
Setiap negara yang ditegakkan sebelum kemunculan Imam Mahadi adalah tidak
sah mengikut Syi’ah walaupun pembawanya berada di atas jalan yang benar.

Al-Kulaini meriwayatkan menerusi Abi Basir dari Abi Abdillah (Jaafar as-Sadiq). Beliau
berkata: “Setiap orang yang menjulang bendera sebelum kemunculan al-Qaain
adalah thaghut yang disembah.” (ar-Raudhah min al-Kafi, jilid 12 Hal: 295)

Pensyarah kitab al-Kafi Maula Muhamad Salleh al-Mazandarani (W 1080H) di dalam


syarahnya terhadap kitab al-Kafi yang dianggap sebagai di antara syarah al-Kafi
yang terpilih menulis; “Walaupun orang menjulang itu menyeru kepada kebenaran”.

(Syarah al-Kafi, Jilid 12 Hal:371)

5.6.2 Walayatul Faqih adalah satu teori penubuhan negara yang dikemukakan
oleh Khomeni dengan alasan Naib Imam boleh menggantikan Imam dalam
menubuhkan sesebuah negara dan penubuhan itu dianggap sah setelah mereka
putus asa pada hakikatnya dengan kemunculan Imam Mahadi yang tidak kunjung
datangnya. (Lihat al-Hukumat al-Islamiah, Hal: 74)

5.6.3 Kerana itu kita lihat kuasa negara yang tegak di atas Walayatul Faqih adalah
mutlak dan bersifat ketuhanan seperti yang dinyatakan oleh Khomeini sendiri dalam
sepucuk suratnya yang ditujukan kepada Presiden Republik Iran, Ali Khomeini yang
kemudiannya disebarkan oleh sebuah akhbar resmi Iran “Kayhan Bil: 182”, yang
diterbitkan pada 23 Jumadul Ula, 1408H dengan tajuk, “Sesungguhnya kerajaan
boleh menyepikan masjid-masjid atau merobohkannya dan kerajaan lebih utama
dari sembahyang”.

Dalam surat itu Khomeini menulis:

“Sesungguhnya kerajaan merupakan cabang dari kekuasaan Rasulullah s.a.w. yang


lurus dan di antara hukum-hukum Islam yang utama dan lebih diutamakan daripada
semua hukum-hukum cabang termasuk solat, puasa dan haji.

Oleh itu harus bagi penguasa-penguasa menyepikan masjid-masjid ketika perlu dan
merobohkan masjid. Penguasa juga boleh membatalkan mana-mana hukum Islam
walaupun yang berkaitan dengan perkara ibadat atau bukan ibadah jika hukum itu
bercanggah atau bertentangan dengan kepentingan-kepentingan Islam.

Penguasa boleh menghentikan ibadah haji yang merupakan kewajipan Islam yang
penting apabila maslahah negara Islam menghendaki demikian kerana kerajaan ini
adalah kekuasaan Ilahi yang mutlak”. (Dipetik dari al-Murtadha, Hal: 249).

6. PENUTUP

Setelah kita meneliti perbincangan yang lalu, adakah kita dapati sesuatu
percanggahan di antara Syi’ah yang dipropagandakan hari ini dengan Syi’ah yang

   ~25~ 
dikenali oleh ulamak-ulamak Islam dahulu sebagai Syi’ah Ghulat yang telah mereka
hukumkan terkeluar dari Islam.

Adakah Syi’ah yang sedemikian ajarannya tidak merbahaya kepada aqidah,


syariah, akhlak, ummah dan negara Islam?.

Dan adakah Syi’ah yang fahamannya seperti yang telah kita kemukakan tadi tidak
tepat jika dikatakan bahawa sebenarnya mereka adalah satu gerakan musuh Islam
yang telah dirancang untuk menghancurkan Islam?.

Apalah yang ada lagi pada aqidah, syariah dan nilai akhlak umat Islam seperti yang
dibawa oleh junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. dan para sahabat Baginda
yang mulia setelah ajaran Syi’ah yang begini dianggap sebagai ajaran Islam?.

Tentu sekali tiada lagi yang tinggal dari ajaran Islam yang masih berbaki sesudah itu
dan inilah yang dikehendaki oleh mereka.

Sesungguhnya para Imam yang terdiri dari anak cucu Rasulullah s.a.w. yang
dianggap sebagai Imam oleh Syi’ah tidak terlibat sama sekali dengan ajaran-ajaran
yang diperkenalkan oleh Syi’ah kepada dunia atas nama mereka. Malah mereka itu
telah pun mengetahui gelagat-gelagat dan jiwa-jiwa orang-orang yang mendakwa
sebagai Syi’ah atau pendokong setia mereka.

Nah! Imam Jaafar as-Sadiq sendiri pernah berkata tentang Syi’ah bahawa: “Tidak
ada satu pun ayat yang diturunkan oleh Allah tentang golongan munafiqin
melainkan kandungan ayat itu pasti ada pada orang yang mendakwa Syi’ah.” (Rijal
Kasyi, Hal: 299). (lihat lampiran 9)

Oleh itu di dalam menghadapi golongan yang mempunyai fahaman yang


seumpama ini semestinya setiap muslim menyatakan pendiriannya seperti pernah
dinyatakan oleh Nabi Ibrahim a.s. bahawa: “Sesungguhnya kami berlepas diri dari
kamu dan daripada apa yang kamu sembah selain Allah. Kami engkari
(Kekufuranmu) dan telah nyata antara kami dan kamu permusuhan dan kebencian
buat selama-lamanya sampai kamu beriman kepada Allah semata-mata …….. .”
(Surah al-Muntahanah ayat 4).

