Anda di halaman 1dari 4

5 DOA PENERANG HATI UNTUK ANAK

1. DOA NABI MUHAMMAD SAW BUAT IBNU ABBAS RA


‫ل‬ ِ ‫ه ال َّتْأ‬
َ ‫و ْي‬ ْ ِّ‫ن َوعَ ل‬
ُ ‫م‬ ِ ‫د ْي‬ ُّ ‫ق‬
ِّ ‫ه فِي ال‬ َ ‫م‬
ِّ ‫ف‬ َّ ‫اَللَّ ُه‬
(ALLAHUMMA FAQQIHHU FIDDEEN WA A’LLIMHUT TAKWIL)
Maksudnya:  “Ya Allah, berilah kefahaman kepadanya dalam urusan
agama dan ajarkannya Takwil (tafsir al-Quran).”
Doa ini dibaca oleh Nabi Muhammad SAW untuk Abdullah Ibnu Abbas
atau dikenali sebagai Ibnu Abbas.
Menurut para ulama’, berkat bacaan doa ini, Abdullah bin Abbas telah
menjadi salah seorang tokoh yang paling ‘alim tentang al-Quran dan
paling faqih dengan tafsirannya.
Selain terkenal sebagai seorang ahli Hadis, ahli Tafsir, dan ahli Feqah
yang tersohor di zamannya, beliau turut mendapat tempat istimewa
disisi Khalifah Ar-Rasyidin dalam membantu urusan pentadbiran.
2. SURAH TAHA AYAT 1-5
Surah Taha ini ayat 1-5 ini juga banyak manfaatnya dan amat popular di
kalangan ibu bapa.
Ayat ini dikatakan menjadi pelembut hati simbolik dengan peristiwa di
mana Umar al-Khattab yang dahulunya amat menentang Islam.
Suatu hari, apabila mendapat berita adiknya memeluk Islam, Umar
menjadi sangat marah lalu pergi mencari adiknya.
Sampai sahaja di rumah, adiknya yang sedang membaca Al-Quran telah
ditampar sehingga terbaring di atas tanah dan disuruh menyerahkan
bacaan yang dibaca. Selepas itu, Umar mula menghayati setiap bait-bait
ayat surah Taha 1-5 yang dituturkan oleh adiknya tadi. Tak semena-
mena, air mata Umar tumpah, tersentuh hatinya dan beliau terus
memeluk agama Islam pada hari itu juga dihadapan Nabi Muhammad
SAW.
Berikut adalah keratan ayat surah Taha 1-5
3. SURAH AN-NUR AYAT 35
‫ح فِى‬ ُ ‫بَا‬E ‫ص‬ ْ ‫م‬ ِ ‫ح ۖ ٱ ْل‬ ٌ ‫صبَا‬ ْ ‫م‬ ِ ‫ها‬ َ ‫شكَوٰ ٍة فِي‬ ْ ‫م‬ ِ ‫ك‬َ ‫َل ُنو ِر ِهۦ‬ ُ ‫مث‬َ ۚ ِ‫وتِ َوٱَأْل ْرض‬ َٰ ‫م‬َ ٰ ‫ٱلس‬
َّ ‫ه ُنو ُر‬ ُ َّ‫ٱلل‬
‫ة اَّل‬
ٍ E َ‫ة َز ْي ُتون‬ٍ E‫ك‬ َ ‫م ٰبَ َر‬
ُّ ‫ج َر ٍة‬ َ E‫ش‬ َ ‫من‬ ِ ‫د‬E ُ E‫ق‬ َ ‫ى ُيو‬ ٌّ ّ‫َب ُد ِر‬
ٌ ‫ ْوك‬E ‫ك‬ َ ‫ا‬EE‫ه‬ َ َّ‫كَأن‬
َ ‫ة‬ُ E‫ج‬ َ ‫جا‬ َ ‫ة ۖ ٱل ُّز‬ ٍ E‫ج‬ َ ‫جا‬ َ ‫ُز‬
ۗ ‫و ٍر‬EE‫ى ُن‬ ٰ َ‫ا ٌر ۚ نُّو ٌر عَ ل‬EEَ‫ه ن‬ ُ E‫س‬ ْ ‫س‬ َ ‫م‬ ْ َ‫م ت‬ ْ َ‫ ْو ل‬Eَ‫ى ُء َول‬ ٓ E‫ض‬ ِ ‫ا ُي‬EE‫ه‬
َ ‫ة يَكَا ُد َز ْي ُت‬ ٍ َّ‫غ ْربِي‬ َ ‫ة َواَل‬ ٍ َّ‫ش ْرقِي‬ َ
‫ى ٍء‬ ْ E‫ش‬ َ ‫ل‬ ّ ِ E‫ك‬ ُ ِ‫ه ب‬ ُ َّ‫اس ۗ َوٱلل‬ ِ َ E‫م ٰ َث‬
‫ل لِل َّن‬ ْ ‫ه ٱَأْل‬ُ َّ‫ب ٱلل‬ ُ ‫ر‬ِ ‫ض‬ْ َ‫شٓا ُء ۚ َوي‬ َ َ ‫من ي‬ َ ‫ه لِ ُنو ِر ِهۦ‬ ُ َّ‫دى ٱلل‬ ِ ‫يَ ْه‬
‫م‬ٌ ‫علِي‬ َ
Maksudnya: Allah (pemberi) cahaya (kepada) langit dan bumi.
Perumpamaan cahaya-Nya seperti sebuah lubang yang tidak tembus
yang di dalamnya ada pelita besar. Pelita itu di dalam tabung kaca,
(dan) tabung kaca itu bagaikan bintang yang berkilauan, yang
dinyalakan dengan minyak dari pohon yang diberkati, iaitu pohon zaitun
yang tumbuh di timur dan tidak pula di barat, yang minyaknya (saja)
hampir-hampir menerangi, walaupun tidak disentuh api. Cahaya di atas
cahaya (berlapis-lapis), Allah memberi petunjuk kepada cahaya-Nya
bagi orang yang Dia kehendaki, dan Allah membuat perumpamaan-
perumpamaan bagi manusia. Dan, Allah Maha Mengetahui segala
sesuatu.
Ayat 35 daripada surah Nur ini juga antara yang terkenal dan sering
diamalkan sebagai ayat pelembut hati, pendinding diri, penerang hati
dan sebagainya. Jika diteliti, ayat ini memiliki maksud yang sangat
mendalam.
Dari ayat ini kita boleh faham bahawa sumber cahaya yang menerangi
alam ini dan hati kita datangnya daripada Allah. Ilmu itu semuanya dari
Allah. Hidayah itu juga ‘cahaya’. Dan apabila datangnya cahaya demi
cahaya itulah yang dikatakan ‘nur ala nur’ (cahaya atas cahaya). Kalau
tanpa cahaya ilmu dari Allah ini, kita akan terus berada di dalam
kegelapan dan kejahilan.

