Anda di halaman 1dari 5

HUKUM PUASA RAMADHAN

Ibadah puasa di bulan Ramadhan adalah wajib bagi mereka yang memenuhi syaratnya.

Selain puasa di bulan Ramadhan, puasa yang wajib ditunaikan adalah puasa kifarah, puasa
nazar, dan puasa ganti (qada’).

PENGERTIAN PUASA
Ertinya menahan diri dari makan dan minum dan dari segala perbuatan yang boleh
membatalkan puasa mulai dari terbit fajar hinggalah terbenam matahari.
SYARAT-SYARAT WAJIB PUASA
Seseorang yang memiliki semua sifat di bawah adalah wajib ke atasnya untuk menunaikan
ibadah puasa.

 Islam
 Baligh
 Berakal
 Berupaya (sihat)
 Bermukim
PERKARA YANG DISUNATKAN KETIKA BERPUASA
 Makan Sahur serta melambatkannya
 Menyegerakan berbuka puasa & sunat berbuka dengan buah kurma atau benda-benda
yang manis
 Menjamu orang-orang yang berbuka puasa
 Mandi junub,haid dan nifas sebelum fajar
 Memperbanyakkan ibadah dan berbuat kebaikan
 Membaca Al-Quran
 Beriktikaf terutama 10 hari terakhir bulan Ramadhan

PERKARA MAKRUH DILAKUKAN KETIKA BERPUASA


 Berbekam
 Mengeluarkan darah
 Berkucup / bercium
 Merasa makanan
 Bersugi selepas gelincir matahari
 Mencium wangian
PERKARA YANG MEMBATALKAN PUASA
 Memasukkan sesuatu ke dalam rongga dengan sengaja kecuali terlupa
 Makan dan minum dengan sengaja
 Muntah dengan sengaja
 Bersetubuh atau keluar mani dengan sengaja
 Keluar darah haid dan nifas
 Gila
 Pitam atau mabuk sepanjang hari
 Murtad

BAGAIMANA JIKA TAK MAMPU BERPUASA?


Antara golongan yang diberi keringanan daripada menjalankan ibadah puasa adalah:
1. Orang sakit
2. Orang yang dalam perjalanan (Musafir)
3. Ibu mengandung
4. Ibu yang menyusukan anak
5. Orang tua yang tidak mampu berpuasa
6. Pekerja yang melakukan kerja berat
Golongan di atas diharuskan ke atas mereka berbuka sekiranya tidak terdaya.

Namun, wajib menggantikan puasa Ramadhan bagi yang membatalkan puasa Ramadhannya
samada kerana keuzuran ataupun tanpa sebarang keuzuran. Jika tidak mampu juga,
diwajibkan membayar fidyah.

Firman Allah Ta’ala :

Maksudnya : “(Puasa yang diwajibkan itu ialah) beberapa hari yang tertentu maka sesiapa
diantara kamu yang sakit atau dalam musafir (bolehlah ia berbuka) kemudian wajiblah ia
berpuasa sebanyak (hari yang dibuka) itu pada hari-hari yang lain dan wajib ke atas orang-
orang yang tidak terdaya berpuasa (kerana tuanya dan sebagainya) membayar fidyah iaitu

Anda mungkin juga menyukai