Anda di halaman 1dari 10

Definisi Khalwat 

Dan Hukumnya

Khalwat yang diharamkan dari sudut syarak ialah: Seorang lelaki berdua-duaan dengan
seorang perempuan yang ajnabi jauh dari pandangan mata manusia.

Hukum berdua-duaan seperti ini adalah diharamkan berdasarkan sebuah hadis:

‫الَ يَ ْخلُ َونَّ َر ُج ٌل بِا ْم َرَأ ٍة ِإالَّ َو َم َع َها ُذو َم ْح َر ٍم‬

Maksudnya: Janganlah bersunyi-sunyian seorang lelaki dan perempuan melainkan


yang bersama-sama perempuan tersebut mahramnya.

Riwayat Muslim (3112)

Kata al-Imam al-Nawawi ketika mensyarahkan hadis ini: Apabila bersendirian seorang
lelaki ajnabi dan seorang perempuan ajnabiah tanpa adanya orang ketiga bersama
keduanya maka ia (berdua-duaan) adalah haram dengan kesepakatan para Ulama.
Lihat Syarah Sahih Muslim (9/109)  

Setelah kita ketahui hukum perbuatan ini, maka fahamlah kita bahawa ia termasuk
dalam perbuatan maksiat. Manakala maksiat wajib diubah sama ada dengan tangan,
lisan, mahupun jantung hati.

Peranan Amar Makruf Nahi Munkar

Di dalam Islam, tugasan menyeru kepada kebaikan dan menghalang kemungkaran


adalah salah satu tanggungjawab setiap umatnya. Bahkan kita digelar sebagai sebaik-
baik umat dengan melaksanakan amalan tersebut. Tugas ini menjadi kewajipan bagi
setiap umat Islam sebaik sahaja mereka melihat kemungkaran tersebut berdasarkan
sebuah hadis :

ْ ‫ َو َذلِكَ َأ‬،‫ستَ ِط ْع فَبِقَ ْلبِ ِه‬


‫ض َعفُ اِإْل ي َما ِن‬ ْ َ‫ فَِإنْ لَ ْم ي‬،‫سانِ ِه‬ ْ َ‫ فَِإنْ لَ ْم ي‬،‫َمنْ َرَأى ِم ْن ُك ْم ُم ْن َك ًرا فَ ْليُ َغيِّ ْرهُ بِيَ ِد ِه‬
َ ِ‫ستَ ِط ْع فَبِل‬

Maksudnya : Sesiapa dari kalangan kalian yang melihat kemungkaran maka hendaklah
dia mengubahnya dengan tangannya. Sekiranya dia tidak mampu hendaklah dia
mengubah dengan lidahnya dan sekiranya dia tidak mampu hendaklah dia
mengubahnya dengan jantung hatinya. Demikian itu (mengubah dengan hati) adalah
selemah-lemah iman.
Riwayat Muslim (184)

Berkata al-Imam al-Nawawi dalam syarahnya ke atas hadis ini: Adapun sifat larangan
kepada perkara mungkar dan peringkat-peringkatnya, garis panduannya adalah ucapan
Nabi (hadis di atas). Maka ke atas seseorang untuk mengubah kemungkaran dengan
setiap bentuk yang dia mampu. Tidak cukup sekadar memberi peringatan bagi sesiapa
yang mampu mengubah dengan tangannya. Tidak boleh juga berpada dengan
membenci dari hati bagi sesiapa yang mampu menghalang dengan lisan.

Kata al-Imam al-Nawawi lagi: Tidak boleh bagi mereka yang melakukan amar makruf
dan nahi munkar mencari-cari  serta melakukan tajassus dan menceroboh ke rumah-
rumah berdasarkan sangkaan. Bahkan sekiranya dia melihat sesuatu hendaklah dia
mengubahnya.

Kata al-Imam al-Mawardi: Sekiranya berat ke atas sangkaan orang yang melakukan
hisbah (muhtasib) akan rahsia golongan yang melakukan kemungkaran dengan tanda-
tanda dan kesan-kesan yang jelas, seperti dua contoh berikut: Pada perbuatan
mungkar itu pencerobohan ke atas kehormatan seseorang yang kita terlepas pandang.
Seperti seseorang diberitahu oleh seorang lelaki yang dipercayai dengan kebenarannya
bahawa terdapat seorang lelaki yang sedang berkhalwat dengan lelaki lain untuk dia
membunuhnya atau dia berkhalwat dengan seorang perempuan untuk dia berzina
dengannya. Maka diharuskan untuk bertajassus dan berusaha mendedahkan serta
mengingkari maksiat tersebut. Keduanya: Apa yang lebih kurang dari kedudukan ini,
maka tidak boleh padanya untuk melakukan tajassus. Lihat Raudhat al-Thalibin
(10/220)

Bolehkah Tajassus Dalam Mencegah Kemungkaran ?

