Anda di halaman 1dari 14

10/27/2014 Taktik dan Strategi yang digunakan dalam sukan Bolasepak.. | Takusahrisau' s Blog!

http://takusahrisau.wordpress.com/2011/06/03/taktik-dan-strategi-yang-digunakan-dalam-sukan-bolasepak/ 1/14
Takusahrisau's Blog! Artikel Sebuah Realiti!
in Informasi, Isu Semasa
3 Comments
Taktik dan Strategi yang digunakan dalam
sukan Bolasepak..






i
10 Votes!
Oleh: takusahrisau

Bolasepak mempunyai sejarah yang cukup panjang. Menurut badan rasmi bolasepak, FIFA
bolasepak telah dipercayai bermula sejak kurun ke-3 sebelum masihi di China.
Walaubagaimanapun, bolasepak yang kita lihat hari ini adalah bolasepak yang bermula pada
abad ke-19 di England hasil inovasi permainan rakyat warga British pada abad pertengahan.
Bolasepak terus tersebar dari semasa ke semasa selari dengan perkembangan empayar British
pada abad ke-19 sehingga ke abad ke-21. Bolasepak terus diminati di kawasan jajahan British
kerana bolasepak dianggap cukup menyeronokkan dan mempunyai konsep kerjasama
berpasukan yang jelas.
Jesteru itu, satu peraturan khas telah dikemaskini bagi memberi panduan semasa perlawanan
berlangsung. Peraturan yang dikenali sebagai Cambridge Rule telah pun diperkenalkan pada
1848. Namun, peraturan ini tidak menjadi peraturan tunggal pada masa itu. Banyak kelab dan
pasukan yang ditubuhkan telah menggunakan peraturan yang mereka cipta sendiri sepertimana
Kelab Sheffield United. Peraturan tersebut kemudiannya dikenali dengan Sheffield Rule.
Peraturan bolasepak yang dicipta oleh kelab Sheffield United ini banyak diadaptasi ke dalam
peraturan FIFA kemudian harinya. Sheffield United telah menubuhkan persatuan bolasepak
mereka sendiri yang dikenali sebagai Sheffield FA pada 1867. Sheffield FA adalah persatuan
bolasepak pertama di dunia.
June 3, 2011
10/27/2014 Taktik dan Strategi yang digunakan dalam sukan Bolasepak.. | Takusahrisau' s Blog!
http://takusahrisau.wordpress.com/2011/06/03/taktik-dan-strategi-yang-digunakan-dalam-sukan-bolasepak/ 2/14
Hari ini, bolasepak telah dimain secara professional di seluruh dunia dengan keuntungan berlipat
ganda. Persatuan rasmi bolasepak iaitu FIFA adalah persatuan terkaya di dunia dengan
keuntungan hasil daripada pengiklanan, yuran persatuan dan pelbagai sumber lagi memberi
pulangan secara tahunan berbilion-bilion dolar.
Sebagai sukan paling berpengaruh dan diminati di dunia, bolasepak memberi persembahan yang
menakjubkan sejak ia ditubuhkan. Perlibatan seluruh rakyat di dunia dalam sukan ini memberi
kelainan kepada cara permainannya. Pasukan terhebat di dunia iaitu Brazil memberi dimensi
baru kepada sukan bolasepak. Gaya individu yang dimiliki oleh setiap pemainnya telah
membuka kelompak mata pasukan-pasukan Eropah pada awal 1950-an.
Sebagai sukan yang mementingkan gaya permainan secara berpasukan, pelbagai strategi dan
formasi telah dicipta. Setiap negara mempunyai gaya permainan dan strategi permainan yang
tersendiri. England sebagai contohnya, telah menginovasi formasi 4-4-2 secara efektif dan
praktikal. Pada awal sukan ini popular, banyak negara mempunyai formasi yang memberi
kelebihan kepada posisi penyerang. Kadang-kala, posisi penyerang diisi empat orang penyerang
berbanding posisi pertahanan yang hanya disi dua orang sahaja.
Bergitulah besarnya kesenian dalam bolasepak. Hari ini, pelbagai strategi dan formasi telah
tercipta dan diinovasikan. Oleh yang demikian, untuk kali ini penulis akan menulis beberapa
strategi yang paling popular pernah dipraktikkan di dunia.

