Anda di halaman 1dari 2

Kumpulan Desire merupakan sebuah kumpulan penyanyi rock di Malaysia yang berasal dari

Kelantan. Nama asal kumpulan ini ialah DZAI dan kemudiannya menukarkannya kepada
DESIRE. Kumpulan Desire menampilkan lagu-lagu heavy/speed metal, dan slow rock dan
menghasilkan album pertama "Sumpitan Senja" pada tahun 1988.

Album Sumpitan Senja menampilkan Nasran sebagai penyanyi utama. Nasran yang bersuara
nyaring sesuai dengan lagu yang pantas dan agresif, TAPI UNTUK LAGU SLOW, KURENGGG
MENYENGAT ... album ini popular dengan lagu DIAN CINTA dan PEMERGIAN.

Pada tahun 1989 Desire merakamkan album kedua mereka berjudul "-,+,x,". Album ini
menampilkan Johan sebagai penyanyi utama baru mereka. Album ini menjolak nama Desire lebih
tinggi dalam bidang muzik rock Malaysia. Album ini popular dengan lagu BIAS CINTA dan
SENTUHAN.

Kawe Hanya Peminat!

Album ke 3 Desire dihasilkan pada tahun 1990 bertajuk "KATA,KATA,KATA" dengan Eury
Khan pula sebagai penyanyi utama. Album ini popular dengan lagu KEMBANG BERDARAH
dan BUNGA BALDU. Ini dikatakan merupakan kelemahan kumpulan Desire yang utama
kerana penyanyi utama mereka sering bertukar.

Pada tahun 2007, kumpulan DESIRE telah membuat kemunculan semula. DESIRE telah
menampilkan line-up baru yang hanya Razli seorang line-up asal. Penyanyi di dalam album ini
dikenali sebagai Wadi. Album terbaru mereka bertajuk PUTERI SAADONG yang dilancarkan
pada tahun 2007. Album ini secara rasminya sebagai album ke-4 DESIRE.

Album
1.
2.
3.
4.

DESIRE - SUMPITAN SENJA (1988) "MENAMPILKAN NASRAN SEBAGAI VOKALIS"


DESIRE - "-,+,x, (1989) "MENAMPILKAN JOHAN SEBAGAI VOKALIS"
DESIRE KATA,KATA,KATA (1990) "MENAMPILKAN EURY KHAN SEBAGAI VOKALIS"
DESIRE PUTERI SAADONG (2007) MENAMPILKAN WADI SEBAGAI VOKALIS

SUMBER
1.
2.

Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.


Lagenda Rock Online.

Kawe Hanya Peminat!

Anda mungkin juga menyukai