Anda di halaman 1dari 2

Lampiran C

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah: SMK BAKTI Kod Sekolah: PEE2056

1. Nama Guru Puan Rafidah Binti Omar


Cara Mudah Memperoleh
Kemenangan dalam Bola Baling
2. Judul 3. Bidang: Pendidikan
Ong Kuan Boon & Ahmadi Ahmad
4. Tarikh Pembentangan - 5. Masa: -
Tempat
6. -
Pembentangan
7. Sinopsis

Sinopsis buku ini membincangkan mengenai sukan Bola Baling. Pendidikan berlangsung
sepanjang hayat. Permainan bola baling (handball) berasal dari Eropah. Permainan ini telah
diubah suai daripada permainan-permainan asak seperti Czeska Hasenka di Denmark dan
Korball serta Raffball di Jerman. Permainan-permainan ini pernah menjadi sukan yang popular di
negara-negara Eropah pada suatu masa dahulu. Semasa perang Dunia Pertama, permainan ini
membabitkan tujuh orang pemain sepasukan dan dikenali sebagai Torball. Pada tahun 1917,
bilangan pemainan dalam permainan ini diubah menjadi 11 orang sepasukan dan dimainkan di
padang bola sepak. Ia diperkenalkan di Jerman oleh Heizer dan permainan ini mula dikenali
sebagai handball. Mengikut sejarawan Rusia, permainan ini (tujuh orang sepasukan) telah
dimajukan oleh Edward Maly pada tahun 1909 di Kharkov. Bola Baling boleh dimainkan sama ada
di dalam atau luar dewan. Peralatan yang diperlukan adalah tidak banyak. Apa yang diperlukan
ialah padang atau gelanggang (tertutup atau terbuka), sebiji bola baling dan 14 orang pemain
(tujuh orang sepasukan). Dua orang pengadil diperlukan untuk mengawal permainan. Kemahiran
asas yang terdapat dalam Bola Baling ialah berlari, melompat, hantaran bola, menangkap bola,
mengelecek bola dengan tangan, mengadang, menjaring dan menjaga gol. Setiap kemahiran
asas ini mempunyai prinsip sains yang diaplikasikan ke dalamnya. Sebagai contoh, dalam
kemahiran hantaran bola, prinsip sains yang diaplikasikan ialah sistem tuas di mana bola sebagai
beban, lengan sebagai daya dan siku sebagai fulkrum.

8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran

Melalui pembacaan daripada buku ini, saya dapat mengetahui dengan lebih mendalam mengenai
cara bermain bola baling dengan lebih tepat. Setiap kemahiran mempunyai prinsip sains yang
diaplikasikan supaya kemahiran tersebut dapat dipertingkatkan lagi dan bagi mengelakkan
kecederaan berlaku kepada pemain.
9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P

Sebagai seorang guru, guru perlulah memberikan bimbingan dan tunjuk ajar kepada anak murid
agar mereka menjadi murid yang aktif dalam bersukan. Di samping itu juga, guru mestilah
menguasai teknik yang betul dalam sukan bola baling agar murid dapat mengaplikasikan apabila
mereka memasuki pertandingan bola baling.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

........................................................ ........................................................
(PUAN RAFIDAH BINTI OMAR) ( )

Anda mungkin juga menyukai