Anda di halaman 1dari 3

Yang kedua, 

puasa yang ditinggalkan oleh si mati mempunyai dua keadaan


sepertimana disebut dalam kitab Mughni al-Muhtaj (1/438) dan Bidayah al-
Mujtahid (1/290):
 Keadaan yang pertama sekiranya si mati tidak sempat menggantikan puasa,
sama ada kerana kesempitan waktu, uzur disebabkan sakit atau bermusafir
atau hal lain yang menghalang dari berpuasa, maka disisi ulama’ tidak ada
sebarang tanggungjawab kepadanya atau warisnya untuk menggantikan
puasa.
 Sekiranya si mati meninggalkan puasa dan tidak menggantikan ketika
kesempatan yang ada dalam hidupnya, maka dalam hal ini para fuqaha’
mazhab Syafie meletakkan dua keadaan: i) Boleh untuk warisnya berpuasa
untuk si mati hal ini berdasarkan hadis yang diriwatkan oleh Aishah R.anha,
bahawa Nabi SAW bersabda:

  ‫َولِ ُّي ُه‬ ‫صا َم َع ْن ُه‬


َ ‫ات َو َعلَ ْي ِه صِ َيا ٌم‬
َ ‫ َمنْ َم‬ 
Maksudnya: Barangsiapa yang meninggal dan mempunyai puasa (yang tertunggak), maka
disempurnakan oleh warisnya.

Riwayat Bukhari (1952) Muslim (1147)

         Namun bukanlah suatu kewajipan ke atas waris-waris si mati untuk menggantikan puasa si
mati. Lihat al-Majmu’ (6/ 418).          ii) Sekiranya waris-waris tidak melakukan puasa ganti maka
perlu diambil dari harta pusaka si mati dan dibayar untuk satu hari, satu                 cupak beras
mengikut hari yang ditinggalkan oleh si mati. Hal ini wajib dilakukan berdasarkan hadis yang
diriwayatkan oleh Ibn Abbas:

َ ‫ان َعلَى أُم‬


‫ِّك‬ َ ‫ص ْو ُم َشه ٍْر أَ َفأ َ ْقضِ ي ِه َع ْن َها َف َقا َل " لَ ْو َك‬ ْ ‫َجا َء َر ُج ٌل إِلَى ال َّن ِبيِّ صلى هللا عليه وسلم َف َقا َل َيا َرسُو َل هَّللا ِ إِنَّ أُمِّي َما َت‬
َ ‫ت َو َعلَ ْي َها‬
" ‫ضى‬ َ ‫ َقا َل " َف َديْنُ هَّللا ِ أَ َح ُّق أَنْ ُي ْق‬. ‫ َقا َل َن َع ْم‬. " ‫دَ يْنٌ أَ ُك ْنتَ َقاضِ َي ُه َع ْن َها‬
Maksudnya: Bahawa seorang lelaki datang kepada Nabi SAW, lalu berkata: Wahai Rasulullah,
Sesungguhnya ibuku telah meninggal, dan dia mempunyai puasa (yang belum diganti) selama
sebulan, apakah aku perlu tunaikan untuknya? Lalu baginda berkata: “sekiranya ibumu mempunyai
hutang, apa kau akan bayar hutang untuknya?” Lelaki itu berkata: “Ya”. Maka berkata Nabi SAW:
“Hutang kepada Allah lebih berhak untuk ditunaikan”

Riwayat Muslim (1148)

Yang ketiga, cara pengiraan bagi si mati yang tidak memberitahu bilangan puasa yang
ditinggalkannya.

 Sekiranya si mati itu adalah orang yang sentiasa berpuasa, maka tidak perlu mengandaikan
bahawa dia pernah meninggalkan puasa dalam hidupnya. Ini berdasarkan kaedah fiqh:
ِّ ُ‫األَصْ ُل َب َرا َءة‬
 ِ‫الذ َّمة‬

Maksudnya: Asal (bagi suatu perkara) adalah bebas dari tanggungan.


 Sekiranya si mati adalah orang yang sentiasa melakukan puasa pada bulan Ramadhan,
namun ketika sakit tidak dapat melakukannya, maka dikira hari sakitnya sehingga mati
sekiranya mati pada bulan Ramadhan.

 Sekiranya si mati tidak pernah berpuasa sepanjang hidupnya, maka dikira bilangan hari
puasanya daripada umur baligh sehinggalah sebelum mati.

Merujuk kepada pandangan mazhab Syafie pembayaran kafarah dan fidyah yang


tertangguh hendaklah digandakan. Ini berdasarkan qaul yang sahih :

   ((Barang siapa  yang  terlewat mengqada Ramadan pada tahun itu sedangkan ia


berkemampuan melakukannya sehingga masuk Ramadan berikutnya maka wajib ke
atasnya (membayar fidyah satu hari satu cupak) di samping ia mengqadakan puasa
yang ditinggalkannya itu pada pendapat yang sahih fidyah itu berulang dengan
berulangnya tahun- tahun yang ia  luput itu,  dan  sekiranya ia  melewatkan qada
puasanya sedangkan ia mampu berbuat demikian maka jika ia mati di tahun
itu. maka hedaklah dikeluarkan fidyah itu daripada pusakanya setiap hari dua cupak:
satu cupak untuk qada dan satu cupak lagi untuk kelewatannya )).

