Anda di halaman 1dari 8

‫ْث اَأل َّو ُل‬

ُ ‫اَ ْل َح ِدي‬

‫ُول‬ ِ ‫ص ُع َم َر ْب ِن الخَ طَّاب َر‬


ُ ‫ َس ِمع‬:‫ض َي هللاُ َع ْنهُ قَا َل‬
َ ‫ْت َرس‬ ٍ ‫ا هللِ ع َْن َأ ِمي ِْر ال ُمْؤ ِمنِيْنَ أبِ ْي َح ْف‬

ِ ‫ (( ِإنَّ َما اَأل ْع َما ُل بِالنِّيَّا‬:ُ‫صلى هللا عليه وسلم یَقُول‬


ْ ‫ت َوِإنَّ َما لِ ُكلِّ ا ْم ِرٍئ َما نَ َوى فَ َم ْن َكان‬
‫َت‬

‫ُص ْيبُهَا َأ ِو ا ْم َرَأ ٍة‬


ِ ‫َت ِهجْ َرتُهُ لِ ُد ْنيَا ی‬
ْ ‫ِهجْ َرتُهُ ِإل َى هللاِ َو َرسُولِ ِه فَ ِهجْ َرتُهُ إلى هللاِ و َرسُولِ ِه َو َم ْن َكان‬

‫ رواه إماما ال ُم َح ِّدثِينَ َأبُوْ َعبْد هللا ُم َح َّمد بْنُ ِإسْما ِعي َل ب ِْن‬. ))‫َاج َر ِإلَ ْي ِه‬
َ ‫یَ ْن ِك ُحهَا فَ ِهجْ َرتُهُ ِإلَى َما ه‬

‫َّاج ب ِن ُم ْسلِ ٍم القُ َشيري‬ ِ ‫ِإ ْب َرا ِهي َم ْب ِن ال ُم ِغي َر ِة بن بَرْ ِد ْزبَة الب‬
ِ ‫ وأبو ال ُح َسي ِن ُم ْسلِ ُم بنُ ال َحج‬،‫ُخاري‬

‫صنَّفَ ِة‬
َ ‫ب ال ُم‬ َّ ‫يسابوريُّ في صحيحيهما اللذین هما َأ‬
ِ ُ‫ص ُح ال ُكت‬ ِ ِ‫الن‬

Hadis Yang Pertama

Terjemahannya:

Dari Amirul Mukminin Abu Hafs ‘Umar Ibn Al-Khattab r.a. katanya: Aku dengar Rasulullah
bersabda: hanya segala amal dengan niat dan hanya bagi tiap-tiap seorang apa yang ia
niatkan. Maka barangsiapa hijrahnya kepada Allah dan rasulnya, maka hijrahnya kepada
Allah dan rasulnya. Dan barangsiapa hijrahnya bagi dunia yang ia akan memperolehinya atau
perempuan yang ia ingin mengahwininya, maka hijrahnya kepada apa yang ia berhijrah
kepadanya itu.

Diriwayatkan hadis ini oleh dua orang imam hadis iaitu Abu ‘Abdullah Muhammad ibn
Isma’il ibn Ibrahim ibn Al-Mughirah ibn Barzirbah Al-Bukhari, dan Abu Al-Husain Muslim
ibn Al-Hajjaj ibn Muslim Al-Qusyairi Al-Naisaburi dalam kitab sohih keduanya, iaitu kitab
yang amat sah di antara segala kitab yang pernah disusunkan.

Syarahannya:

Hadis yang pertama ini diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim dari Sayyidina ‘Umar
ibn Al-Khattab, bergelar Amirul mukminin (raja segala orang yang beriman). Beliau khalifah
islam yang kedua, terkenal sebagai seorang yang berani dalam urusan menegah ummah islam
menyebut beliau dengan panggilan Abu Hafs, ertinya: bapa singa, mengingat keberanian dan
kepahlawanan beliau itu.
Beliau banyak juga meriwayatkan hadis. Semuanya berjumlah kira-kira lima ratus enam
puluh Sembilan hadis. Di antara hadis-hadis itu ialah hadis yang pertama ini.

Nilainya :

Hadis yang pertama ini adalah mempunyai martabat dan nilaian yang tinggi dalam jurusan
hukum islam, kerana banyak di antara hukum itu di dasarkan kepadanya. Ulama hadis
sepakat mengatakan tentang ketinggian nilai hadis ini dan tentang sohihnya.

