Anda di halaman 1dari 1

Arahan : murid-murid kelas 4 Intan sedang berbual-bual tentang cara-cara menjaga kebersihan diri.

Baca perbualan di bawah dengan gaya bacaan dan intonasi yang betul. Kamal Sham Kamal Amir : : : : Hai kawan-kawan, awak semua sedang buat apa tu? Oh, Kamal! Kami sedang membaca surat khabar. OTentu banyak cerita menarik di dalam akhbar tersebut kan? Ya, banyak cerita dan maklumat yang boleh kita dapati apabila kita membacanya. Contohnya tentang kebersihan. Kita perlu menjaga kebersihan terutamanya kebersihan diri kita sendiri. Ana : Betul tu. Kita perlu menjaga kebersihan diri agar kita terhidar daripada penyakit dan diri kita juga bersih serta kemas. Apabila kita bersih, tentu ramai yang ingin berkawan dengan kita. Hakim : Perkara utama yang perlu kita ambil berat ialah mandi. Kita perlu mandi sekurangkurangnya tiga kali sehari. Semasa mandi, kita perlu menggosok badan kita dengan menggunakan sabun. Rambut kita juga perlu dibasuh dan digosok. Selain itu, kita juga perlu menggosok gigi kita agar bersih dan putih. Siti : Betul tu Hakim. Selain itu, kita juga perlu menyikat rambut kita dengan rapi. Kita juga perlu memakai pakaian yang bersih dan kemas. Sham : Jangan lupa untuk memotong kuku seminggu sekali agar bersih. Ini penting supaya kuman tidak melekat pada makanan ketika kita makan. Dengan itu, kita dapat menghindari diri kita dari diserang penyakit. Kamal : Betul tu. Memang banyak cara yang boleh kita lakukan untuk menjaga kebersihan diri kita. Amir : Memang betul. Marilah sama-sama kita menjaga kebersihan diri agar kita sihat sentiasa dan dapat hindari dari penyakit berbahaya. Ana Semua : : Okeylah, kawan-kawan. Sudah habis waktu rehat ni. Jom kte masuk kelas. Jom.

Anda mungkin juga menyukai