Anda di halaman 1dari 5

Ulang kaji Bab Puasa, tidak lama lagi sudah Puasa Ramadhan:

Syarat Wajib Puasa :-

1. Islam

2. Baligh

3. Berakal

4. Sihat

5. Bermukim (Tidak Musafir)

6. Suci (Dari Haid Dan Nifas)

Syarat Sah Puasa :-

1. Islam

2. Berakal & Mumayyiz


Arti dari MUMAYYIZ adalah anak yang telah mencapai usia sekitar 7 tahun sehingga sudah
bisa membedakan antara hal bermanfaat dan hal berbahaya bagi dirinya. Mumayyiz ini adalah
istilah yang menunjuk pada orang yang telah mampu melakukan hal-hal sederhana secara
mandiri.

3. Suci (Dari Haid Dan Nifas)

4. Nyata masuknya bulan Ramadhan

Rukun-Rukun Puasa:-

1. Orang Yang Puasa

2. Berniat

3. Menahan Diri Daripada Perkara Yang Membatalkan Puasa

Tingkatan Puasa:-

1. Puasa Umum - Sekadar Menahan Makan, Minum Dan Keinginan Berjimak


2. Puasa Khusus - Memelihara Mata, Telinga, Lidah, Tangan Dan Kaki Daripada
Melakukan Dosa Selain Menahan Diri Daripada Perkara Di Atas

3. Puasa Khusus Al-Khusus - Merangkumi puasa Di Atas Dan Di Sempurnakan Pula


Dengan Puasa Hati Daripada Semua Keinginan Zahir Dan Batin

Perkara Yang Membatalkan Puasa :-

1. Makan Dan Minum Dengan Sengaja

2. Memasukkan Dengan Sengaja Benda Ke Dalam Rongga Yang Terbuka. Seperti


(lubang 👃, 👂🏻👄 2 lubang kemaluan)

3. Muntah Dengan Sengaja.

4. Keluar Haid & Nifas

5. Gila

6. Murtad

7. Keluar Mani Dengan Sengaja

8. Bersetubuh Di Siang Hari

Perkara Sunat Ketika Puasa :-

1. Segera Berbuka Puasa

2. Berbuka Dengan Kurma/Juadah Manis

3. Baca Doa

4. Melambatkan Bersahur

5. Banyakkan Baca Al-Quran, Berzikir, Berselawat Dan Membuat Amal Kebajikan

6. Sentiasa Bersedekah

7. Jauhkan Diri Daripada Bercakap Perkara Yang Sia-Sia Dan Perbuatan Yang Tidak
Membawa Manfaat

8. Mandi Junub Lebih awal Sebelum Masuk Waktu Subuh


Makruh Ketika Puasa :-

1. Bersuntik

2. Berbekam

3. Berkumur-Kumur

4. Memasukkan Air Ke Dalam Rongga Hidung Secara Berlebihan

5. Mandi Yang Berlebihan

6. Rasa Makanan Di Hujung Lidah

5 HAL YG MENGHILANGKAN PAHALA PUASA

1. Berdusta

2. Ghibah

3. Ado Domba

4. Sumpah palsu

5. Memandang seseorang dgn nafsu sahwat

6. mengeluarkan kata kata keji, cacian maki

Golongan Yang Wajib Qada' Puasa :-

1. Orang Sakit Yang Ada Harapan Untuk Sembuh

2. Orang Yang Musafir (Bukan Kerana Maksiat)

3. Orang Yang Kedatangan Haid Dan Nifas

4. Orang Yang Meninggalkan Niat Puasa

5. Orang Yang Sengaja Melakukan Perkara2 Yang Membatalkan Puasa

6. Orang Yang Pitam/Mabuk

7. Orang Yang Sangat Lapar Dan Dahaga


Mereka Yang Di Kenakan Membayar Fidyah Puasa:-

1. Mereka Yang Tidak Dapat Mengqada'kan Puasa Sehingga Masuk Ramadhan Kali
Kedua - (Fidyahnya : 1 Cupak Beras (1.024 gram) Untuk Setiap Hari Yang Di Tinggalkan
Di Samping Mengqada' Puasa) Bagi Setahun Tertinggal..

Kalau Tidak Di Qada' Sehingga Melampaui 2 Tahun Maka Di Kenakan 2 Cupak Tetapi
Puasa Tetap Juga 1 Hari (Tiada Tambahan)

2. Orang Sakit Yang Tidak Ada Harapan Untuk Sembuh

3. Orang Yang Terlalu Tua Dan Tidak Berdaya Untuk Berpuasa

4. Orang Yang Ada Qada' Puasa Tetapi Meninggal Dunia Sebelum Sempat Berbuat
Demikian (Fidyahnya : Di Buat Oleh Kerabat Si Mati/Di Ambil Daripada Harta Pusakanya)

5. Perempuan Yang Mengandung/Yang Menyusukan Anaknya Perlu Mengqada' Puasa


Dan Membayar Fidyah 1 Cupak Beras Bagi Setiap Hari Yang Di Tinggalkan. Dengan
alasan Dia Meninggalkan Puasa Karena khawatir kepada Anaknya, Tetapi jika alasan Dia
Takut membahayakan Dirinya sendiri Dia Hanya Wajib Mengqada' Puasanya

Kifarat Bersetubuh Di Bulan Ramadhan :-

Orang Yang Bersetubuh Pada Siang Hari Bulan Ramadhan, Maka Kedua2 Suami Isteri
Tersebut Perlu Mengqada' Puasa Berkenaan Dan Suami Wajib Membayar Kifarat
(Denda) Seperti :-

1. Memerdekakan Seorang Hamba Mukmin L/P

(Sekiranya Tidak Mampu)

2. Berpuasa 2 Bulan Berturut-Turut Tanpa Terputus (Kalau Tidak Berdaya)

3. Memberi Makan Kepada 60 Orang Fakir Miskin

Walau Bagaimana Pun, Jika Persetubuhan Itu Di Lakukan Kerana Terlupa, Jahil Tentang
Haramnya/Di Paksa Ke Atasnya Tidaklah Wajib Kifarat
Mereka Yang Di Benarkan Meninggalkan Puasa :-

1. Orang Yang Hilang Daya Upaya Seperti Sakit Yang Apabila Berpuasa Akan
Menambahkan Keuzuran

2. Orang Musafir

3. Org Yang Terlalu Tua Dan Amat Lemah

4. Orang Yang Tersangat Lapar Dan Dahaga

5. Perempuan Hamil/Menyusukan Anaknya Yang Apabila Berpuasa Boleh


Memudaratkan Diri/Anak Yang Di Susui Itu

Anda mungkin juga menyukai