Anda di halaman 1dari 29

PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG) MOD PENDIDIKAN JARAK JAUH

IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN DENGAN KEPUJIAN

PERMAINAN BOLA TAMPAR DAN BOLA BALING (PJM 3111)


AUZAN SYAUQI BIN ABDUL LATEH (831210-09-5085) NURKHAIRI BIN MOHD SHUKRI (840615-09-5037) NOOR IZAWATI BT SUID (831012-02-5350) FAZILAH BT ISMAIL (840423-04-5158)

KUMP/UNIT PPG PJK (B)

TARIKH HANTAR 6 APRIL 2013

PENSYARAH EN. ROSLEY BIN ABDULLAH

PJM 3111

SIRI PANDUAN PENGAJARAN

BOLA TAMPAR DAN BOLA BALING

MENGGUNAKAN KAEDAH TGFU UNTUK


BOLA TAMPAR DAN BOLA BALING| 2

PJM 3111

SEKOLAH RENDAH
RINGKAS DAN PADAT GRAFIK YANG MENARIK DI OLAH OLEH :KHAIRI,AUZAN,IZAWATI FAZILAH

Sekapur Sirih

Syukur Alhamdulillah ke hadrat Allah s.w.t kerana dengan izin dan kurnia serta keizinan-Nya, dapat kami menyempurnakan tugasan ini. Pada kesempatan ini, ingin kami mengucapkan ucapan setinggi tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih kepada EN ROSLEY BIN ABDULLAH selaku tutor bagi Kursus PJM 3111 di atas segala sumbangan ilmu, kepakaran dan tenaga beliau dalam memberi tunjuk ajar, bimbingan dan nasihat sehingga kami berjaya menyempurnakan tugasan ini. Tidak lupa juga kepada ahli keluarga terutamanya isteri dan anak-anak yang amat mengambil berat dan memahami situasi kami sepanjang pengajian di IPG ini. Begitu juga kepada rakan-rakan yang banyak membantu dalam memberi idea, dan dorongan sehingga selesai tugasan ini dilaksanakan.

BOLA TAMPAR DAN BOLA BALING| 3

PJM 3111

Segala sumbangan

kalian akan dikenang sepanjang masa dan moga-moga

bimbingan, sumbangan, dan sokongan yang dihulurkan kepada saya dinilai sebagai ibadah di sisi Allah SWT.

Wassalam. KATA KATA ALUAN Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Sejahtera, Salam 1Malaysia.

Buku panduan pelaksanaan aktiviti permainan bola baling dan bola tampar untuk murid sekolah rendah ini disediakan bagi membantu guru Pendidikan Jasmani .Buku ini boleh menjadi satu panduan yang amat berfaedah kepada guru yang mengajar KSSR. Buku ini mengandungi aktiviti permainan yang direka berasaskan pendekatan Teaching Games for Understanding (TGfU) bagi salah sebuah permainan bola yang cukup dikenali iaitu bola baling dan bola tampar. Teahing Games for Understanding (TGfU) ialah sebuah pendekatan yang dicipta oleh Bunker & Thorpe pada tahun 1982 bagi pelajar-pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah. TGfU merupakan satu model pendidikan yang menekankan pemahaman yang menyeluruh pada setiap permainan, meningkatkan tahap aktiviti fizikal, dan juga menjadikan kelas Pendidikan Jasmani sebagai tempat yang sesuai untuk persaingan, motivasi serta bersuka ria. Malahan, pendekatan TGfU juga digunakan secara meluas dalam kejurulatihan dan Pendidikan Jasmani sehingga masa kini. Matlamat utama TGfU ialah untuk memperkembangkan kemahiran seseorang murid dalam menyelesaikan masalah dan
BOLA TAMPAR DAN BOLA BALING| 4

PJM 3111

membuat keputusan. Menurut falsafah TGfU, murid atau pemain bukan sahaja perlu tahu bagaimana untuk menjayakan sesuatu permainan tetapi adalah lebih penting untuk belajar membuat keputusan yang sesuai ketika permainan berjalan. Model ini juga menggalakkan murid melibatkan diri dalam pelbagai permainan dan merasa keseronokan serta kepuasan dalam permainan. TGfU adalah lebih praktikal dan mudah diaplikasikan dalam permainan bola. Terdapat empat kategori dalam TGfU iaitu sasaran (target), pukulan (striking), jaring (net/wall), dan serangan atau kawasan (invansion). OBJEKTIF PENYEDIAAN BUKU PANDUAN Objektif yang ingin dicapai melalui penyediaan buku panduan pelaksanaan aktiviti permainan bola baling bagi murid sekolah rendah ini ialah seperti berikut :