Flo Pass
Flo Pass diberi nama berdasarkan nama penyerang antarabangsa Norway, Jostein Flo. Strategi ini.
Strategi yang kebiasaan diasaskan oleh bekas jurulatih Norway, Egil Olsen sering dikombinasikan
dengan formasi 4-5-1. Seorang penyerang tunggal yang mempunyai kelebihan fizikal dan
perebutan udara akan berada di bahagian pertahanan bagi mengucar-kacirkan sistem pertahanan
lawan.
10/27/2014 Taktik dan Strategi yang digunakan dalam sukan Bolasepak.. | Takusahrisau' s Blog!
http://takusahrisau.wordpress.com/2011/06/03/taktik-dan-strategi-yang-digunakan-dalam-sukan-bolasepak/ 3/14
(http://takusahrisau.files.wordpress.com/2011/06/1215603394782_853.jpg)
Jostein Flo(kanan) mempunyai kelebihan fizikal dan kekuatan lompatan untuk membawa
kejayaan pada pasukannya.

Bagaimana strategi ini dipraktikkan
Strategi Flo Pass bermula dengan hantaran daripada pemain pertahanan yang mempunyai
kelebihan hantaran tepat. Hantaran tersebut akan disambar oleh penyerang yang mempunyai
kelebihan tandukan untuk menyambar hantaran tersebut untuk mendapatkan gol.
Kejayaan
Strategi ini ternyata berkesan untuk negara yang mempunyai kekurangan pemain berskil dan
kemahiran teknikal seperti Norway. Norway ternyata mampu mempratikkan strategi ini dengan
berkesan sehingga mampu berada di ranking kedua selepas Brazil pada 1997. Norway juga satu-
satunya negara yang tidak pernah kalah kepada Brazil dalam mana-mana perlawanan
termasuklah perlawanan persahabatan.

Revie Plan
Revie Plan adalah nama taktik dan strategi yang dipraktikkan secara efektif oleh kelab
Manchester City dan Hungary pada dekad 50an. Revie Plan diberikan nama sedemikian
berdasarkan kepada nama penyerang prolifik Manchester City tahun 50-an, Donald George
10/27/2014 Taktik dan Strategi yang digunakan dalam sukan Bolasepak.. | Takusahrisau' s Blog!
http://takusahrisau.wordpress.com/2011/06/03/taktik-dan-strategi-yang-digunakan-dalam-sukan-bolasepak/ 4/14
Don Revie.
Bagaimana strategi ini dipraktikkan
Strategi ini bermula dengan seorang penyerang yang mempunyai kelebihan teknikal dan stamina
turun jauh ke bawah untuk mendapatkan bola. Kemudian, penyerang tersebut akan membawa
bola sambil pemain sayap dan rakan penyerangnya membuka ruang bagi membolehkan
penyerang yang membawa bola tadi membuat hantaran atau lorongan pendek.
Pemain seperti Don Revie dan penyerang Hungary, Nndor Hidegkuti berkebolehan
mempraktikkan strategi ini dengan bergitu baik sehingga mampu mengucar-kacirkan pemain
pertahanan lawan dan strategi lawan.
Pada hari ini, strategi ini diinovasi oleh Manchester United, AS Roma, Real Madrid dan banyak
lagi kelab lain yang mempunyai pemain berkemahiran tinggi. Wayne Rooney, Francisco Totti,
Ronaldo dan Messi adalah antara pemain yang dipertanggungjawabkan melaksanakan taktik
Revie Plan dalam skuad mereka wakili pada hari ini.
(http://takusahrisau.files.wordpress.com/2011/06/1961revieportrait.jpg)
Don Revie adalah individu yang mempelopori sistem Revie Plan.

