Anda di halaman 1dari 29

DIPLOMA PERUNDANGAN ISLAM DAN GUAMAN SYARI

SP 5304 UNDANG-UNDANG KETERANGAN ISLAM TAJUK: IKRAR DAN PERANANNYA DIDALAM PROSES PEMBUKTIAN MENURUT SISTEM KEADILAN ISLAM OLEH: MUHAMMAD ZAKI BIN WAHAB

KANDUNGAN
1. Hubungan Ikrar, Pembuktian dan Pendakwaan 2. Makna dan Maksud Ikrar 3. Cara-cara berikrar 4. Syarat-syarat Ikrar 5. Kesan dan Akibat Ikrar

Ikrar, Pembuktian dan Pendakwaan


Ikrar adalah salah satu cara pembuktian dalam pendakwaan menurut Islam. Sekiranya orang yang kena dakwa mengaku / berikrar akan kebenaran dakwaan maka sabitlah pendakwaan itu.

Ikrar, Pembuktian dan Pendakwaan


Dalil yang menunjukkan ikrar diterima sebagai salah satu cara pembuktian: Surah Al-Qiamah ayat 14 dan 15 yang bermaksud: Bahkan manusia itu (anggotanya) menjadi saksi terhadap dirinya sendiri, walaupun ia memberikan alasan-alasan (untuk membela diri)

Ikrar, Pembuktian dan Pendakwaan


Surah An-Nisa ayat 135 yang bermaksud: Wahai orang yang beriman! Hendaklah kamu menjadi orang yang sentiasa menegakkan keadilan, lagi menjadi saksi (yang menegakkan kebenaran) kerana Allah, sekalipun terhadap diri kamu sendiri Nabi Muhammad SAW bersabda: Unais, pergilah kepada wanita ini. Sekiranya dia mengaku rejamlah dia.

Makna dan Maksud Ikrar


1. Ikrar dari segi bahasa bermaksud pengakuan atau pengikhtirafan. 2. Mazhab Syafie mentafsirkan bahawa ikrar adalah: a. pemberitahuan sesuatu hak yang yang sabit keatas orang yang memberitahu b. pemberitahuan oleh seseorang tentang sesuatu hak keatas dirinya c. ikrar juga ditakrifkan sebagai iktiraf

Makna dan Maksud Ikrar


3. a. b. Mazhab Hanafi pula mentafsirkan ikrar adalah: pemberitahuan atau pengakuan hak orang lain keatas diri sendiri. pemberitahuan tentang pensabitan sesuatu hak atau kepentingan orang lain keatas diri orang yang menuntut pengakuan melalui lafaz yang tertentu.

Makna dan Maksud Ikrar


c. pemberitahuan seseorang tentang sesuatu hak yang dikenakan atas dirinya untuk orang lain. d. kenyataan seseorang tentang sesuatu hak orang lain keatasnya yang dibuat secara lisan, tulisan atau isyarat dan yang dibuat oleh mana-mana orang dan dalam mana-mana keadaan yang disebutkan.

Makna dan Maksud Ikrar




Secara dasarnya ikrar merupakan pengiktirafan yang hanya melibatkan atau mengikat atau mensabitkan orang yang berikrar sahaja; tetapi ikrar juga boleh melibatkan dua pihak sekiranya Ahmad berikrar dengan jujur dan ikhlas bahawa dia ada berhutang dengan Ali maka sabitlah hutang Ahmad atas Ali.

