Anda di halaman 1dari 1

PPE6014 PENDIDIKAN KOMPARATIF

SARJANA PENDIDIKAN (PENGURUSAN PENDIDIKAN) EKSEKUTIF CUTI SEKOLAH


TUGASAN KUMPULAN (30%)
Anda akan dibekalkan dengan beberapa makalah jurnal sebagai rujukan. Berdasarkan makalah
tersebut dan lain-lain bahan tambahan yang diperolehi, dua kumpulan akan membincangkan setiap
persoalan di bawah:
1. Bincangkan maksud pendemokrasian pendidikan. Perbincangan harus meliputi definisi serta
cabaran dalam usaha mendemokrasi pendidikan. Kumpulan perlu memberi contoh-contoh yang
diambil dari beberapa negara dan membandingkannya dengan konsep pendemokrasian
pendidikan di Malaysia.
2. Bincangkan pulangan terhadap pelaburan dalam pendidikan. Perbincangan perlu meliputi
arah aliran (trend) pelaburan dalam pendidikan di Malaysia dan juga di peringkat
antarabangsa.
3. Bincangkan konsep modal insan, pembangunan modal insan dan implikasinya terhadap bidang
pendidikan. Perbincangan ini perlu melibatkan perbandingan di antara situasi di Malaysia dan
negara-negara lain di dunia.
Setiap kumpulan perlu menyediakan kertas penulisan (2000 3000 patah perkataan) berserta
persembahan yang tidak melebihi 20 slaid. Format penulisan adalah seperti di bawah.
Page Setup:
Margins please ensure you set the margins as follows:
Top: 2.5cm
Bottom:2.5cm
Left: 2.5cm
Right: 2.5cm

Spacing: 1.5 line


Font: Times New Roman
Font size:
Main Title 14 point (Bold)
Heading 12 point (Bold)
Body 11 point (Normal)

**Bahan-bahan bacaan yang dibekalkan adalah sebagai panduan sahaja. Pelajar perlu menambah
bahan-bahan rujukan lain dalam menyiapkan tugasan ini.

Anda mungkin juga menyukai