Anda di halaman 1dari 10

BISMILLAHIRAHMANIRRAHIM

ASSALMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKAATUH.

ALHAMDULILLAHIRABIL  ALAMIN, WASSOLATU  WASSALAMU ALA ASYRAFIL ANBIYAI WAL


MURSALIN WA ALA AALIHI WASOHBIHI AJMAIIN.

Adab dari segi Bahasa ialah kebaikan, kesantunan, moral, sopan santun, dan kesusilaan. Manakala,
dari segi istilah ialah penilaian keperibadian seseorang melalui kepatuhannya terhadap beberapa
kod kelakauan.

Guru pula membawa maksud dari segi Bahasa ialah pengajar, pendidik, dan muddaris, manakala dari
segi iatilah ialah merupakan tenaga pengajar yang mengajar pelajar dalam intitusi pendidikan tidak
kisahlah sekolah, tuisyen mahupun madrasah. Guru tidak semestinya mengajar di sekolah,
contohnya jika kita tidak tahu jalan nak ke bandar, dan bertanya dengan orang disekitar kawasan itu
dan orang tersebut memberitahu kita jalanya, dia juga merupakan guru kepada kita. Berdasarkan
sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:

 
ْ ِ‫َما ِم ْن َموْ لُو ٍد إِاَّل يُولَ ُد َعلَى الف‬
‫ أَوْ يُ َم ِّج َسانِ ِه‬،‫ أو يُنَصِّ َرانِ ِه‬،‫ فَأَبَ َواهُ يُهَ ِّودَانِ ِه‬،‫ط َر ِة‬

Maksudnya: “Tidaklah dilahirkan seorang anak itu melainkan dia lahir dalam keadaan fitrah. Maka
kedua  ibubapanya yang bertanggugjawab meyahudikannya atau menasranikannya atau
memajusikannya”. [Riwayat Muslim, no. Hadith 4805]

  Diriwayatkan oleh Abu Umamah RA, bahawa Rasulullah SAW:

ِ َّ‫ص ُّلوْ نَ َعلَى ُم َعلِّ ِم الن‬


‫اس الخَ ْي َر‬ ِ ْ‫ت َواألَر‬
َ ُ‫ض َحتَّى النَّ ْملَةَ فِ ْي جُحْ ِرهَا َو َحتَّى الحُوْ تَ لَي‬ َ ‫إِ َّن هَّللا َ َو َماَل ئِكتَهُ َوأَ ْه َل ال َّس َم‬
ِ ‫اوا‬
Maksudnya: “Sesungguhnya Allah SWT, para Malaikat dan semua penduduk di langit dan di bumi,
sehinggakan semut di sarangnya dan ikan (di lautan) pasti berselawat (mendoakan) kebaikan bagi
orang yang mengajarkan kebaikan kepada manusia”. [Riwayat al-Tirmizi, no. Hadith 2609]

Definisi Guru

Perkataan guru atau pendidik di dalam bahasa arab dinamakan al-Mu’allim (‫)ال ُم َعلِّم‬. Di dalam Lisan
al-‘Arab, perkataan al-Mu’allim berasal daripada ilmu (‫ )العلم‬atau fe’elnya iaitu (‫) َعلِ َم‬. Ilmu adalah
lawan bagi kejahilan dan orang yang berilmu digelar sebagai ulama’. Menurut kamus dewan, guru
bermaksud orang yang mengajar, mendidik atau mengasuh. Pendidik atau guru di dalam Islam ialah
sesiapa sahaja yang bertanggungjawab terhadap perkembangan anak didiknya. Dalam Islam juga,
orang yang paling utama atau bertanggungjawab dalam mendidik adalah ibubapa. Untuk itu,
ibubapa adalah pendidik yang utama dan juga yang pertama dalam diri seorang insan itu. 