Imam Syafi’e dan imam-imam yang lain berpendapat bahawa hadis ini adalah sepertiga
islam. Kerana perbuatan seorang, ada dengan hatinya atau lidahnya atau dengan anggotanya.
Manakala niat itu ialah salah satu daripada yang tiga tersebut. Maka yang dua pertiga lagi ada
pada dua hadis ini, iaitu:

Pertama:

‫ َوِإ َّن ْال َح َرا َم بَي ٌِّن‬, ‫ِإ َّن ْال َحالَ َل بَي ٌِّن‬

Sesungguhnya yang halal itu nyata, dan yang haram itu pun nyata.

Kedua:

‫ِم ْن ُح ْس ِن ِإ ْسالَ ِم ْال َمر ِء تَرْ ُكهُ َماالَ يَ ْعنِ ْي ِه‬

Daripada keelokan islam seorang ialah meninggalkan apa yang tidak berguna kepadanya.

Perkara niat dan yang berkaitan dengannya

1. Segala amal adalah dengan niat

Rasulullah di awal hadisnya yang tersebut menyatakan bahawa hanya segala amal adalah
dengan niat. Niat adalah sebab pertama untuk mewujudkan atau melahirkan amal.
Diterimanya amal itu atau tidak adalah kerananya, iaitu kerana ada qasad yang timbul dari
kesedaran hati atau jiwa untuk melakukannya menurut kemahuan sendiri. Amal yang
memerlukan kepada niat ialah segala amal atau perbuatan syara’ yang hendak ditunaikan.
Adapun amal atau perbuatannya yang bersifat meninggalkan segala yang haram atau bersifat
menghilangkan segala kekhuatiran atau mengembalikan segala pinjaman atau menyampaikan
segala pemberian atau hadiah, maka tidaklah dikehendaki kepada niat yang tertentu, kerana
sah berlakunya segala amal yang tersebut itu dengan ketiadaan niat, kecuali kalau bermaksud
hendak mendapatkan ganjaran. Maka di kala itu diperlukan kepada niat atau qasad
melakukannya semata-mata hendak mendampingkan diri kepada Allah dan tidak kerana
sebab-sebab yang lain.

Pengertian niat dan maksudnya:

Niat menurut bahasa: ialah qasad tujuan hati dan iradat kehendak hati, maka dengan tujuan
hati dan kehendaknya sendiri terjadilah sesuatu amal atau pekerjaan. Ulama’ fiqh
mengertikan niat iaitu qasad mengerjakan suatu bersamaan dengan melakukannya, dan
tempatnya di hati.

Menurut istilah syara’, niat ialah tergerak hati ke arah suatu pekerjaan untuk mencari
keredaan Allah dan menyatakan perasaan tunduk dan patuh kepada perintahnya. Inilah yang
dikatakan ikhlas atau kejujuran dalam melaksanakan suatu amal.

Maksud niat menurut pendapat ulama’, ialah untuk menyatakan perbezaan antara amal ibadat
dengan pekerjaan ‘adat atau antara jenisnya ibadat itu sendiri. Sebagai contoh duduk di dalam
masjid kerana beriktikaf dan berehat adalah sama. Mandi kerana suatu kewajipan syara’ dan
kerana kebiasaan adalah sama jua keadaanya. Tetapi yang dapat membezakan antara
keduanya ialah niat.

Sembahyang, puasa dan sedekah yang wajib sama keadaannya dengan sembahyang, puasa
dan sedekah yang sunat. Semuanya dinamakan ibadat tetapi yang dapat membezakan antara
jenis dan martabatnya ialah niat atau qasad orang yang melakukannya.

Sementara itu ada pula perbuatan yang di luar lingkungan ibadat, iaitu perbuatan yang
menjadi tabiat hidup manusia itu sendiri seperti makan, minum dan sebagainya. Sekalipun
demikian, perbuatan itu dianggap satu kebaikan pula yang mungkin diberikan pahala kalau di
qasadkan (di niatkan) melakukannya untuk memelihara keselamatan badan supaya dapat
meneruskan bakti kepada ilahi sepanjang hayat.

