Anda di halaman 1dari 9

Modul al-Fiqh al-Islami

TAJUK 2 : BERSUCI

Hasil Pembelajaran: Selepas mengikuti perbincangan ini dengan jayanya, pelajar dapat: 1. Menghuraikan definisi puasa dari sudut bahasa dan istilah. 2. Menyenaraikan isu-isu pokok yang menjadi perbincangan dalam puasa. 3. Menjelaskan tentang jenis-jenis puasa sunat.

1.0

Fokus Perbincangan: 1.1 1.2 1.3 1.4 1.5 1.6 1.7 1.8 1.9 Definisi puasa Sejarah Pensyariatan Puasa Hukum Puasa Hikmah Puasa Penentuan Bermulanya Ramadhan Syarat Wajib Puasa Keuzuran Yang Menghalang Puasa Keuzuran Yang mengharuskan Berbuka Rukun Puasa

1.10 Perkara Yang Membatalkan Puasa 1.11 Adab-adab Berpuasa 1.12 Qadha Puasa Ramadhan 1.13 Kifarat Puasa Ramadhan 1.14 Beberapa Isu Berkaitan Puasa

Modul al-Fiqh al-Islami

2.0

Definisi Puasa 2.1 Definisi Dari Sudut Bahasa

Puasa dari segi bahasa bermakna menahan diri dari sesuatu sama ada dalambentuk percakapan atau makanan. 2.2 Definisi Dari Sudut Istilah

Menahan diri dari perkara yang membatalkan puasa dari terbit fajar sehingga tenggelam matahari dengan disertai dengan niat. 3.0 Sejarah Pensyariatan Puasa Puasa difardhukan pada bulan Syaban tahun ke 2 hijrah. Walau bagaimanapun, kewajipan puasa ini sudah pun ada dalam umat-umat sebelum umat Nabi Muhammad s.a.w lagi. Cumanya kewajipan puasa Ramadhan belum pernah diturunkan sebelum umat Muhammad. Dengan kata lain kewajipan puasa Ramadhan hanya khusus untuk umat Muhammad s.a.w. sahaja. 4.0 Hukum Puasa

Puasa di bulan Ramadhan hukumnya adalah wajib. Allah berfirman :

." "

Modul al-Fiqh al-Islami

Maksudnya : Wahai orang-orang yang beriman, difardhukan ke atas kamu berpuasa seperti mana difardhukan ke atas orang-orang sebelum kamu, semoga kamu bertakwa Orang yang menafikan kefardhuan puasa akan menjadi kafir, melainkan jika dia itu baru memeluk Islam atau tinggal jauh dari ulamak. Jika meninggalkannya kerana malas, akan jadi fasiq. Pemerintah wajib memenjarakannya dan menahan dari memberikan dia makan dan minum di waktu siang bagi menghasilkan keadaan berpuasa itu walaupun hanya dari segi luaran sahaja. 4.0 Hikmah Puasa 1. Puasa yang sah akan menghidupkan hati orang yang beriman agar sentiasa muraqabah dengan Allah Taala. 2. Bulan Ramadhan ialah bulan yang mulia di mana Allah Taala mahukan hamba-Nya merealisasikan ketaatan semaksimum yang mungkin. Antara bentuk ketaatan itu ialah melalui berpuasa. 3. Keadaan kenyang yang berpanjangan akan menyebabkan hati menjadi keras dan boleh menimbulkan unsure-unsur yag tidak baik dalam diri. Oleh itu perlulah berpuasa. 4. Puasa boleh menanam sifat kasihan belas kepada golongan yang tidak bernasib baik. 5. Puasa boleh menyihatkan tubuh badan. 5.0 Penentuan Bermulanya Ramadhan

Modul al-Fiqh al-Islami

1. Apabila nampak anak bulan Ramadhan. Di saksikan anak bulan itu oleh seorang yang adil. 2. Apabila sempurna 30 hari bulan Syaban. Ini ialah pabila tidak dapat dilihat anak bulan Ramadhan tersebut. Dalilnya Sabda RasuluLLah s.a.w (riwayat al-Bukhari):


