Anda di halaman 1dari 4

Kumpulan

Baca dialog petikan dibawah dengan sebutan yang betul dan intonasi yang
jelas.
Rabu

:Wah penatnya, saya sudah tidak larat untuk berlari lagi.

Irfan

:Eh, disana ada Cikgu Masyitah.

Hilman

:Oh, saya sentiasa melihat beliau datang ke sini berjoging setiap


petang

Irfan

:Hilman, mengapa kamu kelihatan tidak penat?

Hilman

:Saya sudah terbiasa dengan aktiviti bersenam. Kita patut


bersenam sekurang-kurangnya tiga kali seminggu. Barulah badan
kita akan menjadi cergas dan otak pun cerdas.

Irfan

:Oh inilah rahsia kamu sentiasa kelihatan cergas dan bertenaga


setiap masa.

Rabu

:Lihat, disana ada peniaga gerai kecil. Mereka ada menjual roti
canai, nasi lemak dan mee goreng. Minuman pun ada. Saya
teringin hendak minum milo ais bagi menghilangkan dahaga.

Hilman

:Rabu, kita baru sahaja selesai berjoging, tetapi awak hendak


memakan makanan yang berat.

Irfan

:Benar kata Hilman. Kita seharusnya mengurangkan makanan


berminyak apatah lagi yang berlemak.

Hilman

:Makanan sebegini boleh menyebabkan badan menjadi gemuk.


Apabila gemuk, penyakit seperti darah tinggi dan penyakit
jantung akan mudah menyerang kita.

Rabu

:Baiklah,
saya
akan
mengikut
nasihat
mengamalkan makanan yang seimbang.

Irfan

kalian

untuk

:Kesihatan diri perlulah dijaga untuk menjamin kehidupan


sempurna. Ini kerana "Akal Yang Sihat Berada Dalam Tubuh Yang
Sihat"

Kumpulan

Baca petikan dibawah dengan teliti dan jadikan perkataan yang


bergaris menjadi imbuhan awalan yang bermakna.
Siti adalah seorang murid tahun 3 di kelas Ibnu Sina. Dia sangat
suka 1)senam. Aktiviti ini merupakan salah satu cara untuk dia 2) jaga
kesihatan diri. Gurunya menasihatkan agar melakukan senaman sekurangkurangnya tiga kali seminggu. Selain itu Siti telah melibatkan diri dengan
aktiviti sukan di sekolah. Kesihatan tubuh badan akan lebih 3) jamin.
Badan akan 4) jadi sihat,

dan 5) ransang otak yang cerdas apabila

datang ke sekolah.
Makanan 6) imbang dan 7) khasiat penting untuk kesihatan tubuh.
Oleh itu Siti telah mengurangkan makanan yang 8) lemak dan manis. Ini
kerana ia boleh menyebabkan badan menjadi gemuk dan mudah didatangi
penyakit.
Siti selalu 8) jaga kesihatan diri untuk 9) jamin kehidupan yang
sempurna. Ayah sering 10) pesan akal yang sihat berada pada tubuh
badan yang sihat.

Kumpulan
rabu : Malam ini ada episode akhir cerita kegemaran saya, saya tak sabar untuk menontonnya.

Kumpulan
'Badan Sihat Otak Cerdas'
Setiap orang perlu mengamalkan sikap suka bersenam. Aktiviti ini merupakan salah satu cara untuk
menjaga kesihatan diri. Kita patut bersenam sekurang-kurangnya tiga kali seminggu. Kita patut
mengambil masa sekurang-kurangnya 20 minit setiap kali bersenam. Berat badan juga dapat dikekalkan
jika selalu bersenam. Badan kita akan menjadi cergas dan otak pun cerdas.
Kita juga perlu mengamalkan pemakanan yang seimbang. Makanan seimbang dan berkhasiat penting untuk
kesihatan tubuh. Kita hendaklah mengurangkan makan makanan yang berlemak dan manis. Makanan
sebegini boleh menyebabkan badan kita menjadi gemuk. Apabila gemuk, penyakit seperti darah tinggi dan
penyakit jantung akan mudah menyerang kita.
Tidur dan rehat yang mencukupi juga amat penting untuk menjaga kesihatan. Badan yang lemah akibat
tidak cukup tidur akan mudah dijangkiti penyakit. Kesihatan diri perlulah dijaga untuk menjamin
kehidupan sempurna. Lakukan senaman secara berterusan agar hidup sentiasa ceria.

Anda mungkin juga menyukai