LAMPIRAN

Lampiran 1

An-Naubakhti menyebutkan:

‫ ﺃﺻﺤﺎﺏ ﻋﺒﺪ ﺍﷲ ﺑﻦ ﺳﺒﺄ ﻭﻛﺎﻥ ﳑﻦ ﺃﻇﻬﺮ ﺍﻟﻄﻌﻦ ﻋﻠﻰ ﺃﰊ ﺑﻜﺮ ﻭﻋﻤﺮ ﻭﻋﺜﻤﺎﻥ ﻭﺍﻟﺼـﺤﺎﺑﺔ‬: ‫" ﺍﻟﺴﺒﺌﻴﺔ‬
، ‫ ﻓﺄﺧﺬﻩ ﻋﻠﻲ ﻓﺴﺄﻟﻪ ﻋﻦ ﻗﻮﻟـﻪ ﻫـﺬﺍ‬، ‫ ﺇﻥ ﻋﻠﻴﹰﺎ ـ ﻋﻠﻴﻪ ﺍﻟﺴﻼﻡ ـ ﺃﻣﺮﻩ ﺑﺬﻟﻚ‬: ‫ ﻭﻗﺎﻝ‬، ‫ﻭﺗﱪﺃ ﻣﻨﻬﻢ‬

   ~26~ 
‫ﻼ ﻳﺪﻋﻮ ﺇﱃ ﺣﺒﻜﻢ ﺃﻫﻞ ﺍﻟﺒﻴﺖ ﻭﺇﱃ‬
‫ ﻳﺎ ﺃﻣﲑ ﺍﳌﺆﻣﻨﲔ ﺃﺗﻘﺘﻞ ﺭﺟ ﹰ‬: ‫ ﻓﺼﺎﺡ ﺍﻟﻨﺎﺱ ﺇﻟﻴﻪ‬، ‫ ﻓﺄﻣﺮ ﺑﻘﺘﻠﻪ‬، ‫ﻓﺄﻗﺮﺑﻪ‬
.‫ ﻓﺼﲑﻩ ﺇﱃ ﺍﳌﺪﺍﺋﻦ‬. ‫ﻭﻻﻳﺘﻚ ﻭﺍﻟﱪﺍﺀﺓ ﻣﻦ ﺃﻋﺪﺍﺋﻚ ؟‬

‫ﻭﺣﻜﻰ ﲨﺎﻋﺔ ﻣﻦ ﺃﻫﻞ ﺍﻟﻌﻠﻢ ﻣﻦ ﺃﺻﺤﺎﺏ ﻋﻠﻲ ـ ﻋﻠﻴﻪ ﺍﻟﺴﻼﻡ ـ ﺃﻥ ﻋﺒﺪ ﺍﷲ ﺑﻦ ﺳﺒﺄ ﻛﺎﻥ ﻳﻬﻮﺩﻳـﹰﺎ‬
‫ﻓﺄﺳﻠﻢ ﻭﻭﱃ ﻋﻠﻴﹰﺎ ـ ﻋﻠﻴﻪ ﺍﻟﺴﻼﻡ ـ ﻭﻛﺎﻥ ﻳﻘﻮﻝ ﻭﻫﻮ ﻋﻠﻲ ﻳﻬﻮﺩﻳﺘﻪ ﰲ ﻳﻮﺷﻊ ﺑﻦ ﻧﻮﻥ ﺑﻌﺪ ﻣﻮﺳﻰ ـ‬
‫ ﻭﻫﻮ ﺃﻭﻝ ﻣـﻦ‬، ‫ ﻓﻘﺎﻝ ﺑﻌﺪ ﺇﺳﻼﻣﻪ ﰲ ﻋﻠﻲ ـ ﻋﻠﻴﻪ ﺍﻟﺴﻼﻡ ـ ﲟﺜﻞ ﺫﻟﻚ‬، ‫ﺬﻩ ﺍﳌﻘﺎﻟﺔ‬ ‫ﻋﻠﻴﻪ ﺍﻟﺴﻼﻡ ـ‬
‫ ﻓﻤـﻦ‬، ‫ﺷﻬﺮ ﺍﻟﻘﻮﻝ ﺑﻔﺮﺽ ﺇﻣﺎﻣﺔ ﻋﻠﻲ ـ ﻋﻠﻴﻪ ﺍﻟﺴﻼﻡ ـ ﻭﺃﻇﻬﺮ ﺍﻟﱪﺍﺀﺓ ﻣﻦ ﺃﻋﺪﺍﺋﻪ ﻭﻛﺎﺷﻒ ﳐﺎﻟﻔﻴﻪ‬
‫ ﻭﳌﺎ ﺑﻠﻎ ﻋﺒﺪ ﺍﷲ ﺑﻦ ﺳﺒﺄ ﻧﻌﻰ ﻋﻠﻲ‬، ‫ﻫﻨﺎﻙ ﻗﺎﻝ ﻣﻦ ﺧﺎﻟﻒ ﺍﻟﺸﻴﻌﺔ ﺇﻥ ﺃﺻﻞ ﺍﻟﺮﻓﺾ ﻣﺄﺧﻮﺫ ﻣﻦ ﺍﻟﻴﻬﻮﺩﻳﺔ‬
‫ ﻛﺬﺑﺖ ﻟﻮ ﺟﺌﺘﻨﺎ ﺑﺪﻣﺎﻏﻪ ﰲ ﺳﺒﻌﲔ ﺻﺮﺓ ﻭﺃﻗﻤﺖ ﻋﻠﻰ ﻗﺘﻠﻪ ﺳﺒﻌﲔ ﻋﺪ ﹰﻻ ﻟﻌﻠﻤﻨﺎ‬: ‫ﺑﺎﳌﺪﺍﺋﻦ ﻗﺎﻝ ﻟﻠﺬﻱ ﻧﻌﺎﻩ‬
."‫ ﻭﻻ ﳝﻮﺕ ﺣﱴ ﳝﻠﻚ ﺍﻷﺭﺽ‬، ‫ﺃﻧﻪ ﱂ ﻳﻘﺘﻞ‬