Guru

Guru-guru dapat melahirkan idea yang kreatif dalam mereka aktiviti permainan bola baling yang menarik. Guru-guru dapat menggunakan kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis dengan lebih baik untuk mengubahsuai permainan bola baling untuk dijadikan satu aktiviti permainan yang seronok bagi murid-murid. Guru-guru juga dapat memahirkan diri dalam pengaplikasian pendekatan Teaching Games for Understanding (TGfU) dengan baik dan bijak mengikut aktiviti permainan yang ingin dilaksanakan. Guru-guru boleh melakukan banyak kajian berdasarkan konsep TGfU untuk meningkatkan pengetahuan dalam bidang Pendidikan Jasmani.

BOLA TAMPAR DAN BOLA BALING| 5

PJM 3111

Guru-guru boleh membawa satu panduan yang lengkap dan menarik untuk dilaksanakan semasa pengajaran matapelajaran Pendidikan Jasmani di sekolah nanti.

Murid

Murid-murid dapat kemahiran yang ingin diajar pada suatu masa dalam keadaan seronok dan ceria semasa pengajaran. Murid-murid tidak berasa bosan, manakala perlu betul-betul mengalami aktiviti permainan yang dirancang oleh guru dengan seronok dan puas hati. Murid dapat bermain dengan seronok melalui permainan yang direka dengan konsep TGfU, tetapi pada masa yang sama juga mereka dapat menguasai satu kemahiran asas dalam bola baling secara mereka tidak sedari. Murid-murid dapat meningkatkan sikap kerjasama bersama rakan-rakan dalam sekumpulan. Aktiviti permainan seperti ini dapat meningkatkan keceriaan murid dan cara pemikiran positif dalam diri murid.

BOLA TAMPAR DAN BOLA BALING| 6

PJM 3111

BAB 1 BOLA BALING

BOLA TAMPAR DAN BOLA BALING| 7

PJM 3111

1.0 PENGENALAN BOLA BALING Permainan bola baling (handball) berasal dari Eropah. Permainan ini telah diubah suai daripada permainan-permainan asak seperti Czeska Hasenka di Denmark dan Korball serta Raffball di Jerman. Permainan-permainan ini pernah menjadi sukan yang popular di negara-negara Eropah pada suatu masa dahulu. Semasa perang Dunia Pertama, permainan ini membabitkan tujuh orang pemain sepasukan dan dikenali sebagai Torball. Pada tahun 1917, bilangan pemainan dalam permainan ini diubah menjadi 11 orang sepasukan dan dimainkan di padang bola sepak. Ia diperkenalkan di Jerman oleh Heizer dan permainan ini mula dikenali sebagai handball. Mengikut sejarawan Rusia, permainan ini (tujuh orang sepasukan) telah dimajukan oleh Edward Maly pada tahun 1909 di Kharkov.

2.0 PERKEMBANGAN SUKAN BOLA BALING

Peringkat Kebangsaan (Malaysia) Permainan bola baling mula diperkenalkan pada tahun 1976 kepada sekumpulan guru dan pelajar di Selangor oleh Encik Lim Hock Han. Ketika itu, dia
BOLA TAMPAR DAN BOLA BALING| 8

PJM 3111

bertugas sebagai Pengarah Bahagian Sukan di Pejabat Pendidikan Selangor dan kemudian di Universiti Malaya. Seterusnya, satu jawatankuasa kerja bola baling yang dipengerusikan oleh Encik Cheah Hai Su dari unit Pendidikan Jasmani dan Sukan. Kementerian Pendidikan telah ditubuhkan pada tahun 1978. Sejak itu, kursus-kursus bola baling (aspek pengenalan permainan, pengadilan dan kejurulatihan) untuk guruguru telah dijalankan untuk mempopularkan permainan ini di kalangan pelajar sekolah. Persekutuan Bola Baling Olimpik Malaysia telah ditubuhkan pada tahun 1984 dan menjadi ahli gabungan Majlis Olimpik Malaysia. Langkah ini telah memesatkan lagi perkembangan sukan ini ke seluruh negara. Sungguhpun permainan bola baling olimpik telah dipertandingkan di peringkat kebangsaan antara sekolah pada tahun 1979, buat kali pertamanya, hanya pada tahun 1987 sukan ini diterima sebagai salah satu permainan anjuran MSSM untuk peringkat kebangsaan. Pada tahun 1994, Persekutuan Bola Baling Malaysia telah menganjurkan Kejohanan Bola Baling antara Kelab-Kelab Negara Komanwel. Negara-negara yang mengambil bahagian terdiri daripada Bangladesh, England, India, Kenya, Nigeria, New Zealand dan Malaysia. Selain itu, Persekutuan Bola Baling Malaysia telah menghantar Encik Lam Fei Eng, seorang jurulatih untuk mengikuti kursus kejurulatihan antarabangsa di Universiti Leipzig, Jerman.