Kejayaan
Pada era 1950-an, Manchester City dan Hungary telah berjaya mempraktikkan strategi ini dengan
baik. Manchester City telah berjaya merangkul Piala FA pada 1956 setelah menewaskan
Birmigham pada perlawanan akhir. Don Revie adalah watak utama yang menyumbang kejayaan
kelabnya. Manakala Hungary juga adalah antara contoh terbaik kepada kejayaan
10/27/2014 Taktik dan Strategi yang digunakan dalam sukan Bolasepak.. | Takusahrisau' s Blog!
http://takusahrisau.wordpress.com/2011/06/03/taktik-dan-strategi-yang-digunakan-dalam-sukan-bolasepak/ 5/14
mengaplikasikan strategi ampuh ini. Mereka telah menewaskan pasukan terkuat dekad itu,
England dengan jaringan yang cukup besar, 6-3. Nndor Hidegkuti adalah penyerang yang
bertanggungjawab melaksanakan strategi ini bagi memberi ruang kepada Ferenc Puskas untuk
menjaringkan gol. Hidegkuti sendiri menjaringkan hatrik dengan aksi dam skil yang bergitu
menarik.

Push and Run
Turut dikenali dengan nama one-two dan give and go. Ia diasaskan oleh jurulatih lagenda
Totenham Hotspur, Artur Rowe pada tahun 1949.
Bagaimana strategi ini dipraktikkan
Strategi Push and Run sudah tidak asing pada hari ini. Namun pada 1940-an, ia adalah sesuatu
yang baru. Strategi ini mementingkan pergerakan pemain untuk melancarkan serangan ke arah
gol. Seseorang pemain hanya perlu membuat hantaran kepada rakan sepasukan dan pemain
tersebut terus berlari sebaik bola dihantar. Pemainan one-two terus popular ke dalam pasukan-
pasukan lain memandangkan ia mudah dipraktik dan cukup efektif.
Kejayaan
Kelab Totenham Hotspur mengecapi kejayaan pada 1951 apabila kelab ini mampu merangkul
Kejuaraan Liga di bawah kendalian Artur Rowe.

(http://takusahrisau.files.wordpress.com/2011/06/14287.jpg)
10/27/2014 Taktik dan Strategi yang digunakan dalam sukan Bolasepak.. | Takusahrisau' s Blog!
http://takusahrisau.wordpress.com/2011/06/03/taktik-dan-strategi-yang-digunakan-dalam-sukan-bolasepak/ 6/14
Arthur Rowe adalah pengendali Totenham Hotspur era 1950-an.

One-Touch
Taktik paling lama dan paling ampuh yang telah dicipta dalam sukan bola sepak. Taktik ini mula
dipraktikkan oleh skuad England. Cara permainan yang mudah dan laju telah memberi corak
kepada gaya permainan Inggeris sehingga ke hari ini. Taktik ini banyak diadaptasi kemudian
harinya ke dalam strategi-strategi lain. Sebagai contohnya adalah One-two atau Push and Run yang
telah dibincangkan sebelum ini.
(Ingin sertai takusahrisaus blog di Facebook?Klik SINI
(http://www.facebook.com/cronicle#!/pages/Takusahrisaudotcom/183350488345433))

Bagaimana strategi ini dipraktikkan
Strategi ini perlu dipraktikkan oleh kesemua pemain dalam sistem. Pemain tidak akan membawa
atau menyimpan bola terlampau lama. Setiap pemain akan segera membuat hantaran sebaik
menerima bola dan bergitu juga pemain-pemain lain. Permainan kelihatan cukup mudah serta
laju dan ia sangat menghiburkan.
Kejayaan
Pasukan paling berjaya yang mempraktikkan taktik ini adalah tidak lain dan tidak bukan skuad
England sendiri. England telah merangkul Piala Dunia pada tahun 1966 dengan menewaskan
Jerman Barat sebanyak 4-2. Skuad yang diwakili oleh Bobby Moore sebagai kapten telah memberi
satu dimensi baru kepada seni pemainan dalam bolasepak.