“As-Sabaiyyah: pengikut Abdullah Ibnu Saba’. Dialah orang yang menyatakan


celaan terhadap Abu Bakar, Umar, ‘Uthman dan sahabat-sahabat yang lain serta
menyatakan berlepas diri daripada mereka. Dia berkata, “Sesungguhnya Ali a.s.
telah memerintahkan begitu maka Ali a.s. menangkapnya lalu bertanya tentang
apa yang diperkatakan olehnya lantas dia mengakuinya. Maka Ali a.s.
memerintahkan supaya ia dibunuh. Lalu berteriaklah orang ramai, “Wahai Amirul
Mukminin, apakah engkau akan membunuh seorang yang menyeru kepada
cintakan engkau ahlul bait dan kepada berlepas diri dari musuh-musuh engkau”?
Maka Ali a.s. menghantarnya ke Madain.
Sebahagian ahli ilmu dari kalangan pengikut Ali a.s. menyebutkan bahawa Abdullah
bin Saba’ adalah seorang Yahudi lalu dia memeluk Islam dan mengatakan wala’
terhadap Ali a.s.. Dia juga berpendapat ketika masih lagi di dalam agama
Yahudinya tentang Yusa’ bin Nun (sebagai wasi) selepas Musa a.s. maka dia berkata
selepas Islamnya tentang Ali a.s. sama seperti itu. Dialah orang yang mula-mula
mempopularkan pendapat tentang kefarduan melantik Ali a.s. sebagai imam dan
menyatakan berlepas diri terhadap musuh-musuhnya serta mendedahkan
kekufurannya. Kerana itu orang yang menyalahi Syi’ah akan berkata,
“Sesungguhnya asal Rafidhah adalah daripada Yahudi”. Bilamana sampai berita
kematian Ali kepada Abdullah ibnu Saba’ yang ketika itu berada di al-Madain, dia
berkata kepada orang yang membawa berita tersebut, “Kalau engkau bawakan
otaknya (Ali) di dalam tujuh puluh pundi-pundi dan engkau mengemukakan tujuh
puluh orang yang adil sebagai saksi maka sesungguhnya kami yakin bahawa dia

   ~27~ 
tidak akan dibunuh, dia tidak akan mati sehinggalah dia dapat menguasai
dunia”.(FiraqusSyi’ah ms23)

Al-Kasyi menukilkan riwayat daripada Imam Ja’far al-Sadiq yang berbunyi,

‫ ﻟﻌﻦ ﺍﷲ ﻋﺒﺪﺍﷲ ﺑﻦ ﺳﺒﺄ ﺃﻧﻪ ﺍﺩﻋﻰ‬:‫ ﻗﺎﻝ ﲰﻌﺖ ﺃﺑﺎ ﻋﺒﺪﺍﷲ ﻋﻠﻴﻪ ﺍﻟﺴﻼﻡ ﻳﻘﻮﻝ‬،‫ﻋﻦ ﺃﺑﺎﻥ ﺑﻦ ﻋﺜﻤﺎﻥ‬
‫ ﺍﻟﻮﻳﻞ ﳌﻦ‬،‫ﺍﻟﺮﺑﻮﺑﻴﺔ ﰲ ﺃﻣﲑ ﺍﳌﺆﻣﻨﲔ ﻋﻠﻴﻪ ﺍﻟﺴﻼﻡ ﻭﻛﺎﻥ ﻭﺍﷲ ﺃﻣﲑ ﺍﳌﺆﻣﻨﲔ ﻋﻠﻴﻪ ﺍﻟﺴﻼﻡ ﻋﺒﺪﺍ ﷲ ﻃﺎﺋﻌﺎ‬
.‫ ﻧﱪﺃ ﺇﱃ ﺍﷲ ﻣﻨﻬﻢ ﻧﱪﺃ ﺇﱃ ﺍﷲ ﻣﻨﻬﻢ‬،‫ﻛﺬﺏ ﻋﻠﻴﻨﺎ ﻭﺃﻥ ﻗﻮﻣﺎ ﻳﻘﻮﻟﻮﻥ ﻓﻴﻨﺎ ﻣﺎ ﻻ ﻧﻘﻮﻟﻪ ﰲ ﺃﻧﻔﺴﻨﺎ‬