2. Hanya bagi tiap-tiap seorang apa yang ia niatkan

Sesuai dengan apa yang telah diterangkan di awal hadis tadi bahawa segala amal adalah
dengan niat, maka niat itu tentu pula mempunyai arah tujuan atau ketentuan maksudnya.
Kerana di sinilah terletak balasan baik atau jahat dan seorang akan mendapat balasan itu
sebanding denga napa yang telah diniatkan, menurut ikhtiar dan pilihan hatinya sendiri.
Misalnya : suatu ilmu ibadat seperti sembahyang yang wajib atau sunat baru dianggap sah
serta diterima dan diberi balasan sekiranya niat asal mendirikannya kerana Allah bukan
kerana lainnya. Inilah yang dinamakan ikhlas, yang menjadi jiwa suatu amal dan amal yang
demikian inilah yang diperintahkan Allah dengan firman Nya:

‫ك ِديْنُ ْالقَيِّ َم ِة‬


َ ‫صالَةَ َويُؤتُوْ ا ال َّزكاةَ َو َذل‬ ِ ِ‫َو َما ُأ ِمرُوْ ا ِإالَّ لِيَ ْعبُ ُدوْ ا هّللا َ ُم ْخل‬
َّ ‫ص ْينَ لَهُ ال ِّد ْينَ ُحنَفَا َء َويُقِي ُموْ ا ال‬

Dan tidak diperintahkan mereka melainkan supaya mereka menyembah Allah dengan
mengikhlaskan agama kerananya, dengan menjauhi kesesatan, dan supaya mereka
mendirikan sembahyang dan memberikan zakat, kerana yang demikian itulah agama yang
lurus. Jelaslah, bahawa suatu amal itu dianggap sah atau sempurna kalau diwujudkan dengan
niat atau qasad. Tetapi niat atau qasad itu terletak pada haluan atau pada arah tujuannya.
Kalau kepada Allah dikatakan ikhlas. Kalau tidak, tidaklah dinamakan ikhlas.

Tegasnya, niat yang terselit di hati ialah punca yang menentukan akibat amal, baik amal itu
kalau niatnya baik, jahat amal itu kalau niatnya jahat. Sekalipun amal itu pada lahirnya baik.
Malah niat itu pula ada kalanya dapat mengubah sesuatu perkara dan ‘adat. Menjadikan dia
suatu jenis ketaatan dan jalan kearah perdampingan kepada Allah.

Menurut kesimpulan ini, orang yang makan dengan niat atau qasad memelihara hidupnya
serta menguatkan badannya untuk dapat meneruskan amal baktinya kepada Allah dan
menunai kewajipan terhadap agama, keluarga atau bangsanya, maka ia akan mendapat
ganjaran. Kerana makan atau minumnya dianggap suatu ibadat atau taat dan bukan kerana
memuaskan nafsunya semata-mata. Tetapi ketetapan ini ialah terbatas pada perkara yang
harus pada syara’. Mengenai perkara yang haram, maka yang haram itu tetaplah haram. Niat
atau qasad baik tidaklah dapat mempengaruhi dan mengubah suatu hukum yang haram.
Orang yang berusaha mengumpulkan wang yang haram dengan niat yang baik, iaitu untuk
pembinaan sebuah masjid umpamanya, tidaklah dianggap baik walaupun maksudnya baik.
Dan orang yang melihat akan perkara yang haram dengan niat yang baik, iaitu untuk
merenungi dan menikmati keseniaan atau keindahan ciptaan Allah misalnya, tidaklah pula
dikatakan baik sekalipun maksudnya baik. Kerana kebaikan niat tidak ada pada barang yang
haram dan yang makruh.
3. Maksud niat orang yang berhijrah bersama rasul

Setelah rasul menyatakan pada hadis tersebut, bahawa segala amal adalah dengan niat dan
tiap-tiap seorang mendapat balasan menurut apa yang ia niatkan. Maka dinyatakan pula
maksud orang yang berhijrah bersamanya ke madinah demi kepentingan agama islam.

Orang yang berhijrah ke madinah dengan maksud yang baik lagi ikhlas semata-mata kerana
Allah dan rasulnya, maka dikatakan hijrahnya itu hijrah kepada Allah dan rasulnya, dan
sudah tentu mendapat ganjaran yang sesuatu dengan maksudnya. Sebaliknya, ada pula orang
yang berhijrah ke Madinah dengan maksud yang tidak sesuai dengan tuntutan agama. Malah
hijrahnya untuk kepentingan peribadinya sebagaimana yang dinyatakan rasul dalam sabdanya
iaitu:

“Barangsiapa hijrahnya bagi dunia yang ia akan memperolehinya atau perempuan yang ia
ingin mengahwininya, maka hijrahnya ialah kepada apa yang ia berhijrah kepadanya itu”.

Maka teranglah dari kenyataan tersebut bahawa hijrah dan perbuatan atau amal yang
sepertinya ada mempunyai dua macam keadaan, ada yang dilakukan kerana agama dan ada
pula kerana dunia atau lainnya walaupun pada zahirnya kelihatan kerana agama. Sebagai
contohnya ialah orang yang menunaikan haji untuk berniaga dan orang yang menuntut ilmu
untuk mendapatkan kedudukan dalam masyarakat. Masing-masing akan mendapat balasan
menurut niat atau qasadnya.

