Anda di halaman 1dari 5

BAB 3

KAJIAN LITERATUR

2.1

ANALISIS KAJIAN KEPERLUAN

Petanque dikesan kewujudannya sejak 900 sm apabila satu set bola dan jek ditemui
di makam orang Mesir Purba tahun 7000 s. m. Kemudian sukan ini dimainkan oleh
oleh orang Rom dan Greek. Orang Rom merupakan orang yang pertama
memainkannya di Marseilles 2600 s.m. yang lalu.
Pada zaman pertengahan sukan petanque ini sangat popular sehingga
dilarang kerana sesuatu sebab yang tidak diketahui. Pada kurun ke-17 bangsawan
Perancis menjadikan permainan ini sebagai permainan bangsawan dan Raja Louis
XIV Perancis telah memperkenalkan permainan petanque kepada 14 mata
kiraannya. Semasa perang Napoleon menggunakan peluru marian sebagai bola
permainan.
Manakala sejarah moden sukan ini telah bermula di Clotat Perancis pada
tahun 1910 apabila seorang yang cacat daripada kemalangan telah membaling bola
petanque tepat ke sasaran dengan keadaan berdiri. Ini merupakan perkara yang
menakjubkan. Kemudian permainan ini semakin popular ke tanah jajahan Perancis
di Afrika, Pasifik Selatan dan Eropah Barat, Thailand, Vietnam dan Jepun.
Sukan Petanque telah diperkenal di Malaysia oleh Prof Diraja Ungku Abdul
Aziz yang merupakan Naib Canselor UM dan YDP Angkasa pada tahun 1989. Pada
tahun 1990 upacara permainan ini telah disempurnakan oleh YB Datuk Seri Tun
Razak yang ketika itu menyandang jawatan sebagai Menteri Belia dan Sukan
Malaysia pada 22 Mac 1990 di Padang Jalan Timur, Petaling Jaya sebagai salah
satu acara sukan negara.dan sampai sekarang sukan petanque ini terus diangkat
martabatnya ke peringkat kebangsaan oleh ANGKASA. Ini dapat dilihat apabila
ANGKASA telah menganjurkan pertandingan petanque antara koperasi sekolah
sejak 1995 lagi. Seterusnya pemenang akan dibawa keluar negara untuk bertanding.
Bersukan menjadi aktiviti wajib di sekolah-sekolah. Pelajar sangat digalakkan
menyertai aktiviti sukan. Terdapat pelbagai faedah yang diperolehi dengan menyertai
aktiviti sukan ini. Malahan, sukan sepanjang hayat dan rekreasi memainkan peranan
yang penting dalam merealisasikan FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN dalam
melahirkan modal insan minda kelas pertama yang seimbang dari segi jasmani,
emosi, rohani, intelek dan rohani (JERIS). Menurut Mohd Salleh Aman (2004), sukan
sepanjang hayat dan rekreasi boleh didefinisikansebagai aktiviti masa lapang yang
membina (positif) sama ada bentuk riadah (aktif) atau santai(pasif). Dasar Satu
Murid Satu Sukan (1M1S) yang mula dilaksanakan pada tahun 2011(Pekeliling
Bil.16, 2010), menuntut setiap pelajar mempunyai sekurang-kurangnya satu jenis
sukan dan Petanque adalah satu alternatif.

Pada awalnya, saya telah melihat kepada beberapa program;


1. Program sepak takraw juga telah saya ikuti dimana sekolah saya juga
telah berjaya menghantar peserta ke peringkat Negeri Sarawak
2. Program pembangunan bola sepak. Sekolah saya juga telah berjaya
menghantar peserta mewakili negeri Sarawak dalam pertandingan
MSSM.
3. Program Pameran Sains khusus untuk pelajar tingkatan 3, bagi
menghadapi sains PMR dan tingkatan 5 bagi Sains SPM 2015. Namun
begitu, program ini telah dilaksanakan disekolah saya sepenuhnya
pada 2013
2.2