4. SURAH AL-INSYIRAH
Salah satu surah ringkas dalam Juz Amma, namun cukup power.
Ayat ini diajukan kepada Nabi Muhammad SAW bagi menghilangkan
segala kesusahan yang dipikul Baginda ketika berdakwah dan
menyampaikan risalah-Nya.
Telah diulang 2 kali dalam surah ini, ‘bahawa sesungguhnya tiap-
tiap kesukaran disertai kemudahan’.
5. SURAH AL-ANBIYA’ AYAT 79
‫ح َنا‬
ْ ّ ‫ ِب‬EE‫س‬َ ‫ل ُي‬ َ ‫جبَا‬ ِ ‫د ا ْل‬ َ ‫م‬
َ ‫ع دَا ُو‬ َ ‫خ ْرنَا‬ َ ‫ع ْلمًا َو‬
َّ ‫س‬ ِ ‫كمًا َو‬ ُ ‫كاّل ًّ َأتَ ْي َنا‬
ْ ‫ح‬ َ ‫سلَ ْي‬
َ َ‫مان‬ َ ‫م َنا‬
ُ ‫ها‬ ْ ‫ه‬
َ ‫ف‬ َ
َ ‫ف‬
‫ن‬
َ ‫علِ ْي‬ ِ ‫فا‬َ ‫َو الطَّ ْي َر َو ُك َّنا‬
“Maka, Kami memberikan pengertian kepada Sulaiman (tentang hukum
yang lebih tepat), dan kepada masing-masing Kami berikan hikmah dan
ilmu, dan Kami tundukkan gunung-gunung dan burung-burung, semua
bertasbih bersama Daud. Dan, Kamilah yang melakukannya.”
Ayat ini terdapat dalam kisah Nabi Daud dan Nabi Sulaiman ketika kedua
mereka sedang mencari jalan penyelesaian terhadap permasalahan yang
berlaku dalam kalangan umatnya ketika itu. Lalu, Allah memberikan
mereka kefahaman, hikmah dan ilmu kepada Nabi Sulaiman untuk
memutuskan hal tersebut secara adil dan saksama. Ayat ini juga
menyebutkan kelebihan Nabi Daud dan diakhiri dengan ‘Kamilah yang
melakukannya’, bermaksud semua ini adalah datangnya dari Allah jua.
Maka, mohonlah kefahaman yang baik untuk anak kita kerana Allah
berkuasa memberikan ilmu dan hikmah kepada sesiapa saja pada bila-
bila masa, dengan cara yang tidak kita ketahui.

Anda mungkin juga menyukai