 Sekiranya pembayar fidyah dan kafarah itu di kalangan orang kaya dan
berkemampuan maka pembayaran fidyah dan kafarah yang tertangguh hendaklah
digandakan sesuai dengan qaul yang sahih dalam mazhab Imam Syafie . Akan tetapi
jika pembayar fidyah dan kafarah itu di kalangan orang miskin atau fakir maka tidak
perlu digandakan berpandukan kepada satu qaul yang lain di dalam mazhab Syafie.

firman Allah SWT yang bermaksud: “Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya
olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya.” (Surah al-Baqarah, ayat 286)

Syeikh al-Maraghi berkata: Allah SWT tidak membebankan hamba-hamba-Nya dengan sesuatu yang
tidak mampu mereka kerjakan. Bahkan sifat kemurahan-Nya memberikan kemudahan kepada
mereka. (Lihat Tafsir al-Maraghi, 2/672)

Orang yang koma dalam tempoh lama tidak perlu qada solatnya kerana dalam tempoh itu, akalnya
dikira tiada.

Ini kerana salah satu daripada perkara yang mewajibkan solat adalah berakal. Maka, tidak wajib solat
bagi orang gila, pengsan, mabuk dan seumpamanya kerana pada waktu itu akal mereka sudah
hilang.

Adapun tentang qadha, maka bagi ibadat puasa, telah ijmak sekalian ulamak bahawa koma/pengsan
tidak menggugurkan kewajipan mengqadha puasa. Maka orang yang tertinggal puasanya kerana
koma/pengsan dia wajib mengqadha semua puasa yang ditinggalnya semasa sedang koma/pengsan
itu apabila ia sembuh dari sakitnya (yakni tersedar dari koma/pengsannya).

Jika komanya berterusan hingga saat kematiannya, hendaklah digantikan puasanya dengan fidyah
sebagaimana sabda Nabi SAW; "Jika seseorang itu sakit dalam bulan Ramadhan, kemudian mati
tanpa sempat menggantikan puasanya, maka hendaklah diberi makan (kepada orang miskin) bagi
pihaknya dan tidak ada qadha atasnya" (Sunan Abu Daud; 2401, dari Ibnu 'Abbas RA).
Dalam hal ini, waris-waris terdekat seperti isteri, anak-anak atau ibu bapa hendaklah memastikan
bilangan hari puasa yang ditinggalkan oleh si mati. Ini boleh dilakukan dengan perbincangan antara
ahli waris berkenaan pengetahuan mereka tentang bilangan itu secara tahdid (pasti bilangannya)
atau taqrib (anggaran yang dekat). Jika di antara waris timbul perbezaan antara dua bilangan, ambil
yang lebih banyak sebagai langkah ihtiyati (berjaga). Ini juga bertepatan dengan kaedah:
ُ
‫اإلثبات مق َّد ٌم على النفي‬

Maksudnya: Penetapan itu diutamakan diatas penafian.

Rujuk al-Burhan oleh Imam al-Juwaini (2/780)

Selain itu, kami berpendapat diutamakan menggantikan puasa oleh kaum kerabat berbanding
membayar fidyah. Kecenderungan kami ini berdalilkan hadis riwayat Aisyah bahawa Rasulullah SAW
bersabda:

‫صا َم َع ْن ُه َولِ ُّي ُه‬


َ ‫َمنْ َماتَ َو َعلَ ْي ِه صِ َيا ٌم‬
Maksudnya: Barangsiapa meninggal dunia dan ke atasnya ada puasa (yang tertunggak), maka
walinya berpuasa bagi pihaknya.

Dalam mazhab Syafie, seseorang yang mati dan ke atasnya ada puasa qada yang tertunggak,
sedangkan dia mampu untuk menggantikannya sebelum meninggal dunia, pendapat terpilih ialah
harus bagi kaum kerabat si mati untuk berpuasa bagi pihak si mati dan berpahala bagi mereka
kerana menunaikannya. Imam Nawawi mentarjihkan pendapat ini. Ini juga pendapat lama Imam al-
Syafie. Rujuk Kitab al-Majmu` (6/368).

Sekiranya kaum kerabat tidak mahu menggantikannya, boleh juga mengambil pendapat membayar
fidyah satu mud bagi setiap hari yang tertunggak. Ini berdasarkan berdasarkan ayat:

ٍ ‫ِين يُطِ يقُو َن ُه ف ِْد َي ٌة َط َعا ُم مِسْ ك‬


‫ِين‬ َ ‫َو َعلَى الَّذ‬
Maksudnya: Dan wajib atas orang-orang yang tidak terdaya berpuasa (kerana tua dan sebagainya)
membayar fidyah iaitu memberi makan orang miskin.

(Surah al-Baqarah, 2:184)

Anda mungkin juga menyukai