Total Football
Taktik hebat ini diasaskan oleh Jack Reynold semasa mengendalikan pasukan gergasi daripada
Belanda, Ajaz Armsterdam pada 19151925, 19281940, dan 19451947. Kemudian ia
diimprovisasikan oleh Rinus Michels yang juga mengendalikan Ajax Armsterdam pada era 1970-
an. Michels kemudian mengaplikasikan sistem ini ke dalam skuad Belanda semasa beliau
diangkat menjadi pengurus pasukan tersebut pada dekad 70-an. Komponen utama Total Football
adalah lagenda Belanda iaitu Johann Cruyff.
10/27/2014 Taktik dan Strategi yang digunakan dalam sukan Bolasepak.. | Takusahrisau' s Blog!
http://takusahrisau.wordpress.com/2011/06/03/taktik-dan-strategi-yang-digunakan-dalam-sukan-bolasepak/ 7/14
(http://takusahrisau.files.wordpress.com/2011/06/michels02.jpg)
Gaya pemainan yang menghiburkan oleh pasukan Belanda dipelopori oleh lelaki ini, Rinus
Michels.

Bagaimana strategi ini dipraktikkan
Konsep Total Football bertumpu kepada pergerakan pasukan tanpa mempunyai posisi yang
tetap. Ini bermakna seorang penyerang tidak semestinya menjadi penyerang pada setiap masa.
Bergitu juga dengan pemain pertahanan dan pemain di bahagian tengah. Pergerakan tanpa posisi
yang tetap ini membuatkan pemain-pemain lawan mempunyai kekangan untuk menyekat
pergerakan seseorang pemain yang menggunakan sistem ini.
10/27/2014 Taktik dan Strategi yang digunakan dalam sukan Bolasepak.. | Takusahrisau' s Blog!
http://takusahrisau.wordpress.com/2011/06/03/taktik-dan-strategi-yang-digunakan-dalam-sukan-bolasepak/ 8/14

Kejayaan
Pasukan paling berjaya yang menggunakan sistem ini adalah tidak lain dan tidak bukan kelab
gergasi Ajax Armsterdam dan Belanda pada era 70-an. Ajax berjaya merangkul kejuaraan liga dua
musim berturut-turut iaitu pada 1971-1972 dan 1972-1973. Pada musim 1971-1972, kelab Ajax
Armsterdam hanya kalah satu kali sahaja. Pada musim 1972-1973, Ajax Armsterdam berjaya
merangkul lima kejuaraan besar iaitu Netherlands National League, KNVB Cup, European Cup,
European Super Cup dan Intercontinental Cup.
Pasukan Belanda pula tidak kurang hebatnya. Di bawah kendalian Rinus Michels, Belanda
berjaya mengecapi kegemilangan yang belum pernah dirangkul sebelum daripada itu. Antaranya
adalah Juara Eropah 1988 dan Finalis Piala Dunia 1974(kalah kepada Jerman hanya 2-1). Belanda
adalah satu-satunya negara yang hebat dalam sukan bola sepak yang belum merangkul Piala
Dunia.