Daripada Aban bin Uthman katanya, aku mendengar Abu Abdillah Jaafar al-Sadiq
berkata, “Semoga Allah melaknat Abdullah bin Saba, sesungguhnya dia mendakwa
Rububiyyah (ketuhanan) pada Amirul Mukminin a.s. sedangkan demi Allah, Amirul
Mukminin a.s. adalah seorang hamba Allah yang taat. Celakalah ke atas sesiapa
yang berdusta atas nama kami. Sesungguhnya ada kaum yang memperkatakan
tentang kami apa yang tidak kami perkatakan tentang diri kami sendiri. Kami
berlepas diri kepada Allah dari mereka, kami berlepas diri kepada Allah dari
mereka”. (Rijal al-Kasyi j1 ms325)

Lampiran 2

Hafidz Ibnu Hajar menukilkan kata-kata Ibnu Asakir di dalam tarikhnya:

‫ ﻭﻛﺎﻥ ﻳﻬﻮﺩﻳﹰﺎ ﻓﺄﻇﻬﺮ ﺍﻹﺳﻼﻡ ﻭﻃﺎﻑ ﺑﻼﺩ ﺍﳌﺴﻠﻤﲔ ﻟﻴﻠﻔﺘﻬﻢ ﻋﻦ ﻃﺎﻋﺔ ﺍﻷﺋﻤﺔ‬، ‫"ﻛﺎﻥ ﺃﺻﻠﻪ ﻣﻦ ﺍﻟﻴﻤﻦ‬
." ‫ ﻭﺩﺧﻞ ﺩﻣﺸﻖ ﻟﺬﻟﻚ‬، ‫ﻭﻳﺪﺧﻞ ﺑﻴﻨﻬﻢ ﺍﻟﺸﺮ‬

“Asalnya adalah daripada Yaman, dia adalah seorang Yahudi lalu menyatakan
keislaman dan mengelilingi negeri-negeri orang Islam untuk memalingkan mereka
daripada ketaatan kepada pemimpin-pemimpin dan memasukkan kejahatan di
kalangan mereka, Dia juga memasuki Damsyik untuk tujuan tersebut”. (Lisanul Mizan j2
ms 39)

Abu al-Muzaffar al-Isfiraini menyebutkan :

."‫ ﺃﺭﺍﺩ ﺃﻥ ﻳﻔﺴﺪ ﺍﻟﺪﻳﻦ ﻋﻠﻰ ﺍﳌﺴﻠﻤﲔ‬،‫ﻼ ﻳﻬﻮﺩﻳﹰﺎ ﻥ ﻭﻛﺎﻥ ﻗﺪ ﺗﺴﺘﺮ ﺑﺎﻹﺳﻼﻡ‬
‫"ﺇﻥ ﺍﺑﻦ ﺳﻮﺩﺍﺀ ﻛﺎﻥ ﺭﺟ ﹰ‬

“Sesungguhnya Ibnus Sauda’ adalah seorang Yahudi dan ia menyembunyikan dirinya


dengan Islam. Dia mahu merosakkan agama ke atas orang-orang Islam”.(At-Tabsir fi
ad- Din ms109).

Lampiran 3

   ~28~ 
‫ ﻋﻦ ﺃﰊ ﻋﺒﺪﺍﷲ ﻋﻠﻴﻪ ﺍﻟﺴﻼﻡ ﻗﺎﻝ ﺃﻣﺎ ﻋﻠﻤﺖ ﺃﻥ ﺍﻟﺪﻧﻴﺎ ﻭﺍﻵﺧﺮﺓ ﻟﻼﻣﺎﻡ ﻳﻀﻌﻬﺎ ﺣﻴﺚ ﻳﺸﺎﺀ‬،‫ﻋﻦ ﺃﰊ ﺑﺼﲑ‬
‫ ﺟﺎﺋﺰ ﻟﻪ ﺫﻟﻚ ﻣﻦ ﺍﷲ‬،‫ﻭﻳﺪﻓﻌﻬﺎ ﺇﱃ ﻣﻦ ﻳﺸﺎﺀ‬
Daripada Abi Bashir daripada Abu Abdillah a.s. katanya, “Tidakkah engkau (Abu Basir)
tahu bahawa sesungguhnya dunia dan akhirat adalah kepunyaan Imam. Dia boleh
meletakkannya di mana dikehendaki dan memberikan kepada sesiapa yang
dikehendakinya. Itu adalah satu kebenaran dari pihak Allah kepadanya.”

