Anda di halaman 1dari 1

BAB 2

TINJAUAN LITERATUR

2.1 Pengenalan

Pendidikan merupakan satu pelaburan yang penting dalam sesebuah negara. Kualiti generasi

pada masa hadapan terletak di tangan para guru untuk merealisasikannya. Seperti yang kita

sedia maklum, pendidik dihujani dengan pelbagai tanggungjawab. Oleh itu, pendidik

hendaklah mempunyai asas kepimpinan yang berkualiti dan harus ditelusuri dan diperhalusi

bagi mewujudkan iklim pendidikan yang mampu memacu kecemerlangan. Guru adalah

pemimpin kepada murid khususnya ketika murid berada di sekolah. Kepimpinan guru amat

penting kerana ia merupakan salah satu elemen terpenting jika seseorang guru itu bertugas

menjadi seorang guru atau pendidik. Perkara yang terpenting ialah guru itu harus menjadi

pemimpin kepada dirinya sendiri dan seterusnya kepada para murid yang dididiknya.

Kepimpinan seorang pendidik adalah proses penambahbaikkan terhadap pengurusan

dan perjalanan sekolah. Pemimpin juga adalah individu yang mempengaruhi individu lain di

dalam sesuatu pertubuhan. Menurut Mook Soon Sang (1996), kepimpinan merupakan satu

aktiviti yang sangat kompleks dan dapat didefinisikan sebagai bentuk interaksi antara

pemimpin dengan orang yang dipimpin. Kepimpinan juga suatu proses yang mempengaruhi

aktiviti individu lain ke arah mencapai objektif yang telah dirancang. Bak kata pepatah, jasa

seorang pemimpin umpama air mengalir dari anak sungai hingga ke dasar lautan.

2.2 Definisi dan Konsep

Anda mungkin juga menyukai