Ertinya: Puasaah dengan sebab ampak anak bulan dan berbukalah (sambutlah hari raya) dengan sebab ampak anak bulan juga, jika dilindungi dari kamu anak bulan itu (tidak Nampak) maka sempurnakanlah bilangan bulan Syaban 30 hari 6.0 Syarat Wajib Puasa 1. Islam. 2. Mukallaf (Baligh dan Berakal). 3. Tiada Keuzuran Yang Menghalang Dari Berpuasa Atau Yang Mengharuskan Berbuka 7.0 Keuzuran Yang Menghalang Dari Berpuasa 1. 2. Haid atau nifas Hilang akal di keseluruhan waktu siang. Jika sedar sebelum tamat siang, wajib menahan diri dari perkara yang membatalkan puasa hinggalah ke tenggelamnya matahari. 8.0 Keuzuran Yang Mengharuskan Berbuka

Modul al-Fiqh al-Islami

1. Sakit yang menyebabkan kemudharatan yang hebat kepada si pengidapnya. Dalam keadaan ini harus dia berbuka. Jika sakit itu menyebabkan dia bimbang akan keseslamatan nyawanya jika terus berpuasa, maka ketika itu dia wajib berbuka. 2. Musafir yag jauh yang tidak kurang dari dua marhalah. Syaratnya musafir itu hendaklah: - diharuskan. - memakan keseluruhan hari. 3. Tidak mampu untuk berpuasa. Harus berbuka bagi orang yang tidak berupaya untuk berpuasa kerana terlalu tua atau menghidap penyakit yang tiada harapan untuk sembuh lagi. 9.0 Rukun Puasa - Niat Puasa: Niat hendaklah dengan hati dan tidak memadai secara lisan. Niat puasa Ramadhan hendaklah dilakukan di malam hari sebelum terbitnya fajar, dan hendaklah ditentukan puasa itu sebagai puasa Ramadhan (jika tidak ditentukan seperti dia Cuma berniat sahaja aku berppuasa esok hari, maka niatnya itu tidak sah) dan hendaklah niat itu dilakukan pada setiap malam Ramadhan. - Menahan Diri Dari Perkara-Perkara Yang Membatalkan Puasa: Menahan diri ini adalah dari terbit fajar sehinggalah ke tenggelamnya matahari. 10.0 Perkara-Perkara Yang Membatalkan Puasa

Modul al-Fiqh al-Islami

1. Makan dan Minum : Sekiranya dilakukan dengan sengaja waalupun sedikit, batal puasanya. Jika terlupa tidak batal walaupun banyak makan minumnya itu. 2. Masuk sesuatu ke dalam badan melalui rongga di badan: Rongga di badan ialah mulut, lubang telinga, qubul dan dubur. 3. Muntah dengan sengaja : Muntah membatalkan puasa walaupun orang yang muntah itu yakuin tiada muntahnya yang masuk kembali ke dalam perutnya. Jika tidak sengaja, maka tidak batal puasanya. 4. Bersetubuh dengan sengaja: Bersetubuh dengan sengaja membatalkan puasa walaupun tidak keluar mani. Jika dia bersetubuh dalam keadaan lupa, tidak batal puasanya, sama seperi makan dan minum yang terlupa. 5. Mengeluarakan air mani dengan sengaja 6. Keluar Haid atau Nifas: Jika datang haid atau nifas sewaktu berpuasa, wajiblah dia berbuka dan haram dia meneruskan puasanya itu. 7. Gila 8. Murtad. 11.0 Adab-adab Berpuasa. Antara adab-adab berpuasa adalah seperti berikut: 1. Menyegerakan berbuka puasa. 2. Bersahur. 3. Melewatkan bersahur. 4. Meninggalkan percakapan yang tidak baik dan sia-sia 5. Menjaga diri dari perkara yang membangkitkan syahwat. 6. Mandi junub sebelum terbit fajar (bagi yang berkenaan) 7. Berdoa semasa hendak berbuka