Lampiran 4

Syeikh Saduq juga mengemukakan satu riwayat di dalam kitab At-Tauhid Bab “Tafsir
Firman Allah Taala ‘Segala Perkara Akan Binasa Kecuali Wajahnya”

.‫ ﳓﻦ‬:‫ ﻛﻞ ﺷﺊ ﻫﺎﻟﻚ ﺇﻻ ﻭﺟﻬﻪ ﻗﺎﻝ‬:‫ﻋﻦ ﺃﰊ ﻋﺒﺪﺍﷲ ﻋﻠﻴﻪ ﺍﻟﺴﻼﻡ ﰲ ﻗﻮﻝ ﺍﷲ ﻋﺰﻭﺟﻞ‬


Daripada Abu Abdillah (Jaa’far as-Sadiq) berkenaan firman Allah ““Segala sesuatu
akan binasa kecuali wajahNya” beliau berkata, “Kamilah (wajah Allah itu)”.(At-Tauhid
Syeikh Saqud hal 151, Tafsir Maqbul Ahmad)

Lampiran 5

:‫א‬‫א‬

Ja’far as-Sadiq a.s. berkata: “Bukan dari kalangan kami orang yang tidak
mempercayai raj’ah (kebangkitan semula para Imam sebelum qiamat untuk
menghukum orang-orang yang menentang dan memusuhi Ahlul Bait) dan tidak
menganggap halal mut’ah kita”.( Man Laa Yahdhruhul Faqih jilid 3 hal. 458 hadith
no. 4583, Syeikh Abbas Al Qummi-Muntaha Al Amal jilid 2 hal. 34)

‫א‬‫א‬‫א‬:‫א‬‫א‬

.: ‫א‬‫א‬‫א‬:

Ja’far as-Sadiq a.s. berkata: “Sesungguhnya aku tidak suka seseorang itu mati dalam
keadaan masih ada lagi mana-mana sifat (perbuatan) Rasulullah s.a.w. yang masih
belum dilakukannya. Maka aku (perawi) bertanya kepadanya: “Apakah Rasulullah
s.a.w. melakukan mut’ah? Dia menjawab: “Ya!”.( Man Laa Yahdhuduruhul Faqih j . 3
hal. 467 hadith no 4615, Wassailu As Syi’ah j. 14 hal 442, Qurbul Isnad hal. 21)

‫א‬   ‫א‬      ‫א‬  : ‫א‬  ‫א‬     ‫א‬ 

‫א‬

   ~29~ 
Abdullah bin Sinan telah meriwayatkan dari Jaafar As-Shadiq a.s. katanya:
“Sesungguhnya Allah Tabaraka wataala telah mengharamkan bentuk minuman
yang memabukkan ke atas Syi’ah kita dan menggantikannya dengan mut’ah.”(Ibn
Bahwaih Al Qummi- Man Laa Yahdhuruhul Faqih jil. 3 hal. 467 hadith no 4616, Al
Muurru Almili-Wasaailu As Syi’ah jil. 14 hal. 438)

:‫א‬:‫א‬‫א‬‫א‬‫א‬‫א‬:‫א‬

‫א‬‫א‬:‫א‬

Ja’far as-Sadiq a.s. berkata: “Sesungguhnya Nabi s.a.w. ketika telah diperjalankan ke
langit Baginda berkata, “Jibril a.s. telah menemui aku lalu berkata, “Wahai
Muhammad, Allah Tabaraka waa taala berfirman: Sesungguhnya Aku telah
mengampunkan orang yang telah melakukan mut’ah dengan perempuan dari
kalangan umatmu”.(Man Laa Yahdhuruhul Faqih jil. 3 hal. 464 hadith no 4601,
Wasaailu As Syi’ah jil . 14 hal. 442, Biharu Al Anwar jil. 100 hal. 306)

Lampiran 6

.‫א‬     : ‫א‬   ‫א‬   :  ‫א‬  

Al-Kulaini meriwayatkan daripada Abi Abdillah (Jaafar as-Sadiq) a.s. bahawa


disebutkan kepadanya tentang mut'ah adakah ia termasuk daripada empat (isteri)?
Beliau menjawab, “Kahwinilah daripada mereka seribu pun kerana mereka termasuk
perempuan-perempuan yang disewakan”.(Al-Furu’ min al-Kafi jil 5 hal. 452, Al
Istibshar jil. 3 hal. 461, Tahzib al-Ahkam jil. 7 hal. 259, Wasaail as-Syi’ah jil. 14 hal. 446)

.     ‫א‬ ‫א‬  :  ‫א‬         

Al-Kulaini meriwayatkan daripada Abi Jaafar a.s. (Muhammad al-Baqir) berkenaan


mut'ah, katanya, “ianya bukan termasuk daripada empat (isteri) kerana mereka
tidak diceraikan dan tidak mewarisi, mereka hanyalah perempuan sewaan
sahaja”.(Al-Furu’ min al-Kafi jil 5 hal. 452 hadith no 9954)

. :‫א‬‫א‬
Al-Kulaini meriwayatkan daripada Zurarah daripada Abi Abdillah (Jaafar as-Sadiq)
a.s. katanya, “Tidak berlaku mut'ah kecuali dengan dua perkara iaitu tempoh yang
telah ditetapkan dan upah (bayaran) yang tertentu”.(Al-Furu’ min al-Kafi jil 5 hal. 457
hadith no 9967)

.‫א‬ ‫א‬ :‫א‬ ‫א‬‫א‬: 

   ~30~ 
Al-Kulaini meriwayatkan daripada Muhammad bin Muslim katanya, “aku bertanya
Aba Abdillah a.s., “Berapakah mahar (dia maksudkan pada mut'ah)?” Beliau
menjawab, “Sekadar yang yang diredhai oleh keduanya sehingga tempoh yang ia
kehendaki”.(Al-Furu’ min al-Kafi jil 5 hal. 459 hadith no 9977)

