Anda di halaman 1dari 3

10 

PERKARA ASAS TENTANG IBADAH PUASA DI BULAN


RAMADHAN
1. PENGERTIAN PUASA

Ertinya menahan diri dari makan dan minum dan dari segala perbuatan yang boleh
membatalkan puasa mulai dari terbit fajar hinggalah terbenam matahari.

2. HUKUM PUASA RAMADHAN

Ibadah puasa di bulan Ramadhan adalah wajib bagi mereka yang memenuhi syaratnya.

Selain puasa di bulan Ramadhan, puasa yang wajib ditunaikan adalah puasa kifarah, puasa
nazar, dan puasa ganti (qada’).

3. SYARAT-SYARAT WAJIB PUASA

Seseorang yang memiliki semua sifat di bawah adalah wajib ke atasnya untuk menunaikan
ibadah puasa.

 Islam
 Baligh
 Berakal
 Berupaya (sihat)
 Bermukim

Kanak-kanak tidak diwajibskan berpuasa, namun eloklah diajarkan puasa apabila sudah
mumaiyiz.

4. NIAT PUASA RAMADHAN


5. PERKARA YANG DISUNATKAN KETIKA BERPUASA
 Makan Sahur serta melambatkannya
 Menyegerakan berbuka puasa & sunat berbuka dengan buah kurma atau
benda-benda yang manis
 Menjamu orang-orang yang berbuka puasa
 Mandi junub,haid dan nifas sebelum fajar
 Memperbanyakkan ibadah dan berbuat kebaikan
 Membaca Al-Quran
 Beriktikaf terutama 10 hari terakhir bulan Ramadhan

6. PERKARA MAKRUH DILAKUKAN KETIKA BERPUASA


 Berbekam
 Mengeluarkan darah
 Berkucup / bercium
 Merasa makanan
 Bersugi selepas gelincir matahari
 Mencium wangian

7. PERKARA YANG MEMBATALKAN PUASA


 Memasukkan sesuatu ke dalam rongga dengan sengaja kecuali terlupa
 Makan dan minum dengan sengaja
 Muntah dengan sengaja
 Bersetubuh atau keluar mani dengan sengaja
 Keluar darah haid dan nifas
 Gila
 Pitam atau mabuk sepanjang hari
 Murtad

8. DOA KETIKA BERBUKA PUASA

 
9. BAGAIMANA JIKA TAK MAMPU BERPUASA?

Antara golongan yang diberi keringanan daripada menjalankan ibadah puasa adalah:


1. Orang sakit
2. Orang yang dalam perjalanan (Musafir)
3. Ibu mengandung
4. Ibu yang menyusukan anak
5. Orang tua yang tidak mampu berpuasa
6. Pekerja yang melakukan kerja berat
Golongan di atas diharuskan ke atas mereka berbuka sekiranya tidak terdaya.

Namun, wajib menggantikan puasa Ramadhan bagi yang membatalkan puasa


Ramadhannya samada kerana keuzuran ataupun tanpa sebarang keuzuran. Jika tidak
mampu juga, diwajibkan membayar fidyah.
Firman Allah Ta’ala :

Maksudnya : “(Puasa yang diwajibkan itu ialah) beberapa hari yang tertentu maka sesiapa
diantara kamu yang sakit atau dalam musafir (bolehlah ia berbuka) kemudian wajiblah ia
berpuasa sebanyak (hari yang dibuka) itu pada hari-hari yang lain dan wajib ke atas orang-
orang yang tidak terdaya berpuasa (kerana tuanya dan sebagainya) membayar fidyah iaitu
memberi makan orang miskin (secupak bagi tiap-tiap satu hari yang tidak dikerjakan puasa)
maka sesiapa yang dengan sukarela memberikan (bayaran fidyah) lebih dari yang di
tentukan itu maka itu adalah suatu kebaikan baginya dan (walaupun demikian) berpuasa itu
lebih baik bagi kamu (daripada memberi fidyah) kalau kamu mengetahui ”. (Surah Al-
Baqarah Ayat 184)

10. KIFARAH PUASA

Seseorang suami yang merosakkan puasanya dalam bulan Ramadhan dengan melakukan


persetubuhan (hubungan seks) maka dia wajib membayar kifarah (denda).

Isteri tidak wajib mengeluarkan kifarah tetapi wajib menggantikan (qada’) puasa yang
terbatal.

Kifarah bagi puasa yang batal atau rosak ialah :

1. Membebaskan seorang hamba yang beriman


2. Jika tiada hamba untuk dibebaskan, wajib ke atasnya  berpuasa 2 bulan
berturut-turut
3. Jika tidak mampu berpuasa, wajib dia memberikan makan 60 orang fakir
miskin setiap seorang mendapat secupak makanan asasi negeri itu.

Anda mungkin juga menyukai