Modul al-Fiqh al-Islami

8. Memberi makan kepada orang yang berbuka puasa 9. Memperbanyakan sedekah 12.0 Qadha Ramadhan. 1. Orang bermusafir dan orang yang sakit. Wajib diqadha puasa yang ditinggal kerana musafir atau sakit itu sebelum masuknya bulan Ramadhan tahun yang berikutnya. Jika dia cuai dan tidak mengqadhanya dalam waktu tersebut, dia dikira berdosa dan hendaklah membayar fidyah iaitu secupak makanan asasi negaranya untuk seorang fakir miskin bagi setiap hari yang tidak diqadha dalam waktu itu. Di samping itu dia masih lagi tetap wajib qadha puasa tersebut. 2. Orang yang terlalu tua dan pesakit yang tiada harapan sembuh. Tidak wajib qadha bagi oprang yang termasuk dalam kategori ini. Yang wajib hanyalah membayar fidyah seperti di atas. 3. Perempuan Hamil atau Yang Menyusukan Bayi. Jika berbuka kerana bimbangkan keselamatan dirinya = wajib dia qadha puasa sahaja. Jika berbuka kerana bimbangkan keselamatan anak yang dikandung = Wajib qadha dan sedekah 1 cupak makanan bagi setiap hari yang ditinggalkannya itu. 13.0 Kifarat Puasa 1. Perkara yang mewajibkan kifarah puasa ialah apabila seseorang itu membatalkan puasanya dengan melakukan jimak dengan syarat dia tahu perbuatannya itu haram dan dia tidak terlupa bahawa dia

Modul al-Fiqh al-Islami

berpuasa dan dia bukanlah orang yang diberi kelonggaran untuk berbuka kerana musafir. 2. Orang yang kena membayar kifarah ialah si lelaki yag berjimak itu dan tidak wajib ke atas isterinya. 3. Kifarahnya ialah: Membebaskan hamba dan jika tidak mampu Berpuasa dua bulan berturut-turut dan jika tidak mampu Memberi makan 60 orang miskin seorang secupak makakan asasi negara itu Jika tidak mampu kesemuanya itu, kekallah kifarah itu menjadi tanggungjawabnya sehinggalah dia mampu.

14.0 Puasa Sunat Antara hari-hari yang disunatkan berpuasa ialah: 1. Hari Isnin dan Khamis setiap minggu 2. Hari Arafah (9 Zul Hijjah) 3. Hari Asyura dan Tasua (9 dan 10 Muharram) 4. Hari 3 hari setiap bulan. Yang afdhalnya pada hari putih iaitu hari 13, 14 dan 15 haribulan setiap bulan Islam. 5. Puasa enam hari dalam bulan Syawal 15.0 Hari-Hari Yang Makruh Puasa 1. Puasa hari Jumaat semata-mata 2. Puasa hari Sabtu semata-mata. 3. Puasa sepanjang tahun bagi mereka yang bimbang akan mendatangkan mudharat kepadanya.

Modul al-Fiqh al-Islami

16.0 Yang Diharamkan Puasa Hari-hari yang diharamkan puasa adalah seperti berikut: 1. Hari Raya Aidilfitri (1 Syawal) 2. Hari Raya Aidil Adha 3. Hari Tasyrik 4. Hari Syak. 5. Puasa selepas separuh bulan Syaban bagi yang tidak menjadikannya kelaziman.

Rujukan dan Bahan Bacaan Tambahan 1. al-Khin, Muaf, Muaf al-Bugh & Ali al-Sharbaji. (2009). al-Fiqh alManhaji Ala Madhhab al-Imm al-Shfii. Cet. 10. Damshiq: Dr alQalam. 2. Al-Zuhayli, Wahbah. (1989). Al-Fiqh al-Islami wa Adillatuhu. Cet. 3. Damshiq: Dar al-Fikr 3. Engku Ali bin Engku Endut. (2010). Fiqh al-Solah. Cet. 6. Kelantan: Syarikat Jaffar Rawas.

Anda mungkin juga menyukai