. :‫א‬:‫א‬:‫ א‬


Al-Kulaini meriwayatkan daripada Ahwal katanya: “Aku bertanya Aba Abdillah a.s.:
“Berapakah mahar yang paling rendah untuk perkahwinan mut'ah? Beliau a.s.
menjawab: “Segenggam gandum”.(Al-Furu’ min al-Kafi jil 5 hal. 457 hadith no 9978,
Tahzib Al-Ahkam jil. 7 hal. 260)

.:‫א‬‫א‬‫א‬ :‫א‬:

Al-Kulaini meriwayatkan daripada Khalaf bin Hammad katanya: “Aku menghantar


orang kepada Abi al-Hasan a.s. untuk bertanya tentang tempoh paling singkat
melakukan mut'ah, adakah harus seseorang melakukan mut'ah dengan syarat sekali
(persetubuhan) sahaja?” Beliau menjawab, “Ya”.(Al-Furu’ min al-Kafi jil 5 hal. 460.)

:‫ ﻋﻦ ﺇﲰﺎﻋﻴﻞ ﺍﺑﻦ ﺍﻟﻔﻀﻞ ﺍﳍﺎﴰﻲ ﻗﺎﻝ‬،‫ ﻋﻦ ﻋﻤﺮﺑﻦ ﺍﺫﻳﻨﺔ‬،‫ ﻋﻦ ﺍﺑﻦ ﺃﰊ ﻋﻤﲑ‬،‫ ﻋﻦ ﺃﺑﻴﻪ‬،‫ﻋﻠﻲ ﺑﻦ ﺇﺑﺮﺍﻫﻴﻢ‬
‫ ﺍﻟﻖ ﻋﺒﺪﺍﳌﻠﻚ ﺑﻦ ﺟﺮﻳﺞ ﻓﺴﻠﻪ ﻋﻨﻬﺎ ﻓﺈﻥ ﻋﻨﺪﻩ ﻣﻨﻬﺎ ﻋﻠﻤﺎ ﻓﻠﻘﻴﺘﻪ‬:‫ﺳﺄﻟﺖ ﺃﺑﺎ ﻋﺒﺪﺍﷲ )ﻉ ﻋﻦ ﺍﳌﺘﻌﺔ ﻓﻘﺎﻝ‬
‫ ﻟﻴﺲ ﻓﻴﻬﺎ ﻭﻗﺖ ﻭﻻ‬:‫ﻓﺄﻣﻠﻰ ﻋﻠﻲ ﻣﻨﻬﺎ ﺷﻴﺌﺎ ﻛﺜﲑﺍ ﰲ ﺍﺳﺘﺤﻼﳍﺎ ﻓﻜﺎﻥ ﻓﻴﻤﺎ ﺭﻭﻯ ﱄ ﺍﺑﻦ ﺟﺮﻳﺞ ﻗﺎﻝ‬
‫ﻋﺪﺩﺇﳕﺎ ﻫﻲ ﲟﱰﻟﺔ ﺍﻻﻣﺎﺀ ﻳﺘﺰﻭﺝ ﻣﻨﻬﻦ ﻛﻢ ﺷﺎﺀ ﻭﺻﺎﺣﺐ ﺍﻻﺭﺑﻊ ﻧﺴﻮﺓ ﻳﺘﺰﻭﺝ ﻣﻨﻬﻦ ﻣﺎﺷﺎﺀ ﺑﻐﲑ ﻭﱄ‬
‫ﺎ ﺣﻴﻀﺘﺎﻥ ﻭﺇﻥ ﻛﺎﻧﺖ‬‫ﻭﻻﺷﻬﻮﺩ ﻓﺈﺫﺍ ﺍﻧﻘﻀﻰ ﺍﻻﺟﻞ ﺑﺎﻧﺖ ﻣﻨﻪ ﺑﻐﲑ ﻃﻼﻕ ﻭﻳﻌﻄﻴﻬﺎ ﺍﻟﺸﺊ ﺍﻟﻴﺴﲑ ﻭﻋﺪ‬
.‫ﺻﺪﻕ ﻭﺃﻗﺮﺑﻪ‬: ‫ﻻﲢﻴﺾ ﻓﺨﻤﺴﺔ ﻭﺃﺭﺑﻌﻮﻥ ﻳﻮﻣﺎ ﻓﺄﺗﻴﺖ ﺑﺎﻟﻜﺘﺎﺏ ﺃﺑﺎ ﻋﺒﺪﺍﷲ )ﻉ ﻓﻌﺮﺿﺖ ﻋﻠﻴﻪ ﻓﻘﺎﻝ‬
‫ ﺇﻥ ﻛﺎﻧﺖ ﲢﻴﺾ‬:‫ ﺍﺑﻦ ﺍﺫﻳﻨﺔ ﻭ ﻛﺎﻥ ﺯﺭﺍﺭﺓ ﺑﻦ ﺃﻋﲔ ﻳﻘﻮﻝ ﻫﺬﺍ ﻭﳛﻠﻒ ﺃﻧﻪ ﺍﳊﻖ ﺇﻻ ﺃﻧﻪ ﻛﺎﻥ ﻳﻘﻮﻝ‬:‫ﻗﺎﻝ‬
‫ﻓﺤﻴﻀﺔ ﻭﺇﻥ ﻛﺎﻧﺖ ﻻﲢﻴﺾ ﻓﺸﻬﺮ ﻭﻧﺼﻒ‬