3.0 PERALATAN PERMAINAN

Bola Baling boleh dimainkan sama ada di dalam atau luar dewan. Peralatan yang diperlukan adalah tidak banyak. Apa yang diperlukan ialah padang atau gelanggang (tertutup atau terbuka), sebiji bola baling dan 14 orang pemain (tujuh orang sepasukan). Dua orang pengadil diperlukan untuk mengawal permainan.
1. GELANGGANG BOLA BALING DAN UKURAN

Permukaan gelanggang mestilah keras dan rata. Gelanggang yang digunakan boleh merupakan gelanggang berumput di padang terbuka atau gelanggang bersimen
BOLA TAMPAR DAN BOLA BALING| 9

PJM 3111

atau berparket di dalam dewan yang tertutup. Gelanggang permainan berbentuk segiempat bujur, 40 meter panjang di garisan tepi dan 20 meter lebar di garisan gol. Gelanggang permainan dibahagikan kepada dua bahagian yang sama luas oleh satu garisan tengah. Setiap kawasan gol mengandungi satu garisan kawasan go yang berjejari 6 meter dari tepi dalam tiang gol. Garisan balingan percuma adalah putusputus dan berjejari 9 meter dari tepi dalam tiang gol. Panjang garisan penalti ialah 1 meter dan berjarak 7 meter dari tengah garisan gol. Panjang garisan penjaga gol pula ialah 15 cm dan jaraknya dari tengah garisan gol ialah 4 meter. Di dua garisan tepi, terdapat dua garisan pertukaran pemain dengan panjang 15 cm dan jaraknya dari garisan tengah ialah 4.5 meter. Semua garisan dalam gelanggang perlu ditandakan secara jelas dengan ukuran selebar 5 cm.

2. BOLA

Bola harus berbentuk bulat dan diperbuat daripada kulit atau getah berwarna yang tidak terlalu keras. Berat dan lilitan bola untuk setiap kategori pemain adalah seperti berikut :

1.

Lelaki dan remaja lelaki (16 tahun ke atas)

Bola saiz 3. Berat antara 425 g sehingga 475 g. Lilitan antara 58 cm hingga 60 cm.

2.

Wanita dan remaja perempuan (14 tahun ke atas) dan remaja lelaki (12 tahun

sehingga 16 tahun) Bola saiz 2. Berat antara 325 g hingga 375 g. Lilitan antara 54 cm hingga 56 cm
BOLA TAMPAR DAN BOLA BALING| 10

PJM 3111

3.

Remaja perempuan (8 tahun hingga 14 tahun) dan remaja lelaki (8 tahun hingga 12

tahun) Bola saiz 1. Berat antara 290 g hingga 330 g. Lilitan antara 50 cm hingga 52 cm.

Biasanya, dua biji bola yang telah diperiksa dan disahkan oleh pengadil akan disediakan bagi setiap perlawanan. Bola yang digunakan dalam sesuatu perlawanan tidak boleh ditukar ganti kecuali dengan sebab-sebab tertentu. Di peringkat antarabangsa, hanya bola yang ditandakan dengan logo IHF (Kesatuan Bola Baling Antarabangsa) dibenarkan dalam sesuatu pertandingan.

3. TIANG GOL

Tiang gol perlu diletakkan di tengah-tengah garisan gol. Tiang gol terdiri daripada dua batang tiang tegak yang panjangnya 3 meter dan tingginya 2 meter. Kedua-dua tiang ini disambungkan oleh sebatang palang empat segi yang panjangnya 3.16 meter. Tiang gol diperbuat daripada kayu atau bahan sintetik yang serupa dan dicat dengan warna yang sama dengan ukuran 28 cm. Di bahagian lain tiang gol dan palang ialah 8 cm.