SIFAT pertama yang perlu ada pada setiap pelajar dalam memelihara adab terhadap guru ialah
menghormati guru. Guru wajib dihormati kerana kedudukannya yang menyampaikan ilmu kepada
pelajar. Pelajar juga wajib menghormati guru kerana kedudukan pelajar yang menerima ilmu
darinya. Daripada  Abu  Hurairah  bahawasanya  Rasulullah  Salallahu’alaihiwasallam  pernah
bersabda bermaksud:

Pelajarilah ilmu, pelajarilah ilmu ketenangan dan kesopanan dan rendahkanlah dirimu terhadap
orang yang kamu ambil ilmunya.  (Riwayat Ath-Thabrani)

Rasulullah Salallahu’alaihiwasallam juga mengingatkan akan hak pelajar terhadap guru dalam sabda
baginda, bermaksud:

Tidak termasuk umatku orang yang tidak mengagungkan orang besar dari kami, tidak mengasihi
orang kecil dari kami, dan tidak mengetahui hak orang alim dari kami.  (Riwayat At-Thabrani)

Saidina Ali Radhiallahu‘anhu pernah memberi pesanan dalam soal menghormati guru dengan
berkata, bermaksud:

Hak seorang alim (guru) yang wajib atas dirimu ialah: memberi salam kepada semua orang yang
berada dalam majlisnya, dan mengkhususkannya dengan berjabat tangan. Hendaklah duduk
berhadapan dengannya, tidak boleh menunjuk jari di hadapannya, tidak boleh mengerling mata
dengan orang lain di hadapannya, tidak menyebut kata-kata orang lain di hadapannya, tidak boleh
mencaci orang di hadapannya dan sekiranya dia melakukan kesilapan hendaklah maafkannya.
Muliakanlah dirinya kerana Allah  Subhanahuwata’ala, dan kiranya dia memerlukan sesuatu,
hendaklah segera menghulurkan bantuan kepadanya, jangan memuji-muji orang lain di dalam
majlisnya, jangan menarik bajunya, jangan memaksanya jika dia keberatan, jangan merasa jemu
duduk bersamanya. Anggap dia laksana lebah dan dirimu menunggu sesuatu yang akan jatuh
daripadanya pada bila-bila masa sahaja.

Ramai dalam kalangan pemuda berasa tidak perlu menjaga adab terutama dengan guru sedangkan
sebagai pelajar, mereka perlu mendidik diri, menjaga adab dan akhlak supaya ilmu diperoleh
mendapat keberkatan serta kekal dalam diri.

Rasulullah SAW pernah membaca doa, "Ya Allah, janganlah sampai aku menemui satu zaman ketika
manusia tidak lagi mengikuti orang alim sehingga manusia tidak lagi segan pada orang berakhlak
baik. Hati mereka seperti hati orang asing dan apabila berbicara seolah-olah ahli agama tetapi hilang
akhlak dan adab dalam hidupnya." (HR Ahmad)

Oleh itu, sewajarnya anak murid memandang guru dengan penuh hormat dan meyakini ilmu
gurunya. Ketika Imam Syafie RA menuntut ilmu bersama Imam Malik, beliau tidak berani menyelak
helaian kitabnya melainkan dengan cara yang sangat perlahan kerana bimbang bunyi itu
mengganggu gurunya. Imam Rabi' pula tidak berani minum walau seteguk air sekalipun di hadapan
Imam Syafie kerana sangat hormat kepada gurunya. Justeru, anak murid perlu belajar merendahkan
diri terhadap guru dan mengelakkan perasaan bongkak termasuk serta bercakap dengan sopan
santun.

Oleh sebab sifat rendah diri juga, Imam Syafie pernah ditegur gurunya yang sangat dipandang tinggi
sehinggakan pernah menulis syair: "Saya sengaja merendahkan diri di hadapan mereka yang
dimuliakan kerana ilmu yang ada padanya. Dan mana-mana jiwa yang tidak pernah menghinakan
dirinya, dia tidak akan merasakan kemuliaan dalam dirinya."

Maka kita perlu tawaduk ketika berhadapan dengan guru kerana sekiranya berasa besar diri, ia akan
menyebabkan hilangnya kemuliaan dalam diri. Ibnu Abbas RA yang terkenal dengan ketinggian ilmu,
sangat berhemah dan cintakan ulama, akan menciumnya kerana sangat menghormati guru.
Sehubungan dengan hadith di atas serta pesanan Saidina Ali Radhiallahu‘anhu, Dr.Abdullah Nasih
Ulwan membuat beberapa kesimpulan akan adab-adab pelajar terhadap gurunya :

1. Seorang pelajar hendaklah merendahkan dirinya di depan guru, jangan keluar daripada pendapat
dan arahannya. Merendahkan diri terhadap guru adalah satu kemuliaan dan ketinggian. Imam
Ghazali ada menyatakan : Ilmu itu hanya akan diperolehi dengan merendahkan diri dan
memperhatikannya… Imam Ahmad berkata kepada Khalafu’l-Ahmar: Aku tidak pernah duduk kecuali
di hadapanmu, kami telah diperintahkan untuk merendahkan diri terhadap orang yang kami ambil
ilmunya..