Al-Kulaini meriwayatkan daripada Ismail bin al-Fadhl al-Hasyimi, katanya: “Aku


bertanya Abu Abdillah a.s. tentang mut’ah lalu dia berkata: “Bertemulah dengan
Abdul Malik bin Juraij maka tanyalah dia tentangnya kerana dia mempunyai ilmu
tentangnya. Maka aku pun bertemu dengannya lalu dia membacakan kepadaku
banyak perkara tentang penghalalan halalnya mut’ah, di antara apa yang
diriwayatkan kepadaku oleh Ibnu Juraij ialah katanya: “Tidak ada penentuan waktu
dan bilangan yang tertentu dalam mut’ah, mereka hanyalah seperti hamba sahaja.
Seseorang boleh berkahwin dengan mereka (perempuan secara mut’ah) sebanyak
mana yang ia kehendaki. Begitu juga dengan orang yang telah mempunyai empat
isteri dia boleh berkahwin dengan mereka mengikut yang ia kehendaki tanpa
sebarang wali dan saksi. Bila telah habis tempoh maka berpisahlah mereka tanpa

   ~31~ 
sebarang thalaq dan dia hendaklah memberikan kepada perempuan itu sesuatu
walaupun sedikit dan iddahnya adalah dua haidh dan kalau dia tidak haid maka
empat puluh lima hari”. Lalu aku bawakan kitab itu kepada Abu Abdillah a.s. lalu aku
kemukakan kepadanya maka Ia berkata, “Benar ia (Ibnu Juraij) dan dia
mengakuinya”. Ibnu Uzainah berkata, “Zurarah bin ‘Aa’yun berpendapat demikian
dan dia bersumpah bahawa ia adalah benar cuma dia berkata, “jikalau
perempuan itu datang haidh maka (‘idahnya) adalah satu haidh dan jika dia tidak
datang haidh maka sebulan setengah”.(Al-Furu’ min al-Kafi jil 5 hal. 453 hadith no
9955.)

Lampiran 7

Mereka mengatakan bahawa imam Ja'far As-Sadiq mejadikan laknat beberapa


orang sahabat sebagai wirid selepas sembahyangnya sebagaimana yang dinukilkan
oleh Al-Kulaini:

‫ﺔ‬ ‫ﺑ‬‫ﻮ‬‫ﻣ ﹾﻜﺘ‬ ‫ ﹺﺮ ﹸﻛﻞﱢ‬‫ﺑ‬‫ﻲ ﺩ‬‫ ﻓ‬‫ﻌﻦ‬ ‫ﻳ ﹾﻠ‬ ‫ﻮ‬ ‫ﻭ ﻫ‬ (‫ﻪ )ﻉ‬ ‫ﺪ ﺍﻟﻠﱠ‬ ‫ﺒ‬‫ﻋ‬ ‫ﺎ‬‫ﺎ ﹶﺃﺑ‬‫ﻌﻨ‬ ‫ﻤ‬ ‫ﺳ‬ ‫ﺝ ﻗﹶﺎﻟﹶﺎ‬ ‫ﺍ ﹺ‬‫ﺴﺮ‬ ‫ﻤ ﹶﺔ ﺍﻟ‬ ‫ﺳﹶﻠ‬ ‫ﻭ ﹶﺃﺑﹺﻲ‬ ‫ﻳ ﹴﺮ‬‫ﻮ‬ ‫ﺑ ﹺﻦ ﺛﹸ‬ ‫ﻴ ﹺﻦ‬‫ﺴ‬
 ‫ﻋ ﹺﻦ ﺍﹾﻟﺤ‬
‫ﻭ‬ ‫ﺪ‬ ‫ﻨ‬‫ﻫ‬ ‫ﻭ‬ ‫ﻧﺔﹸ‬‫ﻭ ﹸﻓﻠﹶﺎ‬ ‫ﻧﺔﹸ‬‫ﻭ ﹸﻓﻠﹶﺎ‬ ‫ﻢ‬ ‫ﻴ ﹺﻬ‬‫ﺴﻤ‬
 ‫ﻳ‬ ‫ﻭ‬ ‫ﻳﺔﹸ‬‫ﺎ ﹺﻭ‬‫ﻣﻌ‬ ‫ﻭ‬ ‫ﻭ ﻓﹸﹶﻠﺎ ﹲﻥ‬ ‫ﻭ ﹸﻓﻠﹶﺎ ﹲﻥ‬ ‫ﺎ ِﺀ ﹸﻓﻠﹶﺎ ﹲﻥ‬‫ﻨﺴ‬‫ﻦ ﺍﻟ‬ ‫ﻣ‬ ‫ﻌﹰﺎ‬‫ﺭﺑ‬ ‫ﻭ ﹶﺃ‬ ‫ﺎ ﹺﻝ‬‫ﺮﺟ‬ ‫ﻦ ﺍﻟ‬ ‫ﻣ‬ ‫ﻌ ﹰﺔ‬ ‫ﺑ‬‫ﺭ‬ ‫ﹶﺃ‬
‫ﻳ ﹶﺔ‬‫ﺎ ﹺﻭ‬‫ﻣﻌ‬ ‫ﺖ‬
 ‫ﺧ‬ ‫ﺤ ﹶﻜ ﹺﻢ ﹸﺃ‬
 ‫ ﺍﹾﻟ‬‫ﹸﺃﻡ‬
Daripada Husain dan Abi Salamah katanya, "Kami mendengar Abu Abdillah a.s.
melaknat selepas setiap sembahyang fardhu empat orang lelaki dan empat orang
perempuan iaitu si-fulan,si-fulan,si-fulan dan Mu'awiyah serta ia menyebut nama
mereka dan si-fulanah,si-fulanah, Hindun dan Ummul Hakam saudara perempuan
Mu'awiyah. (Al-Kafi jilid 3 hal. 343)