4. PEMAIN DAN PAKAIAN

Pakaian untuk pemain lelaki dan pemain perempuan terdiri daripada baju lengan pendek atau panjang, seluar pendek, stoking dan kasut biasa atau but. Semua pemain gelanggang hendaklah berpakaian serupa (seragam) kecuali penjaga gol yang perlu memakai warna pakaian yang berlainan daripada pemain lain dalam pasukannya

BOLA TAMPAR DAN BOLA BALING| 11

PJM 3111

dan pemain pasukan lawan. Pemakaian segala alat yang dianggap berbahaya kepada pemain-pemain adalah tidak dibenarkan. Setiap pasukan Bola Baling perlu terdiri daripada 12 orang pemain, iaitu 10 orang pemain gelanggang dan dua orang penjaga gol. Pemain-pemain dibenarkan memakai jersi bernombor antara 1 orang hingga 20. No 1, 12 dan 16 dikhaskan untuk penjaga gol sahaja manakala nombor-nombor lain adalah untuk pemain-pemain gelanggang.

4.0 AKTIVITI PERMAINAN KEMAHIRAN ASAS BOLA BALING

1. MEMBALING MONKEY BALL

Pelaksanaan: Murid dibahagikan kepada kumpulan kecil (4 org 1 kumpulan) Kumpulan A..akan menjadi monkey ditengah antara kon yang diletakkan sebagai penanda.
BOLA TAMPAR DAN BOLA BALING| 12

PJM 3111

Kumpulan B akan diletakkan di kawasan yang ditetapkan (2 orang di Kon A dan 2 orang di Kon B). Murid Kumpulan B iaitu Kon A akan membaling bola tinggi sebelah tangan kepada rakan yang berada di Kon B melalui monkey Aktiviti balingan bola dilakukan mengikut setiap garisan, setelah selesai murid akan berpatah balik ke garisan permulaan dan rakan yang lain akan meneruskan aktiviti. Murid dari kumpulan B yang balingannya ditangkap oleh kumpulan A dikira keluar dari permainan. Permainan akan berakhir apabila ahli kumpulan B hanya tinggal seorang. Kemudian, kumpulan akan bertukar ganti menjadi monkey.

2. MELONTAR

Pelaksanaan: Murid dibahagikan kepada kumpulan kecil 3 orang setiap kumpulan. Murid mencuba melontar bola paras dada dengan kedua dua belah tangan dan Memasukkan bola ke dalam bakul 10 mata (bakul C), 5 mata (bakul B) dan 1 mata (bakul C).
BOLA TAMPAR DAN BOLA BALING| 13

PJM 3111

Setiap kali giliran , murid akan diberi 3 biji bola dan membuat 3 kali percubaan memasukkan bola dan mendapatkan mata sebanyak mungkin selama 5 minit. Kemudian rakan dibelakang akan melakukan aktiviti yang sama sehingga wisel penamat dibunyikan oleh guru. Kumpulan yang mengutip mata terbanyak, dikira sebagai pemenang.

3. MENANGKAP

Pelaksanaan: Setiap murid diberikan sebiji bola. Murid akan melontar bola ke arah dinding dengan kedua dua belah tangan dan menangkap bola yang dilontar apabila wisel dibunyikan. Murid diberi masa selama 1 minit, dan pemenang ditentukan dengan tangkapan terbanyak.
BOLA TAMPAR DAN BOLA BALING| 14

PJM 3111

4. MELANTUN

Pelaksanaan: Murid dibahagikan kepada 4 orang 1 kumpulan. Murid akan melakukan aktiviti dengan melantunkan bola dengan kedua dua belah tangan dari paras dada ke dalam gelung dihadapan (3 meter). Rakan dihadapan akan menangkap bola yang dilantukan oleh rakan mereka. Murid akan bergilir gilir melakukan aktiviti sehingga wisel penamat dihentikan oleh guru.
BOLA TAMPAR DAN BOLA BALING| 15

PJM 3111

Pemenang ditentukan dengan jumlah bola yang tepat dilantun kedalam gelung.