2. Seorang pelajar hendaklah memandang gurunya dengan kemuliaan dan meyakini bahawa gurunya
memiliki darjat yang tinggi. Imam Syafi’i ada menyatakan: Pernah aku menyimbak (membuka)
lembaran kertas di depan Malik dengan lembut kerana kewibawaannya, agar dia tidak mendengar
gemerisiknya  Ar-Rabi’ berkata : Demi Allah, aku tidak berani meminum air sedangkan As-Syafi’i
melihatku kerana rasa hormat kepadanya.   Pelajar-pelajar juga hendaklah dilatih supaya tidak
memanggil gurunya dengan kata-kata “kamu”,   tetapi dengan mengatakan “wahai guruku atau
wahai ustazku”, kerana kata-kata panggilan yang baik merupakan pengikat rasa kasih sayang antara
murid dan gurunya.

3. Hendaklah pelajar mengetahui hak-hak terhadap gurunya dan tidak melupakan jasa gurunya
sehingga ke akhir hayat. Syu’bah berkata: Apabila aku mendengar hadis Rasulullah
Sallahu’alaihiwasallam daripada seseorang, selama itulah aku menghormatinya. Sebaiknya seorang
pelajar mendoakan kesejahteraan gurunya sepanjang hayat. Jika guru itu sudah wafat hendaklah
diambil berat hal ehwal keturunan dan orang yang mencintainya.

4. Jika guru menegur atau marah, maka hendaklah murid bersikap sabar. Hendaklah pelajar
menganggap bahawa kemarahan guru adalah sebagai tanda kasih sayang guru terhadap pelajarnya.
Para guru sebenarnya ingin memperbaiki kelemahan pelajarnya. Dengan sikap sedemikian, akan
lahirlah rasa sayang para pelajar terhadap guru dan bermanfaatlah segala ilmunya dalam urusan din,
dunia dan akhirat. Sebahagian ahli salaf berkata: Barangsiapa tidak sabar dalam belajar, maka dia
akan buta huruf selama hidupnya. Dan barang siapa bersabar di dalamnya, dia akan mendapat
kemuliaan dunia dan akhirat.

5. Hendaklah pelajar duduk di hadapan gurunya dengan sopan, tenang, merendahkan diri dan
hormat sambil mendengar dan memberi sepenuh perhatian kepada gurunya. Seorang pelajar juga
haruslah menghindarkan segala perbuatan yang tidak sopan terhadap gurunya.

6. Janganlah pelajar berjumpa gurunya di kelas, rumah atau tempat khusus sebelum mendapat izin
daripadanya. Sebaiknya penampilan seorang pelajar menghadap gurunya dalam keadaan sempurna,
dengan badan dan pakaian yang bersih, terutama jika dia hendak ke majlis ilmu. Kerana majlis ilmu
adalah majlis zikir, pertemuan dan ibadah.

7. Apabila seorang pelajar mendengar gurunya menyebut sesuatu dalil hukum, menceritakan
sesuatu syair, membawa sesuatu berita atau mengemukakan sesuatu ilmu, hendaklah dia
mendengar dengan penuh perhatian seakan-akan dia belum pernah mendengar sama sekali. Dr.
Abdullah Nasih Ulwan ada mengatakan bahawasanya memenuhi hak terhadap guru adalah wajib
lebih-lebih lagi jika guru tersebut adalah dikalangan mereka yang bertaqwa dan beriman kepada
Allah Subhanahuwata’ala.  Itulah adab-adab terpenting yang harus diamalkan oleh para pelajar
dalam rangka untuk menjadi pelajar yang benar-benar berilmu, beradab dan bertaqwa kepada Allah
Subhanahuwata’ala.
Tokoh orANG BERILMU