Yang dimaksudkan dengan "si-fulan" di dalam kitab-kitab Syi'ah adalah yang pertama
Abu Bakar r.a., kedua Umar r.a. dan ketiga Uthman r.a. sementara "si-fulanah" adalah
yang pertama Aisyah r.a. dan kedua Hafsah r.a.

Lampiran 8

Untuk menjelaskan hakikat taqiyyah ini Al-Kulaini mengemukakan satu riwayat yang
berbunyi:
‫ ﻓﺈﻧﻪ ﻣﻦ ﻛﺘﻢ ﺃﻣﺮﻧﺎ ﻭﱂ ﻳﺬﻋﻪ ﺃﻋﺰﻩ ﺍﷲ ﺑﻪ ﰲ‬،‫ ﻳﺎ ﻣﻌﻠﻰ ﺍﻛﺘﻢ ﺃﻣﺮﻧﺎ ﻭﻻﺗﺬﻋﻪ‬:‫ﻗﺎﻝ ﺃﺑﻮﻋﺒﺪﺍﷲ ﻋﻠﻴﻪ ﺍﻟﺴﻼﻡ‬
‫ ﻳﺎ ﻣﻌﻠﻰ ﻣﻦ ﺃﺫﺍﻉ ﺃﻣﺮﻧﺎ ﻭﱂ ﻳﻜﺘﻤﻪ ﺃﺫﻟﻪ ﺍﷲ ﺑﻪ‬،‫ ﻳﻘﻮﺩﻩ ﺇﱃ ﺍﳉﻨﺔ‬،‫ﺍﻟﺪﻧﻴﺎ ﻭﺟﻌﻠﻪ ﻧﻮﺭﺍ ﺑﲔ ﻋﻴﻨﻴﻪ ﰲ ﺍﻵﺧﺮﺓ‬
‫ ﻳﺎ ﻣﻌﻠﻰ ﺇﻥ ﺍﻟﺘﻘﻴﺔ ﻣﻦ ﺩﻳﲏ‬،‫ﰲ ﺍﻟﺪﻧﻴﺎ ﻭﻧﺰﻉ ﺍﻟﻨﻮﺭ ﻣﻦ ﺑﲔ ﻋﻴﻨﻴﻪ ﰲ ﺍﻵﺧﺮﺓ ﻭﺟﻌﻠﻪ ﻇﻠﻤﺔ ﺗﻘﻮﺩﻩ ﺇﱃ ﺍﻟﻨﺎﺭ‬
‫ﻭﺩﻳﻦ ﺁﺑﺎﺋﻲ ﻭﻻﺩﻳﻦ ﳌﻦ ﻻﺗﻘﻴﺔ ﻟﻪ‬

Abu Abdillah a.s. berkata: "Wahai Mu'alla! Sembunyikan urusan (agama) kami dan
jangan nyatakannya, kerana sesungguhnya orang yang menyembunyikan agama
kami dan tidak menyatakannya akan dimuliakan oleh Allah di dunia dan Allah akan
menjadikannya sebagai cahaya di antara dua matanya di akhirat yang akan
membawanya ke syurga. Wahai Mu'alla! Orang yang menyatakan agama kami dan
tidak menyembunyikannya akan di hina oleh Allah di dunia dan Allah akan

   ~32~ 
membuang cahaya di antara dua matanya di akhirat dan akan menjadikannya
kegelapan yang mengheretnya ke neraka. Wahai Mu'alla! Sesungguhnya taqiyyah
adalah agamaku dan agama datuk nenekku dan tidak ada agama bagi orang yang
tidak bertaqiyyah".(Usul al-Kafi jilid 2 hal 225)

Lampiran 9

‫ﻗﺎﻝ ﺃﺑﻮﻋﺒﺪﺍﷲ ﻋﻠﻴﻪ ﺍﻟﺴﻼﻡ ﻣﺎ ﺃﻧﺰﻝ ﺍﷲ ﺳﺒﺤﺎﻧﻪ ﺁﻳﺔ ﰲ ﺍﳌﻨﺎﻓﻘﲔ ﺍﻻ ﻭﻫﻲ ﻓﻴﻤﻦ ﻳﻨﺘﺤﻞ ﺍﻟﺘﺸﻴﻊ‬

Disediakan oleh :

Maulana Mohd. Asri bin Yusof.

Diedit dan ditambah lampiran oleh :

Ahmad Nasim bin Abdul Rauf.

   ~33~ 

Anda mungkin juga menyukai