5. MENGGELECEK

Pelaksanaan: Murid dibahagikan kepada 6 orang setiap kumpulan. 3 orang murid akan bermula di garisan A manakala 3 orang murid yang lain di garisan B. - Apabila wisel dibunyikan, murid akan melantun bola dengan sebelah tangan mengelilingi kon yang disediakan sebagai laluan semasa aktiviti. - Apabila murid sampai ke garisan B, rakan yang berada di garisan B akan menyambung aktiviti tersebut sehingga semua ahli kumpulan melakukan aktiviti. - Kumpulan 1 yang menamatkan aktiviti di kira sebagai pemenang.

BOLA TAMPAR DAN BOLA BALING| 16

PJM 3111

BAB 2
BOLA TAMPAR
BOLA TAMPAR DAN BOLA BALING| 17

PJM 3111

PENGENALAN BOLA TAMPAR Asal usul bola tampar telah mencetuskan perdebatan yang hangat. Walaupun asal usulnya tidak jelas, adalah dipercayai bahawa permainan yang hampir sama dengan bola tampar telah dimainkan beberapa ratus tahun dahulu di Amerika Tengah dan Selatan serta di Asia Tenggara. Howard Keith (1942) di dalam bukunya Sports and Games telah melaporkan bahawa bola tampar di Amerika telah diubahsuai daripada Fraust Ball yang diperkenalkan di Jerman pada tahun 1893. Begitu juga dengan permainan Minton yang dibawa ke Amerika oleh David McConnaughly Jr. pada tahun 1895. Kedua-dua jenis permainan tersebut mempunyai ciri-ciri yang hampir sama dengan bola tampar Morgan. Walau bagaimanapun, Morgan tetap berpendirian bahawa beliaulah yang telah mencipta permainan bola tampar. Permainan bola tampar mula diperkenalkan pada tahun 1895 di Gimnasium Y.M.C.A., Springfields, Massachusettes, Amerika Syarikat oleh Prof.William J. Morgan (1870-1942) sebagai suatu permainan rekreasi. Morgan sebagai seorang pengarah fizikal telah dipertanggungjawabkan untuk mencipta suatu permainan rekreasi untuk sekumpulan lelaki yang enggan bermain bola keranjang. Pada peringkat mula, bola keranjang dipukul dengan tangan supaya ia sentiasa di udara. Kemudian jaring diletakkan di tengah dan beberapa peraturan diwujudkan. Jaring ditinggikan kepada tujuh kaki namun bermain dengan bola keranjang telah menyebabkan tangan pemain menjadi sakit kerana menahan beratnya. Morgan seterusnya telah meminta pertolongan syarikat Spalding untuk mencipta bola baharu yang dihasilkan dengan menggunakan kulit anak lembu. Sejak itu, permainan ini terus diminati dan diterima oleh Mesyuarat Pengarah Fizikal. Pada mulanya, bola tampar dikenali dengan nama Mintonette dan diubah kepada Volleyball oleh Prof H. T. Halstead pada tahun 1896. Populariti bola tampar bermula pada tahun 1900 apabila Kanada menjadi negara pertama menerimanya dan kemudiannya diperkenalkan ke India pada tahun yang sama. Sukan bola Tampar terus berkembang apabila ia diperkenalkan ke Cuba (1905),
BOLA TAMPAR DAN BOLA BALING| 18

PJM 3111

China (1906), Jepun (1908), Puerto Rico(1909) dan Filipina (1910) sebelum ianya diperkenalkan ke Eropah

PERATURAN Kawasan Permainan Kawasan permainan merangkumi gelanggang permainan dan zon bebas. Dimenesi Gelanggang permainan adalah sebuah segiempat tepat bersimetri berukuran 18x9m ,dikelilingi oleh satu zon bebas sekurang-kurangnya 3m lebar dan dengan suatu ruang bebas dari sebarang gangguan yang tingginya sekurangkurangnya 7m dari permukaan permainan. Untuk pertandingan dunia FIVB ,zone bebas hendaklah berukuran sekurangkurangnya 5m dari garisan tepi dan 8m dari garisan belakang.Ruang bebasnya hendaklah sekurang-kurangnya 12.5m tinggi dari permukaan permainan. Permukaan Permainan Permukaan mestilah rata ,mengufuk dan sekata. Untuk pertandingan dunia FIVB ,hanya permukaan kayu atau bahan sintetik sahaja dibenarkan .Semua permukaan mestilah terlebih dahulu diluluskan oleh FIVB. Permukaan permainan mestilah bebas dari sebarang punca-punca yang boleh menyebabkan kecederaan kepada pemain .Adalah tidak dibenarkan bermain di atas permukaan yang kasar atau licin. Bagi gelanggang dalam dewan,permukaan permainan mestilah berwarna cerah .Untuk pertandingan dunia FIVB ,warna putih bagi garisan dan warna yang berlainan bagi gelanggang permainan dan zon bebas adalah diperlukan . Bagi gelanggang terbuka di luar ,kecuraman 5mm semeter dibenarkan untuk pengaliran air.Garisan gelanggang yang diperbuat daripada bahan pejal tidak dibenarkan.