Sebelum kita mengulas lebih lanjut, perlu kita ketahui terlebih dahulu apakah yang
dimaksudkan dengan tajassus.Menurut al-Syeikh Dr. Wahbah al-Zuhaili Rahimahullah,
tajassus dari sudut istilah bermaksud: "Mencari cari keaiban dan mendedahkan apa
yang telah disembunyikan oleh manusia." Lihat Tafsir al-Munir (26/247)

Hukum asal bagi perbuatan ini diharamkan berdasarkan firman Allah:

‫ضا‬ ُ ‫سو ْا َواَل يَ ۡغتَب بَّ ۡع‬


ً ‫ض ُكم َب ۡع‬ َّ ‫َو اَل ت ََج‬
ُ ‫س‬

Maksudnya: Dan janganlah kalian melakukan tajassus serta janganlah kalian saling
mengumpat antara satu sama lain.
(Surah Al-Hujurat : 12)

Kata al-Imam al-Maraghi: Tajassus adalah mencari-cari keaiban yang tersembunyi.


Beliau turut menambah: Sebaliknya kamu hendaklah berpuas hati dengan apa yang
nyata bagimu mengenai dirinya. Lihat Tafsir al-Maraghi (13/6506)

Berdasarkan pernyataan tersebut, dapatlah kita faham bahawa mencari-cari kesalahan


yang tersembunyi merupakan perbuatan yang dilarang dalam ayat tersebut.
Sebaliknya, jika kesalahan dan keaiban itu jelas kepada kita maka bolehlah kita
mengambil tindakan. Ini dijelaskan lagi dengan kata-kata Abdullah Ibn Mas’ud R.anhu
ketika beliau dibawakan kepadanya seorang lelaki yang terdapat titisan arak di
janggutnya. Lalu Abdullah berkata: Sesungguhnya kita telah dilarang dari melakukan
tajassus. Akan tetapi, apabila jelas kepada kita sesuatu maka kita mengambil tindakan
terhadapnya. Rujuk Musannaf Ibn Abi Syaibah (9/86).

Tajassus Yang Disyariatkan

Berkata al-Imam al-Ramli yang merupakan tokoh besar dalam mazhab al-Imam al-
Syafie: Tidak boleh bagi seseorang untuk mencari-cari kesalahan dan melakukan
tajassus serta memecah masuk ke dalam rumah-rumah berdasarkan sangkaan. Ya,
jika berat sangkaannya bahawa berlaku maksiat sekalipun dengan qarinah
(petunjuk) yang jelas seperti perkhabaran dari seorang lelaki yang terpercaya
maka dibolehkan untuknya melakukan tajassus. Bahkan wajib ke atasnya untuk
melakukan tajassus sekiranya dia khuatir perkara tersebut terlepas dari
pemerhatiannya seperti berlakunya pembunuhan dan perbuatan zina. Lihat Nihayah
al-Muhtaj (4/47-49)

Demikian juga al-Imam al-Qadhi Iyadh menyatakan keharusan untuk melakukan


tajassus dalam keadaan apabila kita meningggalkan perbuatan tersebut akan
berlakulah pencerobohan ke atas kehormatan seseorang yang kita akan terlepas
pandang akannya. Sebagai contoh, apabila seseorang diberi khabar dari seorang lelaki
yang terpercaya bahawa terdapat seorang lelaki yang berkhalwat dengan lelaki lain
dengan tujuan untuk membunuhnya atau dengan seorang perempuan yang dia ingin
berzina dengannya maka diharuskan baginya dalam keadaan ini untuk melakukan
tajassus. Lihat Al-Ahkam al-Sulthaniah. (Hlm. 366)

Pandangan Hujjat al-Islam al-Ghazali

Kata al-Imam al-Ghazali Rahimahullah: Maksiat yang sedang berlaku dan pelakunya


sedang melakukannya contohnya memakai sutera, memegang ʿoud (diistilahkan juga
sebagai qanbūs atau gambus) dan arak. Maka membatalkan (menghalang) maksiat
ini adalah wajib dengan segala yang termampu selama tidak membawa kepada
maksiat yang lebih keji atau sama dengannya. Dan ini terpakai kepada mana-mana
individu dan rakyat.