Pada zaman rasul ada orang yang berhijrah ke Madinah, tetapi hijrahnya bukanlah kerana
maksud menunaikan tuntutan agama. Malah sebaliknya, iaitu untuk menyampaikan hajatnya.
Ibnu Mas’ud menerangkan bahawa diantara para sahabat ada seorang lelaki yang ingin
berkahwin dengan seorang perempuan perempuan yang bergelar Ummu Qais. Tetapi Ummu
Qais sendiri tidak suka menjadi isterinya kalau dia tidak mahu berhijrah ke Madinah. Kerana
ini, maka berhijrahlah lelaki itu. Kemudian berkahwinlah mereka. Kata Ibnu Mas’ud: kami
menamakan orang itu dengan muhajir Ummu Qais. Iaitu seorang yang berhijrah kerana
Ummu Qais, bukan kerana Allah dan rasulnya. Inilah gambaran hijrah yang oleh rasul
dikatakan hijrah kerana perempuan sebagaimana yang diterangkan dalam hadisnya.

Pengertian hijrah

Erti hijrah menurut bahasa ialah semata-mata meninggalkan dan ertinya menurut istilah
dikehendaki pada hadis bersebut ialah meninggalkan negeri Makkah lalu berpindah ke
Madinah untuk kepentingan agama Islam. Pengertian ini adalah khusus dengan keadaan
waktu itu. Dan adapun pengertian umum yang berlaku pada setiap zaman, iaitu hijrah dari
melakukan larangan Allah atau meninggalkannya sama sekali untuk melaksanakan segala
yang diperintah dan yang disukainya. Inilah pengertiaan hijrah dan hakikatnya yang meliputi
segala macam hijrah yang dituntuti islam kepada seorang, iaitu hijrah dengan perkataan,
perbuatan dan hati. Ertinya tidak melakukan suatu yang dilarang itu sama ada dengan
perkataan mahupun dengan yang lainnya.

Hijrah kepada Allah dan rasul Nya sebagaimana yang disebutkan dalam hadis sudahlah jelas
pengertiaannya, iaitu melakukan hijrah itu sesuai dengan maksud agama. Dan pengertian ini
meliputi pula kepada perintah yang lain iaitu suatu perintah mestilah dilaksanakannya sesuai
dengan tuntutan agama.

Sebaliknya, ada pula hijrah kepada yang lain dari Allah dan rasul Nya, iaitu kerana dunia atau
kerana perempuan. Masuk ke dalam pengertiaan ini segala amal yang dikerjakan kerana
kepentingan dunia atau kebendaan dan kedudukannya. Dan ini sudah tentu berlawanan
dengan hakikat ikhlas. Tetapi inilah pula yang menjadi daya pendorong bagi kebaikan orang
yang beramal untuk mengejar keuntungan yang segera lagi dekat sesuai pengertiaan dunia itu
sendiri.

Pengertian dunia

Kehidupan sekarang adalah di dalam dunia. Menurut pengajaran islam, dunia bagi orang
islam adalah sebagai alat bukan tujuan, iaitu alat untuk menyampaikan kepada tujuan akhir di
akhirat. Sebab itu, tidak dikehendaki kepada orang islam beramal dan berbuat kebaikan untuk
dunia semata-mata atau untuk mendapatkan kemegahan hidup di dalamnya. Kerana yang
demikian tidak sedikit pun membawa kepada tujuan dari hidup di dunia.

Pengertian dunia ialah segala makhluk yang ada atau wujud sebelum akhirat. Perkataan dunia
berasal dari perkataan ‫ ُدنُ ُّو‬ertinya dekat, atau dari ٌ‫ َدنَا َءة‬ertinya kehinaan. Ini bererti bahawa
setiap orang yang beramal kerana dunia adalah beramal untuk mendapatkan suatu faedah
yang dekat dan yang hina di dalam dunia ini. Dan dunia yang dimaksudkan oleh hadis ialah
segala macam faedah dan muslihatnya serta keuntungannya yang dekat dan hina, kelihatan
pada mata yang akan diperolehinya sekarang ini juga dalam jangka yang bertentu.