KEPUTUSAN MELAKSANAKAN PROJEK

Setelah mengadakan perbincangan dengan pengetua SMK Pusa, saya telah begitu
tertarik dengan keinginan tuan pengetua, En. Patrick Bin Hj Kamis meletakkan
Petanque sebagai program kebitaraan sekolah. Pemilihan Petanque sebagai projek
sandaran sekolah adalah atas faktor-faktor berikut;
1. Merupakan hasil cetusan dan idea tuan Pengetua SMK Pusa sendiri dan
digabung jalin sebagai satu program kebitaraan sekolah
2. Mempunyai gelanggang Petanque yang telah siap dibina pada tahun awal
tahun 2015
3. Minat yang mendalam dalam kalangan pelajar terhadap sukan Petanque
4. Mendapat sokongan dan dokongan daripada guru sukan sekolah SMK Pusa
5. Sumber kewangan yang mantap terutama daripada pihak PIBG dan pihak
swasta

Program Kebitaraan Petanque merupakan program khusus yang melibatkan guru


kelab petanque serta guru sukan SMK Pusa turun padang memilih 18 orang murid
yang tidak aktif bersukan tetapi mempunyai otensi dalam sukan petanque. Program
kebitaraan ini dimulakan dengan program pendedahan petanque kemudian ujian
saringan kemahiran dilakukan. Program perlawanan persahabatan dalaman pula
adalah program lanjutan setelah murid yang terpilih didedahkan dengan kemahiran
petanque

Kumpulan murid yang terpilih dalam program Kebitaraan Petanque akan


dibimbing mempelajari kemahiran asas yang terdapat dalam sukan petanque. Antara
kemahiran tersebut ialah;

TEKNIK LONTARAN
Cara Memegang Bola
Semasa ingin melontar, bola mestilah direnggam dalam keadaan bola berada di
bawah tapak tangan. Pertama telentangkan tapak tangan ke atas. Kemudian ibu jari
direnggangkan dan rapatkan empat jari yang lain. Seterusnya bola diletakkan di atas
tapak tangan dan genggam dengan kemas bola tersebut. Telingkupkan tangan
dengan bola ke bawah dan akhir sekali bersedia untuk membaling bola.

Kedudukan Kaki
Berdiri dalam keadaan kedua-dua kaki berada dalam bulatan lontaran. Semasa
membuat lontaran, mana-mana tapak kaki/kasut tidak boleh diangkat sehingga
terpisah dari permukaan gelanggang.

Lontaran
Terdapat banyak lontaran yang dapat dilakukan oleh pemain semasa melontar
boule. Antaranya:
Lontaran Tinggi (The High Lob). Lontaran ini dipanggil lontaran tinggi. Di sini
boule akan dilambung dengan tinggi.
Lontaran Separuh Tinggi (The Half Lob)
Lontaran Golek (The Rolling throw)
Lontaran Point Landai
Dalam kedudukan mencangkung, boule di genggam lembut. Tangan diangkat ke
belakang dan di hayunkan ke hadapan.Kemudian boule dilepaskan pada aras yang
bersesuaian.Tiada daya tolakan tambahan digunakan.Hanya momentum dan graviti
memainkan peranan penting untuk dapatkan jarak leretan boule.Untuk pastikan
boule bergerak lurus, tangan dihayunkan secara Follow Through dengan
permukaan tangan dari kekal rapat. Careau bermaksud memukul bola pasukan
lawan dengan menggunakan bola dengan tujuan menjauhkan bola lawan dari jack
atau membuka laluan bola. Ia juga untuk memukul jack bagi tujuan yang sama.