Peralatan Peralatan permain terdiri daripada jersi,seluar pendek dan kasut sukan. Jersi,seluar pendek dan stokin mestilah seragam ,bersih dan sama warna untuk satu pasukan.Semasa pertandingan dunia FIVB untuk dewasa,warna kasut mestilah seraga untuk sesuatu pasukan tetapi jenamany boleh berbeza warna. Kasut mestilah ringan dan mudah lentu dengan tapak getah atau kulit tanpa tumit. Jersi pemain mestilah bernombor dari 1 hingga 18 terangkum. Nombor-nombor tersebut mesti dilekatkan pada tengah bahagian depan dan belakang. Warna nombor mestilah jelas dan muda dibeza daripada warna jersi dan mempunya ketinggian minimum 10cm di depan dan 1cm di belakang.Lebarnya
BOLA TAMPAR DAN BOLA BALING| 19

PJM 3111

jalur yang membentukkan nombor-nombor tersebut hendaklah sekurangkurangnya 2cm. Bola Bola hendaklah berbentuk sfera, diperbuat daripada suatu lapisan kulit yang mudah lentur dengan satu pundi getah atau bahan yang serupa di dalamnya. Warna : Seragam dan cerah Ukur lilit : 65-67 cm Berat : 260-280 gram 2 Tekanan di dalam : 0.30-0.325g/cm Pertukaran Yang Dibenarkan Jika kedua-dua pasukan tiba untuk sesuatu perlawanan dengan memakai jersi yang sama warna ,maka pasukan tuan rumah mesti tukar jersinya .Di gelanggang berkecuali ,pasukan yang disenaraikan terdahulu pada jadual pertandingan mesti menukar jersinya. Referi pertama boleh membenarkan seorang atau beberapa orang pemain: Bermain tanpa kasut Menukar jersi yang basah semasa selangan set atau selepas penggantian pemain,dengan syarat jersi baru itu mempunyai warna,corak dan nombor yang sama. Dalam cuaca yang sejuk ,referi pertama boleh membenarkan pasukan bermain dengan pakaian latihan,dengan syarat mempunyai warna dan corak yang sama bagi keseluruhan pasukan dan dinomborkan dengan betul. Objek dan Pakaian yang Dilarang Adalah dilarang memakai objek-objek yang boleh menyebabkan kecederaan atau memberi sesuatu kelebihan yang tidak semula jadi kepada pemain. Pemain boleh memakai cermin mata atau risiko sendiri. Adalah tidak dibenarkan memakai pakaian seragam yang tidak mempunyai nombor yang rasmi atau warna yang berbeza daripada pemain lain. Kesalahan-kesalahan Dalam Memainkan Bola Pukulan Empat Kali Sesuatu pasukan didapati melakukan kesalahan jika memukul bola sebanyak empat kali (tidak termasuk bola yang dihadang) sebelum menghantarkannya semula ke pihak lawan. Bola Dipegang Kesalahan berlaku jika seseorang pemain didapati tidak memukul bola dengan jelas atau memegang dan melambung bola. Sentuhan Dua Kali Kesalahan juga berlaku apabila seseorang pemain memukul bola dua kali berturut-turut atau bola itu menyentuh beberapa bahagian badan secara berturut-turut (kecuali pukulan penerimaan bola pertama).
BOLA TAMPAR DAN BOLA BALING| 20

PJM 3111

Menyeberangi Jaring Semasa mengadang, seseorang pengadang boleh menyentuh bola pihak lawan tanpa mengganggu pemain pihak lawan sebelum atau semasa pihak lawan membuat pukulan serang.