Perkataan dunia adalah umum, iaitu meliputi apa saja yang ada termasuklah makhluk
manusia. Dalam hadis disebutkan satu jenis pasangan hidup orang lelaki, iaitu orang
perempuan yang menjadi niat atau qasad orang yang berhijrah sebagaimana yang telah
diterangkan. Sebutan ini sesuai dengan kejadian itu lagi mengandungi pengertiaan, bahawa
menyebut perkataan perempuan secara khusus padahal ia telah masuk ke dalam pengertiaan
dunia, memberi pula suatu kesimpulan, iaitu orang perempuan adalah di antara bilangan
syahwat yang disukai manusia dan ia terletak pada kedudukan pertama di antara segala
macam syahwat sesuai dengan firman tuhan:

ِ ‫اس حُبُّ ال َّشه َّوا‬


‫ت‬ ِ َّ‫ُزيِّنَ لِلن‬

Maksudnya : dihiasi kepada manusia kesukaan kepada syahwat, iaitu orang-orang


perempuan.

Disini timbul satu pertanyaan mengenai perkahwinan, sebagaimana yang diterangkan dalam
hadis. Pertanyaan ini ialah, bukankah perkahwinan satu daripada tuntutan syara’ yang
demikian mengapakah pula dikatakan daripada tuntutan dunia dan dicela? Sebagai jawapan
ialah bahawa walaupun perkahwinan dari tuntutan syara’, tetapi kerana orang lelaki itu
menampakkam hijrahnya kerana Allah, padahal di hatinya tidaklah kerana demikian.
Hijrahnya ialah kerana hendak berkahwin dengan perempuan, dan dia bersengaja
menyembunyikan niatnya yang berlainan dengan maksud hijrahnya. Kerana ini maka
perkahwinan itu dikatakan tuntutan dunia serta dicela.

Perkara amal dan yang berkaitan dengannya

Amal yang diniatkan untuk mengerjakannya ada dua macam bahagiannya. Pertama, amal
yang ikhlas dan kedua amal yang tidak ikhlas. Kedua-dua bahagian amal ini pada zahirnya
kelihatan sama keadaannya. Tetapi pada batinnya terdapat perbezaan oleh berlainan niat atau
qasadnya.

Amal yang ikhlas

Amal yang didasarkan kepada niat yang baik dan ikhlas, diterima Allah dan diberikan
ganjarannya. Imam Nawawi dalam keterangannya mengenai amal yang disertai niat baik
telah berkata bahawa amal ini ada tiga bahagiannya

1. Amal yang dikerjakan kerana takut kepada Allah. Amal ini dinamakan ibadat hamba.
2. Amal yang dikerjakan kerana mendapatkan syurga dan pahala. Amal ini dinamakan
ibadat saudagar.
3. Amal yang dikerjakan kerana malu kepada Allah dan kerana melaksanakan hak
kehambaan dan membuktikan kesyukuran serta merasakan diri sebagai seorang yang
masih di dalam kecuaian dan kebimbangan yang penuh ketakutan kerana tidak tahu
adakah amalnya diterima atau tidak. Amal ini dinamakan ibadat orang yang merdeka.
Dan inilah rupa amal ibadat yang dimaksud oleh Rasulullah sewaktu menjawab
sungutan A’ishah berkata “ mengapakah Rasulullah bersusah payah berdiri
sembahyang waktu malam hingga bengkak-bengkak dua belah kakinya padahal Allah
telah mengampunkan dosanya yang lalu dan yang akan datang.

Rasulullah dalam jawapannya berkata ‫ َأفَالَ َأ ُكونُ َع ْبدًا َش ُكورًا‬. Tidakkah patut aku menjadi hamba
yang bersyukur ?

Demikianlah ketiga-tiga bahagian amal ini yang dinamakan amal ibadat orang yang ikhlas,
berlainannya hanya terletak pada bahagian-bahagiannya saja.

Kesimpulannya, amal yang ikhlas ialah amal yang diqasadkan kepada Allah tidak kepada
yang lainnya. Dalam hadis ada diceritakan orang

“ Bahawa seorang lelaki telah datang kepada Rasulullah lalu berkata, ya Rasulullah! Ada
seorang lelaki yang bersedekah dan ia suka supaya dipuji dan diberikan pahala kepadanya.
Rasulullah tidak dapat berkata apa-apa kepada orang ini sehingga diturunkan ayat ini:

‫صالِحًا َوالَ يُ ْش ِر ْك بِ ِعبَا َد ِة َربِّ ِه َأ َحدًا‬


َ ً‫فَ َم ْن َكانَ يَرْ جُوْ ا لِقَا َء َربِّ ِه فَ ْليَ ْع َملْ َع َمال‬

Maka barangsiapa mengharapkan perbuatan tuhannya, hendaklah ia kerjakan amal salih. Dan
janganlah ia sekutukan seorang pun dalam beribadat kepada tuhannya.

Anda mungkin juga menyukai