TEKNIK POINTING dan SHOOTING


Memanaskan Badan

Golekkan dua biji bola petanque di atas tapak tangan. Dan pusingkan bahu.
Kemudian sebelum bermain buatkan beberapa lontaran yang lembut, dan jangan
mulakan permainan tanpa memanaskan badan dan membuat lontaran melebihi 10
meter.
Asas-Asas Pointing
Pertama membuat latihan menggolek, lambung rendah dan lambungan tinggi pada
jarak 6, 8 dan 10 m. Gunakan kedudukan mencangkung terutamanya pada jarak
yang pendek dan berdiri pada jarak yang jauh.
Asas-Asas Shooting
Letakkkan 3 biji bola berhampiran dengan jek dan tembak salah satu bola yang
ditentukan daripada bola tersebut. Lontaran yang dibuat jangan menyentuh jek dan
bola yang lain. Latihan mestilah dilakukan dengan menggunakan jarak yang
berbeza.
Membina Kemahiran Pointing
Satu kunci kemahiran pointing adalah kebolehan untuk menjatuhkan bola pada
tempat yang dikehendaki dengan baik dan tepat. Latihan asas untuk kemahiran ini
ialah dengan cara membuat bulatan seluas 50 cm dan membuat balingan yang tepat
ke dalam bulatan.
Apabila latihan dimulakan tujuan utamanya adalah hanyalah untuk
menjatuhkan bola dengan tepat. Dan apabila lontaran menjadi semakin kemas dan
tepat, objektifnya adalah supaya bola itu hampir pada jek. Bagi memastikan
kemahiran ini berjaya, pastikan membuat lontaran dengan kedudukan dan jarak
yang berbeza. Begitu juga dengan membuat balingan dengan jenis yang berlainan
iaitu lambung rendah dan lambung tinggi.
Ketepatan / Ketelitian Poniting
Bagi membuat kemahiran ini,letakkan 2 biji bola atau lebih sebagai penghadang di
hadapan jek. Contohnya 2 biji bola diletakkan 1 m didepan jek, 50 cm jaraknya
setiap satu.Kemudian lakukan latihan melontar bola kea rah jek dan mengelak dari
melanggar bola yang menghalang.
Teknik ini boleh digunakan untuk balingan golek.Disini juga boleh melakukan
lontaran tinggi bagi menghantar bola ke tempat antara dua bola yang menghadang.
Pemain mestilah membiasakan membuat balingan bagi menjatuhkan ke kiri atau ke
kanan bola yang menghadang.
Melambung Bola Mengatasi Bola Penghadang
Letakkan 3 biji bola atas satu garisan atas padang dan mestilah 2 cm di hadapan
jek. Kemudian membuat lambungan tinggi mengatasi bola yang menghalang.

Sebaik-baiknya pemain memastikan menjatuhkan bola ditempat yang difokus iaitu di


hadapan jek tetapi bola tersebut mengatasi bola yang menghalang.
Latihan Membaling Bola Ke Dalam Tayar
Ini adalah satu cara yang sangat baik untuk membina kemahiran melambung bola
untuk membuat shooting. Semasa membuat latihan ini, gunakan 3 biji tayar yang
diletakkan pada jarak yang berbeza dan seboleh-bolehnya gunakan pelbagai saiz
tayar untuk mempelbagaikan latihan.
Cara ini biasanya sangat popular dalam kalangan kanak-kanak tetapi ia
merupakan satu latihan yang sangat baik untuk sesiapa sahaja yang ingin
memajukan asas teknik shooting.
Shoot Berganda
Letakkan dua biji bola pada dua sudut. Kemudian membuat shooting dengan
sasaran menembak kedua-dua biji bola dengan satu tembakan. Cara ini
memerlukan latihan yang mantap kerana ianya begitu susah untuk dilakukan tetapi
tidak mustahil untuk pemain yang ingin menguasainya. Di sini, pemain mestilah
memastikan bola di hadapan dipukul pada sudut yang betul.
Menggerakkan Jek
Letakkan bola target di depan jek. Kemudian buat latihan pointing untuk
menggerakkan jek ke bola hadapan.
Pointing Menggerakkan Jek
Letakkan jek sebelah bola dan gerakkan jek ke atas bola sendiri.
Pointing Sekitar Halangan
Untuk melakukan kemahiran ini, letakkkan tiga biji bola di atas satu garisan di
hadapan jek. Kemudian buat latihan melencongkan bola dari arah kiri dan kanan
menuju ke jek.

Anda mungkin juga menyukai