Imam Malik Rahimahullah atau nama sebenar beliau Malik bin Anas bin Malik bin `Amir Al-
Harith dilahirkan di Kota Madinah pada 93 Hijrah bersamaan dengan tahun 713 Masihi, iaitu pada
zaman pemerintahan Khalifah Sulaiman bin Abdul Malik daripada kerajaan Bani Umaiyah. Beliau
berasal dari keturunan Arab yang terhormat dan dimuliakan oleh masyarakat kerana datuknya Amir
bin Al-Harith banyak berkorban bersama Nabi Muhammad s.a.w. dalam menegakkan agama Islam.
Kehidupan keluarganya yang susah tidak memadamkan cita-citanya untuk menjadi orang yang
berilmu. Berkat usahanya yang gigih dan bersungguh-sungguh, akhirnya beliau muncul sebagai
seorang ulama, hartawan, dermawan, dan berjaya memegang jawatan Mufti Besar di Madinah.
Beliau pernah menjadi guru sedari usia 17 tahun dan dapat mengajar dengan baik walaupun masih
muda. Majlis pengajian beliau dilakukan di Masjid Nabawi

Sepanjang hidupnya, Imam Malik terkenal dengan kecerdasan akal fikirannya yang tinggi
sehinggakan mampu menghafal al-Quran dalam usia yang masih muda. Beliau juga terkenal dengan
sifat mulia, bersopan-santun, suka memakai pakaian yang bersih, kemas serta bau-bauan yang
harum selaras dengan tuntutan agama supaya menjadi orang yang pembersih. Walau
bagaimanapun, beliau yang terkenal dengan keramahan dan bergaul dengan semua lapisan
masyarakat merupaka seorang yang pendiam dan hanya berkata-kata apabila perlu dan
menganggap benda yang akan diucapkan adalah perkara-perkara yang berfaedah sahaja. Beliau juga
seorang hartawan yang tidak lokek membelanjakan hartanya ke jalan Allah. Sebagai contoh, beliau
pernah membantu Imam as-Syafie sehingga berjaya menjadi ulama terkenal. Beliau seorang yang
sangat menghormati hadis-hadis Rasulullah sendiri dan diri baginda sendiri walaupun baginda telah
wafat. Beliau dikatakan tidak pernah menunggang sebarang jenis kenderaan di Madinah sebagai
tanda menghormati jasad baginda yang tertanam di dalam kubur. Beliau pernah dirotan
dengan cemeti sehingga patah tulang belakang kerana mengeluarkan fatwa yang tidak disukai
oleh khalifah iaitu isteri yang ditalak secara paksa tidak jatuh talaknya. Ini menunjukkan betapa
tabahnya beliau. Kerajinannya mengerjakan ibadat di malam hari pula menunjukkan kewarakan
beliau terhadap Allah s.w.t. Prinsip hidup beliau mengenai ilmu ialah orang yang ingin
belajar ilmu hendaklah berusaha mencarinya, bukan ilmu yang datang mencarinya. Beliau tidak
pernah merungut apabila memberi pendidikan kepada anak-anak muridnya. Beliau akan bersusah-
payah memberi kefahaman kepada anak-anak muridnya tentang sesuatu masalah ilmu.

Sejak kecil lagi minatnya terhadap ilmu sudah disemai dalam jiwanya. Beliau telah menghafal ayat-
ayat al-Quran dan hadis semenjak kecil dan mendapat pendidikan di Kota Madinah daripada
beberapa orang ulama terkenal di sana. Guru pertama beliau adalah Abdul Rahman bin Hamzah iaitu
seorang ulama besar Madinah yang telah memberi pendidikan kepada beliau selama lapan tahun.
Akibat dari kecerdasan akalnya yang luar biasa, beliau pernah menghafal 29 buah hadis daripada 30
buah hadis yang dibacakan oleh gurunya dalam satu hari sahaja. Beliau pernah belajar daripada 900
orang guru dari kalangan tabiin dan tabi’ tabiin. Imam Malik banyak menimba ilmu pengetahuan di
Kota Madinah yang pada masa itu menjadi pusat pengajian ilmu, khususnya ilmu agama.