Makna dan Maksud Ikrar


3 unsur-unsur ikrar: 1. Muqirrun ialah orang yang berikrar atau yang melakukan pengiktirafan dan pengakuan. syarat-syarat ikrar seperti baligh, berakal, sukarela, bukan mahjur alaih

Makna dan Maksud Ikrar


2. Muqarrun lahu ialah orang atau pihak yang diberikan ikrar untuknya oleh orang yang membuat ikrar atau yang mendapat faedah daripada ikrar - pihak yang diakui haknya. Syarat-syarat: a. Ditentukan dengan jelas b. Layak memiliki perkara yang diakui c. Tidak membantah ikrar

Makna dan Maksud Ikrar


3. Muqirrun bihi ialah hak atau kepentingan yang diikrar atau diiktiraf oleh pihak yang membuat ikrar. Syarat-syarat: a. Bukan milik pengaku b. Berada ditangan pengaku jika orang lain dianggap dakwaan

CARA-CARA BERIKRAR
1. Ikrar Lisan  Ini dapat dilakukan oleh orang yang boleh berkata-kata secara jelas. 2. Ikrar Bertulis  Ikrar bertulis ini boleh dibuat dengan kertas rasmi atau sebaliknya dan adalah disyaratkan penerimaan ikrar bertulis sebagai bukti hendaklah disahkan kebenarannya.

CARA-CARA BERIKRAR
3. Ikrar Isyarat a. Ikrar secara isyarat oleh orang bisu dengan cara isyarat yang difahami boleh diterima. b. Ikrar secara isyarat oleh orang yang dapat berkata-kata dengan sempurna tidak dapat diterima kecuali dalam kes berhubung dengan nasab.

CARA-CARA BERIKRAR
c. Ikrar secara isyarat oleh orang bisu ini didalam kes zina:


Mazhab Syafie diterima untuk sabitan hukuman hudud. Mazhab Hanafi - tidak menerima ikrar isyarat ini kerana tidak dapat memberikan kepastian dan menolak kesamaran.

SYARAT-SYARAT IKRAR
1. Berakal 2. Baligh dan Mummaiyiz kanak-kanak yang mummaiyiz boleh diterima ikrarnya jika dia telah diizinkan oleh oleh wali atau penjaganya untuk menjalankan perniagaan dan ikrarnya adalah terhad kepada perkara yang berkaitan dengan perniagaannya.

SYARAT-SYARAT IKRAR
3. Sukarela dan Sedar


Diangkat daripada umatku kesilapan, lupa dan sesuatu yang dipaksa mereka melakukannya Sedar disini bermaksud bahawa pembuat ikrar adalah tidak berada didalam keadaan mabuk dan menurut jumhur ulama fiqah tidak sah ikrar orang yang dalam keadaan mabuk Menurut pendapat mazhab Hanafi ikrar orang mabuk boleh diterima kecuali mengenai hukuman hudud dan sabitan talak

SYARAT-SYARAT IKRAR
4.


tiada tohmah dalam perkara yang diikrarkan. tiada anggapan dan andaian mengenai kemungkinan ada sesuatu yang mempunyai kepentingan dengan orang membuat ikrar mengenai perkara yang dikrarkannya. Ikrar mesti dibuat bersungguh-sungguh. Tidak diterima ikrar yang dibuat dalam keadaan bergurau atau apa saja keadaan yang tidak menunjukkan kesungguhan dalam membuat ikrar.

5.


SYARAT-SYARAT IKRAR
6. Perkara yang dikrarkan dan Pembuat ikrar mestilah dimaklumi dan dikenal pasti


Ini disyaratkan supaya sempurna perkara yang diikrarkan dan orang yang berikrar itu boleh dituntut. Adalah penting dari segi keadilan untuk mengenal pasti pembuat ikrar bagi memberi peluang kepada sebarang pihak yakni pihak yang tertuduh yang diimplikasikan akibat daripada ikrar seseorang untuk mempertahankan dirinya atas implikasi ikrar tersebut.