Demikian juga, Imam al-Ghazali menambah:  Begitu juga duduk berdua-duaan dengan
wanita ajnabī (al-khalwah bi al-ajnabiyyah) itu sendiri adalah perbuatan maksiat kerana
ia pada sangkaan, akan terjadi maksiat. Dan mendatangkan sesuatu yang
menimbulkan sangkaan maksiat itu adalah maksiat.  Kami maksudkan dengan
‘sangkaan’ itu adalah sesuatu yang dilakukan insan pada kebiasaan untuk terjadinya
sesuatu maksiat,  yang mana dia tidak ada kemampuan untuk mencegahnya. Maka,
hakikatnya  itu hisbah adalah pada maksiat yang sedang terjadi, tidak berlaku kepada
maksiat yang masih dalam jangkaan (boleh jadi berlaku atau tidak). Lihat Ihya’ Ulum
al-Din (2/382-384)

Beberapa Dalil Dan Perbincangannya

Antaranya:

 Apa yang diriwayatkan daripada Abd al-Rahman Bin Auf katanya:

‫ا َل‬BBَ‫ فَق‬.‫ط‬BB‫ةٌ ولَ َغ‬B‫ َواتٌ ُمرتَفِ َع‬B‫ص‬ ْ ‫وم ل ُهم َأ‬B
ٍ B‫افَى َعلَى َق‬BB‫ت بَابِ ِه ُمج‬ ِ ‫اج فِي بَي‬
ٌ ‫س َر‬ ِ ‫الخطَّا‬
ِ ‫ب بال َم ِدينَ ِة ِإذ تَبَيَّن لَنَا‬ َ ُ‫َح َرسْتُ لَيلَةً َم َع ُع َم َر بن‬
‫د‬BBَ‫وا َوق‬B‫س‬ ُ ‫س‬ َ ‫ َه َذا َبيت َربِي َعة بنُ ُأ َميَّة بنُ َخلَف َوهُم اَآلن‬:‫ُع َم ُر‬
َّ ‫هُ َواَل ت ََج‬B‫ا نَ َهى هللاُ عَن‬B‫ا َم‬BBَ‫ ْد َأتَين‬Bَ‫ َأ َرى َأنَّا ق‬: ُ‫ قُلت‬،‫ َرى‬Bَ‫ا ت‬B‫ َرب فَ َم‬B‫ش‬
َ ‫ فَا ْن‬،‫سنَا‬
‫ص َرفَ ُع َم ُر َوتَ َر َك ُهم‬ ْ ‫س‬
َّ ‫ت ََج‬

Maksudnya: “Aku pernah satu malam bersama Umar bin al-Khattab membuat rondaan
di kota Madinah kemudian kami dapati sebuah rumah adanya pelita yang dipasang dan
terdapat satu pintu yang sedikit jauh daripada orang lain. Terdapat padanya beberapa
orang yang suaranya kuat dan bising. Maka Umar berkata: “Ini rumah Rabiah Bin
Umayyah Bin Khalaf, mereka sekarang minum arak, apa pendapatmu: “jawabku: Aku
berpendapat sebenarnya kita telah datang apa yang Allah larang daripadanya iaitu
jangan mengintip sedangkan kita mengintip, lantas Umar berpaling dan meninggalkan
mereka.”

Riwayat al-Tabarani 1806, al-Hakim 4/419, dan al-Baihaqi 18080. Al-Hakim berkata:
Hadis ini sahih sanadnya dan tidak dikeluarkan oleh Syaikhan. Imam al-Zahabi
bersetuju dengan kesahihan hadis ini

 Dalam al-Jami’ li Ahkam al-Quran oleh Imam al-Qurtubi (16/333), Abu Qilabah


berkata:

َ َ‫ِإ َذا ل‬Bَ‫ ِه ف‬B‫ َل َعلَي‬B‫ ُر َحتَّى د ََخ‬B‫ق ُع َم‬


‫ ل‬B‫ َدهُ ِإاَّل َر ُج‬B‫يس ِع ْن‬ َ َ‫انطَل‬BBَ‫ب لَهُ فِي بَيتِ ِه ف‬ ٍ ‫صحا‬ َ ‫الخ ْم َر َم َع َأ‬
َ ‫ب‬ ُ ‫محجن الثَّقَفِي يَش َر‬ َ ‫َحدَث عُم ُر َأنَّ أبَا‬
‫سس ِفَ َخ َر َج ُع َم ُر َوتَ َر َكه‬ َ
ُّ ‫ ِإنَّ َهذا اَل يَح ُّل لَ َك قَد نَ َها َك هللاُ َع ِن الت ََّج‬:‫محجن‬َ ‫فَقَا َل أبُو‬
Maksudnya: Umar menceritakan bahawa Abu Mihjan al-Thaqafi minum arak bersama
para sahabatnya di rumahnya, lantas Umar menuju ke rumah tersebut dan masuk,
didapati tiada di sisinya kecuali seorang lelaki, lantas berkata Abu Mihjan:
“Sesungguhnya ini tidak halal bagi kamu dan Allah melarangmu daripada Tajassus
(mengintip), maka Umar keluar dan meninggalkannya.”

Riwayat Abd al-Razzaq dalam al-Musannaf (10/232)

Komentar dan Ulasan

Sesungguhnya dua peristiwa di atas jelas menunjukkan kepada kita betapa sifat
pemimpin prihatin dan cakna kepada rakyat. Justeru, amar makruf dan nahi mungkar
adalah digalakkan tetapi ditegah melakukan tajassus kecuali dalam beberapa keadaan.
Ini bertujuan memelihara hak masing-masing yang perlu dihormati. Antara hak tersebut
ialah:

 Hak ke atas tempat tinggalnya.


 Ruang kebebasan peribadi.

Begitu juga kadangkala pengintip menghalalkan cara yang haram bertujuan sampai
kepada matlamat, perkara seperti ini juga perlu diambil kira.

Cadangan Garis Panduan Operasi Tangkap Khalwat

Berikut merupakan beberapa cadanga dhawabith (garis panduan) yang kami kira perlu


diambil cakna oleh pihak yang terlibat dalam operasi penangkapan khalwat:

1- Tidaklah serbuan dilakukan semata-mata berdasarkan sangkaan. Bahkan ia


dilakukan berdasarkan laporan yang diterima dari individu yang diyakini kebenarannya
sebagaimana yang dinyatakan oleh al-Mawardi dan al-Imam al-Ramli. Manakala
sekiranya laporan yang disampaikan itu datangnya dari golongan fasiq, hendaklah
dilakukan proses tabayyun (selidik) terlebih dahulu pada laporannya.

2- Hendaklah penguatkuasa meminta izin dan memberi salam terlebih dahulu sebelum
memulakan serbuan. Ini berdasarkan firman Allah S.W.T:

‫سلِّ ُمو ْا َعلَ ٰ ٓى َأ ۡهلِ َه ۚا ٰ َذلِ ُكمۡ َخ ۡير لَّ ُكمۡ لَ َعلَّ ُكمۡ تَ َذ َّك ُرون‬ ُ ِ‫ٰيََٓأيُّ َها ٱلَّ ِذينَ َءا َمنُو ْا اَل ت َۡد ُخلُو ْا بُيُوتًا َغ ۡي َر بُيُوتِ ُكمۡ َحت َّٰى ت َۡست َۡأن‬
َ ُ‫سو ْا َوت‬

Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman janganlah kalian memasuki rumah-


rumah selain rumah kalian sehinggalah kalian meminta izin dan memberi salam kepada
ahli rumahnya. Yang demikian itu lebih baik untuk kalian mudah-mudahan kalian
mendapat peringatan.
(Surah Al-Nuur : 27)

Berdasarkan ayat ini, rumah-rumah yang dimaksudkan itu adalah premis-premis


kediaman peribadi seseorang yang kita dilarang menceroboh masuk ke dalamnya
tanpa izin.

3- Memastikan semua pegawai yang dihantar untuk melakukan operasi tersebut


merupakan individu yang terlatih dan mempunyai ilmu pengetahuan terhadap tugasan
yang dilakukan.