AKRIVITI KEMAHIRAN ASAS PERMAINAN BOLA TAMPAR 1.Melambung

BOLA TAMPAR DAN BOLA BALING| 21

PJM 3111

Cara bermain : Murid dibahagi kepada 2 kumpulan. Murid akan berada didalam petak yang disediakan. Murid akan servis dan pasukan lawan akan menangkap bola dan tidak dibenarkan keluar dari petak. Pasukan yang gagal menangkap bola akan mendapat mata. Kumpulan yang mengumpul mata terbanyak akan kalah.

2.Menyambut

Cara bermain : Secara berpasangan. Terbahagi kepada dua kumpulan. Seorang pasangan akan berada didalam gelung. Pasangan yang berada di luar gelung akan melambung bola dan pasangan yang berada didalam gelung akan mengumpan bola kearah pasangannya dan pasangan yang melambung akan menyambut bola tersebut. Selepas itu bergerak ke gelung lain. Kumpulan yang habis dahulu dikira pemenang.

BOLA TAMPAR DAN BOLA BALING| 22

PJM 3111

3. MENIMBANG Cara bermain. 1. Berkumpulan 4 hingga 6 orang sekumpulan. 2. Permainan seperti sepak takraw. 3. Kumpulan membentuk bulatan. 4. Main seperti sepak takraw bulatan. 5. Gunakan Cuma kemahiran mngumpan sahaja

BOLA TAMPAR DAN BOLA BALING| 23

PJM 3111

4.MENAMPAR = TAMPARLAH SAYA SEMAHUNYA. Cara bermain : 1. Berpasangan. 2. Seorang murid melambung bola getah ke atas. 3. Pelaku belari 3 langkah, melompat dan menampar bola yang dilambung. 4. Mula dengan jarring yang rendah untuk memudahkan tamparan melepasi jarring 5. Apabila kemahiran semakin meningkat, jarring semakin dinaikkan sehingga ketinggian sebenar. 6. Gunakan kedua-dua hujung kiri dan kanan jarring.

BOLA TAMPAR DAN BOLA BALING| 24

PJM 3111

6. MEREJAM = TEPAT, MENANG.

Cara bermain : 1. Sasaran-sasaran rejaman ditandakan di gelanggang lawan. Murid beratur secara baris memanjang mengikut rumah sukan di luar garisan tepi gelanggang. 2. A lambung bola ke atas dan di tepi jaring 3. B1 berlari, melompat dan cuba merejam bola ke sasaran yang ditetapkan. tukar sasaran jika diarahkan 4. B1 mengutip bola getah yang direjamnya dan berlari ke belakang barisan. B2 bersiap sedia untuk melakukan rejaman sasaran. 5. Mula dengan hujung kiri jarring. Tukar ke hujung kanan. 6. Tukar peranan A dari masa ke semasa.

BOLA TAMPAR DAN BOLA BALING| 25

PJM 3111

PENUTUP

Buku panduan pelaksanaan aktiviti permainan bola baling dan bola tampar khususnya membantu guru-guru pada masa kelak dalam melaksanakan aktiviti permainan bola baling dan bola tampar yang menarik dan menyeronokkan bagi murid sekolah rendah. Salah satu sebabnya ialah seperti yang dinyatakan dalam bahagian pengenalan sebelum ini iaitu pendekatan Teaching Games for Understanding (TGfU) dalam matapelajaran Pendidikan Jasmani. Jikalau dilihat semula pada aktiviti yang dirancang dalam buku panduan ini akan membantu dalam menimbulkan suasana yang menyeronokkan bagi kanak-kanak untuk bermain. Secara tidak langsung, murid akan dapat belajar kemahiran hantaran paras dada dan lantunan dengan lebih cepat dan cekap. Oleh itu, pendekatan TGfU sememangnya satu pendekatan yang cukup sesuai dan bagus kerana hanya guru sahaja yang tahu apa sebenarnya kemahiran yang dilibatkan dalam permainan tersebut, manakala murid tidak akan menyedari atau terlalu tumpu pada kemahiran yang diaplikasi dalam permainan tersebut. Namun begitu, murid tetap akan dapat belajar kemahiran tersebut melalui aktiviti permainan yang diubahsuai tadi. Selain itu, pendekatan Teaching Games for Understanding (TGfU) juga membantu meningkatkan pengetahuan dan kemahiran guru dalam merancang aktiviti permainan yang menarik dan sesuai mengikut tahap umur dan kebolehan semua murid dalam satu kelas. Ini bermaksud pendekatan TGfU bukan sahaja member kesan kepada murid, malah kepada guru juga.

