Anda di halaman 1dari 3

Perkaitan Antara Asbab Nuzul Dan Asbab Wurud Hadis

Muhammad Hanief Awang Yahaya www.darulkautsar.net

Asbab al-Nuzul ialah perkara yang ayat al-Qur`an menceritakan tentangnya atau menjelaskan hukumnya pada ketika ia berlaku. Ia bermaksud ayat al-Qur`an diturunkan sebaik sahaja peristiwa itu berlaku bagi menjelaskan hukumnya.

Ia merupakan ilmu yang penting dalam memahami al-Qur`an kerana tidak boleh mentafsirkan alQur`an melainkan setelah mengetahui sebab-sebab penurunannya.

Manakala asbab wurud hadis ialah ilmu yang membincangkan faktor-faktor yang mendorong terbitnya hadis Rasulullah s.a.w. sama ada dalam bentuk pengucapan, perbuatan dan pengakuan. Terdapat hubungan yang utuh antara asbab nuzul dan asbab wurud hadis untuk mengetahui memahami makna nas secara sahih.

Kedua-duanya bergantung kepada periwayatan sekiranya ia berdasarkan kepada sanad yang sahih atau sekurang-kurangnya hasan maka ia boleh dijadikan asas untuk mengetahui latar belakang suasana datangnya nas. Dalam hal ini, tidak dapat tidak mesti terikat dengan kaedah ulama hadis dalam penerimaan dan penolakan riwayat.

Terdapat keadaan di mana sabab nuzul dan sabab wurud hadis adalah riwayat yang sama. Maksudnya turunnya ayat al-Qur`an kerana suatu peristiwa di zaman Rasulullah s.a.w. dan dalam masa yang sama ada hadis menyebutkan peristiwa yang sama.

Hal ini dapat dijelaskan dengan contoh berikut

: : : ? ?
Daripada Kab bin Ujrah bahawa Rasulullah s.a.w. melihatnya dalam keadaan kutu berguguran dari rambutnya lalu bersabda: Adakah kutu pada kamu itu mengganggu kamu? Saya menjawab: Ya. Rasulullah s.a.w. bersabda: Cukurlah rambutmu. Kab berkata: Berkenaan sayalah turun ayat yang bermaksud: Maka sesiapa di antara kamu sakit atau terdapat sesuatu yang menyakiti di kepalanya (lalu ia mencukur rambutnya), hendaklah ia membayar fidyah. Iaitu berpuasa, atau bersedekah, atau menyembelih dam. (surah al-Baqarah: 196). Rasulullah s.a.w. bersabda: Hendaklah kamu berpuasa tiga hari atau bersedekahlah dengan satu faraq (iaitu 3 gantang) yang dibahagikan kepada enam orang miskin atau sembelih bintang sembelihan yang mudah kepada kamu. (al-Bukhari: 1815, Muslim: 1201) Berdasarkan kepada hadis ini harus kepada orang yang berihram mencukur kepalanya apabila ada gangguan di kepalanya seperti kutu dan wajib kepadanya membayar fidyah dan kadarnya ialah dengan berpuasa, atau bersedekah sebanyak tiga gantang, atau menyembelih dam. Pertanyaan Rasulullah s.a.w. kepada Kab sebagai memastikan wujudnya sebab atau illah yani sesuatu unsur yang menjadi gangguan kepadanya dalam mengerjakan haji. Apabila beliau memberitahu kesukaran yang dihadapinya maka baginda memberikan satu hukum yang ringan kepadanya. Dan ini bersesuai dengan qaedah shara al-Mashaqqah Tajlib al-Taysir (kesukaran akan menarik hukum yang memudahkan kepada mukallaf). Hadis ini diletakkan oleh imam al-Bukhari di bawah tajuk:

( )
Bab Firman Allah s.w.t. (atau bersedekah) dan ia adalah sedekah kepada enam orang miskin. Sebelum mengemukakan hadis ini, Imam al-Bukhari memasukkan sebuah hadis yang lebih ringkas dari hadis di atas di bawah tajuk yang dibuatnya dari ayat al-Qur`an iaitu

} {
Bab ayat yang bermaksud: maka sesiapa di antara kamu sakit atau terdapat sesuatu yang menyakiti di kepalanya (lalu ia mencukur rambutnya), hendaklah ia membayar fidyahyani berpuasa, atau bersedekah, atau menyembelih dam. Seseorang itu diberikan pilihan. Adapun puasa maka ia adalah 3 hari.

Daripada Kab bin Ujrah daripada Rasulullah s.a.w. bahawa baginda bertanya kepadanya Boleh jadi kutu pada kamu itu mengganggu kamu? Saya menjawab: Ya. Rasulullah s.a.w. bersabda: Cukurlah rambutmu, berpuasa 3 hari atau memberi makan kepada 6 orang miskin atau menyembelih seekor kambing.

Sumber: http://www.darulkautsar.net/article.php?ArticleID=3865

Anda mungkin juga menyukai