4- Hendaklah serbuan tersebut dilakukan setelah ada tanda-tanda yang jelas akan
berlakunya maksiat yang mana sekiranya kita tidak melakukan serbuan tersebut akan
berlakulah maksiat. Ini berdasarkan athar daripada Ibn Mas’ud yang mengatakan:

ُ َ‫ِإن يَ ْظ َهر لَنَا شَيء ن‬


‫أخذ بِ ِه‬

Maksudnya: Sekiranya telah jelas kepada kita sesuatu, maka kita mengambil tindakan
terhadapnya.

Musannaf Ibn Abi Syaibah (9/86)

Dalam konteks kita di Malaysia, tanda-tanda yang jelas ini termasuklah apabila
kelihatan dua pasangan yang memang diketahui belum berkahwin tetapi
bersekedudukan di dalam rumah atau bilik, maka perlunya maklumat ini disampaikan
kepada pihak berkuasa supaya larangan kepada perkara mungkar dapat dilakukan.

Sebahagian pihak mengkritik beberapa tindakan yang dilakukan oleh pihak berkuasa
semasa melakukan operasi serbuan. Seperti perbuatan menceroboh masuk tanpa izin
dan bersikap kasar, menceroboh masuk ke dalam bilik pasangan yang sudah
berkahwin, serta beberapa kes lain. Teguran-teguran sebegini tidak dinafikan dalam
usaha memastikan operasi pencegahan maksiat tidak menjadi fitnah terhadap agama
Islam. Akan tetapi, kaedah fiqah ada menyebut:

‫ب الشَّاِئ ِع ال لِلقَلِي ِل النَّا ِد ِر‬


ِ ِ‫برةُ لِل َغال‬
َ ‫الع‬
ِ

Maksudnya: Yang diambil kira itu adalah pada kebiasaan yang meluas, bukannya pada
sedikit yang jarang berlaku.
 

Memahami Teks Agama Berdasarkan Rasional Akal

Dewasa kini, terdapat beberapa individu atau golongan yang cuba memahami dan
menafsirkan nas-nas agama berdasarkan rasional akal mereka. Bahkan mereka hanya
menggunapakai serta berhujah dengan nas-nas yang menepati hawa nafsu mereka
dan meninggalkan nas-nas yang dirasakan kurang sesuai. Ini bercanggah dengan
prinsip asas kita yang memahami agama berdasarkan wahyu. Kata Saidina Ali R.anhu:

‫ح ِمن َأعاَل ه‬ ْ ‫الخفِّ َأولَى بِال َم‬


ِ ‫س‬ ْ ‫أي لَ َكانَ َأ‬
ُ ‫سفَ َل‬ ِ ‫لَو َكانَ الدِّينُ بِال َّر‬

Maksudnya: Sekiranya agama ini berdasarkan ra’yi (rasional akal) nescayalah


bahagian bawah khuf itu lebih utama untuk disapu berbanding bahagian atasnya.

Riwayat Abu Dawud (162)

Athar ini tidaklah menafikan peranan akal sebagaimana yang disangka oleh sebahagian
pihak. Akan tetapi, athar ini jelas menunjukkan bahawa akal yang sahih dan sejahtera
adalah yang bertepatan dengan petunjuk wahyu. Justeru, akal yang sejahtera akan
berpandangan bahawa sapuan khuf di bahagian atasnya itu adalah perbuatan yang
tepat kerana ia bertepatan dengan pandangan syarak.

Bahkan penggunaan lafaz َ‫ يَتَفَ َّكرُون‬، َ‫ يَ ْعقِلُون‬، َ‫ يَ ْنظُرُون‬ di dalam al-Quran, kesemuanya ini
mengisyaratkan agar kita menggunakan akal akan tetapi diselaraskan dengan
timbangan syarak. Inilah pendapat yang sebenarnya.

Meraikan Uruf Dan Adat Setempat

Di dalam konteks di Malaysia, hendaklah setiap individu menghormati uruf dan adat
masyarakat setempat. Ini berdasarkan sebuah kaedah fikah yang masyhur: Al ‘Aadah
Muhakkamah. Di sisi masyarakat kita, berdua-duaan di antara lelaki dan perempuan
yang ajnabi adalah merupakan satu keaiban yang memalukan. Ia bukan sahaja
menimbulkan sangka buruk orang lain terhadap kita bahkan menimbulkan fitnah ke atas
maruah diri dan juga keluarga.