Anti-Football
Satu-satunya taktik bolasepak dalam senarai ini yang tidak mementingkan kemenangan secara
total. Frasa Anti-Football dimulakan oleh Gary Armstrong dan Richard Giulianotti pada 2001
semasa mengulas kemenangan pasukan bukan pilihan(underdog), Estudiantes de La Plata kepada
pasukan gergasi, Manchester United pada Copa Intercontinental tahun 1968.
Frasa ini banyak kali digunakan oleh individu berpengaruh dalam bolasepak seperti Johann
Cruyff, Lionel Messi, Frank Rijkaard dan Cesc Fabregas semasa mengulas sistem yang digunakan
oleh pasukan-pasukan bawahan.
Frasa Anti-Football juga dikenali sebagai Ultra-defensive. Namun, ia tidak sama dengan sistem dan
10/27/2014 Taktik dan Strategi yang digunakan dalam sukan Bolasepak.. | Takusahrisau' s Blog!
http://takusahrisau.wordpress.com/2011/06/03/taktik-dan-strategi-yang-digunakan-dalam-sukan-bolasepak/ 9/14
Frasa Anti-Football juga dikenali sebagai Ultra-defensive. Namun, ia tidak sama dengan sistem dan
taktik yang digunakan oleh pasukan antarabangsa Itali dan kelab-kelab daripada Seria A iaitu
Cantenaccio.
Bagaimana strategi ini dipraktikkan
Taktik ini bergantung kepada situasi dan lawan yang dihadapi. Kebiasaannya sesebuah pasukan
lemah sering menggunakan taktik ini ketika menghadapi pasukan kuat. Strateginya cukup
mudah iaitu sesebuah pasukan akan bermain secara bertahan untuk 90 minit tanpa cubaan untuk
menyerang. Pemain di posisi serangan dan tengah akan menolong pemain pertahanan untuk
bertahan secara efektif.
Kejayaan
Miskipun taktik ini langsung tidak menghiburkan, namun kejayaan yang diperolehi hasil
daripada taktik ini usah dinafikan. Pasukan yang berjaya menggunakan taktik ini adalah pasukan
bukan pilihan seperti Ranger ketika menentang Barcelona semasa edisi Kejuaraan Juara-Juara
Eropah tahun 2007 yang akhirnya berakhir seri 0-0.

Catenaccio
Istilah Catenaccio adalah istilah bahasa Itali yang membawa makna selak pintu. Sepertimana
namanya, sistem ini bertujuan mengunci pergerakan pihak lawan daripada terus menyerang dan
mengelak daripada sesebuah pasukan dibolosi gol. Sistem ini diamalkan secara meluas oleh
pasukan antarabangsa Itali dan kelab-kelab daripada negara tersebut seperti Internazionale FC,
AC Milan, Juventus, AS Roma pada era dekad 1960-an sehingga 1990-an.
Ia diasaskan oleh seorang jurulatih Internazionale, Helenio Hererra pada 1960-an. Sistem ini
dipengaruhi oleh sistem dan taktik yang diamalkan oleh jurulatih pasukan antarabangsa Austria
tahun 1940-an, Karl Rappan. Taktik yang dipratikkan oleh Karl Rappan dikenali sebagai Verrou
yang juga membawa maksud yang sama dengan Catenaccio.
10/27/2014 Taktik dan Strategi yang digunakan dalam sukan Bolasepak.. | Takusahrisau' s Blog!
http://takusahrisau.wordpress.com/2011/06/03/taktik-dan-strategi-yang-digunakan-dalam-sukan-bolasepak/ 10/14
(http://takusahrisau.files.wordpress.com/2011/06/helenio_herrera.jpg)
Helenio Hererra adalah pengasas kepada sistem Catenaccio yang kita kenali hari ini.

Bagaimana strategi ini dipraktikkan
Sistem ini digabungkan dengan formasi asas dengan empat atau tiga posisi pemain pertahanan
akan dikukuhkan dengan seorang penyapu(sweeper) di belakang posisi tersebut. Posisi
sweeper turut dikenali dengan libero.
Sistem Catenaccio sangat dikaitkan dengan man-to-man marking dengan gaya yang cukup agresif.
Namun, tidak semestinya gaya defensif ini tidak mempunyai gaya serangan yang bagus. Pasukan
antarabangsa Itali tahun 70-an membuktikan bahawa sistem Catenaccio mempunyai mutu yang
tinggi apabila mereka sering membolosi gol pihak lawan melalui penyerang dan playmaker hebat
seperti Paolo Rossi. Sistem Catenaccio lazimnya digabungkan dengan taktik counter-attack dengan
pemain pertahanan akan membuat hantaran panjang untuk mencari target-man yang
dipertanggungjawabkan mencetak gol.
Sistem Catenoccio telah melahirkan ramai pemain pertahanan bertaraf dunia seperti Paolo
Maldini, Fabio Cannavaro, Alessandro Costacurta, Alessandro Nesta, Franco Baresi, Giuseppe
Bergomi, Claudio Gentile, Metarazzi dan ramai lagi.
Kejayaan
Pasukan paling berjaya yang mengamalkan sistem ini adalah pasukan antarabangsa Itali dan
kelab gergasi Itali, Internazionale. Itali telah merangkul Piala Dunia edisi 1982 di Sepanyol selepas
menewaskan Jerman Barat dengan 2-1. Itali juga telah merangkul Piala Eropah pada tahun 1968
buat kali pertama apabila turut menggunakan sistem ini.
10/27/2014 Taktik dan Strategi yang digunakan dalam sukan Bolasepak.. | Takusahrisau' s Blog!
http://takusahrisau.wordpress.com/2011/06/03/taktik-dan-strategi-yang-digunakan-dalam-sukan-bolasepak/ 11/14