Al-Muwatta (Bahasa Arab: ‫ )الموطأ‬bererti ‘yang disepakati’ atau ‘tunjang’ atau ‘panduan’ tentang ilmu
dan hukum-hukum agama. Kitab tersebut merupakan sebuah kitab yang mengandungi hadis-hadis
hukum yang dikumpulkan oleh Imam Malik serta pendapat para sahabat dan ulama-ulama tabiin.
Kitab ini lengkap dengan pelbagai masalah agama yang merangkumi ilmu hadis, ilmu fiqh dan
sebagainya. Semua hadis di dalam kitab ini adalah sahih kerana Imam Malik terkenal dengan sifatnya
yang tegas dalam penerimaan hadis tertentu. Beliau sangat berhati-hati ketika menapis,
mengasingkan dan membahas serta menolak riwayat yang meragukan. Daripada 100,000
buah hadis yang dihafal beliau, hanya 10,000 sahaja diakui sah dan daripada 10,000 hadis itu, hanya
5,000 sahaja yang disahkan sahih oleh beliau setelah disiasat dan dipadankan dengan Al-Quran.
Menurut satu riwayat, Imam Malik menghabiskan 40 tahun untuk mengumpul dan menapis hadis-
hadis yang diterima daripada guru-gurunya. Imam Syafie pernah berkata, "Tiada sebuah kitab di
muka bumi ini yang lebih banyak mengandungi kebenaran selepas Al-Quran selain daripada kitab al-
Muwattak karangan Imam Malik
Kelebihan Menghormati guru

1. ilmu yang dipelajari mendapat keberkatan daripada allah s.w.t

2. menjadi manusia yang bermoral dan tinggi budi pekerti

3. mudah mengahafal dan mengikut ajaran guru

4. Mempunyai banyak unsur unsur positif dalam diri

5. ilmu yang dipelajari dapat memberikan banyak manfaatn kepadanya dan orang lain.

6. dapat meningkatkan sifat mahmudah dalam diri

7. mudah mnejawab soalan peperiksaan.

8. sentiasa beasa ingin menambahkan lmu

9. mendapat pahal kerana membuat hati guru rasa gembira kerana menghormatinya

10. mudah untuk Berjaya

Kekurangan Tidak menghoramti guru


1. Ilmu yang dipelajari tidak mendapat keberkatan Allah

2. Tidak bermoral dan rendah budi pekerti

3. Susah mengingati dan mengikuti ajaran guru

4. Mudah terpengaruh dengan unsur-unsur nagatif.

5. Ilmu yang dipelajari tidak akan memberi manfaat kepadanya

6. Sukar untuk mengikis sifat mazmumah dalam diri

7. Sukar menjawab soalan peperiksaan.

8. Tidak terasa bertambah ilmu malah semakin berkurang.

9. Menanggung dosa sekiranya guru terasa hati dengan sikap kita dan sukar untuk memaafkannya.

10.Tidak mudah untuk berjaya.

Kesan dan akibat tidak menghormati guru ialah dapata mneyebakan sukar untuk mendapat rezeki
adalah derhaka kepada Guru. sombong, merendahkan guru

Janganlah kita hanya mencari Guru hanya kerana ingin mendapatkan ilmu, namun kita melupakan
dan menjauhi guru ketika kita merasa sudah tidak memerlukannya.

Ingatlah, keberkatan ilmu dan rezeki kita terdapat pada Adab kita terhadap Guru.

Manakala kesan dan akibat kita mengormati guru ialah in shaa Allah rezeki kita diperluasakan oleh
Allah s.w.t. diapandang mulia oleh masyarakat dan dapat mengeratkan hubungan silaturrahim kita
dengan guru kita.

Isu semasam kini sikap menghormati guru semakin menghakis dalam diri setiap pelajar contohnya di
berita harian ada menulis satu kisah tentang adab dengan guru iaitu

Ilmu perlu dituntut dengan penuh adab demi meraih keberkatannya hingga penuntut bukan saja
mendalami dan menguasai sesuatu bidang atau disiplin, bahkan bersifat merendah diri seperti resmi
padi yang semakin berisi, semakin tunduk.

Melalui adab yang dijaga, akan terserlah kesungguhan dan usaha dalam menuntut ilmu kerana
kedua-duanya tidak dapat dipisahkan seperti yang diungkapkan oleh Imam Malik RA: “Pelajarilah
adab sebelum mempelajari suatu ilmu.”

Islam menegaskan terdapat beberapa adab yang perlu dijaga dalam menuntut ilmu kerana ia sangat
rapat dengan diri kita sebagai Muslim.