Justeru, setiap pihak baik dari kalangan NGO atau mana-mana agensi diharapkan agar
tidak mengeluarkan sebarang kenyataan yang boleh memecahkan keharmonian uruf
dan adat setempat di negara kita ini.
Begitu juga kita hendaklah memahami antara prinsip rukun negara ialah menghormati
kesopanan dan kesusilaan yang merentasi agama, bangsa dan rakyat yang bernaung
sebagai warganegara Malaysia.

Dosa Peribadi Dan Perbahasannya

Sebahagian pihak mendakwa, khalwat dan zina termasuk dalam dosa-dosa peribadi
yang hanya melibatkan pelaku maksiat dengan Tuhannya. Justeru, kita tidak boleh
masuk campur menjatuhkan hukuman kepada pesalah tersebut. Benarkah dakwaan
ini ?

Kita katakan bahawa perbuatan ini secara hakikatnya telah mencemarkan dharuriyyat


al-khamsah itu sendiri iaitu menjaga agama, menjaga nyawa, menjaga akal, menjaga
maruah, dan menjaga harta.

Hujah yang sering digunakan ialah sebuah athar dari Saidina Umar bin al-Khattab
R.anhu yang mendapati ada seseorang yang meminum arak di dalam rumahnya.
Kemudian mereka turut mengaitkan sama keadaannya dengan golongan yang
berkhalwat dan berzina di dalam rumah-rumah mereka.

Kita katakan, benarkah khalwat dan zina itu termasuk dalam dosa peribadi ?

Menjawab persoalan ini, kita pecahkan kepada beberapa isi penting:

 Khalwat hukumnya haram. Ia merupakan wasilah (jalan) ke arah berlakunya


zina. Kaedah fikah ada menyebut: Apa-apa yang membawa kepada perkara
haram maka ia juga turut haram.
 Kedua, berdua-duaan akan menjatuhkan maruah individu yang terlibat dan
kedua-kedua keluarga pasangan yang berkhalwat. Nama baik keluarga akan
tercemar dengan perbuatan ini.
 Membenarkan khalwat berlaku dengan alasan tidak mahu masuk campur dalam
dosa peribadi hanyalah menggalakkan percambahan berlakunya kes zina dalam
kalangan masyarakat. Ketika berlakunya zina, akan timbul kes pembuangan dan
pembunuhan anak yang akan membawa kepada pencerobohan ke atas maqasid
Islam iaitu hifz al-nafs (penjagaan nyawa). Bahkan penzinaan juga akan
menyebabkan rosaknya maqasid Islam yang ke empat iaitu hifz al-nasl (menjaga
keturunan)

Setelah kita jelas berkenaan perkara-perkara di atas, ketahuilah kita bahawa dakwaan
khalwat merupakan dosa peribadi adalah tidak tepat. Bahkan ia merupakan dosa yang
melibatkan dua pihak bahkan lebih besar apabila melibatkan kerosakan kepada
masyarakat. Justeru, menjadi kewajipan bagi penguatkuasa agama untuk mencegah
kemungkaran ini.
 

Perkembangan Idelogi Liberalisme

Kami cukup bimbang akan pengaruh liberalisme yang kelihatan semakin menular dalam
kalangan rakyat di negara kita. Fahaman ini telah pun dianggap menyeleweng dari
fahaman Islam yang sebenar. Antara ciri fahaman ini ialah:

 Merelakan nama suci Allah disalahgunakan kepada sembahan bukan Islam.