BOLA TAMPAR DAN BOLA BALING| 26

PJM 3111

REFLEKSI PJM 3111 (BOLA TAMPAR & BOLA JARING) NURKHAIRI BIN MOHD SHUKRI PPG (PJK B)

Syukur Alhamdulillah ke hadrat Allah s.w.t kerana dengan izin dan kurnia serta keizinan-Nya, dapat saya menyempurnakan buku panduan pengajaran bola tampar dan bola baling dengan menggunakan kaedah TGFU. Dalam membina buku panduan ini,ia memberi satu anjakan dalam diri saya semasa mengajar pendidikan jasmani di sekolah.Dengan kaedah bermain sambil belajar,ia bukan sahaja menyerokkan malah secara tidak langsung ia mengaktifkan kelas.Dengan pendekatan TGFU peraturan permainan haruslah pendek supaya muridmurid dapat menguasai konsepnya dengan mudah dan cepat. Murid-murid harus diberi kebebasan belajar dalam keadaan yang santai dan mempunyai kemahiran ansur maju sekaligus murid sangat gembira melalui kaedah TFGU ini Justeru itu guru bertindak sebagai pembimbing dan memberi peluang kepada murid untuk membuat keputusan. Dengan ini, pengajaran dan pembelajaran mudah difahami dan dikuasai murid dan guru dapat menilai prestasi murid dengan mudah berdasarkan permainan TGFU. Holistiknya ,pada pendapat saya untuk menggunakan pendekatan TGFU ini seseorang guru mestilah kreatif,inovatis dalam merangka aktiviti agar objektif pembelajaran tercapai serta peralatan yang digunakan mestilah mesra murid iaitu tidak menyakitkan apabila terkena objek.Secara tidak langsung kita dapat membangunkan generasi yang seimbang dan berdaya saing.

BOLA TAMPAR DAN BOLA BALING| 27

PJM 3111

REFLEKSI PJM 3111 (BOLA TAMPAR & BOLA JARING) FAZILAH BT ISMAIL PPG (PJK B)
Alhamdulillah, dengan ini kami telah selesai menyiapkan tugasan berkumpulan kerja khusus PJM 3111 bola tampar dan bola baling . Melalui tugasan ini saya telah belajar pelbagai perkara baru, saya mempelajari bagaimana untuk merangka aktiviti permainan berdasarkan model Teaching Games For Understanding .Antara kekuatan yang telah saya kenal pasti iaitu saya telah memperbaiki cara mewujudkan aktiviti permainan yang lebih menarik serta melibatkan penglibatan semua murid untuk diaplikasikan kemahiran aktiviti permainan TGFU di dalam permainan yang sebenar kepada murid-murid . Saya juga telah belajar bagaimana untuk merangka sebuah pengajaran yang berkesan untuk murid-murid saya dan seterusnya dapat menjana kecergasan fizikal mereka . Kebiasaanya murid-murid lebih cenderung untuk bermain dan bergerak secara aktif jika diberikan satu permainan yang seronok dan mencabar. Walau bagaimanapun kekutan seorang guru bergantung juga pada kawalan kelas yang baik dan arahan yang diberikan oleh guru jelas dan tepat. Konsep tgfu itu sendiri yang bebas dan tidak terlalu banyak peraturan member ruang kepada murid mencuba dan merasai sendiri pengalaman semasa beraktiviti. Saya juga memahami bahawa syarat dan peraturan permainan haruslah pendek supaya murid-murid dapat menguasai konsepnya dengan mudah dan cepat. Muridmurid harus diberi kebebasan belajar dalam keadaan yang santai dan mempunyai kemahiran ansur maju sekaligus murid sangat gembira melalui kaedah TFGU ini. Sesekali, sebagai seorang guru, saya boleh membiarkan murid-murid bereksperimen dengan permainan tersebut mengikut kreativiti dan kefahaman mereka tentang konsep, peraturan dan syarat-syaratnya. Guru bertindak sebagai pembimbing dan memberi
BOLA TAMPAR DAN BOLA BALING| 28

PJM 3111

peluang kepada murid membuat keputusan. Dengan ini, pengajaran dan pembelajaran mudah difahami dan dikuasai murid dan guru dapat menilai prestasi murid dengan mudah berdasarkan permainan TGFU.

BOLA TAMPAR DAN BOLA BALING| 29

Anda mungkin juga menyukai