Timbalan Pengerusi Ikatan Ilmuwan Ahli Sunnah Wal Jamaah Malaysia (ISLAMI), Adlan Abd Aziz,
berkata antara adab menuntut ilmu ialah menghormati guru yang menyampaikan ilmu. Adab itu
turut menuntut pelajar supaya menggembirakan hati guru kerana ia sebahagian daripada usaha
mendapat keberkatan daripada mereka.
“Ada satu adab guru yang menarik, iaitu apabila guru bercerita mengenai hal yang sudah kita
ketahui, kita seharusnya berpura-pura tidak tahu.

“Ini kerana apabila kita memberitahu hal itu sudah ketahui, sudah tentu guru akan kecewa,” katanya
kepada BH.

Beliau berkata, penuntut ilmu perlu mengikuti pesanan Rasulullah SAW yang menekankan niat yang
betul dan ikhlas dalam menuntut ilmu.

“Sikap itu adalah untuk mengelakkan daripada perasaan riak seperti menginginkan pujian dan
menghina mereka yang jahil.

“Malah kita perlu menyedari semua ilmu yang diperoleh sebenarnya ialah rezeki daripada Allah dan
bukanlah semata-mata usaha kita,” katanya.

Adlan berkata, seseorang itu perlu berusaha dan bersungguh dalam menuntut ilmu. Sikap rajin perlu
diterap kerana ilmu yang dituntut tidak boleh belajar secara ala kadar dan hari tertentu.

Penegasan

Oleh itu saya ingin menegasakan wahai penuntun ilmu beradablah dengan guru kerana Perlu kita
ingat bahawa guru merupakan titik awal pengaliran ilmu di dalam diri kita semua. Tanpa
pengorbanan guru, mungkin tiadalah pada hari ini kita melihat lahirnya seorang doktor, jurutera,
peguam dan sebagainya. Peranan guru masa kini bukan sahaja terletak pada tanggungjawab untuk
menurunkan ilmu sahaja, malah berperanan juga sebagai insan yang membentuk sahsiah dan akhlak
kita semua. Peranan dan tanggungjawab guru sememangnya cukup besar tidak kira jika dilihat dari
aspek mana sekalipun. Dari peranan mereka untuk mendidik hinggalah kepada tanggungjawab
mereka untuk membentuk diri kita, segalanya memerlukan pengorbanan yang besar, tulus, ikhlas
dan mantap selain kesabaran yang cukup jitu.

Kesimpulannya

, terbuktilah bahawa sifat beradab dengan guru wajib kita semai dalam diri kita dan kepada
genereasi akan dating jangan kita biarkan sifat ini terus hanyut ditelan zaman, kerana mundurlah
sesebuah masyarakat itu jika tidak mampu beradab kepada insan mulia yang sanggup bersusah
payah memberikan kita kefahaman tentang sesuatu perakara itu tidak kira lah ilmu dunia mahupun
dunia akhirat. Sekian sahaja perbentangan saya tentang beradab dengan guru.
Boleh terangkan lebih lanjut kenapa kita wajib menghormati guru?

Kita wajib mengormati guru kerana

Pertama, guru ialah insan mulia dan tinggi kedudukannya. Sebagai orang berilmu yang dijamin Allah
ketinggian kedudukannya seperti yang disebutkan dalam satu ayat-Nya, guru tentu memiliki
kemuliaan yang perlu dipertahankan. Bahkan, dalam satu ayat-Nya, Allah menggandingkan orang
berilmu dengan malaikat. (Maksud surah Ali Imran, ayat 18)

Kedua, yang mewajibkan kita menghormati guru kerana mereka memiliki kebijaksanaan. Seperti
dimaklumkan, manusia dapat mengendalikan hidupnya dengan sempurna berdasarkan keimanan
dan kebijaksanaan. Begitu dengan guru. 

Dengan kebijaksanaannya, guru berupaya membentuk dan mengembangkan daya keilmuan serta
kebijaksanaan dalam diri muridnya. Perkara ini tentu dapat melahirkan generasi yang cemerlang
akhlak dan peribadinya.

Ketiga, guru menyumbang bakti yang sangat besar. Jasa guru terlalu besar hingga tidak terungkap
oleh kata-kata. 

Bayangkanlah betapa besarnya jasa guru membimbing hidup manusia seluruhnya dengan ilmu yang
diajarnya. Hidup tanpa ilmu sama seperti hidup dalam kegelapan. Ibarat nur, ilmu menerangi hidup
manusia. Umpama lilin, guru membakar diri, menerangi kegelapan.

Anda mungkin juga menyukai