SYARAT-SYARAT IKRAR
7. Pembuat ikrar bukan orang yang mahjur alaih (dihalang menguruskan hartanya sendiri)
   

kanak-kanak orang safih orang gila dan orang yang muflis Ikrar diterima bagi kes hudud dan qisas

SYARAT-SYARAT IKRAR
8. Ikrar mestilah munasabah dan tidak mustahil pada akal atau syarak. Mustahil pada akal adalah seperti seseorang mendakwa dirinya adalah anak kepada seseorang yang lebih muda daripada dirinya. Mustahil pada segi syarak pula jika seseorang yang mati meninggalkan seorang anak lelaki dan seorang anak perempuan dan kemudian anak lelaki itu membuat pengakuan bahawa pusaka itu dibahagi sama rata, maka pengakuan itu terbatal kerana syarak menetapkan lelaki akan terima dua bahagian daripada perempuan.

SYARAT-SYARAT IKRAR
9.
 

Syarat-syarat ikrar dalam kesalahan hudud Ikrar depan hakim jika tidak ikrar tidak sah kerana sabitan berdasarkan ikrar bukan syahadah Syarat-syarat ikrar adalah spesifik bagi kesalahan yang berkenaan seperti: Zina Mazhab Syafie 4 kali ikrar dalam satu majlis Mazhab Hanafi 4 kali ikrar dalam 4 majlis Perintah Keterangan Mahkamah Syariah mengikut pendapat Hanafi

a.
  

SYARAT-SYARAT IKRAR
b. Minum Arak & Mencuri Golongan Hanafi berbeza pendapat:
 

Imam Abu Hanifah 1 kali ikrar Abu Yusof 2 kali ikrar = bilangan saksi

KESAN DAN AKIBAT IKRAR


1. Ikrar diterima dalam pembuktian dan mengikat jika cukup syarat 2. Ikrar mengikat pembuat ikrar sahaja dalam kes hudud seperti zina


Hadis riwayat Ahmad dan Abu Daud - seorang lelaki mengaku berzina dengan seorang wanita tetapi wanita itu tidak mengaku dan wanita itu tidak dihukum Halimah v Pendakwa Jenayah Kelantan

KESAN DAN AKIBAT IKRAR


3. Tarik balik ikrar sebelum jatuh hukum  Jika pembuktian berdasarkan ikrar sematamata hukum tidak boleh dijatuhkan dan buang kes  Dalam kes hudud pula hukuman hudud tidak wajib dikenakan kerana ada keraguan tetapi jika sabit boleh dikenakan hukum takzir sekiranya syarat kesaksian tidak sempurna

KESAN DAN AKIBAT IKRAR


4. Tarik balik ikrar selepas hukuman dijatuhkan
 Dalam kes hudud pula hukuman hudud tidak wajib dikenakan kerana ada keraguan tetapi jika sabit boleh dikenakan hukum takzir sekiranya syarat kesaksian tidak sempurna  Dalam kes harta keputusan hakim sah dan mengikat kerana penghakiman telah dijalankan

KESAN DAN AKIBAT IKRAR


5. Tarik balik ikrar selepas hukuman dilaksanakan


Ada 2 kemungkinan bagi kesalahan hudud:

a. Jika hukuman sedang dilaksanakan hukuman akan dihentikan Hadis mengenai Maiz bin Malik b. Jika hukuman sudah selesai seperti potong tangan dikira sah hukuman hudud itu

KESAN DAN AKIBAT IKRAR


6. Lain-lain pendapat mengenai menarik balik ikrar: a. Hasan, Saeed Ibn Jubair dan Abi Laila ikrar tidak dapat ditarik balik setelah disabitkan kesalahan bagi kes hudud dan berkaitan hak manusia. b. Prof. Anwarullah tidak dibenarkan tarik balik ikrar dalam kes qisas, diyat, takzir dan sivil

KESIMPULAN
Walaupun berbagai pengertian tentang maksud, cara dan bilangan ikrar semuanya sepakat bahawa Ikrar adalah yang jelasnya diterima sebagai salah satu cara pembuktian dalam sistem keadilan Islam dan sesungguhnya ikrar yang sempurna adalah mencukupi untuk mensabitkan kesalahan

Anda mungkin juga menyukai