Tiki-taka
Tiki taka adalah istilah yang merujuk kepada gaya permainan hantaran pendek, pergerakan
pasukan secara total dan mengekalkan penguasaan bola. Sistem dan taktik Tiki-taka digunakan
secara efektif oleh kelab gergasi daripada Sepanyol, FC Barcelona dan skuad antarabangsa
Sepanyol. Istilah Tiki-taka dimulakan oleh juruhebah sukan daripada Sepanyol, mendiang Andres
Montes semasa mengulas perlawanan semasa Piala Dunia FIFA edisi 2006.
Sistem Tiki-taka berasal daripada sistem dan taktik yang diamalkan oleh skuad Belanda dan FC
Barcelona era Johann Cruyff dan Rinus Michels iaitu Total Football. Walaubagaimanapun, Tiki-
taka sedikit berbeza berbanding Total Football yang mementingkan pergerakan posisi pemain
kerana Tiki-taka mementingkan pergerakan pasukan secara total. Namun, kadang-kala corak
pemainan Total Football kerap ditampilkan dalam sistem ini apabila pemain pertahanan kerap
kelihatan mengambil peranan pemain sayap dan pemain tengah.
Tiki-taka sangat sesuai diamalkan bagi pasukan yang mempunyai pemain tengah yang bersaiz
kecil dan sederhana kerana corak hantaran melalui sistem ini bersifat pendek dan mudah.
Sepertimana sistem Total Football, kelebihan kepada sistem ini adalah komponen-komponen
pemain yang mempunyai kelajuan dan kemahiran teknikal yang tinggi. Jika Total Football
mempunyai Johann Cruyff, Johann Neskeens dan Arie Hann Sepanyol juga mempunyai pemain
berskil tinggi seperti Xavi, Iniesta, Cesc Fabregas, David Villa dan Silva.
Bagaimana strategi ini dipraktikkan
Tidak perlu disangkal lagi bahawa corak Tiki-taka memerlukan tahap stamina yang tinggi
tambahan pula apabila bersaing di peringkat paling tinggi. Gaya permainan Tiki-taka
mementingkan hantaran tepat yang rendah bagi menguasai permainan. Sepertimana Total
Football, sistem Tiki-taka tidak bercorak counter-attack. Mereka menyerang dengan berbalas-balas
hantaran sambil para pemain lain khususnya striker cuba mencari ruang bagi memudahkan
seorang atau dua playmaker membuat lorongan terhadapnya.
Gaya permainan FC Barcelona sedikit berbeza dengan gaya permainan skuad antarabangsa
Sepanyol. Ini kerana, FC Barcelona kerapkali menggunakan kelebihan teknikal pemain seperti
Messi, Pedro dan Dani Alves untuk bergerak solo menerombos kubu lawan. Sepanyol
bagaimanapun lebih mementingkan corak pemainan mudah dan lorongan-lorongan membahaya.
Gaya permainan Tiki-taka sangat menghiburkan kerana ia bersifat menyerang dan penguasaan
bola secara total. Tiki-taka sebenarnya adalah adaptasi kepada semua sistem yang pernah popular
sebelum ini seperti one-touch, Ravie Plan dan Push and Run namun sistem Total Football adalah
paling berpengaruh terhadapnya.
10/27/2014 Taktik dan Strategi yang digunakan dalam sukan Bolasepak.. | Takusahrisau' s Blog!
http://takusahrisau.wordpress.com/2011/06/03/taktik-dan-strategi-yang-digunakan-dalam-sukan-bolasepak/ 12/14
(http://takusahrisau.files.wordpress.com/2011/06/lionel-messi-2011-2-5-16-40-31.jpg)
Tidak dapat dinafikan bahawa pasukan FC Barcelona adalah pasukan paling berjaya dalam
dekad terdekat ini.


