Anda di halaman 1dari 5

Rangcangan Pengajaran Harian Lakonan Hari Kelas : Rabu : 2 Bestari Tarikh Masa Kemahiran Tajuk Aktiviti : 27.10.2010 : 10.

10 11.30 pagi : Lakonan : Cintai Alam Sekitar Catatan

Mata pelajaran : Bahasa Malaysia Tema Langkah Set induksi (5minit) : Cerita dan Teladan

1. Guru memperdengarkan bunyi . Rakaman bunyi air sungai 2. Murid mendengar dan meneka bunyi tersebut. yang mengalir. 3. Guru dan murid bersoal jawab tentang bunyi tersebut.

Langkah 1 (10 minit)

1. Guru mempamerkan gambar sungai yang bersih dan sungai yang kotor. 2. Murid membezakan gambar dan menceritakan apa yang terdapat pada gambar tersebut.

Gambar Sungai bersih Sungai tercemar

Langkah 2 (30 minit)

1. Guru mengedarkan dialog dan topeng kepada beberapa orang murid yang telah dipilih oleh guru. 2. Murid melakonkan watak-watak yang diberi berdasarkan dialog dengan bantuan guru.

Dialog Topeng

Langkah 3 ( 15 minit )

1. Guru membentuk 8 kumpulan. 2. Murid diminta menyatakan nilai murni yang boleh di dapati daripada sesi lakonan. 3. Murid diminta menyenaraikan kesan daripada pencemaran sungai yang kotor.

Manila kad / kertas A4

Langkah 4 ( 15 minit )

1. Guru mengedarkan lembaran kerja. 2. Murid menyiapkan lembaran kerja yang diedarkan.

Lembaran kerja

Penutup (10 minit)

1. Guru menayangkan lagu Tabiat Tak Pa Bumi Video Binasa. Tabiat Tak Pa Bumi Binasa. 2. Murid menyanyikan lagu Tabiat Tak Pa Bumi Binasa.

Dialog Dalam sebuah hutan, tinggal pelbagai jenis haiwan. Mereka semua bersahabat baik. Pada suatu hari, hutan itu diselubungi bau busuk. Lalu, seekor kucing berjalan mencari punca bau busuk itu. Sedang dia mencaricari, dia terserempak dengan seekor ayam yang sedang berbual dengan seekor burung . Ayam : Apa Khabar, Tompok? Kamu hendak ke mana tu. Nampak tergesa-gesa sahaja ? Kucing : Oh, Jalak, Putih aku sihat sahaja. Sebenarnya, aku terhidu bau busuk jadi aku hendak mencari dari mana datang bau itu. ( aksi menghidu ) Burung : Aku juga ada terbau, bolehkah kami mengikut kamu mencari bau busuk itu ? Kucing : Boleh, apa salahnya lebih ramai lebih baik. Jika begitu, marilah kita pergi sekarang.

Mereka pun meneruskan perjalanan. Tiba-tiba, burung terlihat banyak ikan mati di dalam sungai. Burung : Tompok, Jalak aku nampak banyak ikan mati di dalam sungai di depan sana. Kucing : Betulkah? Ayam : Kalau begitu mari kita ke sana.

Mereka pun berjalan menghampiri tebing sungai. Tiba di tebing, mereka dapati sungai itu dipenuhi dengan ikan-ikan yang telah mati. Kucing : Rupa-rupanya dari sini punca bau busuk itu. Ayam : Kasihan ikan-ikan ini, apakah punca mereka jadi begini ?

Burung : Aku pun tidak pasti. Tetapi beberapa hari yang lalu, aku ternampak beberapa orang lelaki membuang sesuatu ke dalam sungai. Kucing : Adakah kamu tahu apa yang mereka buang ke dalam sungai? Burung : Aku tidak tahu, tetapi tong yang mereka bawa masih ada di sana. Ayam : Itukah tongnya? Patutlah ikan-ikan itu mati.

Kucing : Mengapa kamu berkata begitu, Jalak? Ayam : Kalau kamu ingin tahu, tong itu berisi racun. Itulah sebabnya ikanikan itu mati dan sungai kita menjadi busuk serta tercemar. Burung : Apa yang patut kita lakukan sekarang ? Kucing : Aku rasa kita sudah tidak boleh tinggal di sini lagi. Sumber air kita sudah tercemar, tempat tinggal kita sudah tidak bersih. Jadi lebih baik kita pindah ke tempat lain. Ayam : Aku setuju dengan cadangan kamu Tompok. Jika kita terus tinggal di sini nasib kita akan sama dengan si ikan yang mati dalam air yang beracun ini. Burung : Kalau begitu marilah kita pulang untuk memberitahu kawan-kawan yang lain tentang perkara ini. Kucing dan ayam : Marilah kita pulang.

Lembaran kerja Nama :___________________________________________ Tarikh : _______________ Bina ayat berpandukan gambar yang diberi.

harimau

1. ___________________________________________________________________

burung

2. __________________________________________________________________

buaya

3. __________________________________________________________________

kucing

4.__________________________________________________________________

ayam

5. __________________________________________________________________

Anda mungkin juga menyukai