 Menyamaratakan kesemua agama atau kepercayaan. Menyamaratakan agama-
agama lain dengan agama Islam dan menafikan ketinggian Islam sebagai
Agama Negara (Perkara 3 Fasal 1 Perlembagaan Persekutuan)
 Menganggap kesemua agama adalah benar – Pluralisme Agama.
 Menganggap perbuatan murtad sebagai hak asasi manusia atau kebebasan
dalam beragama.
 Membela dan mempertahankan ajaran sesat sebagai hak kebebasan berfikir.
Manakala institusi fatwa dianggap sebagai penghalang bagi pemilikan dan
pelaksanaan hak tersebut.
 Menuntut hak supaya kanak-kanak yang dilahirkan, tidak ditentukan agama
mereka sehinggalah mencapai usia 18 tahun.
 Memperjuangkan hak kebebasan berfikir sehingga mengetepikan perintah Allah
SWT dan ajaran Nabi SAW.
 Memperjuangkan hak kebebasan asasi sehingga menuntut penghapusan
undang-undang syariah di negeri-negeri dan kewajipan amar makruf nahi
mungkar.
 Menuntut hak dan kebebasan bagi pengamal orientasi seks LGBT, meskipun
jelas cercaan Allah SWT. Sementara undang-undang negara iaitu Kanun
Keseksaan yang memperuntukkan perlakuan seks songsang sebagai kesalahan.
 Menuntut penghapusan semua bentuk hukuman yang disifatkan sebagai capital
punishment, termasuk hukuman mati dan sebat.
 Menuntut supaya orang bukan Islam diberikan hak dan peluang untuk
menyebarkan agama mereka kepada orang Islam meskipun tuntutan tersebut
bercanggah dengan Perkara 11 Fasal 4 Perlembagaan Persekutuan.
 Bertekad menggugat keutuhan akidah dan syariat Islam kononnya mengikut
jejak Reformed Jews dan Reformed Christian.
 Membela kekufuran dan penyelewengan akidah dalam buku-buku pemikiran
semasa. Ini termasuklah buku-buku pendukung pemikiran liberal tersohor dari
Indonesia dan negara-negara lain seperti “Allah, Kebebasan dan Cinta” tulisan
Irshad Manji. Lihat Agenda DIAN 16.

Kenyataan Mufti Wilayah Persekutuan

Berdasarkan kepada kenyataan di atas, kami merasakan amat penting untuk kita sama-
sama memuhasabah diri dengan menekuni ilmu terutamanya ilmu-ilmu yang berkaitan
dengan Islam. Iaitu dengan melihat kepada neraca Islam yang sebenar melalui dua
sumber al-Quran dan al-Hadis yang difahami teks dan mafhumnya melalui kaedah
usuliah yang dikemukakan oleh lisan para ulama dengan perasaan penuh takut kepada
Allah SWT. Mereka sekali-kali tidak akan menggadaikan prinsip dalam menafsirkan nas
ilahi dan hady al-nabawi (petunjuk Nabi). Akan tetapi, mereka lakukan semata-mata
untuk mencari keredhaan Allah. Oleh itu, isu yang dibangkitkan bukan semata-mata
dilihat berdasarkan perspektif logik akal atau atas nama hak kebebasan dan hak asasi
manusia.

Berkata Syeikh Abdullah bin Bayyah: Slogan hak asasi manusia adalah slogan yang
amat menarik dan mempersonakan ramai pihak. Ia digunakan oleh pihak yang benar
dan juga pihak yang batil. Justeru, fahamilah kenyataan tersebut dengan kaedah yang
sebenarnya yang diterima pakai dalam Islam.

Seringkali kita terkeliru dengan istilah hasil daripada kekaburan dalam menafsirkan
istilah tersebut. Makanya, tidak pelik apabila kita tersalah dalam memaksudkan
kehendak kita dengan menggunakan istilah yang disalah fahami. Oleh itu, bertanyalah
kepada orang yang tahu selaras dengan firman Allah SWT:

َ‫ٱلذ ۡك ِر ِإن ُكنتُمۡ اَل ت َۡعلَ ُمون‬


ِّ ‫فَ ۡس‍ََٔئلُ ٓو ْا َأ ۡه َل‬

Maksudnya: Maka bertanyalah kalian kepada ahl al-zikr (ahli ilmu) sekiranya kalian
tidak mengetahui.

(Surah al-Nahl : 43)

Begitu juga dalam membicarakan sesuatu hukum perlulah dirujuk kepada pelbagai
bentuk sama ada dari segi teks nas, mafhum nas dan juga fahm al-dalil (memahami
dalil) yang sebenar di samping memahami kehendak dalil seperti yang telah dikatakan
oleh al-Imam al-Qarafi.

Ingatlah pesanan Saidina Umar bin al-Khattab R.anhu yang mengatakan:

ِ َ‫ق َخي ٌر ِمنَ التَّ َما ِدي فِي الب‬


‫اط ِل‬ َ ‫الر ُجو ُع ِإلَى‬
ِّ ‫الح‬ ُّ

Maksudnya: Kembali kepada kebenaran itu lebih baik dari berterusan berada di dalam
kebathilan.

Anda mungkin juga menyukai