Kejayaan
Skuad Sepanyol dan kelab gergasi Sepanyol, FC Barcelona adalah paling berjaya yang
menggunakan sistem ini. Antara kejayaan Sepanyol adalah berjaya merangkul Piala Eropah pada
tahun 2008 dan Piala Dunia FIFA pada edisi 2010. Kejayaan Sepanyol menamatkan kemarau
anugerah selepas berpuluh tahun penyertaan mereka dalam Piala Eropah dan Piala Dunia FIFA.
10/27/2014 Taktik dan Strategi yang digunakan dalam sukan Bolasepak.. | Takusahrisau' s Blog!
http://takusahrisau.wordpress.com/2011/06/03/taktik-dan-strategi-yang-digunakan-dalam-sukan-bolasepak/ 13/14
FC Barcelona di bawah kendalian Pep Guardiola pula mengecapi kejayaan yang lebih besar
apabila berjaya merangkul kejuaraan Liga tiga musim berturut iaitu pada musim 2008-2009, 2009-
2010, dan 2010-2011. FC Barcelona juga merangkul Copa De la Rey pada musim 2008-2009 dan
finalis musim 2010-2011.
Apa yang paling membanggakan adalah FC Barcelona berjaya merangkul Piala Juara-juara
Eropah pada musim 2008-2009 dan 2010-2011.
Tidak dapat disangkal lagi bahawa corak permainan pass and move milik FC Barcelona dan
Sepanyol ini membawa kejayaan yang besar dan apa lebih penting ialah ia sangat menarik untuk
ditonton.!
Tags: push and run, Revie Plan, taktik bolasepak, tiki taka, total football
About takusahrisau
Hakikatnya,manusia adalah sama namun yang membezakan adalah niat.. Apabila niat
berbeza..maka berbezalah sifat manusia itu.. Rasulullah saw pernah bersabda yang membawa
maksud; "Segala sesuatu amalan bermula dengan niat" Maka niat penulis di sini tidak lebih hanya
untuk berkongsi ilmu.. Harapan penulis agar curahan ilmu penulis di sini akan mendapat
manfaat untuk anda semua miskipun ia sekelumit sahaja.
View all posts by takusahrisau
3 responses to Taktik dan Strategi yang digunakan dalam
sukan Bolasepak..
You May Like
1. Why You
Should Be Drinking Lemon Water in
the Morning 3 months ago learni.st
Learni.st Learni.st (sponsored)
2.
About these ads (http://wordpress.com/about-these-ads/)
10/27/2014 Taktik dan Strategi yang digunakan dalam sukan Bolasepak.. | Takusahrisau' s Blog!
http://takusahrisau.wordpress.com/2011/06/03/taktik-dan-strategi-yang-digunakan-dalam-sukan-bolasepak/ 14/14
ren says : June 5, 2011 at 10:49 AM
macam2 lah syed
REPLY
bakar says : April 12, 2013 at 6:51 AM
REPLY
Awish says : November 6, 2012 at 7:11 AM
Tahniah di atas artikel yg menarik..variasi info yang padat & informatif. Saya sebenarnya
mencari-cari info berkaitan perbandingan kelab bolasepak di malaysia dan di luarnegara. Jika
anda mempunyai sesuatu utk dilontarkan..sila share.. saya akan melawat lagi
REPLY
Takusahrisau's Blog!
Create a free website or blog at WordPress.com. The Skeptical Theme.
Follow
Follow Takusahrisau's Blog!
Build a website with WordPress.com

Anda mungkin juga menyukai